No Overnight Success + Iklan Berkesan + Pemasaran + Promosi + Be Yourself

Kali ni, saya nak menulis beberapa perkara serentak dan penulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapapun, ini adalah sesuatu yang umum. Jika anda terasa, maafkan saya. Diharapkan anda dapat menghayati apa yang saya ingin ‘bebel’kan pada kali ini.

Teruskan membaca….

1. No overnight success

Saya tak tahulah kalau diterjemahkan ke dalam BM, apa maksud dia, tapi bagi saya, pepatah ni lebih kurang maksudnya dengan “tiada kejayaan dalam masa yang singkat”. Jika anda usahawan sejati, pemikiran atau matlamat yang besar untuk masa masa yang singkat SEPATUTNYA dijauhi. Anda tidak digalakkan menetapkan goal atau matlamat yang terlalu besar atau tidak realistik dalam masa yang singat ATAU anda tidak boleh mengharap matlamat anda itu benar-benar tercapai. Jika tidak tercapai, harapan tinggi menggunung itu pasti akan mengecewakan anda jika anda seorang yang lemah jiwanya dan tidak pandai mengawal masalah dan ujian.

Maka, jika anda ingin menjadi yang berjaya, perbaiki kesalahan yang ada, jika jualan tiada langsung, baiki dan baiki. Usah dicari salah orang, tapi carilah di mana ruang kelemahan yang menyebabkan jualan produk kita tidak laku. Jika anda mencari salah orang, mata anda akan tertutup kepada kesalahan diri sendiri. Percayalah, jika anda memberi alasan kegagalan anda di peringkat awal adalah kerana orang lain, anda telah silap besar dan itu bukanlah ciri usahawan yang sejati!

Jika anda mengatakan adanya overnight success, dan ia betul-betul ada, maka ketahuilah, pepatah ini besar ruang lingkup maksudnya..

Iklan Berkesan

Jika produk kita mengenai “cara menjaga anak kucing”, AMAT TIDAK SESUAI kita mengiklan di mana-mana laman web mengenai komputer atau di laman web pengaturcaraan komputer atau di laman web pertanian. Inilah KESALAHAN BESAR dan MEMBAZIR.. Anda laburkan sejumlah wang dengan harapan trafik yang besar dan tinggi di laman web yang anda mengiklan itu dapat ‘mengumpan’ pelawat menjadi pelanggan anda. Ketahuilah, pengiklanan sebegini adalah MEMBAZIR. Jika anda tidak setuju, teruskan, tiada siapa yang boleh memaksa.

Anda perlu tahu, yang datang ke laman web komputer adalah mencari maklumat mengenai komputer, BUKAN mencari maklumat pasal anak kucing! Mereka adalah un-targeted visitor atau prospek yang kurang sesuai untuk produk anda! Ya, anda telah membazir masa melakukan sesuatu yang tidak memberikan hasil yang memuaskan. Jadi, anda perlu mengiklan atau melakukan marketing di ruang forum atau laman web atau blog, yang isinya berkisar mengenai anak kucing!

‘Rahsia’ Saya:

Inilah yang saya ingin bongkarkan sedikit. Jika anda perhatikan post atau tulisan saya di wangcyber, saya tidak banyak bertanya. Tetapi saya banyak membantu orang lain menjawab persoalan. Saya bina kredibiliti di situ di samping menulis di blog ini. Inilah ‘rahsia’ terbesar saya.. Saya ambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dikenali melalui forum tersebut.. Jika anda baru menyertai sesuatu forum tidak sampai seminggu tetapi sudah mahu dianggap pro dan expert, anda akan kecewa! Lainlah jika anda sudah berjaya orangnya, maka anda mudah membina kredibiliti di sesuatu forum. Apa yang saya katakan ini adalah, anda sebagai orang baru, seorang usahawan internet yang baru ingin bermula, maka berpada-padalah dengan harapan yang tidak tinggi menggunung..

Jadi, kekuatan utama saya selama ini adalah salah satunya FORUM WANGCYBER. Maka, jika anda ada produk ebook “cara memelihara anak kucing”, anda perlu berforum dan membina kredibiliti di forum mengenai kehaiwanan atau binatang peliharaan, bukan di forum komputer.. Dan dan dan…….. Anda perlu mengambil masa untuk meyakinkan orang bahawa anda tahu banyak dan seterusnya ‘diangkat’ sebagai orang yang tahu banyak dan expert mengenai penjagaan anak kucing. πŸ™‚ Sekali lagi, “no overnight success”!

Pemasaran

Jika seseorang mengajar anda itu dan ini, dan anda buat teknik yang diajar, tetapi it’s not works, siapa yang patut disalahkan? Yang mengajar itu tadi? Adakah anda pasti? Hmm, anda juga telah silap besar! Ketahuilah saudara dan saudari, kebanyakan teknik dalam bisnes adalah TRIAL & ERROR! Ia berkesan untuk seseorang, tetapi mungkin tidak berkesan untuk anda! Inilah yang kebanyakan usahawan internet nyatakan, “test that method for yourself and if it works, use it, although the others say its not work..”. Jika anda ingin tahu, tahulah bahawa, dalam dunia perniagaan, kita perlu banyak melakukan testing dan testing sehingga berjaya untuk satu-satu kaedah.. Sekali lagi, “no overnight success”!!

Promosi

Apa beza promosi dan pemasaran?? Sekali pandang tiada bezanya, tapi ada juga bezanya. Namun, tujuannya sama untuk mendapatkan bakal prospek atau pelawat atau trafik ke laman web jualan kita. Promosi lebih kepada mendapatkan visitor dengan cara direct seperti pengiklanan banner, manakala pemasaran ia lebih subjektif seperti melakukan Joint Venture (JV) dengan sesuatu pihak lain.

Untuk berjaya di dalam perniagaan internet dan jualan produk anda, promosi dan pemasaran perlu dilakukan terus menerus, bukan untuk seminggu, bukan untuk 5 hari, atau bukan untuk tempoh masa tertentu. Anda mesti melakukannya terus-menerus sehinggalah anda tidak mahu lagi menjual produk tersebut, maka anda boleh menghentikan aktiviti pemasaran.

Be Yourself!

Anda adalah anda. Seperti yang saya katakan, jika sesuatu teknik itu sesuai untuk orang lain, mungkin ia tidak sesuai dan tak menjadi untuk anda. Macam mana nak tahu sesuai (working) atau tidak?? Ya, testing and testing, trial & error! Sudah pasti bukan dalam masa seminggu, tapi dalam masa yang tertentu. Sekali lagi, “no overnight success”!!

Saya adalah saya, anda adalah anda. Apa yang saya tulis, apa yang saya cakap, mungkin semuanya sesuai untuk saya, TAPI mungkin hanya sebahagian sahaja sesuai untuk anda.

Akhir kata, anda perlu menjadi diri sendiri. Jadilah usahawan yang cerah akalnya, tidak mencari salah orang lain, jangan cepat nak berjaya, tidak cepat buntu, tidak cepat gelisah, dan nampak masalah sebagai PELUANG… bersabarlah… Kebanyakan usahawan internet baru mengambil paling kurang 3 bulan untuk berjaya. Bukan saya main redah cakap, tapi saya banyak baca kisah-kisah mereka! Saya pula, mengambil masa satu tahun untuk benar-benar buat income. Dan mengambil masa 4 tahun mengkaji bidang ini dan melalui 1001 halangan dan ujian… Dr Irfan gagal di tahun pertamanya. Shuth wangcyber mengambil masa 6 bulan untuk mengkaji bidang ini.. Anda pula bagaimana? Nak berjaya dalam masa 5 hari?

Tepuk dada, tanyalah iman. Be yourself..

Wassalam & good luck!

PS. Saya adalah saya, anda adalah anda. πŸ™‚

PPS. I’m not the expert, but some of the methods are suitables for me, but not for you, maybe… πŸ˜‰ –> Biarlah salah grammar, janji ada usaha nak menulis dalam bi, hehe..

PPPS. Anda mesti membaca satu ebook atau sekurangnya artikel mengenai “Fail Fast As Possible..”. Nak tahu apa tu? Cari di google.. πŸ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

22 thoughts on “No Overnight Success + Iklan Berkesan + Pemasaran + Promosi + Be Yourself

  1. Saya terasa ni.. huh makan dalam tu..

    Sbnarnya ada lg 1 bnda yang menyumbang kpd kegagalan walaupun kita cuba usahakan mcm cara atas ni.. Ia adalah halangan yg paling teruk untuk setiap IM di Malaysia.. Stiap kali kita buat, akan gagal jika terkena halangan tersebut.. mmg teruk.. Stiap manusia pun akan tersentak walau dalam bisnes ke ape ke..

    PS: Jgn ingat zul je ade crita disebalik tabir ye.. saya pun ade.. kena survive pun sendiri je..

    PPS: Saya terasa ni & xmaafkan zul.. Hu hu.. gurau je sifu.. nak smbung crita tp pjg plak.. nanti la.. :p

  2. Hohoho..Syok..Memang takde kejayaan dalam masa yang singkat.

    Yang tertipu dengan skim cepat kaya adalah mereka yang nak kejayaan dalam masa yang singkat.Tak serik ke mereka ni?

    projek terbaru saya terpaksa tangguhkan plak..satu dari Hardisk saya crash..80% data saya wat back up hilang..Yang utama ok,tapi hardisk back up yang buat masalah.

    Jadi back up data anda diluar pc seperti cd-rom untuk keselamatan.Jangan jadi macam saya..Data & maklumat yang saya kumpul dari masa Kat universiti hilang tak dapat diselamatkan.

    Nak back up hardisk utama dengan hardisk backup..Tapi yang back u rosak..menyesal tak sudah..Terpaksa trace balik rekod customer yang beratus ratus tu..kalo benda lain,saya penah burn dalam cd mcm koleksi ebook saya lebih dari 5 GB..tapi ebook yang terbaru,xdapat diselamatkan la..yang lama still ada..

    Benda dah terjadi.Menyesal pun tak guna.Jadi back up la data pc anda sebagai langkah berjaga jaga.Nasib baik,original copy RajaAdsense tergerak hari simpan dalam pendrive..Kalo tak,xdapat la nak update lagi..

  3. kak kirana, saya tak tuju tulisan ni kat saper-saper.. Ia satu benda yang semua orang perlu tahu dan ambil kisah. hehe.. Sebagai usahawan, sifat TIDAK CEPAT putus-asa, kuat hati, tak cari salah orang lain dan pandai mengawal situasi adalah amat penting. Juga, perlu meningkatkan kelemahan diri sendiri dari semasa ke semasa.

    The important key is: “trial & error” and you know the results. πŸ˜‰ Tapi sedih, formula ini tidak dipandang serius oleh ramai orang…

  4. Ò€œMempelajari dan menghasilkan sesuatu yang diperlukan dalam urusan di dunia, hukumnya adalah fardu kifayah.

    Usaha ini diberi pahala oleh Allah yang dinilai sebagai ibadah berdasar kepada niatnya di samping melaksanakan segala perintah Allah demi untuk memudahkan atau mengatasi kesulitan hidup manusia.

    Ia pula tidak terbatas kepada memenuhi keperluan manusia sahaja bahkan meliputi kepentingan haiwan dan serta tumbuhan.

    Sebarang kesulitan atau dugaan yang dihadapi di sepanjang menjalankan fardu kifayah ini adalah merupakan suatu penghapusan dosa bagi orang berkenaan.Ò€
    (Hadis Riwayat Bukhari)

  5. Pingback: RajaBlog.info » Blog Archive » Jenguk-Jenguk 6 Oktober
  6. hahaha, tak “trial” sebab orang tak pernah mencuba, tak da test dan akan jadi ikutan,.Saya juga kadang-kadang yang saya sampaikan ada yang tak sesuai untuk orang dan ada yang sesuai.macam org elejik(betul ke ejaan ni), tak sesuai makan ketam,udang,pe lagi ah, yang nak buat ilustrasi pasal trial ni , hah, smartusaha dah explain tu,
    keep up the good work !!

    P/S: mcm juga nak install php,kadang-kadang ada error juga.Itu sebabnya ada FREE TRIAL product,kalau tak sesuai, King !!! cari yang sesuai ..

  7. zul,

    tq for info. kadang2 nafsu yg keterlaluan utk berjaya yg menjadi faktor utama manusia itu buat jln pintas, tanpa memikirkan tentang halangan dan ranjau yg patut dilalui. paling penting, berilah masa utk kita berubah demi mencapai kejayaan.

    saja nak tanya, 6 bulan pertama tu, apa yg zul buat? kongsi la kalau tak keberatan. satu lagi, zul ni mesti banyak membaca kan?

  8. Tiada apa yang datang bergolek(kecuali bola)hehe.. Lagi-lagi kejayaan dan kekayaan.. Jika ada pun memang kira bertuah sangat la dan ajaib.. Kita kena sedar dan hadapinya kenyataannya.. Belajar dan terus belajar.. Perniagaan xsemudah disangka, hadapi dan kenal masam, manis, pahit dan kelatnya baru tahu bagaimana.. Bangun jatuh adalah adat perniagaan.. Tapi jangan berputus-asa .. Fokus adalah paling penting..

  9. few ettt !! kalo nak ngorat awek cun,kuasa fokus juga penting,klu nak buat bisnes,kuasa focus juga penting,dua2 konsepnya tetap sama ,focus,mcm lari topic je aku ni.he,he,

  10. apo pulaknya… nak terasa? inikan blogportal yang lebih kepada pendidikan perniagaan internet, cari duit dengan internet, so kena ikutlah apa yang sepatutnya kita ikut.

    ikut panduan orang yang berjaya… kalu setakat nak balun promosi kat mana2 memang boleh pun… yer tak?

    memang kira expert la membalun iklan membuta tuli bertali arus. biar boleh bikin duit dengan perniagaan internet sebenar, jangan bikin duit dengan skim cepat kaya.

    jangan pula salahgunakan internet untuk menjual menda cetak rompak.

    ader ke patut beli kat pasar malam pastu jual kat orang luar negara dengan harga US? nak tahu kat mana cari dalam newstraits time…. eja betul2 english dalam paper tu yer…

    broken english pun broken laa asalkan orang faham. wehahahaa….

    wasalamat hari raya wapuasa laaaa…

  11. Zul, masih berpuasa lagi kita ….
    Apa yg u cakapkan tu bukannya 100% betul tapi beratus % betul…!!! Batu kat tepi jalan tu ambil masa bertahun2 utk jadi batu inikan pulak kita semua yg baru jumpa – apa namanya Internet Bisnes…? . … baru sangat… Bukannya Ilmu saja kena banyak tapi macm2 benda kena banyak….. angan2 yg berkobar2 tak kemana peginya, nanti kita jadi letih melayan angan2 yg tak kesampaian.. teruskan Zul beri nasihat… saya rasa ada banyak lagi benda yg U nak bagitau kat kita orangni….slow2 Zul… lama2 ramai yg akan paham nanti…
    zali

  12. kalo ada kejayaan sehari dalam semalaman, maka ramai laa yang akan cepat kaya dan tak perlu buat kerja susah payah. semuanya overnight… mana ada kerja overnight dapat untung segera?

    kalo makan gaji sekalipun akhir bulan baru dapat gaji. kalo ada dapat gaji keesokannya setelah seharian bekrja dh tentu mintak gaji dahulu baru kerja. akhir bulan tercungap2 takder simpanan…

  13. mana ada kerja yang buat semalaman dah boleh berjaya…
    tanpa usaha tanpa hasilnya…
    banyak tips yang zul berikan diatas…
    utk sesiapa yang tak tahu, boleh cuba ye…

    han

  14. memang susah kalo nak jadi orang lain dan memang tak serupa kalo anda jadi orang lain. memang takleh 100% jadi orang lain… macam mana nakjadi orang lain kalo memang dah itu adalah diri kita… terimalah hakikatnya kita perlu berusaha supaya berjaya sebagaimana mereka yang telah berjaya…

  15. pengiklanan yang membazir?

    sekiranya membuat pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang anda suka, ia memang tak sesuai dan merugikan masa dan tenaga anda sahaja.

    hanya sekadar promosi yang entah apa-apa…

  16. Assalamualaikum…tertarik dengan penerangan tentang topik ini. memang semua manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan apa yang penting sebenarnya adalah saling hormat-menghormati kerana setiap kelebihan itu datangnya daripada Allah S.W.T jua…Tahniah kepada saudara kerana selalu membantu orang lain dan semoga ditambahkan rezeki serta dirahmati Allah..Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *