Bila internet down, tak boleh nak akses internet, atau tiada talian internet dalam satu-satu masa keadaan, saya akan:
1. Membuat perancangan untuk tambah-baik smartusaha.com
2. Membuat perancangan untuk projek-projek perniagaan internet
3. Membaca ebook, artikel atau nota mengenai perniagaan dan pemasaran internet
4. ‘Mengemas’ komputer seperti susunan folder dan fail (dokumen). Kadang2 sebab nak cepat, main letak (save) jer. :lol:
5. Kemas meja dan persekitaran tempat kerja saya. Ruang kerja saya kecil jer. Nanti saya letak gambar meja dan komputer saya. Dengan komputer buruk dan kelengkapan yang sederhana, “you can make money man!”. ;)
6. Menyemak beberapa perkara yang belum siap seperti projek untuk pelanggan
7. Merancang plan pemasaran untuk smartusaha dan juga projek perniagaan
Dan buatlah apa yang patut. :)
Persoalan: Perlukah anda memiliki komputer yang berkuasa tinggi untuk bisnes internet?
Jawapan: “Komputer saya dah berusia 5 tahun. Kipas pun dah berbunyi.. :)”. Faham-fahamkanlah.
Hint: Besederhana
Persoalan: Zul, how do you manage your business?
Jawapan: “Can i speak Malay? Hehe. Tuan puan, nak uruskan sebuah perniagaan bukan semudah membaca buku mengenai pengurusan perniagaan. Anda perlu melaluinya sendiri dan dengan teori yang anda baca / pelajari, baru anda boleh membina sistem pengurusan tersendiri untuk bisnes anda. Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Saya sendiri sehingga kini masih terus bersikit-sikit meningkatkan kualiti pengurusan bisnes saya. Ikhlas saya katakan, masih banyak ruang-ruang dan kelemahan yang perlu saya baiki.”
Back to the topic, bila internet down (kat sini kerap juga berlaku dalam sebulan), itulah yang akan saya buat. Jika anda ada kemampuan, gunalah 3G. Sekali lagi, jika mampu dan perlu.
Eh Zul, satu soalan lagi, kalau elektrik tak ada (blackout), nak buat apa yer?
“tidur… zzZZzzZZ”. ;)
Tak ada lah, gurau jer. Terserah lah, biasanya saya akan buat benda-benda yang bertulis termasuk yang saya cerita kat atas tu. Kalau siang, baca something. Kalau malam…..
Hmmm, tidur kott.. :lol:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!