Nak Buat Blog Pasal Ebiz Jugak Ke?

Dulu, satu tulisan saya yang amat hangat mendapat respon daripada pembaca ialah bertajuk “Jangan buat blog pasal Internet Marketing boleh tak?“. Nak kata topik tu panas, tak juga. Tapi ia mendapat respon yang amat menggalakkan daripada para pembaca.

Satu lumrah di dalam dunia ebiz atau blogging ialah mengenai topik atau niche yang mahu dipilih. Secara automatik biasanya, seseorang yang baru mahu bermula di dalam dunia ini ialah mereka pasti akan terfikirkan mengenai topik buat duit, perniagaan internet, bisnes dan wang.

Secara asasnya, ia sedikit sukar untuk anda menandingi blog-blog lain yang lebih besar dan terkenal. Sebab itulah anda amat tidak digalakkan membuat topik blog mengenai buat duit atau ebiz. Sudah banyak blog sebegitu.

Namun bagi saya, nak seribu daya. Saya amat yakin, jika seseorang itu mempunyai perancangan, strategi dan usaha yang konsisten, blog beliau boleh pergi jauh dan berjaya. Jika anda mahu sangat membuat sebuah blog yang membincangkan mengenai topik-topik tersebut, silakan. Tiada halangan bagi anda.

Pada artikel kali ini, saya senaraikan beberapa tip bagaimana anda boleh survive (berjaya dan bertahan lama) dengan menulis blog mengenai topik Internet Marketing.

1. Ada Keunikan

Jika anda meniru gaya penulisan orang lain atau paling teruk anda copy and paste artikel orang lain, jangan harap anda akan berjaya. Para pembaca akan tetap dapat ‘menghidu’ bahawa artikel di blog anda bukan yang original daripada anda. Akibatnya, reputasi anda rosak dan tidak mendapat tempat di hati pembaca.

Keunikan di sini bermaksud, keunikan perwatakan anda, cara peyampaian penulisan anda dan juga rekabentuk (design) blog anda. Dengan perbezaan ini, maka para pembaca akan meletakkan blog anda sebaris dengan blog-blog yang lain kerana blog anda tidak sama dengan blog lain. Ini penyebabnya mereka suka kepada blog anda (ada sebab untuk suka).

2. Topik Yang Spesifik

Jika anda menulis mengenai perniagaan internet secara umum, mungkin anda susah untuk mendapatkan para pembaca anda sendiri. Ini kerana, begitu banyak blog yang topiknya umum sebegitu.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah spesifikkan topik blog tersebut kepada satu atau dua topik untuk satu blog. Contohnya:

1. Copywriting

2. Traffic

3. SEO

4. PPC Marketing

5. Google Adsense

.. dan sebagainya.

Dengan menulis topik yang spesifik, terdapat beberapa kelebihan tersendiri seperti anda mudah dilihat sebagai pakar, lebih fokus di dalam kajian dan penulisan dan lebih mudah untuk memahirkan diri dengan teknik atau topik sebegitu. Dengan ini, pembaca ada sebab untuk merujuk anda kerana anda lebih fokus kepada topik tersebut.

Atau anda boleh spesifikkan skop sasaran pembaca anda. Contohnya:

1. Ebiz untuk pelajar

2. Ebiz untuk surirumah

3. Ebiz untuk pekerja (part time ebiz)

.. dan sebagainya.

Dengan melakukan sedemikian, anda tidak perlu bersusah payah berusaha untuk mengambil perhatian kesemua orang, sebaliknya anda telah mempunyai audiens yang spesifik. Malah yang istimewanya, anda mempunyai kumpulan pembaca (komuniti) anda sendiri.

Menulis topik berkaitan buat duit atau Internet Marketing bukanlah tidak boleh kerana jika kita perhatikan, ramai mereka yang sebelum ini tidak dikenali, sekarang mereka sudah terkenal kerana mereka mempunyai keunikan yang tersendiri di dalam penulisan dan peyampaian blog mereka. Mereka berjaya sebab mereka tidak tiru cara orang lain.

Ambillah sedikit masa untuk berfikir sesuatu yang lebih kreatif dan berbeza daripada biasa. Barulah orang berminat untuk mengambil tahu. Saya terfikir, adakah perkara yang kita tahu pada hari ini masih menjadi atau tidak. Tapi jawapan terbaik ialah, idea yang lebih kreatif, fresh dan terkini adalah lebih baik daripada idea yang sudah lapuk.

Semoga berjaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Nak Buat Blog Pasal Ebiz Jugak Ke?

  1. Saya dulu pun ambil masa yang agak lama dalam memikirkan blog apakah yang saya nak buat.
    Setelah berfikir dan membuat beberapa penilaian,
    akhirnya lahirlah blog pertama saya iaitu PakarHowTo.Com
    Sebuah blog yang cuba menghimpunkan segala macam jenis petua, rahsia, tips, panduan, teknik & ‘How To’ untuk rujukan bersama.
    Faktor utama saya memilih buat blog ini ialah kerana saya sangat suka membaca dan membuat koleksi info-info yang seperti itu.
    Walaupun idea blog PakarHowTo ini tidaklah se’kreatif’ mana , namun saya yakin ianya tetap ada pembacanya yang tersendiri.

    Apapun pada saya, yang paling penting ialah, kita mestilah suka/minat tentang topik/tema blog kita tu.
    Kalau tak, pasti ianya tidak akan kekal lama.

  2. Saya tak berminat buat blog tentang perniagaan internet..sebab banyak perkara yg sy tak tau. Blog pertama saya adalah berkaitan animasi. Yang tu blog free, tp bosan la nak kena selalu cari maklumat, saya minat animasi/anime tapi sukar bagi saya nak buat post pasal benda tu.

    Akhirnya wujud la blog motivasi saya dan saya telah jatuh cinta kepada blog ini. Sebenarnya saya bukan la pakar motivasi tapi saya adalah seorang yang sukakan ilmu motivasi. so, senang saya nak kongsi kerana dah ada banyak dalam kepala…huhuhuuhuu..pada saya, kalau anda rasa susah nak update blog anda, mungkin tu tanda2 awal anda mula hilang minat pada blog itu…dan akhirnya blog itu ditinggalkan begitu saja…

  3. Salam..
    Saya pun masih banyak yang perlu saya pelajari untuk bina blog sendiri.Iyalah… nak bina krebiliti bukan satu perkara yang mudah.
    Adanya orang-orang lama seperti smartzul ia sedikit sebanyak membantu newbie seperti saya.
    Teruskan usaha anda…

  4. tq zul sbb berkongsi tip mcmne nak survive mengenai blog yang bersifatkan hot ni. walaupun saya juga memilih topik yang ‘hot’ iaitu bisnes dan wang dan terpaksa bersaing dengan blog yang hebat2 tapi jika menpunyai stategi yang mantap kt boleh berjaya. cthnya airasia suatu ketika dulu tidak di pandang oleh sesiapa termasuk MAS. tapi skg airasia merupakan kuasa yg mengugat MAS. singapore airlines juga agak tergugat disebabkan tambang murahnya di serata benua asia…
    huhu..agak pangjang sket kali ni. zul x kisah kan3?

  5. Saya juga cuba utk mewujudkn blog perniagaan kerana saya begitu minat dlm perniagaan.. tujuan saya adalah untuk mengabadikan perjalanan perniagan saya samada secara online ataupun offline..namun utk menyaingi blog2 usahawan internet yang terkenal..mungkin ambil masa.. 🙂

    Anyway, betul kata zul.. kita perlukan fokus utk blog perniagaan ni utk mempunyai pembaca yang unik. InsyaAllah, saya akan cuba jadikan blog saya lain dari yang lain..

  6. Bagi saya pula..saya lagi senang menulis blog berdasarkan minat dan pengalaman saya..daripada menulis blog berkaitan dengan membuat duit..bagi saya bukan tidak boleh sekiranya ingin menulis blog berkaitan dengan membuat duit tapi sekiranya kita baru bermula kita kena ingat..yang kita itu tiada pengelaman..entah betul ke tak yang kita tu pernah buat duit melalui internet atau melihat dan mendengar saja dari orang lain..

    Masa yang paling sesuai bg saya ialah..setelah orang itu benar-benar berjaya dan membuat duit melalui internet barulah anda boleh memulakan satu lagi blog yang berkaitan dengan membuat duit,,barulah tiada orang yang akan mempertikaikan anda..betul tak Zul..?

  7. Bagi saya ok jer nak buat blog tentang perniagaan internet walaupun dia tak pernah berniaga melalui internet. Yg penting apa yang dikongsikan berasas dan betul. Dia boleh belajar dari orng yg berpengalaman kemudian tulis dalam blog sendiri. Sangat bagus untuk pembelajaran diri penulis blog itu sendiri. dengan itu dia akan menjadi semakin mantap sedikit demi sedikit…dan saya yakin, tak lama kemudian dia bakal meghasilkan idea perniagaan yg tersendiri. ‘Everyone start from zero’

    Semakin ramai org menulis blog berkaitn perniagaan internet, semakin mencabar industri ini. Dan semaikn luas persaingan mencari idea perniagaan yg berbeza-beza, di sinilah kita akan lihat perkembangan industri ini di negara kita. Ramai orang yang menulis buku2 berkaitan jutawan tetapi dia masih belum menjadi jutawan. Bagaimana pun idea yg dikongsikn dlm bukunya memang betul, bernas dan terbukti telah memberi kejayaan kepada jutawan2 sebelum ini. Dia cuma memperhaluskan taktik dan taknik itu melalui penilisannya! So, kenapa orang yang baru nak bermula itu perlu disekat dan dibandingkan dengan blog2 perniagaan internet lain yg telah menjadi pakar? Melainkan si penulis tu copy tulisan orang, buat artikel yg mengarut dan menipu diri sendiri…(ni dah panjang sangat dah ni..huhuhu)

    1. Saya amat setuju. Tiada halangan untuk kita buat sesuatu. Just do it. Kalau orang kata tak boleh, biarlah. Tu undang2 dia, bukan undang2 negara. 😀 Pastikan diri kita yg menentukan segalanya. Walaupun pendapat orang lain ada benarnya, tapi kalau ia tak salah untuk dilakukan, JUST DO IT.

  8. aku tulis blog aku bende yg aku suka dan mendatangkan faedah. kalau bende tu kita suka..mesti ada orang yg sama minat dengan kita. hehe. hasilnya, korang akan nampak sendiri..

  9. Tambahan 1 lagi, saya sngat setuju dengan tips2 yg diberikan oleh Zul dalam post ni kalau ada sesiapa nak buat blog pasal internet.

    Saya sebenarnya sudah jemu dengan lambakan blog2 perniagaan internet yang ada, jemu bukan kerana topik yang dibincangkan tapi kerana perkara sama yang tiada sentuhan atau gubahan idea baru…so, be creative!!!

    1. Yup. Sebahagian besar tulisan saya ni hasil pembacaan daripada blog dan ebook sedia ada. Cuma saya garap isi tu dgn gaya saya sendiri dan dikaitkan dengan keadaan skrg. Benda lapuk tapi kalau bagus penyampaiannya, insyaAllah orang suka.

  10. saya rasa biarkan siapa siapa yang suka buat Blog Pasal Ebiz Jugak Ke? atau apa apa yang dia suka . kalau tidak cuba tidak tahu . tapi bagi saya buat dulu baru tahu . sungguh pun sekarang ini banyak blog pasai ebiz tapi saya rasa kurang tips tau topok yang menarik yang betul betul boleh buat panduan atau betul betul boleh kita ikut.

    azk

    1. Yup, secara asasnya spt yg saya katakan, kita boleh buat apa sahaja yg kita mahu. TIADA HALANGAN. Macam orang kata ebook ebiz dah tak laku atau tepu, tapi sebenarnya ia kurang tepat sebab sesuatu ilmu akan terus berkembang. Begitu juga dgn ilmu ebiz.

      Pendek kata, buatlah apa yg anda mahu dan suka. TIADA HALANGAN dan jangan menghalang diri sendiri walaupun ada orang menghalang. 🙂

  11. (salam), salam hormat buat saudara Smartzul dan komentars..

    antara dua perkara yang disentuh, saya paling suka perkara yang pertama, mula2 nak komen pasal masalah cut, copy and paste ni..kerana masalah cut, copy and paste ni bukan saja menular kat dunia akademik (seperti mana kata para cendikiawan dan di dada2 akhbar), malah ia turut berjangkit dalam blog.

    sebenarnya, tak salah nak copy and paste cuma, kita perlu letak:

    1) tanda quote ” “, cth: kerana saya terlalu buntu nak ambil mana idea untuk menulis, saya start dengan salin ayat dari wanwma (harap wanwma sudi beri izin pada saya untuk ayat contoh ye)

    “Sebenarnya saya bukan la pakar motivasi tapi saya adalah seorang yang sukakan ilmu motivasi.” (wanwma, 2008)

    atau buat sikit footnote, [sumber: wanwma, 2008] lagi cantik kalo nak letak tahun.

    2) malah lebih cantik dan berbudi bahasa jika kita turut minta izin dari pengarang asal ayat / tulisan artikel tersebut, beserta letak”direct link” web seseorang yang dirujuk. ia dipanggil “tribute to someone”…atau kita minta izin direct pada pemilik asal.

    so kita tidak akan di kata mencedok idea orang, atau cut, copy and paste ayat orang, sebab kita dah tulis rujukan asalnya, malah kita turut mengiktiraf / beri kredit pada website tersebut.

    namun, suka saya nyatakan, cara ni memang cerewet dan majoriti digunakan dalam dunia penulisan akademik. But, this is the best way to respect and and to be respected”. malah, orang akan kata, anda seorang yang mempunyai maruah yang tinggi…!
    ———————————————————
    memang manusia ni secara fitrahnya dah unik. so dari keunikannya, maka munculla pelbagai jenis blog. ada yang jenis perniagaan, motivasi, minat,hiburan, politik malah ada yang juga blog yang menyalahi undang2 seperti curi data, cepat kaya, porno, dan sebagainya.

    jadi, atas keunikan itu, lahirlah pelbagai genre dan topik yang spesifik. seperti yang telah dihuraikan dengan baik oleh Smartzul. malah, ia tidak akan tepu, yang tepu hanyalah idea untuk publish dalam post 🙂

    apapun, setiap keunikan, ada peminatnya. jika ada peminat, maka “lakulah” ia di dunia siber. cara paling baik, tulis berdasarkan pengalaman&minat..hati yang tenang dan ikhlas, juga selalu buat latihan menulis + baca mana2 artikel / buku untuk dapat idea..dan praktik apa yang ditulis oleh buku/ artikel..itu yang selalu saya buat

    tak perlu ayat terlalu stenderd, malah otai MIM seperti Shamsuriyadi pernah kata, boleh tulih dalam bahasa pasar, asal orang paham.

    nak bina kekreatifan ni memang susah. bila tak kreatif, memang payah nak wujudkan komuniti. namun saya percaya, kalo selalu praktis, lambat laun, kita akan tau kat mane kekuatan dan kelemahan kita…

    (saya pun tengah praktis juga..praktis untuk jadi part-time blogger yang berjaya….hehehe)

  12. Nak buat, tak salah. Nak tiru, senang.
    Nak jadi unik, terpulang kepada individu.

    Mungkin sebab kita nak cepat sebab 2 kita ambil jalan mudah. Saya perhati kebanyakkan blog biz online ambil content dari blog yang lain. Saya tak terkecuali. Maklumatnya berulang2 tapi dalam olahan tulisan yang lain.

    Jadi,macam mana kita nak jadi unik?
    (tetiba terfikir content yang menarik untuk ditulis kat blog nanti ;D)

  13. Tuan Zamri nanyan juga pernah berpesan dalam blog beliau,blog yang baru nak dibina dengan nama perniagaan internet memang sukar untuk survive sebab persaingan terlalu tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *