Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kad Debit Visa Maybank – MSOS Cara Baru

Sedikit perkembangan semasa mengenai kad debit Visa Maybank. Jika sebelum ini kita boleh menetapkan kod MSOS (Maybankard Secure Online Shopping) sendiri melalui akaun Online Maybank2u (M2u) kita, namun kini tidak lagi.

Kaedah verifikasi terbaru yang dipraktikkan oleh pihak Maybank adalah, setiap kali pembayaran secara terus melalui kad debit, satu kod MSOS akan dihantar ke telefon kita (nombor telefon yang didaftarkan). Kemudian kod itu dimasukkan ke dalam bahagian yang diarahkan untuk meneruskan proses pembayaran.

Kaedah sebegini akan berlaku bagi kebanyakan laman web syarikat besar. Contohnya, saya melakukan bayaran akaun Internet P1 Wimax melalui laman web mereka. Sebaik saya memasukkan maklumat kad debit, saya akan dibawa ke bahagian seperti ini dan secara automatik kod MSOS akan dihantar ke telefon saya:

kad debit maybank

Bagaimana dengan Pengesahan Akaun Paypal & MSOS?

Jika sebelum ini kita perlu daftarkan dahulu MSOS di akaun M2u sebelum kita ‘add’ (register) kad debit di akaun Paypal, kini tidak perlu lagi. Dahulu, jika kita tidak daftar MSOS iaitu buat sendiri melalui akaun online M2u kita, Paypal tidak akan luluskan pendaftaran kad itu (rejected). Jadi kemungkinan kad akan ditolak selama-lama (Paypal amat sensitif).

Sebaliknya kini, apa yang perlu kita lakukan adalah ‘add’ terus maklumat kad debit kita seperti biasa di Paypal dan kemudian kita akan menerima kod 4 digit dalam masa 24 jam. Kod itu akan dipaparkan di online statement akaun M2u kita. Kemudian kita masukkan kod itu di akaun Paypal kita untuk menjadikan akaun Paypal kita berstatus Verified.

*Saya telah menghubungi pihak Maybank sendiri untuk bertanyakan dan mengesahkan hal-hal di atas.

Rujukan tambahan: Maybank2u.com.my: Rujukan 1 | Rujukan 2

[Dapatkan panduan akaun Paypal di sini]

.

Bagaimana mencapai kejayaan pada tahun 2012?

Bermula 1 Januari 2012, kita mempunyai 365 hari untuk mencipta sesuatu kejayaan ataupun hasil dalam tahun 2012 ini. Ia bukanlah satu jumlah yang banyak mahupun sedikit, tetapi ia satu jumlah hari yang cukup untuk kita lakukan sesuatu.

Jadi, persoalannya adalah bagaimana cara kita untuk mencapai impian pada tahun 2012 ini, ataupun melaluinya dengan penuh sukses? Tidak ada sesuatu yang mustahil selagi kita mahu dan berusaha dengan cara yang betul.

Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan, secara ringkas dapat saya katakan tiga perkara berikut:

  • Rajin (disiplin)
  • Cara yang betul
  • Konsisten

Rajin dapat juga kita katakan sebagai bersungguh-sungguh dan bekerja keras tanpa memikirkan untuk berputus asa. Tanpa kerajinan, kita semua tahu sesuatu impian, matlamat dan juga usaha yang dilakukan tidak akan dapat dicapai. Malah hasil juga suam-suam kuku dan kita mudah jatuh ke lembah kegagalan.

Kemudian, cara yang betul adalah kita lakukan sesuatu dengan cara yang berkesan, sebaliknya bukan secara membuta tuli. Sebab itu perlu ada ilmu dan kemahiran, dan perlu belajar daripada orang lain. Salah satu sebab kita sukar mendapat hasil adalah kita melakukan pemasaran dan bisnes tanpa berdasarkan ilmu, teknik berkesan dan perancangan yang baik.

Kemudian perkara ketiga, adalah konsisten. Konsisten juga bermaksud fokus yang berterusan. Fokus ini ada dua maksud:

  1. Fokus melakukan sesuatu perkara, tugas, aktiviti dan tindakan. Contohnya fokus semasa menulis ebook: Menulis dengan fokus selama 30 minit.
  2. Fokus pada model bisnes (bentuk perniagaan) yang dilakukan, sama ada satu ataupun banyak. Contoh: Fokus menjadi seorang Internet Marketer yang fokus pada kepakaran SEO.

Kesimpulan

Untuk memastikan tiga perkara itu memberikan hasil, maka dalam bisnes, sebaiknya usahawan tidak mudah makan hati, atau dalam bahasa mudahnya, terlalu lemah semangat.

Tidak kisahlah ada orang mengkritik, ataupun kita sendiri ada kekurangan, ataupun melalui kegagalan, teruskan sahaja usaha yang dilakukan tanpa memikirkan apa-apa yang membuatkan langkah kita berhenti.

Wassalam.

ps. Ada impian? Penuhi 7 perkara dan anda mampu mencapai impian itu. Klik di sini.

5 langkah mudah menamakan bisnes

Memilih nama perniagaan adalah satu perkara yang kritikal, kerana kita akan menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Walaupun kita terpaksa meluangkan masa dan kerahan akal untuk memikirkan nama yang terbaik, namun sudah pasti ia satu usaha yang amat berbaloi.

Berikut adalah 5 langkah mudah proses memilih nama perniagaan:

Langkah 1. Senaraikan apa jua nama yang terlintas di fikiran termasuk yang pelik dan tidak logik pada akal. Tidak perlu fikirkan bagus, betul, salah ataupun tidak. Senaraikan dahulu sebanyak mungkin.

Langkah 2. Semak setiap idea jenama atau nama bisnes itu dengan menggunakan Google.com. Sebolehnya, kita mahu membina sebuah jenama yang unik dan belum digunakan oleh mana-mana pihak, terutama dalam bidang yang sama.

Selain itu, nanti kita mahu membeli satu domain name dot com yang sama seperti nama yang digunakan nanti.

Langkah 3. Senarai pendekkan nama yang terbaik. Contohnya 5 hingga 10 nama.

Langkah 4. Semak nama yang disenarai pendekkan itu di laman web SSM sama ada nama itu sudah digunakan oleh orang lain ataupun belum. Daftar akaun di website mereka dahulu (percuma). Link: https://www.ssm-einfo.my/index.php?id=register

Langkah 5. Seeloknya, elakkan meniru nama bisnes atau jenama orang lain. Walaupun ia diperbolehkan di sisi undang-undang (melainkan ia adalah trademark), namun kita pasti akan digelar sebagai usahawan yang tidak kreatif, suka mengambil jalan mudah, malah ia boleh mengundang rasa tidak selesa pihak lain.

Tip tambahan: Jenama yang digunakan mudah diingat, ringkas dan sesuai untuk bidang ataupun produk yang diniagakan.

.

*Belajar asas nama domain, hosting dan cpanel melalui video yang mudah difahami!*

12 Pelajaran Penting Bisnes

Beberapa pelajaran penting yang saya pelajari dalam bisnes. Senarainya begitu panjang, namun berikut adalah sebahagian daripadanya:

1. Sebahagian besar kesilapan, ia boleh diurus tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa. Fokus pada penyelesaian, pemantapan dan penambahbaikan, bukan pada ‘siapa’. Rakan-rakan bisnes dan pekerja adalah nadi perniagaan yang diperlukan dalam masa yang panjang. Jadi elakkan mengkritik dan mengulas kesilapan mereka.

Meminjam praktik Nabi Muhammad, beliau tidak menyebut nama-nama individu yang mana idea mereka ditolak sewaktu pemilihan idea untuk memaklumkan masuknya waktu solat. Nabi Muhammad juga tidak mengulas mengapa idea mereka ditolak, sebaliknya memilih satu cadangan dan terus meminta idea itu dilaksanakan. Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=wKQ2dJl8Lsw

2. Rakan tangis sukar dicari, tetapi apabila memiliki rakan sebegitu, jaga mereka sebaik-baiknya.

3. Memilih rakan bisnes bukan kerana kita mengenali mereka ataupun hebatnya mereka, tetapi kerana kita benar-benar memerlukan mereka.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Telah dilancarkan! – PejuangImpian.com

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, produk audio “7 Amalan Utama Mencapai Impian” telah dilancarkan.

Dengan pelaburan yang lebih murah berbanding sekeping pizza, anda akan mengetahui 7 teknik dan kaedah mencapai impian anda.

Dapatkan sekarang dengan harga pengenalan! >> http://www.PejuangImpian.com

Apa itu Freelancer?

Kita sentiasa mendengar perkataan ini: Freelancer. Tetapi istilah freelancer sering dihadkan kepada graphic designer, web designer dan seumpamanya. Sebenarnya, freelancer bukan hanya setakat itu.

Freelance juga lebih kurang sama dengan maksud outsource. Ia dari satu sisi, adalah kata perbuatan. Free-lance dalam bahasa mudah boleh dimaksudkan sebagai bebaskan ia atau lepaskan ia. Sesuatu kerja tertentu, kita ‘lepaskan’ (upah) kepada orang lain untuk melakukannya.

Kemudian, freelancer pula adalah kata nama iaitu individu yang melakukan kerja tersebut. Contohnya, seorang pereka grafik mengambil ‘job’ mencipta desain atau grafik, maka dia adalah seorang freelancer.

Dipendekkan cerita, seorang freelancer adalah pihak (syarikat, bisnes ataupun individu) yang melakukan kerja-kerja tertentu berdasarkan projek atau tugas yang dilakukan itu sahaja, tanpa ada kaitan jangka panjang bersama klien mereka. Ia dilakukan berdasarkan per projek, jangka pendek ataupun berdasarkan jumlah masa.

Jadi, ‘tukang taip dokumen’, ghost writer, Internet Marketer, graphic designer, blogger dan sebagainya adalah seorang freelancer apabila melakukan kerja-kerja tertentu untuk pihak lain.

Sekian.

ps. Dari masa ke masa, pihak SmartUsaha.com akan menulis entri-entri mudah sebegini iaitu menjelaskan istilah-istilah asas agar peniaga Internet tidak terkeliru.

Dapatkan tip-tip ringkas secara percuma terus di facebook!
KLiK! –> https://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)