NiagaKit: Merealisasikan Impian Usahawan

“Bertukar kepada Niagakit adalah suatu keputusan yang tepat.  Setelah menggunakan sistem Open Source seperti OsCommerce dan Prestashop selama beberapa ketika, macam ada suatu yang tidak lengkap untuk pasaran tempatan….”, Ghufran Md Daud, www.3gxModem.com.

“…selepas saya sendiri mencuba sistem NiagaKit ini, hasilnya sangat memuaskan. Support teknikal yang diberikan oleh team NiagaKit boleh dipuji kerana sentiasa memberi maklumbalas yang sangat pantas…”, Alif Zulhilmi, www.SoccerPitStop.com.

Itulah di antara sebahagian kata-kata daripada usahawan yang menggunakan Sistem NiagaKit, iaitu satu-satunya sistem yang dibangunkan dan dipasarkan secara agresif oleh sekumpulan anak muda Malaysia. Mereka yang membangunkan sistem ini sama-sama berpayung di bawah syarikat mereka sendiri iaitu Flarebiz Network.

Apakah Itu Sistem Niagakit?

Ia hanya sekadar nama sahaja (jenama produk). Pada asasnya, NiagaKit adalah satu perisian Online yang digunakan sebagai Shopping Cart atau Online Store bagi menjual produk di Internet.

Terdapat banyak sistem sebegini di Internet sama ada yang percuma atau berbayar, namun setelah saya mencubanya sendiri, perkataan pertama yang saya katakan adalah, “wow!”. Masakan tidak begitu, sistem ini tidak seperti sistem lain.

Sistem NiagaKit pada pendapat diri saya:

1. ‘Simple’ dan kemas.

2. Dibina khusus untuk pasaran Malaysia.

3. Mudah digunakan tanpa banyak menu yang memeningkan.

4. ‘Ringan’. Menyebabkan laman web jualan tidak terlalu ‘berat’ untuk dilayari.

5. Rekabentuk yang mesra pengguna.

Penerimaan Bayaran

Setakat ini, sistem ini menyokong penerimaan bayaran secara Online Banking kebanyakan bank, mahupun kad kredit, termasuk Paypal. Bagi mereka yang menggunakan kemudahan NBePay, Niagakit juga menyokong sepenuhnya aplikasi tersebut.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan memasukkan maklumat akaun bank, paypal dan NBePay (jika ada) di bahagian Admin, iaitu bahagian Payment Settings.

Mengapa Perlu NiagaKit?

1. Pengurusan perniagaan akan lebih profesional

Walaupun ramai yang berjaya berniaga dengan hanya menggunakan laman web biasa, blog percuma, forum dan sebagainya, namun cara-cara itu jelas 100% akan mencapai satu tahap menyukarkan perjalanan perniagaan. Contohnya, semakin banyak produk dimuatkan dalam satu blog, maka semakin sukar menguruskan satu demi satu entri produk.

Berbeza dengan menggunakan sistem Online Store Niagakit, pengurusan produk yang banyak akan lebih mudah dan cepat. Contohnya jika ingin mengubah harga, hanya perlu masukkan sahaja dan klik pada button Ubah. Tidak seperti menggunakan laman web statik atau blog, banyak langkah teknikal yang perlu dilakukan.

Begitu juga apabila terdapat produk yang sudah kehabisan stok, kita dapat letakkan bilangan produk kepada TIADA, atau dapat kemaskini maklumat dengan lebih pantas. Pendek katanya, segala-galanya mudah dan segera, tanpa perlu melibatkan proses yang teknikal.

2. Rekod Pembelian Produk

Selama ini kita hanya melihat senarai pembelian dengan menggunakan emel. Namun dengan sistem Niagakit, kita mampu melihat senarai pembelian di dalam sistem. Kita boleh melihat senarai pembelian yang sudah diuruskan (dihantar) dan juga senarai pembelian yang belum diselesaikan (pending):

3. Rekod Pembeli

Selain daripada rekod pembelian satu-satu produk atau oleh seorang pembeli pada satu masa, maklumat pembeli itu juga akan disimpan di dalam pangkalan data (database). Jadi, kita dapat menyemak dan melihat maklumat pelanggan dengan begitu mudah. Malah, pembeli tadi tidak perlu bersusah payah memasukkan maklumat mereka untuk pembelian seterusnya.

Di dalam bisnes, keuntungan perniagaan bukanlah pada pembelian pertama seseorang pelanggan, tetapi pada pembelian berulangan. Jadi, dengan menyimpan maklumat pembeli secara terurus, kita mampu menghubungi mereka dari semasa ke semasa.

Senarai Menu (Fungsi) di Bahagian Admin Sistem

Di antara menu atau fungsi yang ada di bahagian Admin sistem adalah seperti Product Settings, Payment Settings, Shipping Settings, Manage Orders dan Sales Report.

Versi Demo: Anda boleh melihat semua menu dan fungsi ini dengan mencuba sistem Niagakit tanpa sebarang kos di http://www.demoniagakit.com. Untuk dapatkan username dan password, layari laman web NiagaKit.com dahulu dan isikan nama dan emel di bahagian yang disediakan. Password akan dikirimkan melalui emel.

