Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Projek Audio Pertama

Saya telah siap merakam audio untuk satu projek terbaru. Projek ini ringkas sahaja dan audio ini akan dijual dengan harga RM10.00.

Niche: Pembangunan diri (self improvement)

Kaedah pemasaran yang akan digunakan adalah secara viral di mana saya tidak akan lakukan promosi besar-besaran, malah tidak akan diumumkan secara besar-besaran.

Dan projek ini adalah satu eksperimen untuk melihat sejauh mana produk audio sebegini mendapat sambutan, serta beberapa perkara berkaitan.

-

Memberi, Membantu dan Menyumbang: Rahsia Menyuburkan Industri

Derek Sivers

Derek Sivers adalah seorang usahawan yang memberikan sepenuh hati dan jiwa kepada industri muzik yang diceburinya pada satu ketika dahulu. Beliau adalah pengasas CDBaby.com dan telah menjual perniagaan itu dan memberikan kesemua hasil kepada pihak kebajikan.

Apa yang beliau lakukan adalah memberikan sumbangan yang tidak terkira kepada para artis terutama dari segi ilmu dan pengetahuan. Beliau tidak berkira-kira dalam soal ini. Bagi beliau, dengan berkongsi, membantu dan menyumbang sebegitu, secara tidak langsung bisnesnya juga akan turut maju.

Artis maju, industri maju dan para usahawan sepertinya juga maju.

Tulisan saya ini bukan mahu mengajak kita ke dunia hiburan atau muzik, sebaliknya kita boleh mencontohi apa yang beliau lakukan.

Bagi usahawan internet yang lebih kepada servis, sistem dan seumpamanya, memberikan ilmu dan sumbangan sebegitu adalah salah satu strategi untuk mengembangkan bisnes sendiri dan juga industri / bidang perniagaan internet di Malaysia.

Seperti mana CDBaby.com yang menjual CD-CD artis, maka dengan menyokong dan membantu para artis akan memberikan hasil sama rata (win-win) kepada kedua-dua belah pihak.

Ainon Mohd. : UNIKA (Universiti Terbuka)

Contoh terbaik di Malaysia adalah Puan Ainon Mohd. di mana beliau tidak hanya membantu para penulis yang menulis untuk syarikat penerbitannya sahaja. Melalui blog dan kursus percuma yang dianjurkannya, sesiapa sahaja boleh menyertai dan belajar tanpa sebarang syarat. Konsep beliau adalah UNIKA (Universiti Terbuka).

Beliau menulis begitu banyak panduan di blognya untuk penulis buku, malah kepada penerbit-penerbit lain juga. Beliau banyak berkongsi pengalaman bagi mereka yang mahu membuka syarikat penerbitan sendiri.

Secara ringkas, beliau membantu penerbit lain, para penulis dan juga kedai-kedai buku.

Dalam bidang perniagaan internet, apakah yang dapat kita lakukan (sumbangkan) agar yang senang bukan hanya kita, tetapi semua pihak?

Sumber foto: http://thebln.com

.

Apakah itu Misi dan Visi Perniagaan?

Apakah itu visi dan misi?

Apakah maksud visi dan misi? Apakah pengertiannya? Apakah contoh visi dan misi? Soalan ini sentiasa ditanya oleh kebanyakan orang. Berikut adalah perkongsian ringkas daripada saya.

Visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam bidang IT. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha).

Misi pula adalah bermaksud usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi itu. Ia juga bermaksud mengapa kita (perniagaan) perlu wujud? Contohnya adalah seperti memberikan nilai pengalaman yang terbaik kepada pelanggan melalui teknologi IT yang diniagakan.

Berikut adalah contoh visi dan misi blog SmartUsaha.com yang sedang anda layari ini:

Visi: Menjadi salah satu blog utama yang sering dilawati bagi topik perniagaan internet.

Misi:

  • Menulis artikel yang berkualiti secara konsisten.
  • Mengutamakan artikel berkaitan keusahawanan dan pemasaran.
  • Mencadangkan produk yang benar-benar berkualiti dan patuh syariah sahaja.
  • Menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang sempurna.
  • Menyebarkan ilmu perniagaan dan pemasaran internet yang betul kepada rakyat Malaysia.
.

Bayar dan Berjaya

Seorang usahawan yang benar-benar mengaku dirinya usahawan yang hebat, tidak boleh terkeluar dua perkataan ini pada tutur kata mereka:

  • Mahal
  • Percuma

Maksudnya di sini, andaikata kita melihat sesuatu harga produk yang mahal pada mata kita, kita ada dua pilihan sama ada untuk abaikan saja (tidak membeli) tanpa berkata apa-apa, ataupun mengeluh, merungut dan tidak berpuas hati dengan mengatakannya ia terlalu mahal.

Kedua, sebagai seorang usahawan yang benar-benar berjati diri, elakkan diri mahu mendapatkan sesuatu secara mudah dan percuma sahaja, melainkan sesuai pada masanya. Biar saya nyatakan, jika kita terlalu memanjakan diri dengan barang percuma, kita tidak akan ke mana-mana.

Tidak kisah sama ada kita orang baru ataupun orang lama (otai), dua perkara di atas adalah pantang utama apabila kita mahu meraih kejayaan demi kejayaan.

Adalah pelik apabila kita meletak sasaran yang besar, namun kita amat berkira-kira mengeluarkan wang. Hasil yang besar biasanya memerlukan pengorbanan dan modal yang besar juga.

Sesekali elakkan kita mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Malah jangan jadikan agama sebagai alat untuk kepentingan diri. Contohnya, “Berilah percuma, dapat pahala”, atau “Rendahkanlah harga, lebih berkat”.

Adakah jika meletak harga, kita tidak dapat pahala? Adakah dengan harga tinggi, kita lebih dekat dengan neraka? Tidak ada dalil sahih yang melarang kita meletak harga yang tinggi.

Jika kita tidak mampu, usaha sampai dapat. Jika kita tidak mahu, tidak perlu mengkritik ataupun memulakan cerita-cerita yang tidak enak seperti memburuk-burukkan usaha baik orang lain.

“Usahawan yang hebat adalah mereka yang apabila mahukan sesuatu, mereka akan usahakan sampai dapat, tanpa berharap dan meraih simpati.”

.

Kuasa Forum: Mendapatkan pelanggan tanpa sebarang kos

Mahu dapatkan pelanggan tanpa keluarkan kos walau satu sen?

Salah satu cara yang terbukti berkesan adalah dengan menggunakan forum komuniti Online. Walaupun Facebook telah mengambil tempat di kebanyakan hati pengguna Internet, namun forum tetap satu platform terbaik untuk pemasaran produk dan perniagaan.

Apakah itu forum online?

Forum komuniti online adalah di mana satu tempat perbincangan spesifik mengenai sesuatu topik. Contoh forum di Malaysia adalah seperti ForumNiaga.com, WangCyber.com, WanitaNiaga.com dan WanitaMelayu.com. Kebanyakan forum mempunyai satu bahagian khas untuk pengiklanan.

kuasa forum

Disebabkan forum tempat berkumpulnya pelbagai latar belakang individu, maka pemasaran di forum perlu dengan cara yang betul, beretika dan yang paling penting tidak menggunakan begitu banyak masa. Dengan formula yang mudah dan boleh digunakan berkali-kali, usahawan mampu membuat jualan di forum dengan mudah.

Untuk itu, bagi membolehkan para usahawan dan peniaga melakukan pemasaran yang betul melalui forum, maka satu ebook panduan telah diterbitkan oleh Educattic Mind (penerbit ebook).

Penulis ebook ini, Mohd Zulfadli berkata, “Pemasaran di forum bergantung sepenuhnya pada cara kita menampilkan diri, ayat dan perkataan yang digunakan serta tawaran produk yang sesuai. Dan perkara yang lebih penting adalah matlamat dan perancangan awal sebelum mula melaksanakannya.”

Katanya lagi, ebook ini ditulis berdasarkan pengalamannya hampir 4 tahun aktif di forum online dan membuat jualan di sana. Panduan ini umpama jalan pintas untuk usahawan belajar dan menguasai ilmu pemasaran cara ini dalam masa yang lebih singkat. Formulanya sudah ada di tangan mereka tanpa perlu ‘mengotorkan tangan’ untuk mencari sendiri strategi berkesan.

Di antara isi kandungan dalam ebook panduan ini adalah:

  • Asas-asas forum online
  • Membina kredibiliti dan pengaruh tersendiri
  • Rahsia jualan yang “memukau”
  • Bagaimana bersaing tanpa perlu menjatuhkan pesaing.
  • Bagaimana mendapat kerjasama usahawan lain untuk menjana keuntungan.
  • Bagaimana melakukan promosi di forum tanpa perlu meluangkan banyak masa.
  • Strategi mudah menjual produk lain atau yang sama kepada pelanggan sedia ada.
  • dan banyak lagi…

Bonus Tambahan:

Dengan pembelian ebook ini, beberapa bonus tambahan diberikan iaitu :

  1. Ebook Sihir Kredibiliti.
  2. Enam buah video penerangan Kuasa Forum.
  3. Temubual bersama 3 orang usahawan yang menggunakan forum sebagai salah satu cara promosi perniagaan mereka.

kuasa forum

Untuk siapakah panduan ini?

Ebook ini sesuai untuk semua usahawan online/offline, peniaga, konsultan, penulis buku, Internet Marketer dan sesiapa sahaja, tidak kira bidang perniagaan yang dilakukan. Selagi mana anda memerlukan promosi/pemasaran, maka formula dalam panduan ini boleh digunakan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut dan tempahan ebook.

.

Protected: Personal Coaching Bisnes Produk Informasi

This post is password protected. To view it please enter your password below:


| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)