Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sistem Easy Order Form

Assalammualaikum,

Mazlie baru sahaja melancarkan projek Sistem Easy Order Form beliau. Daripada kajian yang dilakukan, ramai lagi orang di luar sana (terutama usahawan internet) tidak memiliki borang tempahan online ini. Jadi, atas sebab inilah, Mazlie mengambil inisiatif menghasilkan sistem easy order form ini.

Ianya sangat mudah dipasang, dah nama pun ‘easy’ ye tak? Hanya beberapa langkah, kini anda boleh memiliki borang tempahan online anda.

Menurut Mazlie, InsyaAllah, ada perancangan jangkamasa panjang untuk projek ini. Sistem ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Beberapa fungsi sudah difikirkan, jadi, sekiranya anda pembeli sistem ini, anda akan menerima update terkini sistem secara percuma sahaja nanti.

Projek ini dijual dalam 2 bentuk, iaitu Personal Use dan Resale Rights. Dibawah ini linknya.

Personal Use : http://www.mazlienadzri.com/easyorderform

Resale Rights : http://www.mazlienadzri.com/easyorderform/rr.html

Sekiranya anda berminat, segera buat pilihan anda diatas. Untuk lesen resale right, syarat reseller boleh anda lihat disini.

- Smartzul

Rahsia Mendapat Puluhan Ribu Sebulan Melalui Internet

Ramai yang nak tahu rahsia, jadi saya gunalah perkataan rahsia pada tajuk artikel ini. Sebenarnya, tak ada rahsia pun kalau nak buat puluhan ribu ringgit melalui internet dalam tempoh sebulan. Cuma malas atau rajin saja. Setuju? :)

Dan dalam artikel ini juga, saya akan dedahkan rahsia atau kaedah yang menyebabkan kebanyakan IM mendapat puluhan bahkan ratusan ribu melalui internet dengan mudah terutama bagi pasaran Malaysia.

Tujuan artikel ini ditulis ada dua sebab:

  1. Saya mahu bagitahu teknik rahsia mereka tersebut.
  2. Saya tidak mahu ramai yang ‘terpedaya’ dengan kaedah yang betul ini. Walaupun ia berkesan, tapi tidak semua orang mampu atau sesuai melakukannya.

Biar saya ulas yang nombor dua dulu..

Mungkin anda pernah melihat dan mendengar, seseorang Internet Marketer (IM) begitu mudah mendapat puluhan ribu dalam beberapa hari sahaja. Kalau tak pun dalam masa sebulan. Agaknya, apakah rahsia mereka ya?

Tak ada rahsia. Mereka gunakan tiga kaedah berikut:

  1. Mailing List sendiri
  2. Rakan JV yang ada List besar
  3. Jumlah rakan JV yang ramai

Selain IM tersebut mempunyai senarai emel (list) sendiri yang besar, tetapi hakikatnya untuk dapatkan jumlah jualan yang besar melalui list sendiri, ia tidak semudah itu. Jadi, mereka akan gunakan mailing list rakan JV iaitu IM lain.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Tip Berkesan Joint Venture

Kaedah Joint Venture (JV) adalah kaedah yang amat berkesan untuk menghasilkan jualan yang besar dalam masa yang singkat. Sebab itulah ramai yang amat berminat dengan kaedah ini setiap kali ada produk yang baru untuk dilancarkan.

Kita perlu melihat secara positif kaedah ini kerana ia dalam maksud yang lain adalah TOLONG-MENOLONG antara satu sama lain. Jadi, kita patut gembira melihat usahawan-usahawan mempromosikan produk mereka antara satu sama lain. Ia satu perkara yang baik, malah digalakkan dalam Agama.

Teruskan membaca…

heroes_wonder_pets

Sumber: http://www.wonderpets.co.uk/images/heroes_wonder_pets.jpg

Soalnya, mengapa sesetengah usahawan internet tidak berjaya “memikat” usahawan internet lain untuk membantu mempromosikan produk mereka? Banyak sebabnya. Dan dalam artikel ini, saya senaraikan beberapa sebab atau tip cadangan.

1. Tidak Membina Persahabatan

Apakah reaksi anda apabila anda menerima emel daripada seseorang yang tidak anda kenali? Contohnya seperti berikut:

Salam bro. Boleh kita JV tak?

Anda jangan ketawa kerana ia adalah benar. Saya banyak menerima undangan JV seringkas sebegitu. Dengan nama tidak diberitahu, apa produknya, malah cadangan JV pun tidak dinyatakan, jadi apakah alasan yang kuat untuk saya terima undangan JV itu?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Ruangan Soal Jawab Perniagaan Internet

Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk membuka satu ruangan soal jawab mengenai perniagaan internet, komputer dan apa saja soalan berbentuk teknikal.

Cuma yang membuatkan saya terfikir, bagaimana caranya? Perlukah guna blog yang sedang anda layari ini? Atau bina satu blog baru khas untuk soal jawab, atau buat satu forum? Yang pasti, saya tidak akan buat forum sebab ia terlalu mengambil masa dan saya akan ‘lost control’. Buat masa ni, saya lebih terarah kepada membuka satu blog yang khas..

Selama ini, saya banyak juga membalas emel daripada pengunjung blog ini. Soalan-soalan mereka ada berkaitan dengan idea bisnes, cara promosi, strategi perniagaan, motivasi, hal teknikal dan pelbagai lagi.

Dan saya rasakan, adalah amat rugi jika saya tidak kongsikan jawapan saya tersebut kepada orang lain kerana:

1. Yang tahu hanya seorang dan bukan ramai orang (yang bertanya saja tahu). Jadi bagi yang bertanya selepas ini, saya akan jawab emel secara peribadi tapi dalam masa yang sama saya kongsikan dengan orang lain di blog soal jawab.

2. Saya rugi masa. Jika 100 orang tanya soalan yang sama, saya perlu taip emel jawapan yang sama kepada mereka. Ia satu kerja yang kurang produktif padahal ada cara yang lebih menjimatkan masa. Berbeza jika saya meletak jawapan terhadap persoalan itu di blog soal jawab, maka saya hanya perlu berikan mereka link URL sahaja untuk mereka rujuk dan baca.

InsyaAllah, setelah saya buka ruangan soal jawab ini, saya akan umumkan. Tapi bermula pada hari ini, anda dah boleh hantar soalan kepada saya menggunakan contact form di atas atau guna emel ini:

soaljawab@smartusaha.com

Segala emel dan persoalan, cepat atau lambat saya jawab, ia tiada jaminan. Ya lah.. Dah nama percuma, maka saya cuba yang terbaiklah ya. Doakan saya agar ada masa dan kesempatan untuk menjawab persoalan anda.

Walaupun saya sibuk dengan pelbagai projek, tapi saya tetap akan cuba meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu dan membantu mana yang saya mampu dan sempat. InsyaAllah, ruangan soal jawab ini adalah percuma sahaja.

Niat saya adalah ikhlas dan saya anggap ia sebagai satu bentuk ‘khidmat saya kepada masyarakat’. Itu saja yang saya mampu lakukan setakat ini. Bagi saya, untuk membantu orang lain, tak semestinya dengan duit. Membantu dengan ilmu pun boleh juga, malah ia lebih berguna berbanding memberikan duit.

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan, disebar dan dikongsi-kongsikan dengan orang lain.

Wassalam.

ps. Lupa nak bagitahu. Ada offer terhad TAMAT malam ni:

http://malaysiasoho.com/pvm/offer.html

Internet Marketer Makan Ikan Kecil?

Artikel ini diambil dari laman blog Tuan Shamsuddin Kadir, seorang penulis buku dan trainer. Saya baru sekali bersua dengan beliau semasa kursus usahawan pada Januari 2009 yang lepas.

Saranan saya, kalau nak belajar buat bisnes yang sebenar, belajarlah dengan beliau melalui kursus yang beliau anjurkan atau membaca buku-buku tulisannya.

—————

Artikel ini bagi menjawab banyak pertanyaan tetamu halaman www.ShamsuddinKadir.com berkenaan dengan emel-emel yang sentiasa memenuhi ruangan ‘inbox’ kita.

Ketika ini banyak emel-emel yang dihantar ke dalam peti box ‘inbox’ emel kita berkenaan dengan  jadi kaya, buat duit, duit senang, duit masuk dan banyak lagi yang bersumberkan internet marketing. Ramai juga individu yang memasukinya. Kenapa bisnes ini seolah tidak wujud sekitara 1990 – 1996? Kini 2009, bisnes jenis ini sudah ada di mana-mana, ada yang mendapat beribu-ribu emel jenis ini sehari. Banyak juga masa dihabiskan apabila kita ingin ‘delete’ emel jenis ini.

Sebahagian bisnes jenis ini di Malaysia dipelopori oleh individu yang tamat pengajian di peringkat universiti, sama ada masih ‘belum dapat kerja’ ataupun sudah bekerja tetapi dibebani dengan komitment ‘hutang’ ataupun gaji yang tidak pernah cukup.

Satu dari perkara kenapa bisnes ‘buat duit’ ini menjadi pilihan banyak individu, kerana modalnya teramat murah, hanya dengan kos membeli domain (.com) dan hosting (tempat di mana file dan website kita beroperasi).

Antara bisnes yang dilakukan oleh sebahagian Internet Marketer di Malaysia adalah bisnes yang mengambil duit dari individu-individu yang hidup makan gaji ataupun yang masih menggangur. Kerana individu yang makan gaji majoritinya hidup dalam keadaan terdesak, apabila menangung bebanan komitmen yang tinggi setiap bulan. Timbulnya persoalan untuk mendapat pendapatan kedua ataupun lain yang mudah.

Adakah bisnes jenis ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lumayan? Bisnes jenis ini perlu bertahan dan perlu bekerja dengan lebih keras kerana majoriti sumber bisnes adalah menyediakan keperluan individu yang sedang terdesak (duit tidak cukup).

Jika kita melayari dunia internet, hanya beberapa kali sahaja kita menjumpai website yang menjual barangan ataupun servis yang diperlukan seharian dalam kehidupan. Iaitu website yang menjual keperluan hidup dan bukannya keperluan membuat ‘duit’ ataupun  ‘jadi kaya’.

Apabila bisnes internet kita adalah ‘buat duit ataupun jadi kaya’ yang berasaskan bagi menarik individu yang sedang terdesak, kita hanya dapat bertahan untuk sementara waktu. Iaitu selagi mana belum timbulnya testimoni yang mengatakan ‘aku tidak jadi kaya pun selepas beratus-ratus ’skim’ yang ditawarkan oleh Internet Marketer’.

Kita juga boleh lihat dan kaji sendiri, siapakah antara Internet Marketer yang menjual “buat duit @ jadi kaya” yang berjaya melahirkan seorang individu yang berjaya jadi kaya?

Semoga lebih ramai Internet Marketer yang menyediakan keperluan sebenar rakyat Malaysia terutamanya dan dunia umumnya dilahirkan.

Sebagai individu yang celik ilmu, kita perlu berwaspada dari menyertai ataupun menghabiskan masa berkualiti dengan mengadap komputer berjam-jam sehari semata-mata untuk ditipu.

Semakin banyak individu yang tertekan dengan gaji yang tidak cukup, semakin banyak graduan yang tidak dapat kerja, maka semakin banyak ‘Internet Marketer’ di lahirkan di Malaysia.

Semoga Tuan dan Puan yang berminat berkecimpung menjadi Internet Marketer, pilihlah bidang bisnes yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan juga membantu meningkatkan ekonomi Malaysia.

Shamsuddin Kadir

Sumber: http://www.shamsuddinkadir.com

ps. Bersamalah kita menjaga nama baik industri Internet Marketing di Malaysia. Jangan jadi jerung! :D

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)