Betulkah Newbie Tidak Hebat?

Baru-baru ini, saya ada menulis satu artikel bertajuk “Aku Bukan Newbie” yang dikhaskan kepada mereka yang melabelkan diri sebagai newbie. Pada asasnya, tidak salah pun mahu menggunakan istilah tersebut sebagai memudahkan penerangan… Tetapi, sampai bila mahu berpangkat newbie?

Di dalam artikel itu, saya senaraikan lebih kurang 15 keburukan meletak diri sebagai newbie. Antaranya, diri akan terus menerus dipergunakan oleh ‘otai’ yang amat suka mengambil kesempatan. Ya, saya terkadang menggelengkan kepala melihat segolongan otai yang asyik mahu ‘membedal’ wang daripada para newbie, tidak kisah otai dari luar negara atau dalam negara…

Dari sudut minda atau psikologi, apabila kita meletak diri kita sebagai newbie, maka kita akan merasakan segala informasi adalah diperlukan. Segala jenis ebook atau produk dibeli kerana diri merasakan terlalu kerdil, amat tidak tahu dan segala macam perasaan. Inilah salah satu sebabnya, ramai yang mudah tertipu dan terus membeli dan terus membeli tanpa ada tindakan yang sepatutnya.

Dengan membuang jauh perlabelan newbie kepada diri, insyaAllah sedikit sebanyak diri kita akan dapat menapis dan menilai apa yang perlu dan apa yang tidak diperlukan. Malah tahap keyakinan diri akan meningkat naik kerana kita sedar, semua manusia adalah sama. Cuma yang berbeza hanyalah dari segi prestasi dan perhasilan sahaja.

Don’t be perfect. Just good enough.

Berbalik kepada tajuk artikel pada kali ini, benarkah seseorang newbie itu tidak hebat? Jawapannya adalah mereka amat hebat. Cuma sahaja kehebatan terpendam mereka itu tidak diasuh, tidak diasah, tidak dicungkil dan tidak dididik oleh seseorang yang mampu membimbing mereka mengeluarkan kehebatan mereka itu.

Yang ada cumalah formula-formula ajaib yang tidak berkesudahan dan juga ubat demi ubat yang sebenarnya bukanlah penawar yang tidak membantu pun ‘si pesakit’ (newbie) yang sedang tenat. Newbie terus menerus diberikan pelbagai ubat (janji manis dan pil ajaib) sehingga ‘termuntah darah hijau’.

Namun… Di sebalik situasi Internet Marketer (IM) yang mengambil kesempatan itu, ada segolongan IM yang peka dengan situasi yang tidak menyelesakan ini. Saya bukan mahu memuji atau melambung-lambung mana-mana IM yang dirasakan bagus, tetapi sekadar pendapat sahaja.

Salah seorangnya adalah saudara Zamrin yang saya ceritakan sebelum ini. Seorang yang amat merendah diri, namun penuh dengan pengalaman…

Ramai yang menyangka beliau adalah seorang newbie. Apabila di WangCyber seawal beliau menyertai forum itu, ramai yang melihat beliau adalah ‘orang sesat’ yang entah datang dari mana, atau newbie yang masih mentah.

Namun, ramai yang tidak tahu. Beliau sebenarnya adalah seorang IM underground yang melakukan perniagaan Internet sejak tahun 2004 atau 2005 lagi jika tidak silap saya. Jika orang mengatakan saya otai, sebenarnya beliau lagi otai daripada saya. Setelah saya mendedahkan beliau yang sebenar baru-baru ini, ramai yang mula bermanis-manis kata dengannya… (Sebelum itu memandang dengan sebelah mata pun tidak mahu).

Adakah beliau seorang IM sepenuh masa? TIDAK. Beliau masih bekerja dan saya tidak pasti perancangan masa depannya sama ada terus begitu, atau akan berhenti bekerja. Namun bagi saya, bekerja dan berbisnes adalah dua bidang berbeza dan boleh dilakukan tanpa membuang salah satu daripadanya.

Apakah yang beliau lakukan di dunia Internet Marketing? Terlalu banyak pengalaman beliau yang dikongsikan bersama saya dan juga saudara Rohaizad pada pertemuan yang lepas. Beliau bukan calang-calang orang. Satu perkara yang amat saya kagum adalah, beliau amat bijak orangnya di dalam melakukan sesuatu kerja. Very smart kata orang putih. Malah kata-katanya walau sebaris ayat, amat-amat ‘terkesan’ sekali.

Saya tidak mahu menceritakan lebih banyak mengenai saudara Zamrin kerana anda boleh membaca coretannya di blog beliau, Zamrin.com. InsyaAllah ada kesempatan masa, saya cuba menemubual beliau.

Jika kita perhatikan, ramai IM yang lebih kepada peribadi apabila melakukan sesuatu. Saya bukan mahu mengkritik atau mengatakan IM lain tidak bagus (saya pun tidak bagus juga…). Cuma, satu perkara yang boleh kita contohi daripada saudara Zamrin adalah, projek beliau yang baru sahaja dilancarkan iaitu GempakNewbie.com.

Projek ini disertai oleh seramai 16 orang newbie yang amat fresh di dalam dunia Internet Marketing. Malah newbie-newbie yang sudah kecewa dengan pelbagai produk, janji manis, formula ajaib, seminar dan apa sahaja, juga ada menyertai projek tersebut.

Di dalam projek tersebut, mereka dikehendaki:

  1. Menyiapkan satu laporan percuma mengenai topik yang mereka tahu. Ada yang buat ebook mengenai kereta, buat duit dengan blog, mengenai kekeluargaan, pengiklanan di radio dan banyak lagi.
  2. Mengumpul List. Dalam masa lebih kurang 72 jam sahaja projek itu dilancarkan, sebahagian besar peserta berjaya mengumpul emel hampir 300 hingga 500 orang subscribers! Dan bilangan itu semakin bertambah…

Itu sahaja matlamat projek tersebut di mana misinya adalah list building. Selebihnya seperti sistem, autoresponder, pengurusan sistem, server dan beberapa perkara lain, saudara Zamrin yang menguruskannya. Seorang menguruskan 16 orang yang rata-rata kurang pengalaman dalam Internet Marketing! Ia sesuatu yang amat hebat, malah tidak pernah dilakukan oleh mana-mana IM Malaysia (setakat yang saya tahu).

Persoalan di sini, apakah keajaiban yang telah saudara Zamrin gunakan sehingga ‘newbie-newbie’ itu mampu menyiapkan projek pertama mereka dalam bidang IM ini? Lampu ajaib? Pil ajaib? Ebook ajaib? Jawapannya TIDAK. Sebaliknya hanyalah beliau pandai educate dan membimbing para peserta projek dengan cara yang simple dan mudah difahami. Beliau tidak menggunakan sebarang formula atau janji-janji manis atau kaedah yang bersimpang siur…

Sebenarnya, perniagaan Internet atau Internet Marketing teramatlah mudah. Tetapi syaratnya, yang mahu baru mula belajar itu perlulah ada kesabaran, tekad dan kental, serta ada kemahuan yang tinggi untuk belajar secara terus menerus, termasuklah boleh ‘ditegur’ dan dinasihati.

Di dalam belajar, sikap ego perlulah dibuang jauh-jauh. Kalau sudah banyak tahu, jangan bawa ia apabila sedang belajar dengan seseorang. Inilah adab menuntut ilmu yang semakin hilang……

Salah satu kepakaran saudara Zamrin juga adalah sistem Online dan juga Server. Sekarang beliau sedang menyiapkan satu projek Online untuk satu pihak yang akan dilancarkan pada satu hari nanti (bulan Disember ini). Saya akan umumkan projek komuniti tersebut kerana saya juga ada terlibat.

Orang seperti inilah yang kita mahukan. Bukan sekadar untuk keuntungan dan perut sendiri, tetapi juga meluangkan masa untuk masyarakat. Kalaulah ada ramai orang seperti beliau, insyaAllah akan maju jaya bangsa dan umat kita ini.

Kepada saudara saudari yang melabelkan diri sebagai newbie, nilaikanlah kembali. Anda sebenarnya mungkin lebih hebat daripada para otai. Cuma, kehebatan itu perlu dicungkil dan dikeluarkan oleh seseorang pembimbing yang ikhlas dan jujur mahu melihat anda berjaya.

Seseorang mentor (pembimbing) yang ikhlas di dalam membantu orang lain adalah, apabila seseorang itu berjaya, mereka tidak akan mengungkit-ngungkit dan melambung-lambungkan diri sendiri bahawa individu itu berjaya adalah kerana kehebatannya. Saya amat tidak selesa dengan kaedah ini…

Cukuplah saudara saudari semua tertipu dengan pelbagai formula yang tidak masuk akal, tidak realistik untuk anda dan tidak sesuai untuk semua orang. Carilah mentor atau seseorang yang boleh membimbing anda dengan menunjukkan jalan yang sebenar iaitu apabila menyumbangkan ilmu, mereka langsung tidak takut rugi. Mereka berkongsi apa yang betul-betul berkesan dan dengan cara penyampaian yang sebaik mungkin.

Projek GempakNewbie itu juga memberikan beberapa pelajaran penting kepada saya, malah saya juga terkesan dan mendapat inspirasi daripada projek tersebut. Terima kasih kepada Zamrin dan tahniah kepada para peserta projek. Lupakan titik-titik hitam yang lepas dan semoga berjaya menjadi Internet Marketer yang sebenar.

Sekali lagi saya ulangi, artikel ini bukanlah ditulis untuk memuji-muji atau memuja-muja saudara Zamrin. Saya menulis mengenai beliau sekadar perkongsian sahaja dengan beberapa tujuan. Salah satunya adalah, jangan terlalu mudah melihat seseorang sebagai ‘Nothing’ (tiada apa-apa).

Kepada ‘newbie’ yang masih ragu dengan keupayaan diri sendiri, lihatlah para peserta projek itu. Jadikan mereka sebagai contoh. Soal kos, masa atau sebagainya, mereka langsung tidak beralasan. Selagi ada kemahuan, kesungguhan dan rela belajar, insyaAllah boleh berjaya.

Masuklah ke laman web GempakNewbie.com sekarang juga, dan lihat hasil-hasil kerja mereka yang dikatakan newbie mentah itu. Mungkin saudara akan berkata, “Hasil kerja mereka itu nampaknya lebih bagus (berkualiti) daripada kebanyakan IM yang lebih senior. Apa sudah jadi?”

Saya pula berkata, “Inilah salah satu permulaan kecil revolusi terbaru. Internet Marketing di Malaysia akan mula beralih ke tahap kesedaran dan praktik yang baru…”

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on “Betulkah Newbie Tidak Hebat?

  1. Projek GempakNewbie daripada saudara Zamrin telah berjaya membuka mata ramai pihak yang sering terperangkap dengan istilah newbie. Sesungguhnya istilah newbie itu hanyalah sebaris perkataan sahaja, apa yang membezakannya ialah ilmu pengetahuan dan pengalaman anda.

    Saya salute projek ini. Kesemua ebook percuma yang diberikan juga mempunyai kualiti dan citarasa yang amat menarik.

    Tahniah kepada mereka yang bekerjasama dalam projek ini. 🙂

  2. A.kum Saudara Zul,
    Pertama kali rasanya komunikasi 2 hala dgn saudara terbentuk..wlupun dah kenal blog ni mybe 2 tahun lepas..mungkin juga kerana artikel menarik terdahulu (Saya Bukan Newbie) yg memberi lampu hijau kpd saya pelajar baru menurunkan jari saya menaip di blog slh seorang jurulatih yg sudah lama dalam bidang ini..bermakna ia artikel yg berkesan utk saya….antara point lain yg menarik pd artikel tersebut bg sy ialah saranan saudara yg no.3..iaitu belajar lah drp mereka yg tk mengambil kesempatan dgn menyatakan kononnya kejayaan seseorg disbbkan mereka..(kecuali diizinkan)..so artikel ni bg sy jujur, asli, berkualiti dan kategori ‘perlu ditulis’…btw, skadar berkongsi..wlupun pun dh 2tahun sy kenal blog ni dn tk lah slalu mana msuk sini, sbb mklumlah byk blog2 lain lg nk kena baca sbg pelajar baru..namun ada satu kekuatan yang akhirnya menarik ke sini semula…knapa ye..?..sy bercadang nk ulas pasal ni kt sini..tp teringat since sy tkda blog lg, blh gak klu ulasan tu sy jadikan kick start sbg post sy dlm blog tu..blhkan gitu coach zul:)..semoga sy jumpa maklumat tepat utk membuat blog drp saudara zul di di sini..
    izinkan sy..
    t.kasih…

    1. Terima kasih saudara Olass kerana tetap melawati blog ini. Ia satu penghargaan buat diri saya dan sebagai balasannya saya cuba memberikan yang terbaik dengan menulis sesuatu yang berguna.

      Boleh sahaja saudara mahu mengulas hal itu apabila saudara sudah mempunyai blog kelak. Semoga berjaya hendaknya di dalam bidang ini.

  3. Kalau kita meletakkan diri kita sebagai “newbie”.Maka,”title” itu memang sukar untuk dibuang kerana ia adalah bersangkut paut dengan cara berfikir dalam membentuk imej kendiri.Ada juga yang meletakkan status “newbie” untuk mendapatkan ilmu secara senyap dan bergerak secara “bawah tanah”…

  4. Salam,

    Tahniah buat semua ‘newbie’ yg terlibat dalam projek GempakNewbie tu, satu projek yang sangat baik. Memang betul, ramai newbie yang tak suka dedahkan kebolehan mereka sangat, orang kata diam-diam berisi. Saya pun selalu baca dalam WC komen2 dari kononnya newbie, tapi isinya jauh lebih baik dari yang di panggil Otai tu.. Ini satu bukti mereka hanya ‘baru dikenali’ sahaja, tapi ilmu di dada mungkin dah melebihi level otai..

  5. Baru saya perasan: kalau perkataan newbie tu dipecah-pecahkan boleh jadi macam ni:

    New = Baru
    Bie (macam Bye jek) Bye = Selamat tinggal

    Saya akan menjadi orang baru, selamat tinggal kepada diriku yang lama.

    I will be new, bye bye to my former self.

    Main bantai jek… tapi macam betul. Siapa sebenarnya tahu asal perkataan newbie ni?

    Anyway, apa sebenarnya maksud newbie ni eh?

    Lagi satu – ada ke dalam dunia ni formula untuk berjaya? Berusaha, dan berubah jika gagal? Itu je kan “rahsia” kejayaan?

    Hem… semua orang buat projek komuniti, saya pun kena buat juga. Maybe panduan percuma macam mana nak buat iklan daripada A-Z?

    1. Saya setuju untuk panduan buat iklan A-Z tersebut.

      Sebenarnya kalau dirumus-rumuskan, newbie itu tidak salah digunakan. Cuma perspektif terhadapnya perlulah betul dan menguntungkan diri.

      1. Sebenarnya kalau dirumus-rumuskan, newbie itu tidak salah digunakan. Cuma perspektif terhadapnya perlulah betul dan menguntungkan diri.

        NI lah kata kunci bagi saya untuk meningkat lagi!

  6. Terima kasih atas perkongsian yang berguna ini..Ini memberi semangat kepada saya untuk mengorak langkah dalam dunia IM..

    Newbie akan tetap newbie jika mereka tidak mahu berfikir di luar kotak dan tidak mahu berfikir lebih jauh dan hanya untuk mengaut keuntungan sahaja. Orang yang berfikiran di luar kotak akan terus membina kejayaannya walaupun dirinya bermula dengan ‘newbie’. Sikap tidak putus asa dan kesungguhan ‘newbie’ juga akan melahirkan seorang ‘otai’ juga pada satu hari nanti.

    Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Ini menunjukkan yang kita juga perlu berani untuk menghadapi sebuah kegagalan. Dari kegagalan itulah datangnya sebuah kejayaan.

    1. Itulah yang saya ingin maksudkan. Jangan sampai bila-bila jadi newbie. Saya menulis berkali-kali perkara ini kerana saya telah melihat sendiri sejak bertahun-tahun lepas, begitu ramai yang masih berada di tangga yang sama bertahun-tahun lamanya. Ini semua akibat daripada mindset newbie tersebut.

      p.s. Dahulu saya bermula dengan tidak menyatakan saya seorang newbie. Saya terus menyatakan saya adalah seorang usahawan internet tanpa ada sebarang gelaran. Hasilnya boleh dilihat sekarang. Saya mampu terus ke hadapan kerana tiada kekangan mindset yang terbatas. Pelajaran di sini, jangan mulakan dengan gelaran newbie.

  7. Alhamdulillah.. Saya dah baca kesemua 16 ebook tu. Ikhlas saya katakan, hasil kerja mereka tidaklah menunjukkan bahawa mereka adalah apa yang kita labelkan sebagai ‘newbie’. Malahan hasil mereka lebih baik dari idea-idea IM yang menggelarkan dirinya ‘otai’ atau ‘expert’.

    Maaf cakap.. Kadang-kadang IM yang dah ‘apa kita labelkan otai’ sudah tepu dalam melahirkan karya yang segar dan terbaik dari ladang. Kenapa ya senario begini berlaku? Idea yang sama tapi hanya penampilan yang berbeza. Macam virus kejutan budaya, bila zaman boot cut semua orang nak cuba boot cut.. Jangan terleka mengejar untung tanpa memikirkan soal kualiti.. Ramai terlupa pentingnya khidmat selepas jualan.. Hubungan antara personal itu lah kunci kejayaan yang mampan.

    Saya salute dengan Team Gempak Newbie ni.. memang gempak.. walaupun produk mereka berikan percuma, namun khidmat lepas jualan mereka sehebat produk berbayar… Kalau tak percaya, bagi yang belum ada silalah dapatkannya sekarang.

    1. Saya amat setuju dengan saudara! 🙂

      Mereka sebenarnya HEBAT di dalam bidang mereka (niche). Mereka cuma TIDAK TAHU atau KURANG TAHU atau TIADA BIMBINGAN YANG JELAS bagaimana melakukan INTERNET MARKETING. Itu saja. Jadi sebab itu saya seringkali mempersoalkan istilah newbie itu.

      p.s. Sebenarnya, istilah Internet Marketer itu sendiri boleh dipersoalkan. Saya sedang dalam rangka draf menulis artikel berkaitan hal tersebut. Ramai yang keliru dan telah dikelirukan…….

  8. Uik.. Pelik jugak ramai tak kenal Zamrin.. Saya kenal dia dgn nama “JutaCash” masa start ebiz.. (Entah dah brapa taun dah berlalu)

    Pada pandangan saya, newbielah org yg paling hebat.. Dia punyai passion utk belajar benda baru yg lebih kuat dari org yg lama sikit dari dunia IM..

    Mereka ni ibarat “budak kecil” yg sedang belajar berjalan.. Bila terjatuh, mereka akan tersenyum & bangkit kembali tanpa jemu.. Berbeza dgn mereka yg telah lama yg dah rasa “kepahitannya” dan fobia utk terjatuh dan terjatuh lg.. 😛

    Yg penting.. “Berguru dgn org yg betul..”

    Ps; Saya dah tgok 20 org newbie yg bertukar jd “raksasa” spanjang 4 tahun ni.. Nasibla saya bkn ultraman.. haha.. 🙂

  9. Ebook2 itu ditulis oleh newbie rupanya. Bagus Zamrin bagi bimbingan cam nie. Kalau saya tahu nak gak join sama.

    Cara yang dibuat Zamrin ini bagus utk ditiru otai2 bagi membantu orang2 yg baru2 nie…

  10. Salam saudara zul..

    Saya memang respek dengan karakter saudara Zamrin sebab saya pernah duduk sebelah dia dalam satu workshop..dia seorang yang relax je..dan ada juga dia membantu saya jika saya tidak tahu sesuatu…

    Dari situ saya kenal saudara Zamrin sebab saya juga ada download cerita IM keluaran dia..

    Saya juga merupakan list beliau..dan dari banyak2 emel yang die bagi..memang jarang dia mempromosikan sesuatu produk… dia lebih berkongsi info dengan subscriber mereka..

    Bagi gelaran newbie…saya rasa memang patut kita menilai diri kita macamana…macam saudara zul cakap..gelaran newbi hanya akan buat kita merasa rendah diri dan sentiasa ingin membeli produk untuk tambah ilmu..dan akhirnya kita rasa ia tidak perlu kerana kita sudah mengetahui nya…

    Salam
    Amril Muidz

  11. salam zul..

    terima kasih atas segala idea2 bernas..akak dah aktif bisnes online genap setahun tp rs tak confident sbb gelaran newbie ni lah.. Azam tahun 2010, nurul anggun akan mula bergelar IM macam orang lain jgk lah..Doakan azam ini akan tertunai menjelang tahun baru 2010 beberapa hari je lg..

  12. Terima kasih smart Zul !

    Anda telah menyedarkan saya !
    Memang saya antara newbie2 yg menjadi mangsa “ubat2 ajaib” tu . Tindakannya tak ada,hanya beli dan beli ! Banyak masa dah terkorban .

    Antara azam baru saya ni lah , nak buang title newbie . Tapi … still remain humble . 🙂

  13. Salam sejahtera,

    Berkaitan gelaran ‘newbie’ ini, sebenarnya saya lebih suka menggunakan gelaran saya sendiri kepada ‘newbie’ atau ‘otai’ tersebut.

    newbie = junior IM
    otai = senior IM

    Bermakna, istilah junior tersebut tidak akan kekal selama-lamanya junior seperti gelaran ‘newbie’ tetapi akan menjadi senior juga suatu hari nanti.

    Kata-kata seorang sahabat Rasululluh SAW iaitu Saidina Umar Al-Khattab: “…yang tua dihormati, yang muda disayangi…” merupakan satu kata-kata yang dapat ‘meruntuhkan’ tembok yang selama ini dilihat antara ‘newbie’ dan ‘otai’ jika diikuti dengan cara yang hikmah. Insyaallah… 😉

  14. rasanya baru sekejap tadi saya mention kan saya newbie di salah satu forum..kalau status newbie tu memang btul kena pada kita saya rasa tak salah kot…sbb tak ada org pulak terus je jadi otai,tul tak?

    1. Betul, tapi dari segi tersebut dan istilah.

      Tapi yang saya maksudkan dalam artikel di atas adalah mengenai MINDSET. Ada newbie terus menerus menjadi newbie walaupun mereka telah berjaya dengan hebatnya. Sama ada pada pandangan orang lain atau dirinya sendiri yang takut untuk berganjak dari status newbie kepada status yang lebih tinggi.

  15. assalamualaikum saudara Zul
    terima kasih ya atas peringatan saudara di sini.istileh newbie itu..
    sekitar 2007,saya suka membelek blog saudara ini.cuma nak tinggal komen tak tahu nak mula kat mana.kelakar rasanya masa tu.:).waktu tu saya tiada blog lagi,dgn artikel saudara di sini membuatkan saya merasa bersemangat nak buat blog,boleh tak saya minta izin utk salin dan edit sikit artikel saudara ini?terima kasih ya

    1. Waalaikumussalam,

      Terima kasih menjadi pembaca setia blog ini.

      Boleh saja ambil artikel ini, tapi perlu letak sumber URL asalnya. Edit bagaimana ya? Cadangan saya, tidak perlu edit. Cuma sdi bawah selepas artikel, letak komen atau pendapat saudari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *