Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

21 tip ringkas usahawan

21 tip ringkas usahawan:

1. Perlu jelas matlamat.
2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.
6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sayangi diri sendiri.
11. Sentiasa perbaiki diri.
12. Gagal itu lumrah.
13. Utamakan yang utama.
14. Perlu jaga kesihatan.
15. Ambil sarapan pagi.
16. Tidur perlu cukup.
17. Bangun awal pagi.
18. Sentiasa bersangka baik.
19. Elakkan membazir masa.
20. Buat dengan betul.
21. Tunaikan solat fardhu.

(c) MotivasiUsahawan.com

 

Next Level Internet Marketer (IM)

Apa itu ‘Next Level IM’?

Apa yang saya fahami, Next Level yang dimaksudkan itu adalah perniagaan bertahap lebih tinggi daripada biasa. Jika pada hari ini kita seorang affiliate, pada satu hari nanti (mungkin tahun hadapan) kita sudah ada sebuah laman web yang sistem affiliate terbesar untuk pasaran Malaysia seperti mana Clickbank.

Andaikata sekarang kita seorang penulis ebook, pada satu masa nanti kita adalah penerbit ebook seperti mana yang dilakukan oleh ahli pasukan saya, EducatticMind. Penerbit ebook ini kelak akan mempunyai barisan-barisan penulis ebook yang hebat di mana mereka akan menghasilkan manuskrip-manuskrip (penulisan) yang akan menjana hasil yang besar.

Kelebihan menjadi penerbit adalah kita hanya perlu membantu penulis memasarkan ebook mereka dan kemudian kita akan menjana pendapatan melalui karya mereka. Penerbit ebook juga perlu mempunyai sistem tersendiri daripada proses pembelian sehinggalah kepada proses pengiraan royalti penulis, yang mungkin agak kompleks untuk dihasilkan, selain menelan kos yang besar.

Hakikatnya….

Apa yang kita baca, segala rahsia, strategi dan seumpamanya, tidaklah seindah dan semudah yang digembar-gemburkan. Untuk naik ke atas, kita perlu bermula daripada bawah. Agak sukar sebenarnya mereka yang tidak ada apa-apa pengalaman dalam bidang ini terus untuk naik ke puncak.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perniagaan Internet Dari Rumah – Satu Gaya Hidup

Setiap orang mempunyai cara gerak kerja sendiri, berdasarkan kepada keperluan dan kemahuan mereka. Ada mereka yang melakukan bisnes online dan juga ‘offline’ sekaligus, dan ada juga yang membahagikan masa di antara keduanya.

Bagi anda yang benar-benar mahu menjadikan bisnes internet sebagai satu gaya hidup, maka beberapa perkara berikut boleh dilakukan:

  • Aktiviti online lebih banyak berbanding aktiviti offline.
  • Sebahagian besar urusan adalah secara online.
  • Komunikasi lebih banyak dilakukan secara online.
  • Jumlah transaksi lebih banyak secara online.
  • Jarang bertemu muka dengan pelanggan.

Gaya hidup bermaksud, dengan memfokus pada bisnes online sepenuhnya tanpa banyak ke dunia offline, anda mempunyai masa untuk keluarga atau melakukan perkara lain selain bisnes seperti hobi, kerja-kerja sosial, belajar, membaca dan sebagainya.

Pendek kata, 80 hingga 90 peratus masa bisnes diluangkan secara online. Aktiviti offline boleh sahaja dilakukan, tetapi apabila ia lebih banyak atau sama banyak dengan aktiviti online, gaya hidup bisnes internet itu sudah sedikit lari dan gagal direalisasikan.

Memang benar sesebuah bisnes perlu dikembangkan ke dunia offline. Tetapi sewajarnya sebuah bisnes yang semakin maju, maka penggunaan teknologi Internet juga perlu selari. Kelebihannya, kos overhead dapat dikurangkan. Staf-staf atau virtual assistant hanya bekerja dari jarak jauh (melalui Internet). Dan kita sebagai pemilik bisnes pula boleh melakukan bisnes dari mana sahaja mengikut keselesaan kita.

Jika ingin menyewa ruang pejabat, boleh sahaja apabila sudah sampai masanya. Namun ia tidak bermakna kita perlu ke pejabat pada setiap hari.

Saya sendiri pernah mencuba perniagaan secara offline, namun saya dapati ia kurang berbaloi dengan tenaga, masa dan wang yang dikeluarkan, selain ia memenatkan. Ia mungkin kurang sesuai dengan diri saya.

Inilah yang saya cuba realisasikan melalui konsep ‘Revolusi SOHO‘ yang bakal saya bawakan nanti, iaitu bekerja dari mana sahaja mengikut keselesaan secara online, terutama dari rumah.

Buat masa ini, saya lebih selesa menggunakan sebahagian besar masa untuk aktiviti bisnes secara online tanpa terlalu kerap berbisnes di dunia offline, kecuali untuk tujuan berkaitan dan perlu.

Kelebihan apabila kita menetapkan masa yang ‘ketat’ untuk bekerja (contoh: 5 jam sehari pada waktu siang, Isnin hingga Jumaat), maka kita akan lebih produktif dan berdisiplin. Namun segalanya bergantung juga pada model bisnes masing-masing.

Disebabkan model bisnes saya adalah lebih kepada digital, maka ia lebih mudah untuk berbisnes beberapa jam sahaja sehari. Selebihnya, saya lakukan perkara lain terutama perkara yang saya suka seperti membaca buku dan menulis.

FB Page Revolusi SOHO: http://facebook.com/RevolusiSOHO

-

Slot Revolusi SOHO

Seperti yang kebanyakan tahu, buku pertama saya yang ditulis bersama dengan seorang rakan penulis, iaitu Urus Sendiri SOHO Anda akan terbit dalam masa terdekat ini.

Sehubungan dengan itu, saya telah mewujudkan satu slot (kategori) ‘Revolusi SOHO‘ pada blog ini. Pada mulanya saya mahu mewujudkan sebuah blog khas untuk itu, namun bila difikirkan, tidak terkejar pula tangan untuk mengurus banyak buah blog.

Walaupun begitu, saya akan hasilkan juga blog di domain name RevolusiSOHO.com, tetapi tidak terlalu kerap. Ia sebagai daya usaha untuk SEO, ‘cross marketing’ dan ‘perencah’ sahaja.

Melalui slot Revolusi SOHO, banyak topik akan diketengahkan, selain bidang bisnes SOHO juga berkaitan dengan pemasaran dan lain-lain.

-

Panduan Buat Blog Sendiri

Bagi mereka yang belum memiliki Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri (PMBS) ini, boleh dapatkan ia di laman berikut:

http://smartusaha.com/buatblog

buat blog sendiri

Nota: Terdapat dua jualan daripada saya iaitu Panduan Membina Blog Sendiri (PMBS) dan satu lagi adalah Pakej Kit Blogger. Ia mempunyai perbezaan terutama dari segi bonus, walaupun kandungan ebook utamanya adalah sama. Jadi bagi mereka yang telah beli Kit Blogger, tidak perlu lagi beli PMBS.

Pakej Kit Blogger kini dalam proses kemas kini dan akan didatangkan dengan content yang lebih hebat.

 

Terhad – PLR Panduan Bina Blog Sendiri (Kit Blogger)

[Terkini: Terbuka kepada 3 orang saja lagi]

“Hanya 12 orang sahaja yang segera bertindak, akan memiliki ebook PLR ini di mana tawarannya tidak akan dibuka kembali selama-lamanya…”

Setelah bertungkus lumus mengemaskini ebook Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri, akhirnya ia siap jua. Versi WordPress yang digunakan adalah versi terkini iaitu WordPress 3.2.1.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)