Nak buat portal, web statik.. Hmmm, susahnya..

Ye ker susah? Kalau saya kata tak, anda percaya tak? Baca dulu artikel di bawah:

Ok, dah lama nak menulis tips berikut kat forum ni. Apa yg saya nak beritahu ialah, SISTEM BLOG WORDPRESS ADALAH SATU TOOL.

Ya, ia hanya sebagai satu alat semata-mata dan kita yang menentukan ia akan menjadi apa. Dengan blog, kita boleh:

1. Jadikan ia sebagai satu alat menyampaikan maklumat dan berkomunikasi. Maka seperti yang lain tahu, ia dipanggil blog atau weblog atau jurnal dan sebagainya.. Orang masuk, baca dan bagi komen iaitu ada interaksi antara pembaca, penulis dan pembaca sesama pembaca.

2. Kita juga boleh gunakan blog untuk buat laman web statik. Eh zul, boleh jugak ke? Tak percaya yer.. Laman web statik berakhir dengan .html bukan? Dengan wordpress, kita boleh set permalink berakhir dengan extension .html. Bila disebut statik, maka orang tak boleh nak komen.. (comment disable).

3. PORTAL. Cuba masuk ke sini: http://smartusaha.com. Ya, sebelum ini saya guna Frontpage, dan cuba nak guna template web. TAPI, kenapa nak bersusah payah design sendiri? WordPress kan ada. Dan kini saya dah guna wordpress untuk jadikan ia sebagai portal utama smartusaha.com atau mana-mana laman web-based content. Setup, customize dan guna, tak perlu bukak Frontpage dan design dari zero. Kebanyakan kerja hanya di bahagian admin sahaja.. Mudah, cepat dan senang! Tak perlu design2, tapi setup dan terus guna! Nak tukar color, imej, semuanya di bahagian admin.. Di portal, saya akan letak semua link ke web dan blog yg saya ada.

Jadi jelas, sistem wordpress adalah satu tools, dan andalah yang akan menentukan ia akan jadi apa. Ia bukan hanya untuk dijadikan blog.. Ia boleh jadi macam2..

Saya hanya senaraikan 3 bentuk sahaja yg boleh kita gunakan sistem blog wordpress.. Anda nak jadikan ia apa? Maka anda tentukan dan hasilkannya..

| Artikel di atas dipetik daripada ruang forum support bagi pembeli pakej kit blogger. Banyak lagi tips dan trik lain yang saya kongsikan di sana |

Jadi para pembaca semua, post sebelum ini saya menyatakan bahawa, blog bukan hanya untuk buat duit, malah lebih daripada itu hatta jika anda seorang tukang urut pun, anda wajib memiliki blog untuk membina kredibiliti, membina prospek, berkomunikasi dengan mereka dan menunjukkan kepakaran anda dengan penulisan atau sebagainya.

Bahkan, jika anda tukang masak nasi lemak paling sedap di Kampung Takder Nama pun, anda boleh tarik bakal pelanggan dari pelusuk dunia dengan hanya melalui blog! Ya, saya suka nasi lemak dan akan cari anda walaupun kampung anda takder nama. πŸ˜‰

Hebatnya blog bukan? Begitu malang bagi siapa yang tak ada blog sendiri, lebih-lebih blog dot com sendiri.. Ia umpama satu keperluan di zaman sekarang, orang kata, ketinggalan zaman jika takder blog. πŸ˜‰ Sorry to say yaa.. hehe..

Blog terbukti hebat, sebab sistemnya boleh ditukar kepada sebuah laman web atau sebagai sebuah portal.. Malah, sebagai laman web jualan juga.. Macam-macam.. Apa yang anda nak, ia boleh jadi!

Maka, bagaimana nak bina blog sendiri zul? Kalau tak tahu, maka kena belajar. Apa lagi kalau tak dengan Pakej Kit Blogger, satu kit yang amat lengkap untuk permulaan! Anda wajib memilikinya, jika tidak anda menyesal, kerana sudah ramai yang tersenyum lebar dan juga hari-hari tidak dapat berenggang dengan blognya! πŸ˜‰

PS. Adalah satu kepelikan dan amat merugikan jika anda seorang usahawan internet tetapi tidak memiliki blog!

PPS. Salah satu item tambahan dalam versi terbaru kit blogger adalah interview eksklusif saya bersama seorang penggiat adsense terkenal di Malaysia yang bernama ______________. Beberapa persoalan asas yang masih ramai keliru telah dijawab olehnya! Malah semalam pun semasa berbincang mengenai projek JV kami, beliau telah memberikan satu trik hebat untuk SEO yang tak ramai pandang serius. Siapa beliau? Siapa yang beli pakej kit blogger, maka interview ini menjadi milik mereka.

PPPS. Versi terbaru kit blogger juga ditambah dengan siri video yang masih panas lagi! Ya, bayar hanya untuk satu harga, anda dapat semua, pay less, get more.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Tapi apa pun saya nasihatkan kepada diri saya dan bakal usahawan lain agar menambah ilmu terutama ilmu membina laman web. Kalau dah ada ilmu senanglah idea yang terletus di akal fikiran diterjemahkan ke dalam bentuk web.

  2. Betul ape yang SmartZul katakan.. Blog satu kemestian dalam perniagaan internet ini. Lihat kepada semua pengusaha internet yang telah berjaya, masing-masing mempunyai blog sendiri. Nasihat saya untuk semua newbie yang baru nak merangka dalam perniagaan internet ini, tak perlu susah-susah untuk berjaya dalam internet ini.. Caranya tiru je ape yang orang telah berjaya buat.. Insyallah anda akan sama macam mereka πŸ™‚ .

    Untuk ijoi7007, membina laman web penting, membina blog juga tak kurang pentingnya.. laman web dan blog sukar untuk dipisahkan.. ibarat irama & lagu. Pelajari semua ilmu yang ada dan jangan fokus hanya pada satu ilmu sahaja πŸ™‚

  3. Kiranya lepas ni kalau jumpa kawan2 yang ada perniagaan sendiri tak kiralah perniagaan internet atau pun tidak jangan lupa tanya apa add blognya… Kalau dia orang kata tak ada… so, masa tu buat la mcm gaya si Sam tu “This my card…”.

    Di kad tu jangan lupa taruk alamat blog kita krn masa nilah kita dapat promote blog kita secara offline. Ayat yang bole digunakan, zaman skrg nak jadi peniaga profesional dah kena ada blog sendiri…bla.bla.bla…

  4. Ijoi, betul, ia memang diperlukan asas tersebut. Tapi apa yg saya tulis ni bermaksud, kalau kita nak cepat dan mudah.. Ia satu alternatif. πŸ™‚ Macam juga dengan tools2 lain macam nak create sales letter, XSitePro dan lain2 lagi. Ia sekadar tools untuk mempermudahkan.

    Psst, Frontpage itu sendiri adalah satu tools. πŸ˜‰

  5. emm.. memang banyak tools untuk bina website sekarang nie.. samada bina blog atau website static.. templete pun banyak pilihan.. lagi mudah kalau jual produk dengan “master resell rights”.. salespage pun dah siap πŸ™‚

    yang lebih mencabar tu bila dah masuk part promosi.. promosi, promosi, promosi… πŸ˜‰

    apa pendapat zul…

  6. Memang betul Zul dengan wordpress semuanya mudah.. Nie yang buat tak sabar2 nak tunggu ebook zul nie… bila nak keluar?? Jangan lupa saya…

  7. pengalaman saya,

    kenal saja dunia ebiz melalui blog, then baru website business.
    so, nak mudah buat saja satu blog.
    yg bestnya, kita dpt kongsi banyak idea di blog itu
    & mendapat komen terus mengenai sesuatu idea/ilmu
    seolah2 mcm kita bersidang pula.
    secara tak langsung blog kita itu fresh.
    namun menjadi tugas penting kpd
    semua blogger utk updates content
    supaya menarik ramai org utk melawat & berkongsi idea.
    betul ker ni?

  8. bukan susah nak buat web statik…
    guna je macromedia dreamweaver atau pun frontpage…
    segala-galanya di sedia kan…
    kalau tak tahu nak buat template, download je dari internet…

    han

    • kalau tak tahu kena belajar lah abdfatah…
      lama2 nanti pandai lah…
      kalau di ikutkan, buat web bukan susah sangat sangat pun…
      tak perlu pun nak ingat tag dia…
      guna je frontpage…
      mcm word je…

      han