Produk untuk di-niagakan di internet

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Hmm, sudah lama saya tak kemaskini laman web ini, bahkan projek e-book kompilasi saya tu pun masih tertangguh.. InsyaAllah, akan datang jua dalam masa terdekat. Faham-faham je lah, saya masih belajar dan sibuk dengan projek sarjana muda. So, time frame kena ikut betul-betul, kalau tak masalahlah jawabnya. Selain itu, ada lagi beberapa perkara yang tak dapat dielakkan + sibuk dengan beberapa perkara yang lain.. Manusia biasa, hanya dapat merancang..

Ok,kita tinggalkan pasal itu, mari kita bincang mengenai topik kali ini. Memilih produk.. Jika anda adalah salah seorang dari orang yang mendaftar newsletter saya (kini ditutup sementara), anda telah menerima tulisan saya mengenai model-model perniagaan internet. Antaranya adalah produk, servis, affiliate & dropship. Tapi di sini, saya akan bincangkan mengenai produk & servis.

Saya, jika anda bertanya apakah yang saya lakukan di internet (berniaga), saya akan jawab saya melakukan hampir kesemua model-model di atas. Tidak perlu saya nyatakan satu-persatu tetapi antaranya adalah dengan membuat servis rekabentuk laman web, pembangunan sistem pengurusan maklumat (CMS) dan menjadi agen bagi syarikat hosting bagi menjual domain dan pakej hosting. Yang lain2 adalah program affiliate, namun saya tidak beberapa aktif sangat bagi model ini. Sekarang, saya lebih kepada produk & servis. Selain itu, saya juga menggunakan adsense untuk mendapat income secara sampingan.

Baik, setiap orang ada kepakaran tersendiri. Ada yang tahu design banner, logo, batik, bisnes kad, kad jemputan kahwin dan apa sahaja. Itu adalah bidang rekabentuk. Sebenarnya, apa sahaja bidang, anda boleh tawarkan servis anda di internet. Namun, lihat juga keadaan tertentu. Seorang doktor pakar menawarkan khidmatnya. Mungkin hanya penasihatan secara online.. Atau mungkin hanya mempromosikan khidmatnya menggunakan laman web serta siapa yang ingin mendapat rawatan, perlu ke klinik-nya. Inilah kekangan model servis, namun tidak semua. Design logo katakan, anda boleh menghantar design kepada pelanggan melalui emel sehinggalah pelanggan suka dan akhirnya anda menyiapkan apa yg dimahukan oleh pelanggan itu, serta menghantarnya melalui emel. Jadi, untuk model servis, kekadang anda perlu bersemuka dengan pelanggan anda.. Dari segi pembayaran, ia boleh dilakukan secara online..

Bagaimana dengan model produk? Mudah.. Pilih produk yang unik, dikehendaki ramai dan tiada pesaing yang menjual benda yang sama. Jika ada, anda perlu menyusun strategi untuk bersaing dengan sihat dan produktif. Pastikan produk itu mempunyai bakal pembeli yang ramai.. Bagaimana untuk mengetahuinya? Buatlah kajian, apakah keperluan mereka.. Jika boleh, produk anda unik… Apabila menyentuh mengenai unik, di dalam perniagaan internet memang topik ini disentuh secara serius.. Istilah-nya adalah niche. Saya akan menulis hal ini di lain masa, namun cukup untuk saya katakan di sini, produk anda mesti unik & bertumpu kepada pasaran sedia-ada. Nak tahu contohnya, saya akan menulisnya nanti..

Kesimpulannya, anda boleh pilih model mana yang anda mahukan. Jika anda mahukan ‘relaks’, pilih produk.. Jika anda ‘rajin’, buat servis.. Jika anda ‘kuat’, pilih kedua-duanya.. Saya akan ceritakannanti pengalaman saya setelah membuat kedua-dua model tersebut.. Letih? Cerewet? Senang?… ?? Tunggu.. 🙂

Oklah, cukup setakat ini. Masa saya amat terhad.. So, apa tunggu lagi? Jangan biarkan diri anda hanya menjadi penonton kepada kejayaan orang lain..

Jumpa di puncak kejayaan.. :-p

Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..

Tahukah anda bahawa bidang perniagaan internet di Malaysia masih baru? Sekadar ingin berkongsi dan ‘mencabar’ anda, sama-samalah merebut peluang ini kerana saya yakin bidang ini akan berkembang dengan pesat di Malaysia kelak. Jangan membuang masa lagi..
Tinggalkan skim cepat kaya dan program buat duit yang salah itu, kerana ia tidak kekal lama dan hanya akan menjatuhkan diri anda. Sebaliknya, lakukanlah perniagaan yang sebenar-benarnya..

Sekadar ingin mengingatkan anda semua, BERTINDAKLAH SEKARANG!

Kesibukan..

Apa khabar anda hari ini? Hari ini adalah 8 Januari, begitu pantas masa berlalu. Pada dua hari yang lepas, saya begitu sibuk dengan dua projek website yang perlu disiapkan untuk client dan partner saya. Yang menarik adalah, saya bersama dua orang lagi bekerja hanya berhubungan dengan Yahoo Messenger sepenuhnya. 🙂 Seorang di Terengganu dan seorang lagi tidak berapa jauh dari tempat saya ini. Saya terpaksa menyiapkan projek laman web tersebut dahulu dan kemudian barulah dapat fokus kembali kepada projek e-book kompilasi yang sedang tertangguh seketika..

Kedua, mengenai theme blog saya ini, saya akan membiarkannya begini terlebih dahulu. Sehingga satu masa nanti, saya akan mengubahnya kepada theme atau bentuk yang lebih menarik. yang penting sekarang adalah informasi yang ingin disampaikan.

Hanya sekadar bertanya, adakah anda telah mempunyai idea untuk perniagaan internet? Atau telah pun bermula? Hmm, terjebak ke dalam program wang? Pastikan anda melakukan sesuatu yang sah dan betul.. Demi masa depan anda.

Lawati komuniti perniagaan internet pertama di Malaysia, ilham dari seorang anak muda yang juga usahawan internet Malaysia. Lawati di sini: http://wangcyber.com.

Wassalam.

Versi baru smartusaha.com

Assalamu’alaikum/salam sejahtera,

Akhirnya, selepas berusaha ‘sekian lama’ dapat jua mengalih blog smartusaha ini ke subdomain http://blog.smartusaha.com atau http://smartusaha.com/blog. Pengalihan ke subdomain ini kerana domain smartusaha.com atau root direktori, saya akan meletakkan page untuk frontpage utama yang akan mengandungi link ke beberapa subdomain dan URL yang lain. Jadi, mudah untuk pelawat menavigasi..

Selain daripada itu, wordpress iaitu perisian yang saya gunakan untuk blog saya ini adalah versi terkini,Version 2.0 atau dikenali sebagai Duke Release. Versi kali ini lebih cute dan banyak kelebihan, terutama banyak bugs yang telah dibaiki. Untuk ketahui mengenai versi ini, sila ke sini: http://wordpress.org/development/2005/12/wp2/

DAN perkara penting yg saya ingin nyatakan, tulisan-tulisan saya yang lepas akan dikompil menjadi sebuah e-book. Maka, jika anda ingin membaca, silakanmen-download ebook itu nanti. Doakan agar saya dapat menulis dengan lebih fokus dan efisyen bermula tahun ini. Selama 4 bulan yang lepas, iaitu bermula september 2005, saya mula menulis di blog ini. Saya lebih fokus kepada memberi kesedaran mengenai perniagaan internet seperti kelebihan perniagaan internet, asas-asas mudah, program2 wang yang salah, pesanan-pesanan, dan lain-lain. Saya tidak banyak menyentuh mengenai teknik-teknik perniagaan internet. Itulah fasa 1 saya.. Rasanya, cukup setakat itu fasa 1 tersebut.

Kini, tahun 2006, rasanya sudah bersedia untuk memasuki fasa ke-2. Saya akan lebih fokus kepada teknik, kaedah, tips dan triks perniagaan internet. Selain itu, perkara-perkara yang perlu ada pada seorang usahawan internet juga akan diperbincangkan. Pendek kata, saya akan cuba menyentuh aspek-aspek penting bagaimana kita boleh menjadi usahawan internet yang berjaya dan memiliki ciri-ciri yang positif.

Itulah gambaran kasar untuk fasa ke-2 ini. Jika anda ingin ketahui fasa 1 saya, nantikan edisi kompilasi tulisan-tulisan saya yang lepas. Boleh dikatakan banyak ‘bercakap’ sahaja. 🙂

Oklah, cukup untuk kali ini. Semoga anda semua sudi melayari blog ini. Ambillah manfaat yang ada, dan sama-sama perbaiki kekurangan yang ada. Terima kasih.

p/s: Seronok menaip dengan wordpress versi 2 ini.. 🙂

Yang benar,
mohd zulfadli
SmartUsaha.Com