Senarai Pengguna Niagakit

Di antara laman web jualan (Online Store) yang dikuasakan oleh sistem Niagakit adalah:

1. soccerpistop.com
2. az-zahrasaricollections.com
3. dzfashionhouse.com
4. galeriantik.com
5. madunia.com.my
6. muslimahshopcentre.com

7. dan banyak lagi….. Lihat di http://niagakit.com/pengguna-niagakit/

Di Sebalik Tabir…

Siapakah di sebalik tabir pembangunan sistem Niagakit ini? Seperti yang dinyatakan, mereka adalah anak-anak muda Melayu yang mahu membantu usahawan-usahawan yang mempunyai perniagaan dan produk, dapat meniagakan produk dengan profesional melalui Internet.

Mereka bukan sekadar menjual sistem ini dan kemudian hilang seperti mana perkhidmatan yang lain, tetapi mereka serius dan berkomited. Buktinya, mereka mempunyai pejabat mereka sendiri sebagai salah satu medium sokongan dan latihan untuk pengguna-pengguna Sistem Niagakit.

*Imej di atas: Aktiviti mini seminar perniagaan Internet. Di ruangan itu jugalah sesi sokongan dilakukan. (Sumber imej: Facebook NIagakit)

Selain itu, mereka juga menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan sedia ada, selain menggunakan talian telefon, online chatting dan juga emel. Nah, masih belum yakin dengan mereka? Mereka tidak sorokkan muka mahupun identiti mereka.

URL Facebook Niagakit: http://facebook.com/niagakit

Cadangan Tambahan

Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan sistem Niagakit. Cuma, saya amat mencadangkan pihak pembangun sistem ini menambah satu lagi perkara yang saya rasakan ia amat penting juga, iaitu ‘button buy’. Button ini amat perlu diletak pada setiap paparan imej produk agar ada ‘call to action’ untuk pembeli klik, lagi-lagi bagi mereka yang tidak pernah membeli secara Online. Hanya itu sahaja cadangan saya.

Penutup

Akhir kata, sistem ini benar-benar telah menyelesaikan satu masalah kebanyakan usahawan yang mahu memasarkan produk melalui Internet. Tiada lagi masalah pemasangan, tiada lagi masalah teknikal, tiada lagi perlu cari ‘modul’ (aplikasi) tambahan untuk sesuaikan dengan pasaran Malaysia, dan banyak lagi cerita-cerita gembira untuk usahawan yang memerlukan sistem sebegini.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Niagakit di www.NiagaKit.com.

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

33 thoughts on “NiagaKit: Merealisasikan Impian Usahawan

  1. Saya bersetuju dengan artikel En. Zul. Saya pun pernah menghadiri mini seminar mereka berkaitan dengan niagakit. Memang mengagumkan sekali sistem mereka. Sesuai untuk mereka yang ingin membuat online store.

  2. Memang bagus sistem Niagakit ni.
    Tak sangka pulak orang Malaysia berkebolehan buat sistem online shop sendiri.
    Memang terbaiklah!

  3. Salam / Mari teman berteman bersama saya..

    saya tabik dengan kebolehan anak muda kita kerana dapat membangun sistem niagakit untuk usahawan di Negara Malaysia. saya nak bertanya berapa harga untuk niagakit??

    Tq..

  4. Nice review. Niagakit ni bagus, tapi macam mahal la pulak harga nak dibayar tu. Features dia sama macam Lot.my. Tapi Lot.my ni percuma. Dedua pun dibangunkan oleh anak muda Melayu. Sokonglah dedua, pilih mana yang terbaik. Moga lagi ramai usahawan internet lahir.

    1. Tidak silap saya, Lot.my memerlukan kita menggunakan domain mereka. Contoh, smartzul.lot.my. Manakala niagakit.com hanya memerlukan sekali kos sahaja (walaupun dikatakan mahal), dan berplatform pada domain sendiri.

      Apa pun, perkembangan ini amat bagus sekali. Lagi banyak pihak yang membangunkan sistem sebegini, moga persaingan lebih sihat dan pengguna akan lebih banyak pilihan.

    2. Lot.my menggunakan opencart.com yang mana ianya hanya sebuah e-commerce percuma. Ianya lebih baik apabila script tersebut terus dipasang ke domain sendiri. Saya telah cuba lot.my terdapat had untuk isi produk dan saya yakin lot.my akan mengenakan cas tambahan atau sewa bulanan masa akan datang.

    1. Soal harga murah atau mahal, ia adalah subjektif bagi semua orang. Apa pun, jumlah pengguna NiagaKit semakin mencecah ratusan orang. Jelas di sini, ia bergantung kepada pandangan masing-masing mahu atau tidak.

      Harga NiagaKit adalah murah berbanding versi berbayar yang lain dan adalah standard dalam bidang perisian. Harga itu hanya sekali bayar dan bukan recurring seperti setiap bulan dan tahun. Bayangkan jika harganya amat murah, maka industri perisian di Malaysia akan rosak. Pasaran pembangunan perisian pun perlu dijaga juga seperti pasaran yang lain. Ia satu tanggungjawab kita sebagai usahawan menjaga pasaran dengan baik.

      Selain itu, di Malaysia ini tidak semua ‘sejujur’ mereka menyatakan terus harga jualan di website. Kebanyakan company lain, kita perlu berikan maklumat dahulu dan kemudian mereka akan hubungi kita yang mana cara ini satu cara yang kurang menyelesakan bagi semua orang.

      Selain itu, sebagai usahawan yang sebenar, perkataan mahal tidak sepatutnya muncul di benak fikiran. Modal boleh dicari.

    1. Boleh mula dengan yang kita mampu dulu. Sistem berbayar hanya pilihan, bukan wajib. Namun ia satu pelaburan yang terbaik untuk jangka masa panjang. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *