Nisbah jualan

Dalam perniagaan, biasanya ada nisbah antara prospek yang berminat dengan yang akan membeli.

Contohnya jika kita berniaga di Facebook, yang minta kita “pm” begitu ramai. Tetapi yang akan membeli (buat bayaran) adalah sedikit.

Ia adalah normal kerana ada nisbah seperti yang saya katakan.

Jika 10 orang minta maklumat, mungkin 1 orang daripada mereka sahaja yang akan membeli.

Malah ada juga situasi, daripada 100 orang yang bertanya, hanya 1 orang yang akan membeli.

Maka….

Sebab itu kita perlu gandakan lagi usaha pemasaran agar yang berminat itu ramai. Katakan nisbah yang kita gunakan adalah 1:100, iaitu 1 orang pembeli daripada 100 orang.

Maka jika target kita nak dapatkan 10 orang pelanggan sehari, maka kita perlu dapatkan 1000 orang pelawat ke website kita, ataupun 1000 orang yang nampak post iklan kita di FB Page.

Tak mudah kan? Tapi ia jadi lebih mudah apabila kita mula faham mengenai wujudnya nisbah sebegini.

Next…. Saya akan tulis mengenai beberapa faktor yang berkaitan agar nisbah 1:100 itu boleh direalisasikan.

Dan juga bagaimana 99 orang berminat yang tidak membeli itu kita boleh hubungi mereka kembali.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Nisbah jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *