Leher Saya Kesakitan.. Ouch!

Post saya kali ni adalah unformal dan lebih kepada realiti (bunyi macam Realiti Irfan Khairi je.. 😀 ).

Semalam, saya tak dapat melakukan kerja seperti biasa akibat urat leher saya terseliuh ( betul ke ayat yang saya guna ni? ). Hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya sakit yang dialami.

Walaupun pernah mengalami sebelum ini, tapi tidak sesakit ini.. Nak baring pun tak boleh sebab walau tersalah gerak sedikit, memang sakit tu satu kepala akan merasa dan boleh bawa pitam.

Selain saya sapu minyak, termasuk krim panas yang mampu melegakan sedikit kesakitan tersebut, saya juga melakukan urutan di sekitar tempat sakit.

Namun, kesakitan semakin bertambah. Tak cukup dengan sapu minyak, saya juga tampal plaster panas yang masih ada dalam simpanan. Tak cukup dengan itu, saya juga terpaksa menelan dua biji panadol yang dikatakan mampu melegakan sakit ( dah lama tak makan benda ni! ).

Saya cuba tidur untuk meredakan kesakitan, namun tak dapat lena. Macam mana nak lena, tidur pun tak boleh gerak langsung, kaku seperti orang yang lumpuh. Lantas dalam keadaan yang tahan sakit, saya menghadap internet untuk mencari video panduan di youtube.com serta petua-petua yang sewajarnya.

Terima kasih kepada youtube.com. Saya menjumpai dua video yang amat berguna yang boleh melegakan sedikit kesakitan leher saya tersebut. Di sini, saya kongsi video tersebut dan semoga bermanfaat untuk anda.

Senaman regangan ini bukan untuk semasa sakit sahaja, malah amat sesuai untuk mereka yang bekerja terlalu lama di hadapan komputer:

Video 1:

ARVE Error: id and provider shortcodes attributes are mandatory for old shortcodes. It is recommended to switch to new shortcodes that need only url

Video 2:

ARVE Error: id and provider shortcodes attributes are mandatory for old shortcodes. It is recommended to switch to new shortcodes that need only url

Peringatan: Lakukan dengan perlahan-perlahan dan jangan terlalu over. Saya tak bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi. Ini hanya perkongsian sahaja.

Ok, itu sahaja perkongsian saya kali ini. Doakan kesakitan yang saya alami ini cepat-cepat hilang. Sikit je lagi..

———————

“Sesungguhnya kamu akan diuji terhadap hartamu dan dirimu…”. (Ali-‘Imran : 186)

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan ia berkeluh-kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat”. (Al-Ma’arij : 19-22).

Fudhail bin ‘Iyadh berkata, “Manusia selama dalam kesihatan masih tertutup, maka kalau turun cubaan akan tersingkap hakikatnya. Yang mukmin kepada imannya, dan yang munafik kepada nifaqnya”.

Semoga Allah menguatkan kita di atas jalan kesabaran dan keimanan. Sihat, sakit, senang dan susah adalah ujian keimanan.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Leher Saya Kesakitan.. Ouch!

    1. Sakit bahu kalau makin diurut, semakin sakit. Hehe.. Cukup sahaja sapu minyak sahaja dan buat sikit regangan.

      Tapi memang betul, kalau ada orang kat sebelah, boleh lah tolong apa yang patut. 😉

  1. semoga cepat sembuh Zul..saya pun ada kena sakit belakang maybe sebab lama sangat duduk kat kerusi.Nampaknya sekali sekala kena turun padang semula macam dulu la..nak kena minum anlene dah..hehe 🙂

    Kalau teruk sangat, pergi klinik je dulu Zul..benda-benda dekat leher ni bahaya sikit..

  2. Alhamdulillah kalau sumanya dah bertambah baik..
    mungkin sebab lama sangat mengadap komputer..
    tambah pulak ngan postour badan yg tak betul…tu yg kadang2 boleh kena
    radang kat bahagian leher tu…

    anyway, kesakitan merupakan bukti Allah sayang kepada hambaNYA. dia bagi kita sakit ngn harapan kita kembali ingat kepadaNYA.
    🙂

  3. Solat 2 rakaat dulu, sedekah dan istighfar .

    Nabi bersabda “Ubatilah penyakitmu dengan sedekah dan istighfar” .

    Dah ihtiar dengan amal baru pergi kepada Makhluk yang bernama ubat .

    Ubat tidak boleh memberi manfaat dan mudarat kerana manfaat dan mudarat datang dari Allah .

    (Nota diatas untuk diri saya sendiri)

    1. Thanks Adnin..

      Memang segala-galanya mesti Allah yang didahulukan. Itulah sakit yg menjadi ujian bagi kita.

      Perintah berubat datang daripada Allah di samping perintah bersabar dan berharap.

      Selagi Allah diutamakan, buatlah yg mana satu dulu, Allah tetap yang utama dan apa yg dibuat itu tetap berhubungan dengan Allah. Inilah intipati akidah yang sebenar walau dibuat tanpa turutan sebab apa2 yg kita lakukan dengan niat kerana Allah, maka itu adalah ibadat dan diberkatiNya.

      So, berubat dulu walau tak buat solat sunat atau berdoa atau amalan2 yang lain, itu tak bermakna kita lupa Allah. Sebab perintah berubat itu sendiri adalah datang terus daripada Allah dan disampaikan melalui RasulNya, serta kita lakukan semuanya diserah dan pasrah kepada Allah.

      Pendek kata, “Islam itu adalah cara hidup dan Akidah itu adalah sendinya”. Selagi niat kerana Allah, buatlah yg mana satu dahulu dengan syarat lain2 perkara terutama yg fardhu telah dilaksanakan.

      Wallahu ‘alam.

  4. Pengalaman kene penyakit terseliuh / tergeliat pada badan. Saya lakukan perkara yg sama. Letak minyak panas. Bukan melegakan tapi makin teruk. Sampai tak boleh bergerak langsung. Wife papah ke klinik berdekatan. Doktor terpaksa bagi injection. Tahan sakit. Rupanya, tak boleh letak minyak/krim panas. Coz urat2 tu makin kembang. Sepatutnya urat tu perlu dikecutkan. Caranya ialah letak ais pd tempat terseliuh atau sakit. Ini yang saya pelajari dari ahli fisioterapi (betul ke ejaan ni!) Sekadar berkongsi.

    1. Betul tu benbaz. Bukan tak boleh letak krim panas, tapi sakit lah sikit.

      Tapi saya ni jenis tahan. So letak krim panas pada mula sahaja yang sakit, tapi lama-lama legalah.

      Kalau takut sakit, guna je minyak biasa atau sejukkan dengan ais.

  5. saya rasa, sdra zul kurang senaman. tu fasal urat semuanya tegang. mungkin juga makan ketupat & lemang terlampau banyak kot! harap cepat sembuh dan jgn lupa senaman itu penting. kami semua doakan zul cepat baik dan seterusnya boleh update blog nii.. 🙂

  6. Skang nie Zul, cukup sensitif dengan kes-kes sengal di bahagian sendi sejak dengan kes Cekuhunnya, Huhuhhh. Tah betol ke tidak saya eja tu….naek terbelit lidah nak sebut. Neway, harap xdela…zul smapai tahap kena sakit. tu…Seksa woo…sape yg dah penah kena…

  7. yup. sapu je apa yg patut. kalau ada koyop. Tampalkan aje. Panas tu kekadang membantu. Tidak pun, tidur sahaja. Insya-Allah, lepas bangun. Selesa sket..

    Tapi sekarang dah ok kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *