Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com
567

Bagaimana meraih kejayaan dengan cepat dan mudah pada tahun ini (2012)

Berikut adalah formula ringkas, bagaimana untuk meraih kejayaan dengan cepat dan mudah bagi tahun 2012 ini:

  • Lakukan sesuatu yang sudah kita ketahui dan kuasai sebelum ini. Contohnya jika saya, kekuatan saya adalah menulis dan menerbitkan produk informasi. Elakkan melakukan sesuatu yang baru, di mana ia pasti akan menyebabkan kita mengambil masa yang lama untuk belajar dan menguasainya.
  • Gunakan apa sahaja platform yang telah kita miliki. Contohnya saya mempunyai blog perniagaan internet ini, Facebook Page (yang kini sudah lebih 3000 Like) dan juga mailing list.
  • Gunakan pemasaran berbayar seperti iklan dan Pay per Click (PPC). Pemasaran berbayar lebih cepat hasilnya berbanding cara percuma yang biasanya mengambil masa.
  • Gunakan “Email Marketing”. Ini adalah wajib dan mandatori. Ia bukan lagi satu pilihan.
  • Outsource kerja-kerja teknikal yang memakan masa walaupun kerja itu kita tahu melakukannya. Upah orang lain melakukan kerja-kerja teknikal seperti design grafik, website dan seumpamanya. Kerja-kerja yang memakan masa itu amat merugikan kita di mana kita boleh melakukan kerja produktif yang lain. Contohnya: Saya boleh fokus pada penulisan, marketing dan content.
  • Jual produk atau perkhidmatan yang betul-betul mempunyai potensi dalam pasaran (ada permintaan). Jadi perlu luangkan sedikit masa membuat kajian dan pemerhatian.
  • Lupakan model bisnes yang lain dan apa sahaja perkara yang tidak berkaitan sehingga kita meraih hasil yang amat membanggakan terhadap usaha yang sedang kita lakukan. (FOCUS – Forget Other Commitment Until Success)
  • Bekerjasama (joint venture) dengan usahawan lain. Ya, kerjasama adalah salah satu ‘rahsia’ untuk kita berjaya dengan pantas.
  • Rancang sesuatu untuk bertindak. Rancang tindakan, bukan hanya sekadar merancang sahaja. Bersama rancangan itu, tetapkan masa dan cara untuk melaksanakannya.
  • Buat rancangan penuh untuk tahun 2012 dan laksanakan rancangan itu dengan sepenuh hati!
  • Fokus pada menjual dan menghasilkan ‘profit’ (untung). Perlu berani menjual produk dan perkhidmatan kita tanpa sedikit pun rasa tidak yakin dan ragu.
  • Lakukan sahaja apa yang telah dirancang tanpa ada rasa ragu-ragu. Katakan TIDAK kepada perasaan mahu menunda tindakan.
  • Hargai pelanggan sedia ada (seperti memberikan diskaun dan sebagainya). Mereka lebih mudah diyakini berbanding pelanggan baru.
  • “Tiru” orang-orang berjaya. Belajar teknik dan strategi yang terbukti berkesan daripada sesiapa sahaja yang telah mendapat hasil kejayaan. Contohnya, jika kita mengetahui usahawan A berjaya melancarkan produk sehingga meraih puluhan ribu dalam masa 30 hari, segerakan hubungi dirinya dan katakan kita mahu belajar strategi beliau. Tetapi, ia tidak semudah itu. Lakukan dengan cara yang profesional seperti ada perkongsian timbal balik yang diberikan kepadanya. Setelah belajar, segerakan untuk mempraktikkannya.

Kesimpulan: Tetapkan produk/perkhidmatan yang pasti ada permintaan + Rancang tindakan setahun penuh + Lakukan pemasaran yang berkesan + Bertindak sepenuh hati + FOKUS!

Apa pendapat anda mengenai formula di atas? Atau mungkin anda ada tambahan yang lain. :)

Terima kasih kerana membaca.

Ingin memulakan perniagaan Internet sendiri? Dapatkan konsultasi terus daripada smartzul. Dalam masa 1 jam 30 minit, segala kebuntuan anda akan terhapus! Diskaun RM50 untuk 10 orang pertama! Klik di sini sekarang.

.

Apakah beza Majlis Daerah dan SSM?

Soalan: “Saya nak tanya, adakah sekarang SSM masih ada lesen untuk perniagaan melalui internet? Saya nak menjual barang cosmetic di internet, adakah susah nak memohon lesen?? Hari ini saya ada pergi majlis daerah untuk pertanyaan menggenai lesen ini, tapi pekerja sana beritahu saya lesen ini sudah tiada.

Adakah majlis daerah sama dengan SSM?

Terima kasih kerana menjawab soalan saya.”

Jawapan:

1. Untuk jual produk kosmetik atau apa jua produk yang tidak salah di sisi undang-undang, melalui Internet, tidak perlu ada lesen. Kita hanya perlu mendaftar perniagaan sahaja di SSM. Pada borang pendaftaran itu, tulis aktiviti bisnes seperti “Menjual produk kosmetik” dan lain-lain jika ada. Tidak perlu beritahu bahawa kita menjualnya di internet. Cukup beritahu begitu sahaja.

2. Lesen di Majlis Daerah hanya untuk mereka yang ada premis sahaja seperti kedai, warung dan sebagainya.

3. Majlis daerah dan SSM adalah tidak sama. Majlis daerah menguruskan perniagaan yang ada premis khas untuk perniagaan sahaja. Bisnes kecil-kecilan yang dilakukan dari rumah tidak memerlukan kita mendaftar bersama mereka. Manakala SSM pula tempat untuk kita mendaftar perniagaan sahaja. Mereka tidak akan bertanya sama ada kita berniaga dari rumah ataupun di kedai. Tugas mereka hanya mendaftarkan perniagaan kita sahaja.

Baca artikel berikut untuk maklumat lanjut: Pendaftaran Perniagaan Internet di SSM

Dapatkan buku saya, “Urus Sendiri SOHO Anda” untuk memahami konsep bisnes dari rumah.

Layari dan Like page Facebook saya di bawah untuk tip-tip terkini terus di Facebook.

Terima kasih.

SmartZul
http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

Bagaimana memulakan perniagaan Internet untuk pemula?

Untuk memulakan perniagaan Internet, hentikan dahulu kemahuan-kemahuan yang tidak mampu dilakukan. Lupakan dahulu perkara-perkara yang terlalu advance dan belum kita mahir. Malah, perancangan yang terlampau sempurna juga mampu membantutkan kita memiliki sebuah perniagaan Internet.

Mulakan dahulu dengan projek yang simple, mudah dan segera. Misi utama pada peringkat awal adalah dapatkan dahulu pengalaman pertama, sebaliknya bukan satu juta pertama! :)

Berikut adalah perkara-perkara asas yang para pemula perlu kuasai dan lakukan:

  • Jual produk yang ada permintaan dalam pasaran.
  • Ada platform segera dan mudah untuk menjual produk tersebut. Mulakan dengan satu dahulu. Contoh: Menjual di Facebook ataupun menjual dengan menggunakan blogshop (blogger.com ataupun blog pasang sendiri).
  • Tetapkan kadar keuntungan bersih untuk setiap jualan. Konsep asas perniagaan adalah untuk buat untung; bukan rugi atau sekadar cukup-cukup makan. Jika memberi diskaun, pastikan tetap ada untung.
  • Ada akaun Online Banking seperti Maybank2u & CIMBClicks, dan akaun Paypal (amat disarankan).
  • Lakukan promosi yang berkesan iaitu dengan mesej yang betul, pada masa yang betul dan kepada orang (sasaran) yang betul. Pilih kaedah pemasaran yang utama dan lakukan ia secara konsisten.
  • Mesej yang betul boleh dihasilkan dengan mempelajari ilmu copywriting.
  • Tahu jumlah pelanggan yang masuk ke laman web (sehari/seminggu/sebulan). Ini adalah data yang paling penting! Caranya? Gunakan sistem percuma seperti statscounter, freestats, SiteMeter dan Google Analytics. Minta individu tertentu setup (pasang) untuk anda jika anda tidak mahir perkara teknikal.
  • Berikan layanan yang baik kepada pelanggan, termasuklah memudahkan segala urusan dan proses urus niaga. Gunakan ayat-ayat yang menghargai, menggembirakan dan menghormati mereka.
  • Simpan maklumat pembeli (nama, emel, alamat dan nombor telefon) dengan baik dan terurus.
  • Jual produk lain yang sesuai kepada pelanggan sedia ada dengan harga diskaun.

Jika diringkaskan penerangan di atas:

  • Ada produk yang pasti akan ada pembeli.
  • Ada akaun bank beserta online banking.
  • Promosikan dengan cara yang betul.
  • Terima bayaran dan tempahan (pembelian).
  • Urus pelanggan dengan baik.

Itu sahaja asas-asas perniagaan Internet. Tidak sesukar mana, tetapi tetap memerlukan ilmu dan kelengkapan asas. Ilmu-ilmu itu boleh diperolehi melalui buku, ebook, seminar dan bengkel.

.

Tip Pembelian Komputer (desktop)

Soalan: “Saya mahu membeli desktop pc yang klon untuk kegunaan anak-anak sekolah menengah dan rendah. Apakah spesifikasi komputer klon yang sangat sesuai dan bajet saya dalam sekitar RM1500 sahaja. Terima kasih.”

Jawapan:

Sukar untuk menyatakan secara spesifik kerana perlu rujuk pada pamplet jualannya. Namun secara asas, utamakan ciri-ciri berikut sesuai dengan keperluan:

  • Ada port USB (untuk kegunaan pen drive, printer dan lain-lain)
  • Sudah dipasang dengan perisian Windows original. Jika tiada, biasanya peniaga akan minta tambah lebih kurang RM400 untuk memasangnya.
  • Sudah dipasang dengan perisian Microsoft Office original yang asas (ada pakej untuk Student). Jika belum dipasang pada pakej komputer yang dipilih, biasanya kita perlu menambah bayaran (sekitar ratusan ringgit).
  • CD-ROM drive
  • Monitor

Untuk mendapatkan komputer klon mengikut bajet tersebut, pilih pakej komputer yang tidak begitu besar spesifikasinya, iaitu yang terlalu canggih. Untuk lebih mudah, pergi ke beberapa buah kedai komputer dan ambil pamplet jualan pakej komputer yang mereka sediakan. Biasanya pada pamplet, mereka sediakan beberapa pilihan pakej mengikut bajet kita.

Jangan terus beli di situ (semasa mengambil pamplet), tetapi balik ke rumah dahulu dan bincang bersama suami / keluarga dan buat keputusan untuk memilih pakej yang mana. Elakkan terpedaya dengan pujukan pekedai pada masa tersebut. Balik ke rumah dan ambil masa sebelum membuat keputusan.

Apabila sampai di kedai untuk membeli pakej tersebut, tanya penjual jika ada sebarang soalan, terutama spesifikasi-spesifikasi di atas. Minta diskaun jika mahu, ataupun ‘free gift’.

Andaikata keperluan kita tiada dalam pakej (seperti pemasangan perisian Windows), biasanya kita perlu menunggunya sekejap, ataupun biasanya mereka akan membuat penghantaran terus ke rumah setelah komputer siap dipasang.

Itu sahaja yang dapat saya cadangkan.

Terima kasih.

Mohd Zulfadli (SmartZul)
http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Pengumuman Penting: Pemilikan domain name MohdZulfadli.com

Diumumkan bahawa, domain name MohdZulfadli.com tidak lagi berada di bawah pemilikan saya, Mohd Zulfadli bin Suddin.

Sekian, harap maklum.

17 Januari 2012

Fokus 2012 SmartZul

Pada tahun ini, saya akan memfokus kepada beberapa perkara dan aktiviti berikut:

  1. Penerbitan produk informasi untuk niche berikut:
  2. Talk, seminar, coaching dan bengkel/training perniagaan Internet (umum dan spesifik).
  3. Penulisan buku.

Topik-topik fokus saya untuk bidang Internet Marketing bagi tahun ini adalah:

  • Perniagaan Internet 101 (basic & startup)
  • Facebook Marketing
  • WordPress & Blogging
  • Produk Informasi
  • Affiliate Marketing

Secara rekod peribadi, saya mempunyai pengalaman tersendiri untuk kesemua topik di atas.

Salah satu visi saya pada tahun 2012 ini adalah, membantu sekurang-kurangnya 100 orang memulakan perniagaan Internet mereka sendiri atau/dan dilatih dengan kemahiran pemasaran Internet.

Nantikan program-program seminar dan latihan (training) yang berkaitan dengan topik-topik di atas untuk setahun penuh ini. Ia akan dilaksanakan melalui dua cara iaitu online dan bersemuka (seminar & bengkel).

Pada tahun ini juga, saya akan kurang melakukan perkhidmatan tertentu (servis) melainkan ia benar-benar ‘berbaloi’ dan sepadan dengan masa yang diluangkan. Cuma, saya akan lebih kepada khidmat konsultasi bagi mereka yang mahu memulakan model perniagaan internet berkaitan.

Tip: Kita teramat sukar untuk berjaya jika kita tidak menetapkan fokus untuk setahun penuh yang begitu singkat ini. 12 bulan bukanlah satu tempoh masa yang panjang. Jadi untuk mencapai sesuatu hasil yang membanggakan, kurangkan komitmen untuk perkara yang tidak perlu dan fokus sepenuhnya pada perkara yang amat kita tahu. Kemudian, tetapkan masa yang spesifik dan jelas untuk melaksanakannya (perancangan tersebut). Kejayaan akan berada dalam tangan jika kita melakukan perkara yang kita tahu dan mahir.

.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)