Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Local Market Vs International Market

19 02 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apabila anda ingin melakukan atau telah melaksanakan perniagaan internet, satu persoalan yang biasanya timbul adalah, pasaran mana yang perlu anda ‘kuasai’ dengan produk dan servis anda?

Persoalan ini dapat dijawab dengan mudah iaitu lihat apakah servis / produk anda. Jika produk yang anda jual itu sesuai dengan semua masyarakat antarabangsa, maka silalah mengambil peluang untuk memasarkan produk anda ke international market tersebut. Salah satu keuntungan apabila anda menjual produk ke luar negara, keuntungan anda adalah 3 hingga 8 kali ganda berbanding dengan nilai setempat anda (negara). Jika RM1.00 untung jualan anda, maka RM3.80 untung anda bagi pasaran luar negara jika menggunakan matawang USD.

Jika produk anda hanya menumpu kepada pasaran setempat, anda perlu mempunyai strategi. Salah satunya adalah ‘niche’ (unik). Sebab itulah sebelum anda memilih produk, anda perlu mengkaji pasaran sedia ada terlebih dahulu. Maksudnya, melihat kepada keperluan yang amat sangat bagi sesuatu pasaran sasaran. Anda perlu tahu, tidak semua produk sesuai untuk pasaran antarabangsa. Jika anda menjual produk yang sudah ramai orang menjualnya di internet, bermaksud anda memasuki persaingan yang sengit..

Oleh itu, sebelum anda memulakan perniagaan internet anda, pastikan pasaran manakah yang anda ingin masuki. Salah satu atau kedua-duanya? Jika kedua-dua, apakah produk yang sesuai untuk kedua-dua pasaran itu? Jika setempat, pastikan produk anda itu dikehendaki ramai. Jangan melihat hebatnya produk anda, tetapi produk itu mestilah sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai (pasaran bertumpu). Ini kerana, tidak semestinya produk yang hebat, semua orang memerlukannya. Mengenai pasaran bertumpu ini, saya ada menerangkan pada tulisan yang lepas. Jadi, buatlah kajian terlebih dahulu, apakah masalah yang dihadapi ramai orang dan jual sesuatu produk/servis untuk selesaikan masalah mereka. Konsep atau kaedah ini boleh diaplikasikan untuk pasaran setempat ataupun global.

Terserah kepada anda, pasaran mana satu yang anda ingin sertai. Cuma, jika pasaran global, anda perlulah mempunyai pengetahuan bahasa inggeris yang asas. Tahu menulis, mendengar, bercakap dan membaca. Jika itu anda sudah ada, sudah tiba masanya untuk anda meluaskan perniagaan anda ke luar. Namun, jika pasaran setempat anda lupakan, anda telah melepaskan sebuah pasaran yang mudah untuk anda kuasai, sebab ia adalah ‘kawasan’ (negara) anda sendiri..

“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Lebih baik negeri sendiri..”. :-)

Lakukanlah yang terbaik walau pasaran manapun yang anda sertai..

Zulfadli.

http://www.smartusaha.com

http://homebiz.smartusaha.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...






AWAS Pemilik Blog Wordpress : SPAM!!

18 02 2006

Saya mempunyai blog lain selain daripada yang ini. Hampir setiap hari blog saya di-spam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan software automatik.. Saya pun tak tahu software tu macam mana. :-) Tapi, software atau tools yang dipakai itu akan menghantar komen SPAM ke blog kita secara automatik. Komen yang sama, tetapi dihantar banyak kali.

Tujuan mereka ialah supaya pemilik blog atau pelawat blog kita mengunjungi laman web mereka untuk keuntungan. Samada mereka menjual barang atau apa saja seperti judi/poker.

Namun anda jangan risau (samada anda sudah kena atau akan kena :-)). Terdapat plug-ins yang boleh anda gunakan. Seperti sekarang, saya menggunakan dua pelug-ins. Hehe, saja nak bagi kebal lebih sikit..

Salah satu plug-ins adalah pengguna yang ingin memberi komen, perlu menjawab soalan matematik mudah iaitu hasil tambah dua nombor. Satu lagi adalah pengguna perlu memasukkan kod yang terpapar ke dalam textbox.

Untuk install, mudah sahaja. Download dahulu plug-ins tersebut dan unzip-kan jika fail tersebut dalam bentuk zip. Kemudian upload ke dalam folder wordpress anda di /wp-content/plugins. Untuk upload, salah satu caranya ialah menggunakan FTP atau File Manager Cpanel Hosting anda.

Masuk ke dalam control panel (bahagian admin) blog anda dan klik menu Plugins. Anda akan dipaparkan senarai plugins yang ada. Activatekan plugins yang anda telah upload tadi. Ada plugins yang memerlukan anda setting di bahagian options. Sila baca file readme atau keterangan di laman web plugins yang anda download untuk cara gunanya.

Di sini saya berikan link plugins untuk kaedah satu tadi iaitu soalan matematik:

http://www.herod.net/dypm/

Lain-lain plugins anda boleh rujuk dan download di sini:

http://codex.wordpress.org/Plugins/Spam_Tools

Semoga anda BEBAS daripada serangan SPAM.. :-)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...






Kriteria Usahawan Internet

14 02 2006

oleh: Irfan Khairi

Salam sejahtera,

Sering saya di tanya, apa yang perlu ada pada seseorang itu untuk berjaya dalam bidang perniagaan Internet. Apakah kriteria seseorang usahawan Internet.

Bila difikirkan, jawapannya tidak jauh lari daripada apakah kriteria seorang usahawan bukan Internet. Kreatif, inovatif, berpandangan jauh, sanggup mengambil risiko, tidak mudah putus asa, bijak membahagikan tugas dan sebagainya menjadi norma bagi kriteria seorang usahawan. Untuk menjadi usahawan Internet yang berjaya, kesemua kriteria yang dimiliki oleh usahawan bukan Internet perlu ada pada diri sendiri.

Namun, apabila dilihat dengan lebih terperinci, terdapat beberapa kriteria tambahan yang perlu ada pada Usahawan Internet untuk berjaya berbanding dengan usahawan bukan Internet. Berikut adalah kriteria-kriteria tambahan yang dimaksudkan:

Aktif dalam pemasaran
Salah satu kebaikan perniagaan di Internet adalah pasaran dunia. Dengan kos yang minima, seseorang itu boleh meniagakan produk atau perkhidmatannya kepada pelanggan serata dunia.

Apa yang perlu diingat juga adalah, apabila anda mengembangkan perniagaan anda untuk mencapai pasaran dunia, pesaing anda juga adalah pesaing-pesaing global. Untuk berjaya, usahawan Internet perlu aktif dalam memasarkan perniagaan Internetnya. Perniagaan menjadi semakin kompetetif oleh kerana anda harus bersaing dengan usahawan-usahawan luar yang berlumba-lumba memberi kualiti terbaik di serata dunia.

Bijak memenuhi peluang pasaran yang ada
Perniagaan Internet di Malaysia masih di tahap yang baru. Terdapat banyak ruang kosong dari segi peluang pasaran yang belum dipenuhi. Ini merupakan satu kelebihan bagi mereka yang bijak mengambil peluang memenuhi kekosongan tersebut untuk memulakan perniagaan.

Tidak seperti negara-negara barat, hampir kesemua kategori pasaran telah dipenuhi dengan laman perniagaan yang berkaitan. Di Malaysia, masih banyak peluang terbuka dan mereka yang bijak memenuhi ruang pasaran tersebut akan berpeluang menjadi ketua kategori perniagaan Internet tempatan.

Pemikiran yang unik
Seseorang usahawan Internet perlu memberi suatu keunikan kepada perniagaannya. Sememangnya perniagaan yang unik adalah penting untuk perniagaan bukan Inetrnet juga, namun, di Internet, ianya adalah lebih penting oleh kerana pesaing anda hanyalah satu klik dari pada anda.

Tidak seperti perniagaan bukan Internet, pesaing anda mungkin berada di bandar lain, dan disebabkan batasan logistik, ianya mungkin sukar untuk mencapai pesaing. Tetapi, di Internet, pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda. Untuk mencapai laman web perniagaan pesaing anda, pelawat hanya perlu membuat carian online, dan mereka boleh beredar dari laman anda dalam masa beberapa saat sahaja.

Pendekatan perniagaan yang unik adalah penting untuk memastikan pelawat anda menganggap perniagaan anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka. Dengan pendekatan yang unik, anda berpeluang mengetengahkan kelebihan perniagaan anda berbanding dengan pesaing anda seperti mana Domino’s Pizza menjanjikan “Penghantaran dalam masa 30 minit atau pizza percuma!” dan Amazon.com menjanjikan pelawat bahawa mereka adalah “Kedai buku terbesar di bumi”

Kesabaran dan kecekalan hati
Oleh kerana kegagalan perniagaan di Internet adalah amat tinggi oleh kerana ramai yang masih tidak faham dengan medium perniagaan era baru ini. Kesabaran dan kecekalan hati dalam meneruskan usaha perlu ada pada setiap usahawan Internet.

Dalam proses membina perniagaan di Internet, terdapat kesukaran yang akan di hadapai. Sebagai usahawan Internet yang berjaya, ambil segala kesukaran sebagai satu cabaran untuk terus memahami perniagaan di Internet. Apa jua benteng yang ada di hadapan, boleh di elakkan dengan mencuba kaedah-kaedah perniagaan Internet tertentu.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, di Malaysia perniagaan Internet masih lagi setahun jagung. Pada ketika ini, tiada banyak rujukan perniagaan-perniagaan Internet tempatan yang berjaya boleh di ambil iktibar. Rujukan boleh dilakukan dengan laman-laman web perniagaan antarabangsa.

Di atas adalah beberapa kriteria usahawan Internet yang berjaya.

Untuk berjaya di dalam perniagaan maya, usahawan perlu mengabungkan kriteria-kriteria untuk berjaya di bisnes bukan Internet serta kriteria-kriteria tambahan usahawan Internet. Untuk berjaya dalam apa jua bidang termasuk perniagaan Internet, ilmu pengetahuan adalah yang paling penting. Dalam kes ini, ilmu perniagaan digabungkan dengan ilmu internet.

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...






Perancangan Jangka Panjang SmartUsaha.Com

14 02 2006

Di sedikit kesempatan yang ada ini, saya ingin menulis beberapa perkara mengenai perancangan dan strategi smartusaha.com terutama peracangan jangka panjang.

Seperti sedia maklum, smartusaha.com terutama melalui blog ini lebih fokus kepada perniagaan internet dan juga memperbincangkan mengenai keusahawanan internet. Untuk pengetahuan anda, saya juga sering mengkaji dan mengikuti perkembangan perniagaan berasaskan di rumah yang tidak melibatkan internet.

Saudara/i pembaca, tidak semua orang mempunyai internet dan inilah salah satu faktor mengapa begitu ramai orang tidak dapat melakukan seperti yang orang lain lakukan. Namun jangan risau dan resah, lemah semangat atau rasa terpinggir.. Saya akan membimbing dan memberikan tips mengenai perniagaan ber-asaskan di rumah (home-based business).

Tahukah anda, di negara-nagara barat, industri perniagaan di rumah adalah antara bidang yang berkembang pesat..

Oleh itu, salah satu misi smartusaha.com adalah memberikan info, tips dan panduan di dalam melakukan kedua-dua bidang yang saya nyatakan iaitu perniagaan internet dan juga Home-based Business..

InsyaAllah, nanti anda akan dapat menyertai bersama dengan saya dan juga mereka yang lain.. Anda hanya memerlukan sedikit masa untuk membaca dan memahami informasi dan pengetahuan yang diberikan oleh kami di smartusaha.com.

Buat masa sekarang, lapangkanlah mas aanda untuk melawati blog saya ini dan juga blog mengenai home business di http://homebiz.smartusaha.com.

“Anda perlu faham, ada ‘1001′ cara untuk membuat duit dengan mudah..”.

Akhir kata, lapang-lapangkanlah masa anda untuk membaca.. :-)

Jumpa lagi, wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...