No. 1 di dunia?

Dalam perniagaan, untuk menjadi no. 1 di Malaysia, di Asia ataupun di dunia adalah satu perkara yang sukar walaupun tidak mustahil.

Dalam penjenamaan bisnes, kita tidak perlu menjadi no. 1 di dunia, tetapi hanya perlu menjadi yang pertama di minda pelanggan. Inilah yang ditekankan oleh pakar penjenamaan.

Jika sebut ayam goreng yang sedap, ramai yang akan jawab perniagaan sekian-sekian.

Jika sebut kereta yang laju, ramai yang akan jawab kereta berjenama sekian-sekian.

Jika sebut burger dan layanan yang memuaskan, sudah pasti ramai akan jawab perniagaan sekian-sekian.

Persoalan sekarang adalah, bagaimana mahu jadi no. 1 di minda pelanggan?

Jawapan: Bina keunikan tersendiri.

Persoalan timbal balik: Kalau perniagaan lain tiru keunikan kita macam mana?

Jawapannya: Jadi yang pertama melakukan keunikan itu.

Persoalan lain: Bagaimana jika walaupun kita yang pertama, tetapi ada lagi yang lebih hebat?

Jawapan: Berikan yang terbaik kepada pelanggan.

Jadikan perniagaan kita no. 1 di minda pelanggan kerana ia lebih realistik dan mudah untuk dicapai berbanding menyasarkan untuk menjadi no. 1 di dunia / Malaysia.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *