“Nak Mula EBiz Tak Perlu Tahu Banyak Pun..”

P1 ToGoโ„ข Triple Quota sesuai untuk usahawan. Klik di sini.

Dah 3 hari kita berpuasa, kejap je kan masa berlalu? Inilah akhir zaman namanya.. ๐Ÿ˜‰

Ok, kali ni saya nak menyatakan satu ‘penyakit’ kebanyakan newbie, termasuklah saya dulu, iaitu nak mula perniagaan internet. Nak mula punyalah susah, takut, tak yakin, rasa tak cukup ilmu lagi, belum bersedia.. Macam-macam ‘alasan’..

Satu perkara yang menjadi ‘halangan’ kepada yang baru nak bermula adalah perasaan rasa tidak cukup ilmu lagi dan rasa ilmu sikit sangat. Hmm, adakah anda sama seperti apa yang saya nyatakan ini? Jika ya, satu berita gembira untuk anda adalah, “anda tak perlu tahu banyak sangat pun untuk bermula..”. Memadailah dahulu yang asas-asas yang tak advance.. Ya, inilah hakikatnya.

Kadang-kadang, jika anda membaca sesuatu tulisan mereka yang telah berjaya, mereka menulis dengan begitu teknikal sekali, orang kata tulisannya itu umpama jurus tahap 7 (tahap tertinggi) dalam persilatan. hehe.. Anda baca sekali, hmm, terus anda lemah semangat sebab apa yang beliau bicarakan amat-amat teknikal yang mana di luar kemampuan anda. Ya lah, yang asas pun tak tahu, inikan pula nak buat yang advance dan cara tahap tinggi. Sebab itulah penulisan saya, saya amat jarang menulis perkara yang agak teknikal, sebab target saya adalah mereka yang bermula dari zero atau golongan newbie. ๐Ÿ™‚

Hmm, ketahuilah saudara/i semua, untuk bermula, mulalah dengan beberapa cara mudah dahulu. Ilmu akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, jangan takut dan gusar. Saya juga sehingga kini menggunakan beberapa cara sahaja, cara yang mudah. Jangan pening-peningkan diri anda dengan cara yang begitu teknikal dan advance. Jika tidak, anda akan berputus-asa dan mula bosan.. ๐Ÿ˜‰

Kesimpulannya, mulalah langkah anda dengan beberapa yang mudah dan simple dahulu. Tingkatkan teknik dan ilmu anda sedikit demi sedikit. InsyaAllah, anda akan mendapat ‘rentak’ di dunia perniagaan dan pemasaran internet ini. Saya juga terus dan terus belajar sehingga kini. Moga kita semua sama-sama berjaya.

Jumpa lagi.

PS. Anda patut bersyukur kerana mendapat tahu peluang membuat duit di internet ini berbanding mereka yang tidak tahu langsung akan peluang ini. Maka, usahalah sebaik mungkin.. Anda boleh! InsyaAllah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on ““Nak Mula EBiz Tak Perlu Tahu Banyak Pun..”

  1. Thank you En Zul atas semangat yang diberikan.
    memang nampak macam payah sangat jer nak start cari duit di internet ni.
    anyway, lepas baca-baca website En Zul dan website-website lain spt Irfan Khairi dan Wang Cyber, makin nampak jalan tu sket…

  2. saya pun susah nak mula… tak yakin dan macam2 alasan la… sebolahnya nak buat perancangan nak join seminar saiful hisham dan nak beli buku adsense dari raja adsense…

    pun begitu masih belum mampu… banyak sangat mendonlod ebook kat internet sampai tak larat baca… kalau dah baca… tak pasti nak ikut teori sape pulak kan… orang tu cakap lain.. yang nie lain… so tu yang buat sindrom tak cukup ilmu menular… sementara saya sememangnya dah ada blog sendiri sejak 2 tahun lepas…

    so cam hal berkaitan nak buat blog bole la… tapi nak buat website masih fail lagi… so saya buat blog dan iklankan adsense aje… masih dalam perancangan nak buat beberapa blog yang mengikut topik yang tak bercampur campur…

    kalau boleh nak bertanya macam mana nak dapatkan kayword yang berharga 5sen saja… tapi saya nak dalam jumlah yang banyak… sebabnya saya dapat tips dari satu website untuk gandakan bilangan pengunjung guna keyword murah!!

  3. YERP BETUL 2..SAYA NI BARUJER NK MULA..TAK TAU LAGI DIMANA NAK LETAKKAN LANGKAH PERTAMA..ALAMAK???SAYA TAK TAU NK DOWNLOAD EBOOK LA..BOLEH BERI TUNJUK AJAR??

    1. kalo semuanya asyik duk fikir pasal takut itu ini, kita takkan dapat nak bermula sampai-bila. kita pulak hanya sekadar terkelip2 tengok orang lain buat ebiz…

  4. Ye betul tu Zul. Saya bermula pun agak payah jugak.Nasib baik pengalaman dan tunjuk ajar Zul menaikkan semangat saya semula.
    Sekarang saya bercita-cita untuk beralih ke wordpress lak. Harap saudara Zul boleh jadi Guru saya sekiranya saya mempunyai soalan yang berkaitan .

  5. Masa saya nak start buat bisnes di internet ni pun tak confident jugak.Kalau nak ikutkan skill tu ada la jugak.Tapi sebab tak yakin kot.Akhir sekali saya nekad,letak dateline & nak taknak saya mesti publish jugak sebelum dateline.Dengan cara “memberi” dateline kepada diri sendiri, akhirnya saya berjaya & sudah mendapat customer.Syukur.. saya pun banyak mendapat panduan dari blog yang memberi saya motivasi seperti blog smartusaha ini.Terima kasih sekali lagi.

    Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan usahawan internet newbie macam saya ni,teruskan dulu apa yang ada.Bila dah dapat customer nanti,semangat kita akan bertambah dan kita akan semakin meningkatkan ilmu kita.Jangan putus asa & banyak usaha.

    Salam Usahawan! ๐Ÿ™‚

  6. Terima kasih atas nasihat saudara.
    Memang benar kita merasakan kita begitu kerdil untuk memulakan langkah. Apatah lagi setelah merayap, meloncat dari satu website ke website yang membicarakan internet business, terasa kita belum lagi cukup ilmu untuk memulakannya. Namun pada saya, jalan kejayaan telah dirintis oleh mereka yang terdahulu, apa yang perlu kita buat, adalah mengekori jalan mereka itu, satu persatu. InsyaAllah kejayaan yang sama akan kita kecapi jua.

  7. Saya masa nak mula dulu saya nekad..Saya berenti keje sebagai Branch Supervisor & mulakan RajaAdsense.com. Sepanjang 6 bulan full time IM..Banyak yang saya belajar dari rakanร‚ยฒ yang lain mcm Zul,Shuth,Suffian,Alang dan ramai lagi.

    Sebelum saya mula,saya dah pun siapkan produk.Sebelum resign la.Kalo anda nak jual ebook,ia tak semestinya sudah lengkap.Ebook anda boleh update dari masa ke semasa.

    satu lagi,ebook anda boleh naikkan harga jika sudah update.Ini kelebihan produk digital.

    Saya tengah mencari idea untuk menghasilkan produk terbaru dan dalam proses nak daftarkan syarikat. Banyak keje kene buat lagi ni.

  8. ye ke zul? saya ni boleh dikatakan everyday, 2x lagi baca blog awak n blog2 yang lain.dah beli ebook raja adsense,ebook chapter-m,download malaysiapal run dah.sekarang tengah study raja adsense.harap2 bulan puasa ni semua boleh online coz saya ni blog pun belum ada,bak kata zul dulu,planning mesti ada kan?so, tengah dalam planning lah ni,hopefully bila blog dah ok boleh mintak pendapat zul.boleh ke?!

  9. Selamat berpuasa Zul,
    Banyak2 terima kaseh kerna selalu memberi nasihat dan nasihat yg berguna..Betol kata U tu memang susah nak mula niaga kat Internet ni..selalu pikirkan kena ada ilmu yg gerderbance baru boleh nak mula..rupa2nya tidak gitu..macam sayani tengah terkelip2, melopong sakan nak buat macam mana nak mula . .. tapi bila U cakap boleh asalkan ada sikit ilmu semangat tu datang semula..lagi satu u memang kuat semangat , tak mati akal utk berterusan memberi semangat kat saya: Terima Kaseh. Jumpa lagi

  10. Betul tu…terima kasih kerana sentiasa memberi semangat tanpa rasa jemu kepada “kami-kami” yang sentiasa ada bermacam istilah2 yg negatif ni… Insyallah…at least…ada jugak yang sangkut nanti…:) Terima kasih…teruskan perjuangan anda… Perjuangan anda masih belum selesai…eehh…macam pernahku dengar ayat ini…tapi dimana yaa…:)

  11. Tepat sekali kata2 Zul tu. Saya pun pd mula2 dulu mmg susah nak start tapi bila dah start, banyak sangat benda yg nak kena buat terutama nya utk org mcm saya ni ~ part-time, so masa agak terhad. Tetapi Alhamdulillah semangat tetap ada terutamanya bila baca post kat blog2 usahawan internet Malaysia ni. Nak tahu blog apa yang saya baca, sila lawati blog ni : http://www.blog.ringgithit.com.

    Thanks Zul atas segala nasihat bernas. Teruskan usaha anda! ๐Ÿ™‚

  12. Assalamualaikum semua…

    Saya masih baru dalam dunia internet dan dunia usahawan internet…

    Just do the right thing in the right way…

    Tempat2 yang jadi rujukan saya :
    1. SmartUsaha.com
    2. IrfanKhairi.com
    3. SaifulSham.com
    4. WangCyber.com
    5. MyOrioNet.com
    6. Dan lain2.

  13. Salam pada semua,
    Banyak artikel dan panduan yg baikdi laman ini – tahniah. Ramai jugak mereka2 yang bersemangat – syabas.
    Saya jugak masih terlalu baru dalam bidang ini dan baru mencuba2 & ber-eksperiment. Bagi golongan yang macam saya ni, rasanya kamiperlukan panduan yang lebih bersistematik & objektif.

    Tentu sifu2 di luar sana tak lokek ilmu untuk dikongsi.

    http://soulot.blogspot.com/

  14. Thank You Zul.. tapi kekadang rasa takut juga nak mula sebab ramai dah yang buat IM ni. Kite ni nak jual apa pun tak tahu. Moga zul dan kawan-kawan yang lain dapt beri tunjuk ajar.

  15. Tahniah Zul kerana membina blog yang memudahkan lagi newbie mempelajari Pemasaran & Perniagaan Internet!
    Saya tengok dikalangan kengkawan kita yang rajin blogging sudah terhasil tema tertentu pada topik blogging mereka, walaupun semuanya menceritakan tentang IM. Ada yang lebih menyentuh tentang asas-asas IM, ada yang more tentang platform pembinaan website, ada kepada list building, ada yang blog tentang teknik SEO, motivasi perniagaan dan sebagainya. Saya sendiri sedar yang kalo saya blogging pun lebih kepada software IM tertentu, mungkin disebabkab saya suka ‘test’ software dan diajak untuk test software orang lain…
    Yang pentingnya, kita semua tolong-menolong untuk memperkembangkan lagi IM di Malaysia…

  16. pentingnya tahu perkara asas jika nak bermula. kalo terus sahaja ke peringkat tertinggi memang patah semangat laa jawabnya. mereka yang dh berjaya memang senang cakap laa dalam masa beberapa hari aje dapat, sedangkan mereka telah lama berkecimpung dalam ebiz. itu pasal mudah aje bagi mereka… mereka baru nak mula takkan nak terus berniaga dengan sesegera mungkin pulak???

    belum merangkak sudah bersiap nak berlari???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *