Orang terdekat tidak berikan sokongan?

Dalam mencapai impian kita, tidak semua orang akan memahami apa yang kita mahukan. Hanya Allah dan kita sahaja yang jelas dan tahu apa yang kita mahu capai. Dalam keadaan tertentu, kadang-kadang ibu bapa, keluarga dan pasangan kita sendiri tidak memberikan sokongan terhadap usaha yang kita lakukan.

Bagi usahawan khususnya, minat, bakat dan impian yang ada dalam diri, akan menjadi dua keadaan sama ada akan mencapai kejayaan ataupun semuanya itu akan terkubur selamanya disebabkan oleh orang terdekat sendiri.

Apakah yang boleh kita lakukan apabila mereka yang paling patut berikan sokongan tetapi tidak melakukan sedemikian?

Sebenarnya amat sukar untuk kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kefahaman dan kehendak mereka, terutama ibu bapa kita sendiri. Kita akan mula memikirkan soal dosa dan neraka kerana kita cuba melakukan sesuatu yang mereka tidak sukai walaupun perkara itu baik dan halal.

Dalam hal sebegini, sentiasalah berdoa kepada Allah agar Allah berikan mereka petunjuk, kefahaman dan kesedaran bahawa apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan mereka juga. Jika anda melakukan kebaikan, maka berserah sahaja kepada Allah kerana Allah lebih tahu niat anda. Namun anda tetap perlu menghormati mereka dan sentiasa memohon kemaafan daripada mereka.

Manakala jika orang terdekat kita itu adalah pasangan kita, maka berdoa kepada Allah juga adalah satu-satunya senjata yang berkesan. Doalah kepada Allah agar pasangan kita lembut hati dan memahami. Jika anda seorang isteri yang berkecimpung dalam bidang perniagaan, selain memberikan penerangan kepada suami dan juga berdoa, anda juga perlu berikan jaminan kepada mereka bahawa anda akan menjaga diri, batas pergaulan dan mengurus masa dengan teratur agar keluarga / rumah tangga tidak terabai.

Kesimpulannya, dekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berdoa tanpa ada rasa putus asa. Jaga solat lima waktu, kerapkan bersedekah dan berzikir. InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersama kita.

Ketahuilah, Allah sentiasa menantikan keluhan, permintaan, rayuan dan apa sahaja daripada kita. Dan Dia akan menunaikan segala permintaan kita apabila tiba masanya.

Tetapkanlah kesabaran, kerana kejayaan hanya milik orang yang bersabar.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *