Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kursus Menjadi Internet Marketer

Saya sekarang sedang merangka modul untuk kursus yang akan dijalankan secara Online dan juga melalui seminar/bengkel. Mengikut perancangan setakat ini, hanya sejumlah peserta sahaja akan diambil dalam satu sesi.

Begitu ramai orang mahu menjadi Internet Marketer, tetapi tiada pihak yang cuba membentuk satu peluang pembelajaran yang lebih teratur.

Selain daripada itu, berdasarkan pemerhatian saya, Internet Marketer-Internet Marketer yang baru, melakukan sesuatu tanpa ‘blueprint’ yang terbaik untuk diri mereka sehingga mereka kecundang di pertengahan jalan.

Jadi saya cuba menyediakan peluang sebegini untuk melahirkan Internet Marketer yang profesional dan cepat berkembang.

Jika anda berminat dengan kursus ini, anda fahami dahulu beza di antara Internet Marketer dan Usahawan Internet. Internet Marketer adalah salah satu jenis kerjaya dalam bidang keusahawanan Internet. Mereka juga adalah usahawan internet tetapi tidak semua usahawan internet adalah Internet Marketer.

Tugas Internet Marketer adalah membantu para usahawan sama ada online mahupun offline memasarkan produk ataupun jenama mereka melalui Internet. Contohnya adalah seperti pakar SEO, copywriting, Facebook Marketing, Blogging, Email Marketing dan banyak lagi bidang-bidang lain.

Tugas-tugas Internet Marketer meliputi konsultasi, coaching, seminar, training, produk informasi dan perkhidmatan. Semua itu boleh dilakukan secara Online 100% ataupun berjumpa bersemuka dengan klien.

Berminat?

.

Perniagaan: Keuntungan Maksimum Dalam Islam

Keuntungan maksimum. Persoalan ini kerap menjadi perdebatan kebanyakan orang. Namun yang pasti, Islam menyimpulkan sesuatu berdasarkan dalil dan bukannya berteraskan pendapat manusia semata-mata.

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah lebih utama untuk kita jadikan pegangan.

Adakah dibenarkan kita mengambil keuntungan maksimum 100%?

Jawapan ringkas: Dibenarkan, selagi mana ia tidak menggugat kepentingan awam.

Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar.

Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkahan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga.

Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.

Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Rujukan:

Facebook Marketing 101 – Paling Penting!

Perkara penting yang wajib diawasi dalam setiap proses pemasaran di Facebook adalah:

  1. Apakah masa yang sesuai kita menulis post di FB?
  2. Bagaimana bentuk ayat post yang berkesan?
  3. Apakah ‘content’ yang sesuai?
  4. Berapakah kekerapan post dalam sehari?
  5. Siapakah yang Like page itu? – Umur, jantina dan lokasi.

Untuk perkara 1 hingga 4, tiada cara lain melainkan kita bereksperimen sendiri selain kita belajar dan dapatkan data daripada pihak lain.

Apabila kita mempunyai data khas untuk bisnes sendiri, maka lebih mudah kita mengatur langkah.

Tip: Gunakan FB Page kerana ia mempunyai aplikasi statistik untuk kita melihat data dengan lebih mendalam. Contohnya, umur, jantina dan lokasi mereka boleh diketahui melalui aplikasi itu. Data lokasi ‘user FB’ itu amat membantu kita membuat keputusan untuk kita lebih ‘turun’ ke mana bagi mencari bakal pelanggan.

Pemasaran Facebook Data

Adakah tip kali ini amat ‘cool’? ;)

ps. Saya dalam proses menyiapkan ‘Nota Pemasaran FB‘ dalam bentuk bercetak. Sesiapa yang mahu, nyatakan di ruangan komen atau melalui inbox, untuk saya hubungi kemudian.

Hal ini saya ada umumkan di sini: http://on.fb.me/notafbprint

(c) Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.com. Copy & paste tidak diizinkan.

.

Tip Menjadi Penulis Ebook Tegar

Penulis ebook dalam topik ini adalah mereka yang menulis dan menjual karya (hasil kerja) mereka.

Penulis ebook tegar adalah mereka yang:

  • Sentiasa menulis ebook. Fokus.
  • Meraih hasil yang berterusan.

Tidak ada formula yang terbaik untuk menjadi penulis ebook yang terbaik (bagi diri sendiri). Jika ditanya kepada saya, apakah formula mudah, maka saya nyatakan seperti berikut:

  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • dan terus menulis….

Sebagai penulis ebook, kita perlu menulis dan terus menulis agar bakat dan kebolehan yang dimiliki, tidak disia-siakan. Selain itu, kita juga perlu sentiasa terus belajar sedikit demi sedikit, menambah ilmu di dada bagaimana menulis dengan baik.

Sewajarnya, dengan kecanggihan teknologi sekarang seperti komputer, internet dan perisian ebook (seperti PDF), itu semua mampu membantu kita untuk menghasilkan karya demi karya dengan lebih kerap dan pantas.

Keperluan seorang penulis adalah:

  • Bahan bacaan dan rujukan sama ada buku, artikel, blog, ebook, majalah dan sebagainya. Penulis perlu sentiasa banyak membaca terutama topik (bidang) fokus. Membaca mempunyai dua kelebihan utama: (1) Menambah kosa kata ke dalam memori kita. (2) Menambah pengetahuan (input).
  • Ilmu, teknik dan kemahiran penulisan. Perlu belajar sama ada membaca buku dan menyertai kursus.

Nota tambahan:

1. Anda kini mampu menjadi penulis ebook sepenuh masa, di mana anda hanya perlu menyiapkan karya dan serahkan ia kepada penerbit ebook seperti EducatticMind untuk diuruskan sehingga ia diterbitkan.

2. Menulis ada dua cara: Dengan menggunakan pen dan kertas, dan juga komputer. ;)

3. Ebook yang ditulis juga boleh diberikan secara percuma kepada pembaca. Satu, ia sebagai usaha perkongsian tanpa caj. Kedua, ia adalah promosi tidak langsung kepada penulis.

.

Baca Buku dan Berubah

Kebanyakan orang yang telah berjaya pada hari ini, hampir kesemuanya bermula dengan ‘sisi yang gelap’. Ada yang jatuh bankrap, hutang sekeliling pinggang, hidup tidak bahagia, tidak jelas tujuan hidup dan sebagainya.

Daripada sebuah buku yang saya baca, setiap orang bercerita bagaimana mereka bermula. Penulis buku berjaya seperti Rhonda Byrne (penulis buku The Secret), Mark Victor Hansen, Jack Canfield dan Tim Ferris (penulis buku 4-Hour Workweek), kesemua mereka dahulunya celaru dan tidak jelas apa yang mereka perlu lakukan.

Baca buku dan kemudian berubah!

Namun segalanya berubah apabila mereka membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dan kemudian BERTINDAK.

Rhonda Byrne contohnya, membaca sebuah buku klasik yang bertajuk ‘The Science of Getting Rich’. Ketika itu, beliau sedang menghadapi beberapa situasi yang kurang membahagiakan termasuk soal kewangan, selain ibunya yang sakit. Beliau membaca buku itu dengan fokus dan kemudian mengikuti sepenuhnya formula dalam buku itu.

Salah satu perkara yang penulis buku itu sarankan adalah, BERSYUKUR terhadap apa yang dimiliki dan bukan mengeluh nasib terhadap apa yang belum diperolehi. Katanya, kaedah ini amat bertentangan seperti mana yang beliau lakukan selama ini iaitu mengharap sesuatu yang belum ada di dalam genggaman.

Selain itu, beliau (Rhonda Byrne) kemudiannya mengeluarkan wang sebanyak $500 dollar dan memberikan setiap keping not $50 kepada mereka yang memerlukan, termasuk orang yang tidak dikenali.

Dalam beberapa tempoh selepas itu, beliau mendapat rezeki sebanyak $25,000. Selepas hidupnya berubah dari segi kewangan, emosi dan ibunya kembali sihat, dari situlah beliau mendapat idea untuk menghasilkan projek ‘The Secret’.

Pelajaran yang dapat diambil

Setelah membaca kisah-kisah mereka itu, satu perkara yang dapat saya simpulkan, iaitu baca buku yang dipilih dan ikut sepenuhnya tindakan yang disarankan. Seperti kata pepatah barat, “don’t reinvent the wheel”. Sekurang-kurangnya untuk permulaan dan kemudian itu jika mahu mencipta formula sendiri, maka tidak ada apa-apa halangan.

Daripada kisah di atas, kebanyakan buku yang mereka baca adalah disarankan oleh rakan dan kenalan mereka. Jadi kalau kita tidak tahu buku apa yang TERBAIK untuk dibaca, tanyalah sesiapa yang berkenaan.

Antara buku yang telah membawa saya sehingga ke hari ini dalam bidang pilihan saya adalah buku-buku tulisan Chef Li (Dato’ Dr Rusly Abdulllah). Pada saat saya telah menyerah kalah, saya terlihat buku tulisannya di bilik seorang kawan dan beliau memberikan saya pinjam.

baca buku usahawan

Sehari suntuk dan satu malam saya tidak keluar bilik membaca buku itu. Kemudian semangat saya kembali naik mendadak dan tekad untuk terus berusaha.

Buku pertama tulisan beliau yang saya baca itu adalah “Biar Kecil Asal Berhasil”, disusuli dengan buku “Petunjuk Jalan Kekayaan”, dan seterusnya semua buku-buku beliau yang lain.

.

Virtual Office – Serviced Office

Pada tahun 2009 sebelum saya berpindah ke Kuala Lumpur, saya sempat menggunakan perkhidmatan Virtual Office di pusat bandar Johor Bahru. Kosnya adalah RM1,800 sebulan. Pakej ini dipanggil sebagai ‘full furnished office’, atau ‘serviced office’. Orang kita sebut, “Masuk cuci tangan sahaja.”

Antara kemudahan yang tertakluk kepada kos itu adalah:

1. Ruang pejabat dan perabot.
2. Talian Internet.
3. Pantri. – Boleh buat minuman percuma.
4. No. telefon.
5. Peti surat.
6. Khidmat ‘receptionist’.
7. Bilik solat.
8. Aircond.
9. Toilet.
10. Cleaner.
11. Kad akses untuk masuk ke ‘biz centre’. – security
12. Boleh masuk 24 jam sehari.

*Mesin fotokopi dan faks dikenakan caj.

Untuk menyewa perkhidmatan sebegini, biasanya mereka akan mengambil deposit 2+1, 1+1 atau sebagainya.

Diakui, kos RM1800 itu adalah teramat banyak. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan wang sebanyak itu untuk bisnes saya? Namun, saya ambil risiko untuk mencuba dan mengutip pengalaman.

Saranan saya, ambil pakej ‘serviced office’ apabila perlu dan mampu sahaja. Fikirkan, mana satu yang lebih utama. Kos itu digunakan untuk kembangkan bisnes, atau bayar untuk pejabat? Atau jika bayar untuk pejabat, adakah bisnes semakin berkembang?

Jika ditanya pendapat peribadi saya, pakej serviced office amat tidak sesuai bagi bisnes yang baru dimulakan. Gunakan wang yang ada untuk melakukan promosi dan pemasaran bisnes, serta lain-lain perkara penting.

Jika ingin juga menyewa ruang pejabat begini, pastikan kita mendapat hasil sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada kos yang dikeluarkan. Contohnya, RM1800 yang dikeluarkan, akan memberikan kita hasil sebanyak RM5400 sebulan. Dengan begini, barulah pelaburan (sewa) itu berbaloi, selain kita dapat gunakan sebahagian hasil itu untuk bayaran sewa pada bulan seterusnya.

Kita perlu buat ‘calculated risk’. Tidak boleh sewa atau bayar apa-apa perkhidmatan semata-mata kerana mahu, ikut orang atau sekadar mahu selesa. Keduanya, adakah kita benar-benar yakin (setelah dibuat perkiraan), kita mampu membuat bayaran pada setiap bulan?

Sewaan sebegini melibatkan perjanjian (undang-undang). Jadi pastikan membuat keputusan yang TEPAT.

virtual office pejabat maya kuala lumpur

Suite 22 adalah nombor bilik pejabat saya.

 

(c) www.SmartUsaha.com

.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)