Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Motivasi Sejuta Ringgit

Seorang usahawan ditanya, bagaimana cara untuk terus ligat berusaha tanpa henti dan berputus asa?

Beliau berkata, “Saya tetapkan target aset bernilai satu juta ringgit. Selagi saya tidak mencapainya, selagi itu saya tidak akan berhenti.”

Jawapannya itu menimbulkan satu persoalan, “Bagaimana pula setelah impian itu dicapai?”

Dengan tenang beliau menjawab, “Saya mempunyai lebih daripada 100 impian dan perkara yang perlu dilakukan. Sasaran yang dinyatakan tadi adalah salah satu daripadanya.”

Si penanya belum berpuas hati lantas bertanya, “Saya juga ada sasaran dan impian, tetapi itu tidak menggerakkan saya ke hadapan. Bagaimana pula tuan boleh berkata sasaran itu adalah sebab tuan tidak berhenti berusaha?”

Usahawan itu melebarkan senyuman dan kemudian menjawab, “Kita perlu ada sebab apabila melakukan sesuatu perkara. Atau kita sering menyebut ia sebagai niat. Saudara ada sebab sendiri apabila saudara melakukan sesuatu. Begitu juga saya yang mempunyai sebab tersendiri.”

Beliau meneruskan penerangan, “Andaikata saya tidak lakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri, saya pasti akan meraih simpati kepada orang lain. Hal ini amat memalukan dan menjatuhkan maruah diri, walhal Islam menyuruh kita menjaga maruah kita dan keluarga kita sebaik-baiknya.”

Sumber: MotivasiUsahawan.com

Berani Berimpian!

Video yang dihasilkan oleh kenalan saya:

Adakah anda seorangĀ Pejuang Impian?

.

Cek komisen $63.16 dollar USD

Sekadar perkongsian. Mungkin bermanfaat untuk para pembaca sekalian apabila mendapat cek pertama dari luar negara.

Baru-baru ini, saya telah masukkan (deposit) sekeping cek komisen affiliate Getresponse di bank Maybank pada 21 Disember 2011. Tarikh cek itu ditunaikan (duit dimasukkan ke akaun) adalah pada 25 Januari 2012.

cek-getresponse-affiliate

Kesimpulan:

  • Masa yang diambil untuk cek luar negara ditunaikan melalui bank Maybank adalah selama 1 bulan.
  • Caj yang dikenakan adalah lebih kurang RM50+-.
  • Cek luar negara boleh ditunaikan melalui dua cara: (1) Melalui kaunter (guna borang deposit cek). (2) Mesin deposit cek segera / Fast Cheque Deposit (dimasukkan dengan sampul borang deposit). Borang ini boleh diminta daripada staf yang bertugas di kaunter penyambut tetamu.
  • Pastikan maklumat yang diisi pada borang adalah betul dan tepat seperti no. akaun bank, nama penuh dan maklumat cek (bank, no. cek, tempat dan jumlah dalam USD).
  • Pada belakang cek, catatkan no. telefon dan juga no. akaun bank. Jika ada sebarang perkara, pihak bank akan hubungi anda melalui telefon.
  • Anda boleh tunaikan cek di mana-mana bank yang anda ada akaun simpanan bersama mereka. Tidak semestinya Maybank.

.

Info tambahan – Beberapa income yang saya pernah perolehi dari pasaran luar selain affiliate Getresponse adalah:

.


SmartUsaha.com : Kini genap 6 tahun!

6 September 2005. Saya tetap mengingati tarikh keramat ini iaitu saya telah mendaftar nama domain www.SmartUsaha.com. Kini setelah berlalunya tahun 2011, maka genaplah usia domain iniĀ 6 tahun lamanya.

Alhamdulillah. Segalanya atas ketentuanNya saya mampu terus mengekalkan perjuangan ini walaupun telah melalui seribu satu ujian, pahit dan manis.

Sementara itu, nama perniagaan yang saya daftarkan iaitu Inspirasi Maya Enterprise pada tahun 2006 juga telah genap lima tahun usianya. Nama perniagaan ini telah didaftarkan di SSM pada 5 Disember 2006. InsyaAllah, hanya satu perniagaan ini yang akan saya fokus buat masa sekarang.

Sekali lagi, alhamdulillah. Segalanya atas kekuasaan dan kehendakNya jua.

Sekarang, saya perlu memikirkan bagaimanakah dan apakah yang saya perlu lakukan untuk terus kekal, tetapi terus berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Salam sukses!

-smartzul

.

Rahsia Orang Kaya : Suka Beli & Simpan Emas

Seperti mana artikel saya sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa simpanan yang kita miliki adalah lebih penting daripada pendapatan yang kita perolehi. Simpanan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun emas, adalah ‘satu jaminan’ yang dapat mengurangkan lelah kita di saat mendesak.

Berikut adalah artikel khas mengenai emas, terutama dari segi kelebihannya berbanding wang kertas.

Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan membuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik.

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan.

Tambahan lagi, simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya kerana ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan menyimpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda.

Yang menariknya, lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya. Ini kerana harga emas sentiasa meningkat tahun demi tahun.

rahsia emas

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, di mana tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, emas diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi mempunyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu.

Tetapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini.

Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan membeli dan menyimpan emas.

Klik di sini untuk mengetahui bagaimana untuk melabur dan menjana keuntungan lumayan dengan emas.

Tip ringkas: Buat duit banyak-banyak melalui Internet, kemudian beli emas dan simpan.

.

Apakah perkara yang lebih penting daripada pendapatan puluhan ribu ringgit?

Katakan hari ini kita mendapat RM10,000 setelah berhempas pulas siang dan malam selama sebulan. Ia merupakan satu hasil yang amat besar di mana jika orang lain bekerja makan gaji bagi jawatan pertengahan (bergaji RM2000), mereka perlu mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk mendapat jumlah sebanyak itu.

Namun sahabat saya sekalian, selama ini kita mungkin terlalu dihidangkan dengan gambaran-gambaran yang menarik mengenai jumlah hasil perniagaan Internet mana-mana individu. Tetapi amat jarang kita didedahkan atau mendapat saranan bagaimana mengurus hasil itu.

Pendapatan puluhan ribu itu bukanlah satu jaminan untuk kita kerana ia boleh habis dalam sehari dua sahaja, sama ada digunakan untuk peribadi ataupun untuk kos-kos bisnes.

Sebaliknya, perkara yang paling penting untuk kita lakukan apabila mendapat hasil sebegitu atau apa jua jumlah adalah, MENYIMPAN sebahagian daripadanya.

Simpanan itu boleh dilakukan sama ada ke dalam akaun simpanan peribadi ataupun akaun perniagaan. Jika mahu, boleh tukarkan wang tunai itu kepada bentuk yang lebih menguntungkan seperti emas kerana nilai emas lebih stabil berbanding wang kertas.

Apabila kita mempunyai simpanan yang tidak disentuh, kita mempunyai ‘satu jaminan’ yang boleh menyenangkan diri kita terutama pada saat kejatuhan, kegagalan dan kecemasan, sama ada pada aspek peribadi ataupun perniagaan.

“Berapakah simpanan kita setakat hari ini?”

.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)