Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

“Easy Internet Business Startup” – 2012

Pada tahun 2012 ini, saya lancarkan satu peluang konsultasi untuk anda yang mahu memulakan perniagaan Internet sendiri. Khidmat nasihat ini adalah salah satu usaha saya membantu mereka yang serius untuk melakukan perniagaan Internet.

Saya namakan ‘program’ ini sebagai “Easy Internet Business Startup” (IBS)Memulakan Perniagaan Internet Cara Mudah.

Berikut adalah perkara penting mengenai perkhidmatan konsultasi ini:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Empat bahagian penting dalam bisnes

Secara asasnya, terdapat empat bahagian penting dalam sesebuah perniagaan, iaitu:

  1. Management (Pengurusan)
  2. Marketing & Sales (Pemasaran dan Jualan)
  3. Production (Pengeluaran)
  4. Customer Service (Khidmat Pelanggan)

Pengurusan adalah perkara pertama yang penting dalam bisnes. Tanpa pengurusan yang baik, perniagaan yang dilakukan akan mengalami kepincangan. Pengurusan terdiri daripada pengurusan projek, pengurusan kewangan (keluar masuk duit, pendapatan, kos dan gaji pekerja) dan pengurusan pekerja/team.

Bahagian Pemasaran & Jualan pula berfungsi sebagai sebuah jentera yang akan menentukan perniagaan terus ‘bernyawa’, iaitu dengan membawa masuk hasil terutamanya wang tunai (cash).

Bahagian Pengeluaran juga adalah aspek yang terpenting dalam bisnes. Bahagian ini berfungsi menghasilkan ataupun menyediakan produk-produk akhir yang akan dibeli oleh pelanggan. Jika bahagian ini tidak menghasilkan sesuatu yang tidak menepati sasaran (target) harian/mingguan/bulanan, maka ia akan memberikan kesan buruk kepada perniagaan. Dengan sebab itu, bahagian ini perlu sentiasa produktif dan menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Keempat, bahagian Khidmat Pelanggan. Bahagian ini adalah aspek yang akan menentukan nama perniagaan akan disebarkan sebagai baik ataupun sebaliknya, dan yang akan menentukan perniagaan akan terus mempunyai pelanggan yang setia. Layanan pelanggan yang baik, cepat dan mesra akan memastikan perniagaan akan terus berdaya tahan.

.

Cara mendapat idea menulis blog

Mendapatkan idea penulisan bukanlah sesuatu yang sukar. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan:

  • Daftar newsletter bagi topik yang sama dengan topik blog.
  • Sertai forum-forum yang mempunyai topik sama dengan blog.
  • Minta subscribers mailing list ataupun pembaca blog bertanya soalan.
  • Baca buku yang berkaitan dengan topik blog.
  • Layari website EzineArticles.com dan klik pada topik yang sama dengan topik blog kita.
  • Sertai group-group di Facebook yang sama topik dengan blog kita.

Setelah mendapat idea, maka tulis sesuatu yang lebih kurang sama (bukan copy & paste), ataupun respons (pendapat) terhadap perkara tersebut (contohnya respons terhadap tulisan blogger lain).

Selamat mencuba.

ps. Ada sesiapa berminat untuk mendapatkan ‘coaching’ WordPress dan Blogging? Pengambilan peserta secara terhad akan dilakukan dalam masa terdekat. Para peserta akan dibimbing secara personal dalam satu tempoh masa untuk menghasilkan projek blog masing-masing untuk tujuan tersendiri sama ada untuk bisnes, buat duit online, membina jenama dan sebagainya. Hubungi saya untuk tempahan awal dan maklumat lanjut.

Sumber artikel: BloggingSteps.com Cara mendapat idea menulis blog

Tiga cara utama meraih pendapatan melalui Internet [Formula RM3000 sebulan]

Secara asasnya, terdapat tiga cara para usahawan Internet memperolehi pendapatan melalui Internet, iaitu:

  1. Berdasarkan projek
  2. Berdasarkan jualan harian
  3. Pendapatan pasif

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Nak jual apa di Internet?

Salah satu persoalan popular dalam bidang perniagaan internet adalah “nak jual apa?” Soalan ini sentiasa bermain dalam minda dan fikiran usahawan online sama ada yang baru ataupun lama.

Secara asasnya, terdapat tiga cara untuk kita menentukan barangan ataupun produk untuk dijual di Internet:

  1. Melakukan kajian pasaran (market research). Biasanya ia dilakukan dengan menggunakan perisian kajian kata kunci (keyword research). Paling kurang, kita boleh membuat kajian melalui soal selidik dan mengkaji di forum online.
  2. Menjual produk yang ramai orang jual dan ia terus menerus dijual. Ia adalah produk jenis yang sentiasa ada permintaan ataupun ‘hot’ pada masa tertentu. Apabila kita melihat ramai orang menjual sesuatu dan ramai yang membelinya, maka itu petanda produk itu mempunyai potensi untuk dijual. Tidak timbul soal persaingan di sini kerana kita perlu lakukan sesuatu yang unik, tawaran yang bebaloi dan pemasaran yang agresif untuk menarik pembeli.
  3. Inovasi. Cipta produk baru. Namun kaedah ini mempunyai risiko kerana tidak semua produk baru yang bagus bagi kita, bermaksud bagus juga bagi orang lain. Contoh produk inovasi adalah seperti iPhone dan iPad. Tidak salah mencuba kaedah ini kerana yang penting adalah pastikan dahulu produk itu ada potensi untuk terjual.

Kesimpulan

Bagi peniaga-peniaga kecil, utamakan kaedah pertama dan kedua kerana risikonya adalah rendah. Jika anda pening kepala, gunakan saja kaedah kedua kerana ia cepat dan tidak perlu lakukan kajian pasaran yang mendalam.

Untuk kaedah kedua, lihat iklan-iklan yang dilakukan sama ada iklan Adwords, banner, di Facebook, emel dan sebagainya. Jika ramai orang yang menjualnya, bermaksud ia mempunyai potensi yang besar. Kemudian, lakukan kaedah pemasaran yang lebih baik daripada pihak lain agar kita mempunyai perbezaan.

Dunia perniagaan online begitu mudah untuk dilaksanakan, termasuklah mendapatkan idea ‘nak jual apa’. Dengan hanya perlu online melalui talian Internet dan kita boleh melakukan sedikit kajian dan melihat apakah produk-produk yang sedang laris dijual. Atau, kita membuat kajian mengenai pasaran yang boleh kita terokai dengan menggunakan perisian-perisian online yang percuma ataupun yang berbayar.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah menjual produk yang ramai orang perlu dan mahu beli (ada permintaan), bukannya apa yang kita hendak jual semata-mata.

Artikel lain: Produk terbaik untuk dijual di Internet.

.

Kategori Terbaru: Perisian, Komputer dan Gajet – Internet & Teknologi

Blog SmartUsaha.com ini akan terus berkembang dengan bertambahnya beberapa lagi kategori artikel (post). Kategori itu adalah Internet & Teknologi yang berkaitan dengan Perisian, InternetKomputer dan Gajet, terutama yang berguna untuk para usahawan sama ada usahawan online ataupun offline.

Hakikatnya, bidang (niche) utama saya selama ini adalah Internet, Komputer dan Perisian. Contohnya, saya telah hasilkan beberapa produk berkaitan dengan kategori itu seperti Panduan WordPress, Panduan FTP, Sistem DPP dan Sistem EzSurvey.

Sehubungan dengan itu, saya merasakan adalah satu kebaikan jika saya menulis informasi berkaitan topik-topik tersebut yang pasti bermanfaat untuk para usahawan.

Sekian makluman.

-
smartzul

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)