Nak jual apa di Internet?

Salah satu persoalan popular dalam bidang perniagaan internet adalah “nak jual apa?” Soalan ini sentiasa bermain dalam minda dan fikiran usahawan online sama ada yang baru ataupun lama.

Secara asasnya, terdapat tiga cara untuk kita menentukan barangan ataupun produk untuk dijual di Internet:

  1. Melakukan kajian pasaran (market research). Biasanya ia dilakukan dengan menggunakan perisian kajian kata kunci (keyword research). Paling kurang, kita boleh membuat kajian melalui soal selidik dan mengkaji di forum online.
  2. Menjual produk yang ramai orang jual dan ia terus menerus dijual. Ia adalah produk jenis yang sentiasa ada permintaan ataupun ‘hot’ pada masa tertentu. Apabila kita melihat ramai orang menjual sesuatu dan ramai yang membelinya, maka itu petanda produk itu mempunyai potensi untuk dijual. Tidak timbul soal persaingan di sini kerana kita perlu lakukan sesuatu yang unik, tawaran yang bebaloi dan pemasaran yang agresif untuk menarik pembeli.
  3. Inovasi. Cipta produk baru. Namun kaedah ini mempunyai risiko kerana tidak semua produk baru yang bagus bagi kita, bermaksud bagus juga bagi orang lain. Contoh produk inovasi adalah seperti iPhone dan iPad. Tidak salah mencuba kaedah ini kerana yang penting adalah pastikan dahulu produk itu ada potensi untuk terjual.

Kesimpulan

Bagi peniaga-peniaga kecil, utamakan kaedah pertama dan kedua kerana risikonya adalah rendah. Jika anda pening kepala, gunakan saja kaedah kedua kerana ia cepat dan tidak perlu lakukan kajian pasaran yang mendalam.

Untuk kaedah kedua, lihat iklan-iklan yang dilakukan sama ada iklan Adwords, banner, di Facebook, emel dan sebagainya. Jika ramai orang yang menjualnya, bermaksud ia mempunyai potensi yang besar. Kemudian, lakukan kaedah pemasaran yang lebih baik daripada pihak lain agar kita mempunyai perbezaan.

Dunia perniagaan online begitu mudah untuk dilaksanakan, termasuklah mendapatkan idea ‘nak jual apa’. Dengan hanya perlu online melalui talian Internet dan kita boleh melakukan sedikit kajian dan melihat apakah produk-produk yang sedang laris dijual. Atau, kita membuat kajian mengenai pasaran yang boleh kita terokai dengan menggunakan perisian-perisian online yang percuma ataupun yang berbayar.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah menjual produk yang ramai orang perlu dan mahu beli (ada permintaan), bukannya apa yang kita hendak jual semata-mata.

Artikel lain: Produk terbaik untuk dijual di Internet.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. dengan pelbagai tools yang ada secara online, kajian pasaran dah jadi mudah. Kadang-kadang, mungkin boleh amik yang selalunya dipasarkan secara offline dan jadikan online.

    • Saya setuju idea tuan itu. Bawa produk offline ke online. Ia juga satu cara yang mudah tanpa perlu sakit kepala buat kajian pasaran. Cari produk yang ‘hot’ di dunia offline dan jual melalui online.

  2. Pingback: Konsultasi Perniagaan Internet – 2012 | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  3. Pingback: Bagaimana memulakan perniagaan Internet untuk pemula? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  4. Pingback: 7 Rahsia BESAR Perniagaan Internet Yang Tidak Dapat Dinafikan | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  5. Pingback: Rahsia Perniagaan Internet : Formula Tetap Sama - SmartUsaha.com | SmartUsaha.com