Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

myDesktop | Oren | Kuning | Terapi?

smartusaha

Sila klik imej di atas untuk melihat wallpaper atau desktop pc saya. Hmm, bagi peminat wallpaper yang canggih, maaf, saya tidak tergolong di dalam orang yang sukakan wallpaper yang canggih-canggih.. hehe.. Mengapa? Banyak sebabnya. Namun, sebab paling ketara adalah, ia menggunakan memori (RAM) yang banyak serta untuk men-download wallpaper di internet, anda perlu berhati-hati kerana di sebalik wallpaper yang free, bersamanya ada spyware, adware, trojan, bahkan virus! Saya sudah terkena dan inilah yang saya selalu nasihatkan kepada pengguna komputer agar jangan terlalu ‘excited’ dengan benda-benda begini. Ya, cantik memang cantik, tapi jka telah terkena, hmm, tanggunglah sendiri.. ;)

Jika anda melihat wallpaper saya, ia hanya direkabentuk sendiri oleh saya. Dengan berlatar-belakangkan warna oren dan dengan perkataan smartusaha.com beserta slogan-nya, terbentuklah wallpaper peribadi pertama saya. hehe.. Mengapa saya memilih warna oren dan kuning? Kata Puan Sutila atau lebih mesra dipanggil Kak Su, beliau telah mengesyorkan warna oren untuk saya kerana saya ini banyak menggunakan minda dan kekadang tidur lambat.. Mengapa warna? Hmm, pernah mendengar terapi getaran warna? Jika tak pernah atau nak tahu, boleh melwat ke blog beliau di http://kekchocolate.blogspot.com. Sat, saya hanya menggunakan warna wallpaper sementara menunggu sampainya tempahan kristal (warna oren) saya dari beliau.. ;) Terima kasih kepada kaksu. Boleh tanya beliau untuk tahu lebih lanjut mengenai terapi getaran warna..

Namun perlu anda ketahui, semuanya berdasarkan kepada kajian saintifik, tiada kaitan pun dengan tahyul dan khurafat. ;)

Petikan dari blog Puan Sutila:

Tahukah anda bahawa permata dan kristal asli mempunyai getaran? Berdasarkan kajian saintifik mendapati getaran warna (colour vibration) boleh membantu dalam kesihatan tubuh manusia. Dari segi saintifik semua hidupan dan jisim di dunia ini mempunyai medan elektro-magnetic (electro-magnetic field). Semua hidupan di dunia ini wujud dalam lingkungan elektro-magnetik yang dikenali sebagai Schumann Resonance Frecuency. Kajian menunjukkan bahawa getaran getaran elektro-magnetik hidupan-hidupan Schumann Resonance Frecuency adalah 7.83 hertz . Getaran ini hanya boleh didapati dari batu permata asli kurniaan Tuhan dan bukan kaca buatan manusia. Getaran inilah yang membantu warna menyebarkan manfaatnya kepada kita. 

Facebook comments:

4 Responses to “myDesktop | Oren | Kuning | Terapi?”

  1. cikguonline says:

    Wallpaper yang menarik… teruskan usaha harap pasni ada lagi wallpaper lebih menarik lagi.

  2. ummi_nf says:

    Bagus Zul, teruskan usaha…sbb kita sebagai hardcore internet user ni memang terdedah dengan radiasi dari komputer kita tu, so dengan penggunaan kristal dan batu permata asli ni, ianya dapat membantu menyerap radiasi yang timbul tu. Ok teruskan usaha menyedarkan mereka yg mungkin tidak sedar dan tidak tahu ini semua demi kesihatan dan kesejahteraan bersama…saya sokong 300%

  3. smartzul says:

    thanks cikgu.. menarik dalam erti kata lain tak ‘menyeksa’ komputer.. hehe.. Takper, saya tak kisah wallpaper mcm mana pun. Janji desktop (harddisk) kemas dan tak berserabut dengan fail yg tak tersusun..

    haaa ummi_nf (kaksu), selama baca blog saya baru bagi komen ekk.. ;) Thanks for the info. Best!

  4. ummi_nf says:

    Wakakakakakah…dah itu yang ada kena mengena ngan kita, kita ni kan newbie so nak enterframe tu memalu sikit, Wanita Melayu Terakhir lah katakan…huehhuehhueh

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)