Nasib ngeri seorang usahawan…

Berniaga sendiri adalah satu keseronokan. Tiada bos, tiada kawalan, tiada tekanan. Kita sendiri yang tentukan hala tuju dan jalan yang kita mahu tempuhi. Namun dalam keseronokan itu, terdapat risiko yang mungkin para usahawan tidak sedar, ataupun memandang remeh.

Sebelum itu, kita lihat jenis-jenis usahawan. Saya bahagikan usahawan kepada 4 kelompok:

  1. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
  2. Cukup-cukup makan. Jumlah income boleh guna untuk sebulan dua. Tak ada sangat untuk simpanan.
  3. Maju. Ada lebihan income dan simpanan yang banyak.
  4. Super maju. Ada banyak aset, hutang yang sedikit dan simpanan peribadi yang banyak.

Kita di tahap yang mana?

Jika kita berada di tahap 1 dan 2, kita mempunyai risiko yang tinggi sama ada dari segi:

  • Menampung kos rawatan
  • Tiada simpanan bulanan
  • Melangsaikan hutang
  • Duit belanja untuk waris jika berlaku kematian kita.

Salah satu cara untuk “melindungi” diri kita daripada risiko-risiko tersebut adalah dengan menyertai takaful. Para usahawan yang bertahap 1 dan 2 seperti di atas perlu merancang sebaik mungkin agar dapat menabung dalam mana-mana pakej takaful.

Elakkan memikirkan mengenai pelaburan dan sebagainya kerana ia belum tiba masanya. Perkara paling penting adalah “perlindungan” diri terhadap risiko-risiko yang saya nyatakan tadi. Usahawan yang bekerja sendiri tiada sebarang sokongan seperti EPF, SOCSO dan sebagainya. Jadi takaful adalah salah satu jalan terbaik.

Kebanyakan pakej takaful sekarang adalah berbentuk 3 dalam 1, iaitu SIMPANAN, KAD PERUBATAN & PERLINDUNGAN (saving, medical card & protection).

  • Simpanan adalah untuk hari mendatang.
  • Kad perubatan pula digunakan jika anda menginap di wad-wad hospital (terutama swasta).
  • Perlindungan pula jika anda dilanda musibah, penyakit kritikal ataupun cacat kekal.

Pada pendapat saya, usahawan yang bekerja sendiri perlu melihat takaful sebagai satu kewajipan kerana ia adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk melindungi diri daripada beberapa risiko yang ada. Dengan ada perlindungan, kita dapat melakukan perniagaan tanpa ada kerisauan terhadap diri kita, isteri, anak-anak dan ahli keluarga kerana ada pihak yang akan membantu kita di saat kita memerlukan.

 

Bagi usahawan yang bertahap maju dan super maju, juga boleh menyertai takaful kerana bayaran yang dilakukan adalah amat minima tetapi syarikat takaful akan berikan bayaran jika ada apa-apa berlaku. Memang usahawan yang berjaya banyak duit, tetapi usahawan yang bijak adalah usahawan yang akan bayar sedikit dan kemudian dapat banyak (duit dari syarikat takaful).

Klik di sini untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai takaful.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Nasib ngeri seorang usahawan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *