SaifulSham & Seminar Perniagaan Internet
Penulis:Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Pada 8 Julai 2006 nanti, saya akan mengikuti sebuah seminar perniagaan internet yang dianjur dan diuruskan oleh SaifulSham Consultants iaitu milik Team SaifulSham.Com. Mengapa saya begitu mudah untuk mengikuti seminar ini walhal segala info untuk memulakan perniagaan internet begitu mudah untuk didapati di internet? Tambahan lagi banyak bahan percuma seperti ebuku, artikel, e-zine, newsletter dan pelbagai lagi yang boleh didapatkan secara percuma? Jawapannya amat mudah..
Ya, walaupun saya telah berkecimpung di dunia perniagaan internet ini hampir setahun, namun, setiap usahawan internet memiliki ‘rahsia’ dan ‘petua’ tersendiri, dan inilah masanya untuk saya mendapatkan tips yang praktikal serta menghuraikan segala permasalahan dan persoalan selama ini. Tambahan, saya bukanlah seorang pakar atau yangbegitu banyak pengalaman, lebih-lebih lagi melakukan pemasaran yang melibatkan pelanggan luar negara. SaifulSham adalah jawapannya, kerana mereka sudah lama dan memiliki pengalaman yang banyak di dalam perniagaan internet di peringkat antarabangsa.
Usah bercakap banyak lagi, untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai seminar tersebut, anda boleh ke laman web mereka dengan klik di link berikut:
Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan mereka di sana dan anda boleh juga bertemu-mesra dengan diri saya di seminar tersebut nanti..
Jumpa di sana!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Pendapat : Ada 6 Pendapat Yang Bernas »
Kategori : Berita Terkini, Usahawan Internet






hensem tak? huhu.. Angkat bakul sendiri.. 














