Orang Buta Itu…

Semangatku kian luntur. Aku hilang arah.

Impian yang ku idamkan seperti semakin jauh untuk ku gapai.

Bahu ini begitu terasa berat terbeban.

Diriku tertekan… Puncanya aku tidak pasti.

Aku tidak tahu mengapa ini terjadi. Hati mula tawar untuk berusaha.

Keghairahan dahulu kini seperti hilang tanpa bayangan.

Setiap kali aku ingin memulakan usaha, aku mula kalah kepada bisikan kemalasan.

Hari demi hari, bulan demi bulan, aku cuba mencari di mana silapnya…

Di waktu pagi semasa bersarapan, aku terlihat seorang tua yang buta.

Meraba-raba mencari arah perjalanan. Dirinya telah tersilap arah.

Namun dirinya tetap mencuba dan berusaha walau terlanggar apa sahaja di hadapannya.

Kemudian dirinya dipimpin oleh seseorang membawa ke arah yang sepatutnya.

Langkah kakinya terus ke hadapan, berbekalkan tongkat.

Di dalam kegelapan dunianya itu, ada terang. Ada cahaya.

Tiba-tiba aku tersentak.

Aku ini sempurna, mampu melihat, masih muda, ada kekuatan, ada daya…

Lain pula dengan si buta itu, dirinya keseorangan, tidak sempurna pada penglihatannya. Penuh kegelapan, namun tetap berusaha ke hadapan.

Aku insaf.

Lantas aku mengucapkan istighfar memohon keampunan padaNYA.

Baru ku sedari bahawa aku sudah berada di jalan putus asa. Mungkin sudah di hujungnya.

Aku kembali bangkit. Semangatku kembali pulih.

Aku sepatutnya tidak berputus asa. Kerana aku punya kemampuan untuk berusaha.

Terima kasih wahai Allah, kerana memimpinku kembali ke jalan yang terang.

————–

Mungkin anda sangka entri di atas adalah luahan hati saya. Bukan. :)

Ia adalah puisi yang saya terilham semasa melihat seorang tua yang buta. Lantas saya mendapat ilham untuk menulis puisi di atas khas untuk para usahawan.

Usahlah berputus asa. Ia bukan sikap seorang usahawan sejati. Jika merasakan berputus asa, ketahuilah bahawa kita tetap mampu bangkit kembali dan memulihkan semangat itu.

Lihatlah mereka yang serba kekurangan terutama yang cacat anggota, mereka tetap berusaha untuk ke atas atau ke depan. Jika kita yang lengkap sempurna ini berputus asa, maka sama sahaja dengan orang yang tidak bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan.

Keduanya, kita perlukan seseorang seperti rakan dan ahli keluarga yang boleh menyokong usaha kita, atau sekurang-kurangnya menasihati jika kita ada melakukan sebarang kesilapan. Mereka ini adalah umpama orang yang memimpin si buta tadi. Dan sebaik-baik pemimpin adalah ALLAH S.W.T.

Ketiga, kita perlukan bekalan. Umpama tongkat yang amat membantu orang buta itu, kita juga perlukan sesuatu. Antara yang penting di dalam bisnes adalah seperti ilmu, rakan, mentor, rangkaian usahawan dan produk yang berkualiti.

Wahai usahawan, jika dirimu berasa berat dan berputus asa, luangkanlah masa untuk bermuhasabah diri. Mungkin rasa itu adalah isyarat bahawa ada kesilapan yang telah dilakukan.

Kita sebenarnya tidak layak berputus asa kerana ALLAH telah memberikan pelbagai anugerah kepada kita. Teruskanlah berusaha dengan gigih, sentiasa berfikiran positif (bersangka baik) dan tetaplah bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Orang Buta Itu…

  1. Thanks atas peringatan dalam bentuk puisi ni. Kadang2 kita perlukan sumber motivasi sebegini untuk memacu ke depan lebih2 lagi bila time usaha kita tak menjadi atau sedang alami rintangan..Seperti kata en Zul, kita perlu juga melihat kembali ke dalam diri utk cari kelemahan dan seterusnya berusaha baikinya..

  2. post yang membuatkan orang berfikir 4-5x apabila terasa nak putus asa. Bila terasa nak give up, bak kata smartzul muhasabah diri. Renung apa yang x kena.

    p/s- mungkin leh baca buku think & grow rich, kisah orang yang berhenti menggali hanya 1 kaki dari timbunan emas bila rasa nak putus asa. memang bagi kesan mendalam. :)

  3. ku yang pernah keciwa..
    bukan sekali dalam hidupku
    tapi ruang insaf meratakan laluan..
    tika ku celik tika lena…
    namun terdayakah aku mencapai yang
    suka ku gapai…
    ia bintang yang masih belum …
    jatuh kebumi..
    usahaku bagai terputus…
    dek kerna laluan ku ada 20 ..
    ia mesti di penohi…
    tercapaikah cita2ku..

    terbaca puisi mu..bagai ku ingin lompat
    setinggi langit capai bintangku
    tapi masih ada benteng yang tinggi…

    agar segera lah ku
    genggam cahaya bintang impian ku..

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.