Pada tahun 2012 ini, saya telah membuat satu keputusan yang besar, di mana saya hanya mahu membantu, membimbing dan melatih individu-individu yang serius sahaja dalam membina perniagaan Internet mereka.
Sejak beberapa tahun dahulu, saya banyak menerima emel yang bertanyakan mengenai “bagaimana memulakan perniagaan internet”, “macam mana nak mula”, “macam mana nak buat” dan seumpamanya. Ada yang saya jawab dan ada yang tidak.
Apabila saya menjawab soalan mereka itu, mereka terus senyap membisu. Kemudian saya mula bertanya pada diri sendiri, apakah keuntungan di sebalik memenuhi persoalan-persoalan golongan tersebut. Jawapan saya mengatakan, “Ia amat merugikan.”
Kerugian itu adalah pada kedua-dua belah pihak:
- Mereka yang bertanya, membuang masa dengan perkara yang mereka tidak serius, iaitu hanya sekadar mahu tahu dan belum membuat keputusan muktamad untuk melakukan perniagaan melalui Internet.
- Yang menjawab (seperti saya), menggunakan banyak masa tanpa memberikan apa-apa hasil. Walhal saya lebih wajar mengutamakan dan fokus kepada individu yang lebih serius.
Jadi pada tahun 2012 ini, saya akan lebih mengutamakan mereka yang serius sahaja. Jika sekadar ingin tahu, blog ini sudah mempunyai ratusan artikel yang boleh dibaca dan dihadam tanpa perlu bertanya.
Mulai tahun ini, saya mahu menerima soalan yang berbunyi, “Apakah program latihan yang boleh saya sertai dan buku/ebook yang boleh saya beli? Berapakah modal yang perlu saya keluarkan?” Inilah soalan yang paling tepat untuk ditanya, sebaliknya bukan soalan-soalan lain. Soalan ini adalah soalan mereka yang betul-betul mahu bermula.
Apa yang akan saya lakukan adalah, saya akan bertanya dahulu kepada mereka yang bertanya soalan “bagaimana nak mula perniagaan internet” dengan soalan mudah ini: “Adakah anda benar-benar mahu buat bisnes internet?”
Kedua, mereka juga perlu menyatakan serba sedikit mengenai perancangan mereka, keinginan mereka, modal yang dapat mereka keluarkan dan beberapa hal berkaitan.
Hanya yang memberikan jawapan “Ya” dan menceritakan hal-hal berkaitan itu sahaja yang akan saya teruskan menjawab soalan yang mereka emelkan kepada saya. Kemudian barulah perbincangan dan perkongsian akan lebih bermakna apabila saya mengenali mereka secara umum melalui maklumat yang dinyatakan. Sekurang-kurangnya berbaloi walaupun mereka tidak membayar saya apa-apa.
Jadi, jika anda ingin bertanyakan saya apa-apa persoalan, pastikan anda benar-benar serius dan sudah bersedia untuk memulakan perniagaan Internet atau projek-projek berkaitan.
ps. Salah satu visi perniagaan saya pada tahun ini adalah melatih sekurang-kurangnya 100 orang usahawan Internet baru.
.


















Komen Terkini