Optimum Lawan Maksimum

Tersebut sebuah kisah, seorang guru silat memberikan pilihan kepada dua orang anak muridnya, sama ada untuk menggunakan 10 jenis senjata, atau satu sahaja semasa ujian persilatan nanti. Lantas anak murid pertama memilih untuk menggunakan 10 senjata, manakala anak murid kedua hanya memilih satu senjata sahaja.

Namun si guru memberikan satu syarat yang ketat. Kedua-dua mereka perlu memahirkan diri dengan senjata yang dipilih dalam masa dua minggu sahaja. Kedua-dua mereka setuju.

Dipendekkan perjalanan cerita, genaplah tempoh kedua-dua orang anak murid itu berlatih. Masa untuk mereka diuji sudah tiba. Anak murid pertama tadi, masuk ke medan ujian. Lawannya adalah seorang ahli silat yang sudah diiktiraf.

Semasa pertarungan ujian itu, si anak murid itu berganti-gantian menggunakan satu demi satu senjata. Keris, pedang, pisau, parang dan pelbagai lagi (10 jenis kesemuanya). Namun, dirinya gagal jua mengalahkan lawannya itu, hatta sekadar menjatuhkan lawannya. Beliau ‘kecundang’, malah kepenatan…

Kemudian tibalah giliran si anak murid kedua, yang hanya memilih satu senjata sahaja iaitu keris. Lawannya juga adalah seorang ahli silat yang sudah berpengalaman…

Di dalam pertarungan ujian itu, anak murid kedua itu begitu lincah sekali. Pantas, hayunan kerisnya hampir mengenai badan si lawan. Tapaknya utuh, langkahnya mantap, geraknya bergaya dan serangannya bertubi-tubi. Sehinggakan si lawan hanya mampu mempertahankan diri sahaja daripada terus dihunus keris.

Akhir perlawanan, si lawan jatuh terduduk, terkunci rapi dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi kerana hunusan keris sudah berada di lehernya. Si anak murid itu menang walaupun hanya menggunakan keris sahaja…

Pelajaran Cerita

Apakah yang saya ingin bawakan melalui cerita di atas? Hanya satu, iaitu fokus kepada satu kekuatan. Apakah kekuatan kita? Penulisan? Suara? Kaki? Tangan? Setiap seorang manusia pasti ada kekuatannya yang utama. Begitu juga kita.

Kelebihan yang ada itu, kita perlu mengasahnya, melatihnya, menggunakannya dan menyintainya sepenuh hati. Amat rugi sekali jika potensi diri atau kekuatan yang satu itu tidak diasah dan diguna pakai untuk meraih kejayaan dan mencapai impian.

Optimum vs Maksimum

Kedua-dua perkataan ini walaupun nampak sama, tetapi bagi saya, ia berbeza. Berdasarkan cerita di atas, pesilat yang menggunakan 10 senjata tewas, kerana dirinya mahu menggunakan jumlah senjata semaksimum mungkin, iaitu 10 jenis senjata. Padahal, ada beberapa senjata yang beliau tidak begitu serasi.

Manakala si pesilat kedua itu pula hanya memilih satu senjata sahaja iaitu keris. Pada asas logik, jika hanya menggunakan satu senjata sahaja tidak cukup dan boleh kalah. Namun pada praktikalnya, ada kelebihannya.

Mengapa dengan hanya menggunakan satu senjata itu boleh menang dengan bergaya?

  1. Beliau memilih keris kerana sejak bertahun-tahun belajar silat, beliau lebih serasi dengan keris. Maka dipilihlah keris untuk sesi ujian tersebut.
  2. Beliau tidak menggunakan banyak senjata, kerana tempoh masa berlatih sebelum ujian hanya dua minggu sahaja. Sedikit sukar untuk memahirkan diri dengan banyak senjata.
  3. Dengan menggunakan satu senjata, minda akan lebih fokus. Ruang untuk berfikir juga terbuka luas.
  4. Tenaga tidak digunakan dengan banyak dengan satu senjata. Maka keletihan tidak begitu ketara.
  5. Dia tahu, lawannya adalah juga anak murid kepada gurunya. Jadi sebahagian besar gerak dan langkah sudah boleh diagak. πŸ˜†
  6. Begitu juga kita, jika mahu berjaya di dalam hidup, tidak semestinya kita perlu melakukan banyak perkara yang di luar bidang atau yang tidak serasi dengan diri. Namun, ia tidak bermakna tidak boleh kerana tiada yang mustahil di dunia ini, melainkan jelas tidak mampu dilakukan oleh manusia.

Jadi cerita silat di atas ingin memberitahu bahawa, apa sahaja yang kita lakukan, walaupun ia hanya satu jenis, satu perkara, namun jika dilakukan secara OPTIMUM (sepenuh hati), kejayaan biasanya pasti akan diraih.

Dan seringkali juga kita melihat, ramai yang kecundang dan kecewa kerana gagal di dalam banyak usaha yang dilakukan. Banyak usaha itu adalah bermaksud, mereka cuba MAKSIMUMkan segala peluang yang ada, tetapi tidak mengoptimumkan usahanya.

Di sini, bukan bermaksud kita tidak boleh melakukan banyak perkara atau usaha. Tetapi yang penting, sejauh mana kita melakukan semua itu dengan SEPENUH HATI?

Di dalam perniagaan internet, tiada guna mengetahui 10 cara promosi atau pemasaran, namun satu pun tidak memberikan impak yang maksima. Sebaliknya, mereka yang fokus kepada satu, atau hanya beberapa kaedah pula, mampu membina kejayaan yang besar.

Fakta dan Realiti:

  1. Ain Maisarah, seorang penulis yang begitu ngetop sekali. Fokus kepada penulisan novel untuk pelajar sekolah. Beliau antara penulis yang berjaya mendapat royalti tertinggi di syarikat penerbitan PTS.
  2. Puan Ainon Mohd., pengasas PTS Publications. Fokusnya pada bidang training (sejak tahun 1988) dan juga penerbitan buku (bermula pada tahun 2000). Berkat fokus dan usahanya, beliau kini adalah seorang jutawan yang disegani dan dihormati ramai.
  3. Abdul Latip Talib, seorang yang amat fokus sebagai penulis. Setakat ini dengan fokusnya, telah menulis lebih daripada 20 buah buku dalam genre sastera Islam (sejarah). Juga di antara penerima royalti tertinggi di PTS.
  4. Mahathir Lokman, kuatnya pada suara. Seorang pengacara majlis yang juga mampu mengalih bahasa. Beliau membina kejayaan hanya dengan suara.
  5. David Beckham dikatakan fokus berlatih menguatkan kaki kanannya.
  6. Tiger Woods fokus kepada kepakaran menghayun kayu golf.
  7. Nicol David. Hidup sukses dengan hanya hayunan raket squash sahaja.
  8. Mark Zuckerberg, CEO (pengasas) Facebook, fokus kepada bidang pengaturcaraan. Nilai bisnes Facebook yang bermula dari bilik tidur hostelnya, kini mencecah berbilion-bilion ringgit.
  9. Dr. Rusly (Chef Li). Juga seorang jutawan. Beliau tekad melakukan bisnes masakan dan fokus kepada bidang pendidikan dengan membuka pusat latihan masakan. Saya juga adalah salah seorang usahawan yang hampir meninggalkan bidang e-bisnes ini (putus asa), namun kembali bangkit dan terinspirasi setelah membaca salah satu bukunya. (Begitu murninya seorang penulis buku yang baik-baik. Terima kasih.)
  10. Anda yang membaca artikel ini, termasuk saya, apakah kekuatan utama yang difokuskan? Jika mahu berkongsi (semoga menjadi rujukan kepada pembaca lain), catatkan pada ruangan komen di bawah.

Semoga berjaya dengan kelebihan, kekuatan, bakat dan potensi yang Allah SWT kurniakan tersebut.

    Satu atau sedikit tidak semestinya tidak cukup, banyak pula tidak semestinya yang terbaik.

    ps. Bagi saudara yang membaca artikel ini di Facebook, layari blog smartusaha.com untuk pelbagai artikel lain yang berkaitan dengan perniagaan dan pemasaran Internet.

    pps. Sertai juga SmartUsaha.com di Facebook (Fan Page).

    Penulis: Mohd Zulfadli


    (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

    SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
    Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
    Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

    Komen Guna Facebook:

    comments

    21 thoughts on “Optimum Lawan Maksimum

    1. cukup bermotivasi dan berinformasi sekali artikel ini bro zul.. sy juga pernah tercari-cari kekuatan pada diri sendiri dan akhirnya serasi dengan bisness blogging..tetapi sy msih lagi mencari kekuatan diri yang lain supaya dapat diasah dan dituai πŸ˜€

    2. Assalamualaikum Tuan Zulfadli,

      Saya bersetuju dengan tuan dalam hal ini. Apabila kita mengenali bakat, lebih mudah kita mengasah dan menguruskan bakat. Lebih mudah fokus. Kita juga akan berdepan siri kegagalan (seperti biasa), tapi kita juga akan bangkit bergaya kerana itu bakat kita.

      Terima kasih, entri ini menjadikan pagi hari saya semakin ceria.

      Terima kasih tuan.

    3. Begini Tuan, saya ada 2 perkara yang nak dikongsikan.

      Yang pertama, bagus jika kita dapat optimumkan satu ‘senjata’. Tetapi apakah senjata yang kita pilih itu serasi dengan kita? Ada cara untuk kita pilih senjata yg serasi dgn kita supaya kita dapat optimumkan kepenggunaannya. Ia sangat bagus.

      Yang kedua, Banyak senjata tidak bererti kita perlu guna kesemuanya. Dari 10, sembilan daripadanya tidak semestinya di guna pakai, sembilan senjata ia mungkin dapat menyokong yang satu itu utk menjadi lebih hebat.

      Yang lainnya adalah, penyenaraian idea yang lebih banyak penting juga untuk melihat keserasian dengan dapat memilih bidang yang lebih serasi. πŸ™‚

    4. Salam Zul,

      Betul tu. Fokus itu paling penting dalam apa jua bidang. Nanti tidak jadi seperti kata pepatah

      “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran…”

    5. Mohd Shadiq, biasanya kita tahu apa yang serasi dengan kita. Tanya diri sendiri. Sekarang banyak buku yang berkaitan dengan potensi diri. Boleh dapatkannya.

    6. Catatan yang terbaik untuk menggunakan potensi diri bagi mencapai ke arah kejayaan. Mengenal potensi diri adalah aspek yang kritikal dalam pembangunan individu.

      Berkenaan perbezaan optimum dan maksimum, saya amat bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Tuan Zul. πŸ™‚

    7. post yang menarik. πŸ™‚
      fokus tu sememangnya penting.
      tetapi kadang2 kita akan lari dari fokus akibat dari keadaan sekeliling.

      mungkin bro Zul nanti post pasal focus consistency plak πŸ™‚ hehehehe

      1. Banyak cara. Salah satunya, tanya diri kita, apa yang paling kita suka, minat? Dan apa yang kalau kita buat, tidak dapat duit pun kita sanggup melakukannya. Saranan saya, dapatkan mana-mana buku yang berkaitan dengan potensi diri.

    8. bagaimana pula jika situasinya begini??
      kita ada kelebihan dlm bidang yang satu nie, (cthnya grafik design) kwn2, pelanggan pun kata hasil kerja kita dlm bidang yang satu nie hebat, menakjubkan, tp..lama kelamaan, kita merasa bosan dngnnya…mungkin bidang yang satu itu kekuatan kita, tp kita tak serasi dgnnya…
      mintak tolong bagi komen πŸ™‚

      1. Jawapan saya mudah: Adakah benar ia tidak serasi dengan kita? Apa buktinya?

        Kadang-kadang, ia hanya persangkaan semata-mata akibat rasa bosan, stress, workaholic tanpa rehat yang cukup, kerja tidak terurus, fikiran berserabut dan pelbagai lagi… Tiada guna jika sesuatu itu amat serasi dengan kita, tapi kita tidak urus betul-betul.

        Pendek kata, rasa bosan tidak semestinya disebabkan tidak serasi. Perlu cari penyelesaian bagaimana untuk hilangkan bosan tersebut. Lain orang, lain sebab bosannya.

        Namun, luangkan sedikit masa untuk muhasabah kembali, adakah ia benar-benar serasi dengan kita atau tidak. Buat solat istikharah juga. Selain fikir untuk hari ini dan esok, di manakah bisnes itu pada setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya? Di manakah kita pada masa tersebut?

        Bakat, potensi, hanyalah permulaan. Pengurusan dan perancangan juga penting.

    9. Jika pada pendapat sy begini, mungkin agak kasar bunyinya. Orang yang ingin sangat menjadi hebat pada banyak perkara ni, yg tak fokus pada satu-satu bidang yg mempunyai perkaitan rapat sebelum betul-betul berjaya adalah orang yg tamak.

      Senario ni jelas sekali kalau dlm bidang make money. Tak kira perniagaan online atau offline. Semua jenis kaedah, bisnes nak direbutnya dan buat sebelum betul-betul nampak hasilnya.

      So, kiranya, kena la fokus dulu barulah tak tamak.

    10. Kita kena fokus tetapi kadang kala fokus kita sering terganggu disebabkan keadaan sekeliling.Jadi saya rasa fokus berkait rapat dengan matlamat.Sekiranya ada matlamat yang spesifik barulah kita boleh fokus.Saya rasa kena pecahkan matlamat kepada yang lebih kecil untuk lebih fokus.andai salah betulkan saya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *