Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com
567

Apakah Yang Menarik Anda Ke Belakang? Tangan Ghaib.

Terkadang kita tertanya-tanya, mengapa kita tidak mendapat kejayaan seperti mana orang lain. Soalan ini adalah normal bagi kebanyakan orang terutama mereka yang masih mencari potensi diri sendiri.

Di antara sebab mengapa kita masih berada di tahap yang sama adalah kerana:

  • Kita masih belum menetapkan matlamat yang jelas dan spesifik. Mudah katanya, kita tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini dan apa yang perlu kita lakukan.
  • Belum mengenal diri sendiri seperti kekuatan dan kekurangan diri.
  • Masih dihantui oleh sejarah hitam yang lepas. Jika ini puncanya, dapatkan nasihat daripada pakar ataupun ahli-ahli ilmu Agama. – Lupakan kisah lalu. ALLAH sentiasa berikan peluang untuk kita membina ruang yang baru.
  • Sifat negatif seperti dengki, marah, panas baran, tidak boleh menerima nasihat, mengumpat, memfitnah, iri hati, sombong, ego, busuk hati dan sukar bertolak ansur… Sikap-sikap sebegini membuatkan kita hanya memfokus pada masalah dan bukan pada pembangunan diri, hidup dan kerjaya/bisnes.
  • Jiwa yang rapuh, iaitu jiwa yang begitu kosong dengan pengisian spiritual (rohani).
  • Terlalu banyak berfikir perkara yang tidak perlu difikirkan.
  • Kerap membandingkan diri dengan orang lain.
  • Tidak tetap dan tekad dengan satu usaha dan kerja. Mahu melakukan banyak perkara dan apa sahaja adalah punca hidup tidak mempunyai arah yang tetap.
  • Hidup tidak diurus dengan baik. Rutin harian tetap sama dan berlegar pada perkara yang sama. Tiada perubahan dan pembaikan dilakukan.

Keadaan-keadaan di atas umpama ‘tangan ghaib’ yang memegang bahu kita dan menarik kita ke belakang. Namun berita baiknya, kita sepenuhnya berkuasa untuk menghapuskan ‘tangan ghaib’ itu. Segalanya ada dalam genggaman tangan kita. Kita sendiri yang perlu menguatkan tekad dan membuat keputusan untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Bagaimanakah caranya untuk mula berubah? Langkah pertama adalah tanya pada diri sendiri, apa yang dimahukan dalam hidup ini dan apa yang perlu dilakukan.

Mulakan dengan nama ALLAH dan berdoa kepadaNya memohon kekuatan, perlindungan dan bimbingan.

-

Pemasaran Emel : Bagaimana Mempromosi Dengan Lebih Mudah?

Pemasaran emel juga mempunyai ‘seninya’ tersendiri. Bermaksud, ia perlu dirancang dan diurus dengan baik, agar kita mendapat hasil yang seoptimum mungkin.

Bagi anda yang mempunyai autoresponder, wujudkan sekurang-kurangnya dua jenis LIST:

1. Bakal pembeli – Iaitu mereka yang belum pernah membeli daripada kita. List ini biasanya terhasil daripada Squeeze Page, di mana kita tawarkan maklumat percuma / newsletter.

2. Pembeli sedia ada – Mereka yang telah membeli produk daripada kita. Untuk list ini, wujudkan ‘campaign’ khas untuk produk itu di Autoresponder.

Menjual kepada pembeli sedia ada adalah lebih mudah berbanding mencari dan menjual kepada pembeli-pembeli baru (prospek). Malah, untuk mendapat hasil yang cepat (quick cash), menjual kepada pembeli sedia ada adalah pilihan terbaik.

Tip Extra 1: Jika kita promosikan produk kita sendiri kepada pembeli sedia ada, berikan ‘reward’ kepada mereka sekurang-kurangnya harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar untuk orang luar.

Tip Extra 2: Wujudkan juga list atau segmen* VIP, untuk bakal pelanggan yang ‘pasti’ membeli. List ini adalah mereka yang banyak duit, bisnes maju, otai-otai, pelanggan yang sukses dan sebagainya. Peratusan untuk mereka membeli adalah tinggi, dengan syarat offer (tawaran) dan produk kita adalah bagus.

Tip Extra 3: Wujudkan satu list “pembeli 100%”, di mana pada squeeze page, kita nyatakan hanya mereka yang berminat untuk mengetahui promosi produk kita sahaja yang ‘diizinkan’ mendaftar. Kiranya, list ini betul-betul untuk promosi sahaja.

*Sesiapa yang guna autoresponder, dia akan tahu apa itu segmen.

Pendek kata, pelbagai jenis ‘segmen’ yang boleh kita wujudkan untuk menyampaikan mesej dan layanan yang berbeza-beza.

Tiada syarat khas dalam hal ini. Yang penting adalah kreativiti.

-

Dapatkan tip-tip bisnes berasaskan SOHO di http://facebook.com/RevolusiSOHO.

-

Rahsia Swipe File Internet Marketer

Apa itu Swipe File?

Ia adalah koleksi ayat jualan, bentuk promosi, iklan dan sebagainya yang telah menghasilkan jualan kepada seseorang usahawan / Internet Marketer.

Mengikut Wikipedia:

A swipe file is a collection of tested and proven advertising and sales letters. Keeping a swipe file (templates) is a common practice used by advertising copywriters and creative directors as a ready reference of ideas for projects.

Copywriters are not the only ones who can benefit from having a swipe file. As book publishing coach Diane Eble points out, authors and publishers can benefit from creating a swipe file of best-selling titles to give them ideas for their own titles. Publicists can create a swipe file of great press release headlines. Swipe files are a great jumping-off point for anybody who needs to come up with lots of ideas.

Swipe files are also commonly used by Internet Marketers who need to gather a lot of resources not only about products but also about marketing methods and strategies.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Bakal Terbit: “Urus Sendiri SOHO Anda”

Urus Sendiri SOHO Anda

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-369-127-2
Tarikh Terbit: 12 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Bisnes & Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Buku ini dijangka terbit dan mula berada di pasaran pada 12/9/2011. Ia boleh dipesan melalui laman web BookCafe berikut:

http://pts.com.my/index.php/buku/urus-sendiri-soho-anda/

TERKINI (28/9/2011) – Telah boleh mula dibeli di BookCafe.com.my : http://www.bookcafe.com.my/en/bisnes-and-pengurusan/urus-sendiri-soho-anda-en.html

Like Page ini untuk mendapatkan perkembangan semasa: RevolusiSOHO

-

Bagaimana Menulis Artikel Yang Orang Suka Baca?

1. Tulis dalam perkataan yang penuh. Elakkan perkataan singkatan. Sebagai seorang blogger ataupun Internet Marketer, tahap keprofesionalan kita dapat dinilai pada cara kita menulis.

Mengapa perlu menulis dalam bahasa penuh? Kerana pembaca-pembaca kita bukan hanya terdiri daripada satu golongan. Sebaliknya pelbagai peringkat umur, kerjaya dan bangsa.

2. Tulis dalam bentuk perenggan dan setiap perenggan dalam beberapa baris sahaja (cadangan 2-4 baris untuk satu perenggan). Perenggan yang begitu banyak barisnya akan memenatkan mata pembaca.

3. Tulis dengan menggunakan perkataan yang mudah untuk pembaca fahami. Elakkan perkataan-perkataan yang terlalu teknikal. Jika terpaksa menggunakan perkataan sebegitu, sertakan dengan analogi (perumpamaan) agar pembaca mudah faham.

Contohnya, analogi untuk domain name adalah umpama alamat rumah.

Contoh yang lain adalah seperti perkataan trafik. Gunakan perkataan ‘pelawat blog’, pelayar laman web ataupun paling mudah, pembaca ataupun ‘orang yang masuk ke blog’.

4. Tulis dalam bentuk senarai seperti mana artikel ini. Menulis dalam bentuk senarai memudahkan pembaca menghabiskan bacaan dengan cepat dan mudah.

5. Tulis ayat dengan lengkap seperti mana kita pelajari semasa di sekolah dahulu, lengkap dengan subjek dan predikat.

Contoh ayat tidak lengkap: Mahu pergi makan? (siapa yang mahu, makan apa dan di mana?)

Ayat yang lengkap: Ali, mahu pergi makan nasi di restoran XYZ?

Menulis dengan menggunakan kaedah-kaedah di atas tidak sukar untuk dilakukan. Salah satu kebaikan menulis dengan cara di atas adalah, satu masa nanti tulisan-tulisan kita mudah untuk dibukukan. Malah, berdasarkan pada pengalaman saya, penulisan di atas menarik minat penerbit majalah dan juga penerbit buku untuk menghubungi kita.

-

Analysis Paralysis – Lemah Bertindak

Ada satu istilah, iaitu “analysis paralysis”. Maksudnya, indIvidu yang terlibat hanya lebih suka membuat kajian, analisis, menghimpun maklumat, belajar dan terus belajar, dan sebagainya. Dengan harapan satu masa nanti mereka akan cukup ilmu dan baru akan bertindak. Walhal, hakikatnya tidak ada titik tertentu yang akan memastikan mereka bertindak.

Hal ini adalah normal. Salah satu sebab tidak bertindak adalah kerana TAKUT (fear). Kita perlu tekad dalam berusaha dan lakukan saja apa yang kita takut itu. Terkadang, apa yang kita takut belum pasti akan berlaku. Ia hanyalah persepsi semata-mata.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)