Rangkaian Kita | Kukuhkan Kerjasama

** masih automatik post, mungkin saya sedang kat pantai kot, bersama dengan……. Dengan siapa yer.. Dengan angin yang sempoi.. 😉 (bukan sempoihosting ekk..)

Network? MLM ke zul? Ops, bukan, tapi apa yang saya nak cerita lebih kurang sama macam MLM yang sebenar ( keyword sebenar is very important to me.. 😉 ). Konsep asas MLM atau nama lainnya adalah network marketing adalah saling tolong menolong di antara satu sama lain. Jika anda betul-betul memahami MLM yang sebenar, anda akan nampak apa yang saya nyatakan. tetapi, jika anda melihat kepada skim piramid dan binari, anda tidak akan nampak perkara yang saya sebutkan.

Ok, bukan nak bercerita mengenai MLM, tetapi rangkaian usahawan internet Malaysia. Saya sering menyebut kerjasama dan kerjasama bukan? Jadi, pada kali ini, saya ingin menyenaraikan beberapa laman web atau blog usahawan-usahawan internet di Malaysia ini samada mereka menumpu kepada pasaran Malaysia ataupun luar negara. Jika laman web anda tidak tersenarai, maafkan saya, mungkin saya terlupa atau terlepas pandang.

1. http://www.saifulsham.com

Mereka adalah ‘sahabat karib’ saya di internet. Blog merekalah blog pertama yang saya jumpa pertama kali di dalam bahasa Melayu. Terima kasih kepada mereka berdua, Syazwan dan Sabri, kerana banyak juga ilmu yang telah saya pelajari. Tak segan dan silu saya nyatakan, mereka adalah guru saya. 🙂 Mereka amat pakar di dalam model drop ship dan produk fizikal di dalam perniagaan internet ini. Walau umur masih muda, namun jiwa keusahawanan mereka amat mantap!!

2. http://tip.irfankhairi.com

Juga adalah guru saya. Sudah semestinya juga guru bagi anda yang lain.. Kali pertama jumpa, beliau tidak mengenali saya. Hanya bersalaman.. Tapi kini, saya salah seorang di dalam senarai beliau yang beliau kenali. Blog Dr Irfan banyak memberikan input positif kepada rakyat malaysia, sehinggakan membuatkan ramai juga yang cemburu kepadanya. Teruskan usahamu Dr.. Kami sentiasa menyokong anda! Saya amat yakin, andalah salah seorang yang memastikan bangsa dan ummat ini akan terus mempertahankan jati diri yang masih wujud sekarang.

3. http://www.mohdsuhaimy.com

Yosh! Hohoho.. Inilah trademarknya. Sehingga ramai yang berjangkit melakukan trademark ini di kebanyakan orang. Sampai meminta ubat penawar kepada saya agar hilang penyakit mereka tu.. Ho! ho! ho! Gurau jer yer.. Shuth, bisnes durian kita macam mana yer? Hehe.. Ok, nama glamer pemilik blog ni semua tahu, shuth namanya. Nama atas IC card, Mohd Suhaimy. Cool, steady dan relaks jer orangnya (dah jumpa). Jika anda ingin tahu, shuth lah orang pertama yang menjadi kawan dan sahabat saya di dalam bidang perniagaan internet ini. Asbabnya, buku maskahwin beliau yang memang best.

Dari situ, kami berkenalan dan bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain sehinggalah bergabung tenaga secara tidak langsung di wangcyber.com. Tanpamu shuth, diriku kesunyian.. ho! ho! ho! ho!. Lain macam jer bunyinya… 😆 Relaks relaks semua, ini bukan cerita ghairah kelolaan shuth ok.. 😉 Pendek kata, apa yang beliau tulis di blognya adalah apa yang beliau lakukan, itulah prinsipnya. Tak gitu shuth?

4. http://www.zamrinanyan.com

Saya berharap suatu hari nanti saya akan bertemu dengan orang ini. Low profile orangnya, namun anda perlu tahu, dalam diam beliau juga adalah orang yang telah berjaya. Dia pernah bercerita di dalam newsletternya, hasil pertama beliau di internet adalah selepas 3 bulan bermula. Anda? Nak dapat hasil sebaik sahaja siap laman web? Saya sendiri mengambil masa hampir setengah tahun. Namun usah gusar, kita kita ada segalanya, tidak mustahil untuk mendapat income dalam masa seminggu selepas bermula. Pokoknya di sini, KESABARAN.

5. http://www.rajablog.info

Nickname siber pemilik blog ini adalah ramzwatcher. Saya juga merujuk kepada blog ini. Walaupun masih baru, namun maklumat yang disampaikan adalah praktikal untuk anda pelajari. Blog ini banyak memberikan tips penting kepada blogger yang memiliki blog bisnes. Kata pemilik blog ini, beliau ingin menjadi raja blog di Malaysia! Nak seribu daya, moga tercapai hendaknya.. Psst, saya nak jadi Laksamana blog boleh? 😉

6. http://www.theblogrevenue.com

Nama panggilan manja, Sham. Nama glamer, Raja Adsense. Ya, ramai yang ingin compete dengannya di dalam penulisan ebook mengenai adsense, namun saya perhatikan, ramai yang gagal ‘menjatuhkan’ raja ini. Memang hebat! Blog beliau ini adalah di dalam bahasa inggeris. Ya, english wajib jika anda ingin turut serta di dalam making money with adsense. Setelah membaca tulisan-tulisan beliau di blog tersebut, tiada kata-kata yang terselindung, segala ilmu yang dia tahu, semuanya ditulis. Good luck Sham!

7. http://www.tuahemas.com/blog

Orangnya juga low profile, tapi banyak ilmunya. Katanya, ingin menerbitkan 12 siri ebook mengenai ebiz secara percuma dan siri satu telah keluar. Anda boleh dapatkan di http://myusahawan.com. Tidak cukup menulis di blog, beliau juga mewujudkan forum tersendiri di http://www.tuahemas.com/forum. Nickname siber nya adalah antradun, atau juga kadang-kadang dikenali sebagai tuahemas.

InsyaAllah, di lain kali saya akan menyatakan lagi link-link yang berguna untuk anda. Jika blog anda tidak tersenarai, jangan risau dan kecewa, saya mempunyai perancangan tersendiri selain menulis di post seterusnya.

Sekian, moga bermanfaat.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Rangkaian Kita | Kukuhkan Kerjasama

  1. Amat penting kita mempunyai network dalam internet biz.
    Ikatan yang kuat mempunyai banyak kebaikannya.

    pepatah lama ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’

    pepatah moden ‘bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *