Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ingin Menukar Fokus Bidang Perniagaan?

Tidak dinafikan, kita mudah tergiur melihat orang lain berjaya dalam bidang mereka. Ada yang amat berjaya dalam Clickbank, Ebay, lelong, produk digital, affiliate, produk fizikal dan sebagainya, berbanding bidang yang kita lakukan. Lantas mungkin wujud keinginan menukar bidang/model perniagaan.

Bagaimana cara mengawal perasaan dan keinginan mahu menukar bidang?

Perkataan berkuasa: “BAGAIMANA”

Tanya pada diri, BAGAIMANA kita dapat tingkatkan keuntungan perniagaan sedia ada kita sekarang? Dari situ akan tersenarai banyak cara untuk kita lakukan.

Jika perkataan BAGAIMANA itu tidak menghasilkan jawapan, boleh dahulu bertanya MENGAPA. Mengapa kita masih di takuk lama? Mengapa kita masih berdiri di tempat yang sama? Pastikan soalan mengapa itu mengarah kepada persoalan BAGAIMANA, agar kita tahu tindakan yang perlu diambil.

Mana-mana bidang, selagi kita memasuki pasaran yang betul, selagi itu tetap ada rezeki. Jadi setiap kali ada rasa mahu menukar bidang ataupun putus asa, teruskan bertanya pada diri sendiri, bagaimana mempertingkatkan diri dan kemajuan bisnes.

Terus melangkah ke hadapan! :)

Pejuang Impian

PejuangImpian.com

Saya telah siap menghasilkan produk audio yang diberi tajuk “7 Amalan Utama Mencapai Impian“. Sesiapa yang mahu dapatkannya dengan harga pengenalan RM10.00, tinggalkan komen di bawah. Saya akan hubungi melalui emel.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perbezaan Marketing, Promotion dan Selling

Marketing (Pemasaran) – Bukan hanya sekadar melakukan promosi dan pengiklanan. Marketing adalah proses mengenal pasti pasaran (sasaran pelanggan), produk yang perlu dijual, kajian demografik, kajian trend semasa, penentuan harga, lokasi yang strategik, kempen promosi dan sebagainya.

Promotion (Promosi) – Adalah salah satu daripada komponen pemasaran (marketing). Proses promosi adalah bertujuan untuk memberitahu kepada pelanggan sasaran mengenai produk dan bisnes kita. Salah satu contoh kaedah promosi adalah pengiklanan (advertising).

Selling (menjual) – Ia adalah proses menjual atau mendapatkan pelanggan. Ia dilakukan oleh bahagian jualan (sales) dan juga agen-agen jualan.

Marketing dan Sales mempunyai jabatan yang berbeza dalam sesebuah organisasi. Jabatan sales dan anggotanya bergantung sepenuhnya kepada bahagian pemasaran kerana tugas mereka hanya mendapatkan jualan setelah pihak pemasaran melakukan promosi.

Istilah-istilah yang disebutkan di atas adalah marketing, promotion, selling dan advertising.

Latihan: Sekarang, tuan puan baca sekali lagi dan fahamkan artikel di atas. Kemudian catat istilah-istilah itu dan tulis kembali maksudnya. :)

Memahami dengan baik perkara asas akan memudahkan usaha perniagaan kita.

Dapatkan tip-tip ringkas secara percuma terus di facebook!
KLiK! –> https://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

.

16 Cara Buat Duit Dengan Menulis di Internet

Bagaimana menampung kehidupan dengan hanya menulis di Internet? Fokus utama perniagaan saya adalah penulisan, sejak 6 tahun yang lepas. Saya amat komited dengan kerjaya dan bisnes penulisan. Ia mempunyai potensi yang begitu besar dan bertahan lama.

Ada beberapa bentuk ataupun cara penghasilan pendapatan melalui penulisan online:

1. Menulis ebook dan orang beli.

2. Menulis artikel disertakan dengan link affiliate.

3. Menulis artikel di blog, dan dijemput menjadi penceramah.

4. Menulis artikel di blog dan laman sosial, kemudian mendapat ramai pembaca setia. Mereka bantu sebarkan informasi produk kita. Rakan-rakan mereka membeli produk kita.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Interruption Marketing – Umpama Menjolok Sarang Lebah

Contoh pemasaran cara ini adalah seperti ‘telemarketing’, iaitu kita dihubungi oleh agen-agen produk tertentu melalui telefon. Sama juga apabila kita sedang menikmati makanan di kedai makan, kita disapa oleh jurujual yang menghampiri meja makan kita. Ini semua adalah contoh gangguan yang tidak menyelesakan.

Manakala di Internet, contoh pemasaran cara ini adalah dengan meletak komen berunsur promosi di ruangan komen pengguna FB lain, termasuklah memasukkan rakan-rakan Facebook ke group berunsur promosi tanpa keinginan mereka.

Interruption Marketing biasanya kurang berjaya, malah pada zaman sekarang ia semakin sukar dilakukan berikutan pengguna yang semakin bijak, serta peralihan mereka ke media sosial. Kaedah ini boleh dikatakan sebagai ‘bergantung pada nasib’, seperti kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Lawan kepada cara ini adalah PERMISSION MARKETING.

Berbeza dengan Interruption Marketing, Permission Marketing lebih kepada mendapatkan persetujuan dan keinginan bakal pembeli terlebih dahulu. Sama ada kita mencari mereka melalui cara yang menyelesakan mereka, ataupun mereka yang menghubungi kita. Kaedah ini lebih menumpu kepada ‘target market’ yang sesuai dengan produk yang kita jual.

Saya akan berusaha menulis buku bagaimana mendapatkan pelanggan tanpa perlu mencari mereka ‘walaupun kita tidak bernasib baik’. Dengan izin Allah.

.

Membina Impian ataupun Mengejar Impian?

Yang mana satu lebih betul ataupun mungkin pada pilihan anda?

Pada saya, kedua-duanya betul, cuma cara dan situasi sudah pasti berbeza:

Membina Impian – Bermaksud impian itu sudah berada dalam genggaman tangan kita. Cuma sahaja ia perlu dibina sedikit demi sedikit dengan menambah ilmu, berusaha dengan konsisten, berfikiran besar dan sebagainya.

Mengejar Impian – Impian itu seolah-olah ‘bukan’ milik kita. Maka ia perlu dikejar bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan keletihan dan kepenatan, sehinggalah ia berjaya dimiliki.

Pilihan saya adalah yang pertama, iaitu membina impian. Ia umpama kita memiliki sebuah pelan sebuah rumah idaman dan kemudian kita bina sedikit demi sedikit sehingga ia siap sepenuhnya. Cara ini tidak memenatkan kerana segalanya sudah berada dalam genggaman kita, hanya sahaja perlu membinanya sehingga menjadi realiti.

-
smartzul

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)