Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com


567

Perkhidmatan oleh SmartUsaha.com

Klik pada menu PERKHIDMATAN di atas blog ini untuk maklumat lanjut.

Pihak SmartUsaha menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan Perniagaan & Pemasaran Internet.

Perkhidmatan perniagaan internet

-

17 cara menggagalkan perniagaan internet anda

Sesiapa pun mahu berjaya dalam usaha perniagaan internet dan tidak mahu gagal. Kegagalan pasti akan berlaku apabila kita leka, kurang ilmu dan tidak melakukan sesuatu itu dengan perancangan.

kegagalan perniagaan internet

Begitu banyak sebab kegagalan perniagaan yang dilakukan secara online, dan di sini disenaraikan sebanyak 17 sebab:

[limitread]

  1. Tidak membuat perancangan perniagaan yang jelas. Hanya buat perniagaan internet secara ala kadar. Pandangan ke hadapan begitu kabur. Tiada matlamat.
  2. Tidak melakukan promosi dan pemasaran yang agresif, terancang, efektif dan konsisten. Kita tidak akan mendapat jualan yang banyak kalau trafik yang mahu hanya sedikit.
  3. Melakukan pemasaran softselling tanpa mempunyai senjata jualan yang ampuh. Maksudnya adalah, hardselling. Kita perlu berani dan tidak malu untuk mempromosikan produk kita di mana-mana sahaja, tetapi dengan cara yang betul. Email marketing dan salesletter (surat jualan) adalah antara dua contoh alat jualan yang berkesan.
  4. Pengurusan kewangan yang teruk, malah tidak dipedulikan langsung. Hanya mahu wang masuk, tetapi wang itu tidak diuruskan dengan baik. Wang masuk dan wang keluar tidak direkodkan.
  5. Membazir wang seperti membeli sesuatu yang tidak perlu ataupun boleh dibeli kemudian. Mengawal wang masuk dan keluar adalah sangat penting dalam perniagaan. Aliran tunai adalah nadi utama perniagaan.
  6. Terlalu cepat memasuki bidang lain, walhal bidang yang sedang dilakukan belum sampai kemuncaknya. Sehinggakan, bidang yang sedang dilaksanakan semakin kurang diberi perhatian.
  7. Tidak melakukan kajian pasaran sebelum menentukan produk yang perlu dihasilkan atau dijual.
  8. Melakukan cara pemasaran dan promosi yang kurang berkesan.
  9. Terlalu banyak belajar, tetapi terlalu sedikit ilmu itu dipraktikkan.
  10. Tidak memeriksa statistik pelawat (trafik) ke laman web jualan, sehingga tidak tahu apakah conversion rate (kadar penukaran) jualan. Sekurang-kurangnya perlu tahu berapa orang yang masuk ke laman web dan berapa orang yang telah membeli dalam tempoh sebulan.
  11. Tidak mempunyai mindset seorang usahawan, sebaliknya hanya memikirkan soal buat duit sahaja.
  12. Terlalu cepat mahu membina kejayaan perniagaan sehingga banyak perkara-perkara penting terabai. Boleh sahaja cepat berjaya, tetapi mungkin ia hanya gah di atas tiang-tiang yang rapuh.
  13. Tidak menyimpan wang (hasil perniagaan). Ini berkaitan dengan perkara sebelum ini iaitu pengurusan kewangan.
  14. Tidak mahu belajar daripada orang lain yang telah berjaya. Ego, dengki, ujub, riak, malu dan lain-lain sikap mungkin punca tidak mahu belajar itu.
  15. Laman web hanya disiapkan sekali, kemudian tidak diubah lagi. Kandungan surat jualan perlu sentiasa diperbaiki agar kadar jualan semakin meningkat. Sebab itu ilmu copywriting adalah penting.
  16. Tidak belajar daripada pesaing. Pesaing jangan dijatuhkan, tetapi cuba jadikan mereka sebagai kawan dan rakan kerjasama. Atau sekurang-kurangnya belajar daripada mereka.
  17. Saya, anda dan pembaca lain yang membaca artikel ini ataupun bahan bacaan lain, berkemungkinan sering kali hanya membaca sahaja tanpa mencatat, memahami, menekuni dan cuba mempraktikkan apa yang dibaca. Harap-harap tidak begitu.

Sekian.

[/limitread]

Video Formula Sukses Perniagaan Internet

Video 1:

Subscribe Channel SmartUsaha.com di Youtube untuk notifikasi video terkini dari semasa ke semasa.

Dapatkan tip, formula dan strategi perniagaan internet di sini: www.PerniagaanInternet.biz

Newsletter SmartUsaha.com

Mulai hari ini, saya akan kembali aktif berkomunikasi dengan pembaca melalui emel. Melalui newsletter yang akan saya kirimkan melalui emel, kandungan emel akan berkaitan dengan:

  • Tip-tip perniagaan internet.
  • Informasi semasa perniagaan internet.
  • Perkembangan semasa SmartUsaha.com.
  • Rekomendasi (cadangan) produk.
  • Pelancaran produk baru.
  • Makluman artikel-artikel terkini yang dikeluarkan di blog ini.
  • dan lain-lain perkara berkaitan.

Terus terang saya katakan, tujuan saya mengumpul emel melalui kaedah newsletter ini adalah:

  1. Berkomunikasi terus melalui emel kerana tidak semua orang masuk ke blog.
  2. Mempromosikan produk-produk saya dan rekomendasi produk.

Pendaftaran Newsletter

Daftar newsletter SmartUsaha.com dan dapatkan video pendedahan mengenai formula asas dalam membina perniagaan internet yang menguntungkan. Dengan formula asas ini, kita akan lebih faham secara menyeluruh apakah yang perlu kita lakukan dalam usaha perniagaan internet.

Daftarkan nama dan emel anda di: http://www.PerniagaanInternet.biz

.

Cerita benar: Menjana puluhan ribu ringgit tanpa grafik yang cantik

Ini cerita benar.

Saya terkesima dengan seorang rakan saya dalam usahanya menjual produk informasi dengan menggunakan kaedah laman web minisite. Walaupun laman web jualannya tidak secantik dan seprofesional seperti orang lain, namun produk beliau mendapat sambutan hebat.

Buktinya bukan jumlah pendapatan yang beliau tunjukkan, tetapi senarai testimoni pembeli yang begitu gembira menelaah produk informasinya yang benar-benar membantu.

Saya sendiri apabila membaca surat jualan website beliau, saya tidak terasa seperti beliau menjual walaupun memang beliau sedang menjual melalui laman web itu. Sebaliknya hati saya berasa beliau sedang ikhlas berkata-kata dan benar mahu membantu melalui panduan yang beliau hasilkan.

Apa yang dapat saya rumuskan bagaimana beliau menulis surat jualan (sales letter) adalah:

  1. Beliau menulis dalam bentuk bercerita dan berbual-bual, seperti sedang berada di hadapan pembelinya. Cara ini langsung tidak melihatkan beliau sebagai seorang jurujual yang penuh dengan ayat menyuruh produknya dibeli, tetapi seorang manusia yang benar-benar ingin membantu. Hati siapa yang tidak ‘cair’ apabila ada orang yang ikhlas mahu membantu sehingga pandai melakukan sesuatu yang belum pernah dikuasai/dimahiri.
  2. Meletak testimonial asli sama ada yang dihantar melalui emel, Facebook dan sebagainya oleh pembeli beliau.
  3. Mempermudahkan pembeli. Disebabkan produknya dalam bentuk video, maka beliau kirimkan ia dalam bentuk DVD/CD.
  4. Menunjukkan contoh sebahagian produk.
  5. Produk beliau memang berkualiti dan ‘lengkap’. Tanda dan bukti beliau benar-benar ikhlas mahu membantu.
  6. Beliau mempunyai pengikut tersendiri dengan menggunakan blog dot comnya sendiri.
  7. Laman web beliau tiada grafik yang cantik dan berkilau-kilau. Hanya sekadar grafik yang biasa-biasa sahaja yang dihasilkan sendiri.
  8. Beliau tidak aktif di Facebook. Ada akaun, tetapi tidak bersosial di sana.

Terkadang mungkin kita mudah tersasar….

Sebaik mungkin, kita melakukan perniagaan dengan dasar ikhlas mahu membantu orang lain. Soal untung, harga dan sebagainya, ia hanyalah kaedah. Sama ada produk itu berbayar ataupun tidak, pokok pangkal kejayaan yang sebenar adalah sejauh mana kita ikhlas.

Sebaliknya, apabila kita mula menjadikan wang sebagai matlamat awal dan akhir, kita akan mula melalui satu keadaan yang tidak menguntungkan seperti kita mula mengabaikan pelanggan, cepat melenting dan tidak mahu membantu pelanggan.

Apabila kita menjual sesuatu dengan ikhlas, pelanggan dapat merasainya dengan hati mereka. Rasa hati dikatakan tidak mampu dinafikan kerana hati manusia adalah begitu peka dengan getaran rasa yang kita pancarkan sama ada dengan penulisan dan kata-kata.

Andaikata kita telah tersasar dari landasan ikhlas, masih ada masa untuk kita perbaiki keadaan dengan syarat tidak terlalu lama berada di lorong kesilapan.

Ikhlas adalah salah satu faktor kejayaan seseorang usahawan. Ia mudah dilakukan, tetapi sukar untuk dikekalkan. Hanya mereka yang bersabar akan mempunyai keikhlasan yang tidak mudah goyah.

-

Laman Facebook (FB Page) dan FB Group milik SmartUsaha.com (smartzul)

Berikut adalah beberapa buah laman Facebook yang dikendalikan oleh pihak SmartUsaha.com:

1. MohdZulfadli-IM: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

2. SmartUsaha.com: http://facebook.com/smartusaha

3. MotivasiUsahawan.com

4. Kit Blogger & Konsultan Blog WordPress: http://facebook.com/KitBlogger

5. Panduan Paypal – DuitDigital.com: http://facebook.com/DuitDigital

FB Group:

1. Komuniti Usahawan Ebook Malaysia

2.  Sukses! Perniagaan & Pemasaran Internet

Lain-lain:

Youtube Channel: http://www.youtube.com/smartusaha

-

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)