Tip Pemasaran Facebook: Setiap Pakar Ada Kunci Rahsia

Setiap orang yang berpengalaman berjaya memasarkan, mempromosi dan menjual produk di Facebook, memegang ‘kunci rahsia’ masing-masing.

Selagi kita boleh, mampu dan mahu, ambil peluang untuk belajar dengan ramai orang berpengalaman itu. Kita akan mula melihat pemasaran Facebook dengan pandangan yang lebih besar dan meluas.

Pemasaran Facebook tidak hanya mengenai teknik, malah ia juga melibatkan konsep asas bisnes, seni, trik, sains, teknologi, bahasa dan strategi.

facebook marketing malaysia

Daripada pemerhatian yang saya lakukan selama ini, setiap pakar pemasaran Facebook memegang rahsia tersendiri, manakala rahsia lain tidak mereka ketahui.

Ambil peluang untuk belajar daripada mereka terutama apabila mereka membuka peluang untuk mempelajari rahsia-rahsia yang mereka gunakan selama ini.

Setelah kita belajar lebih daripada seorang, kita umpama mencantumkan ‘kepingan-kepingan rahsia’ sehingga menjadi satu kepingan yang lebih lengkap.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Tip Pemasaran Facebook: Setiap Pakar Ada Kunci Rahsia

  1. Salam tuan zul,

    Ada sesetengah dari mereka yang cuba memasarkan produk di facebook sebenarnay sudah pun mempunyai teknik yang betul, cuma dekat istiqamahnya yang kurang.Apa pendapat tuan?

  2. Salam,

    Ianya boleh dikatakan rahsia dalam rahsia.
    Banyak ilmu yang boleh dipelajari melalui
    pemerhatian sebenarnya. Selain berguru terus
    dengan mereka yang telah berjaya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *