Opencart Vs Prestashop

Opencart vs Prestashop. Mana satu yang terbaik?

Bagi orang-orang teknikal, atau bagi mereka yang mahu pasang sendiri sistem shopping cart (kedai online), mungkin sentiasa mahu membandingkan sistem-sistem shopping cart / e-commerce yang banyak di Internet. Antaranya adalah seperti OpenCart, Prestashop, Magento, Zencart dan banyak lagi…

Namun di antara banyak-banyak sistem sumber terbuka dan percuma itu, biasanya perbandingan antara tiga sistem berikut sentiasa dilakukan sebelum seseorang itu membuat keputusan untuk memilih satu sistem sahaja. Sistem shopping cart yang banyak digunakan adalah:

  • Magento
  • Prestashop
  • OpenCart

Namun dalam artikel ini, saya tidak akan melakukan perbandingan, malah tidak akan menghurai lebih panjang. Walaupun saya seorang yang agak teknikal, namun saya juga adalah orang pemasaran Internet. Jadi pertimbangan saya adalah seimbang.

Kita mungkin suka membandingkan sesebuah sistem dengan sistem (perisian) yang lain dari sudut teknikal. Mana satu yang lebih hebat dan canggih. Bagi saya, ia adalah soal kedua. Gunalah mana-mana sistem, jika sesebuah perisian itu ada kekurangan, pasti akan ada extension atau module untuk menutup atau memenuhi kekurangan itu. Tidak kisahlah OpenCart ataupun Prestashop.

Yang paling penting adalah tujuan asal sesebuah perisian shopping cart, iaitu memudahkan penjual, peniaga, usahawan dan perniagaan menjual banyak produk pada satu website (yang tidak dapat dilakukan oleh minisite). Dari proses memilih produk, tempahan dan semakan tempahan oleh penjual. Itu susah cukup memadai.

Jangan kerana kita terlalu ‘taksub’ dengan aspek teknikal, kita terus lupa tujuan asas sistem shopping cart. Fokus pada keperluan terlebih dahulu. Andaikata sistem yang kita gunakan sudah tidak dapat menampung keperluan perniagaan, barulah kita beralih kepada sistem yang lain. Jangan takut untuk berubah dan melakukan perubahan.

Ingat dan pegang prinsip asas bisnes: “Utamakan yang utama.

Kesimpulan: OpenCart vs Prestashop. Mana satu yang terhebat? Jawapan saya: Dua-dua hebat. Mana-mana perisian lain juga hebat. Gunalah mana-mana perisian, yang penting anda tahu memasang dan menggunakannya. Yang penting adalah matlamat utama kita tercapai (mudah urus jualan produk).

Anda ada banyak produk yang mahu dijual melalui hanya sebuah website? Jika ya, maka jual ia melalui website jenis shopping cart. Pihak saya ada menyediakan servis pemasangan sistem shopping cart. Hubungi saya sekarang.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *