My Next Project!

Sekarang pukul 3.30 pagi, tak terniat pun tak nak tidur. Lagipun tadi malam saya dah tidur. Dalam pukul 1 pagi tadi saya ke kedai mamat kegemaran saya untuk minum, saja singgah selepas selesai satu kerja saya. Tak disangka, terjumpa lah kawan lama yang dah lama tak jumpa. Apa lagi, dah la kat kedai mamak, kami borak sampai pukul 3 pagi.

Dan yang lebih tak disangka, Allah punya kuasa, salah sorang kawan kepada kawan saya tu adalah pelanggan Ebook Kit Blogger saya, En. Azam dari Kulai, Johor. Dekat je dengan rumah saya. Ya Allah. Mulanya dia tak perasan saya, tapi selepas kawan saya perkenalkan, baru dia tahu yang saya adalah SmartZul.

Hakikatnya, saya ni seorang yang sempoi jer, tak pandai nak bergaya. Saya lebih kepada ‘gaya’ yang relaks dan tidak terlalu formal. Orang kata, kalau buat kerja tu ‘enjoy’ dan ‘happy’. Tidak mahu terlalu serius. Bagi saya sifat sebegini adalah fitrah manusia.

Best juga jumpa dengan En Azam tu sebab dia banyak kongsi pengalaman dia yang lepas dalam berniaga, tu yang sampai pukul 3 pagi. Kepada En Azam, insyaAllah, idea yang dikemukakan kepada saya tu satu perkara yang amat bagus, saya sokong. Nanti ada masa kita bincang lagi.

Saya tak dapat kongsikan banyak-banyak di sini apa yang kami borakkan sebab saya tulis ni pun sekadar nak merehatkan fikiran selepas sibuk beberapa hari yang lepas. Cuma apabila saya fikir kembali, kalau kita buat bisnes Online, Offline janganlah dilupa. Jangan sesekali takut untuk berhadapan dengan pelanggan-pelanggan kita kalau ada masa dan ruang untuk berjumpa. Sebab kita akan dapat lebih banyak peluang dan pengalaman di dunia offline…

Bagi saya, saya lebih suka hidup secara ‘santai’ dan kurang suka terlalu serius. Kalau orang lain bergaya, macho dan sebagainya, saya lebih suka biasa-biasa saja. Lagi-lagi bisnes online, pelanggan tak tahu pun kita berpakaian ke tak masa buat Ebiz. Hehe, gurau jer.

Kalau orang tak kenal saya dalam erti kata femes pun tak apa, janji bisnes jalan dan hidup bahagia. Kalau member ajak minum, apa salahnya sekali sekala. Riadah, rehat, jangan dilupa. Setuju? πŸ™‚ Kalau anda kata saya nak femes dan glamour, anda sudah silap sebenarnya. Ye ker Zul? Ya. Soalnya, bagaimana saya dikenali? Hal ini akan saya kongsikan nanti.

Produk Terbaru SmartUsaha?

Saya ada dua projek dalam masa terdekat ni. Tapi kat sini saya nak tulis salah satu projek saya yang dah lama mula, malah sudah dipakai pun ‘formula’nya.

Setelah bertungkus lumus menyiapkan Pakej Kit Blogger Re-born, kini saya mahu menyiapkan satu lagi projek yang juga sebuah Ebook. Ia bukan Ebook teori, tetapi lebih kepada ‘practical way’ bagaimana untuk mendapatkan hasil jualan yang lumayan + membina list dengan cara yang mudah dalam masa yang singkat.

Ebook tersebut sebenarnya sudah siap drafnya malah ‘manuskrip’ tersebut telah pun digunakan oleh seorang usahawan Internet di dalam menjual Ebooknya. Kepada beliau, psst, dok diam-diam dulu yer ________, jangan bocorkan rahsia lagi.

Sahabat kita itu telah menghasilkan pendapatan kasar dalam RM3000++ dalam masa seminggu sahaja! Wah, banyak tu. Saya sendiri pun masa mula-mula jual Ebook Kit Blogger dulu ambil masa dalam 1 bulan lebih untuk dapat RM3000++.

Sebaliknya melalui panduan tersebut dan saya bagi dia cuba, ternyata dia tidak menang tangan melayan para pembeli. Dalam masa lebih kurang seminggu dia mendapat kira-kira 100 lebih jualan Ebook!

Oh ya, yang pasti Ebook dia BUKAN pasal cara buat duit! Tapi kenapa laku yer? Haa, itu yang bestnya. Dah siap panduan saya tu, anda tahulah jawapannya. Biasanya, Ebook cara buat duitlah yang mudah laku kan? Silap, tak semestinya…

Namun sebelum saya menulis lebih panjang, biar saya buat disclaimer dulu lah. Sahabat kita tu ada daya usaha yang kuat, tahu asas teknikal (komputer, Internet) dan ada sifat mahu belajar. Kalau anda tak ada ciri tersebut, susah sikit nak berjaya. Tak kisahlah anda pakai formula apa pun, kalau malas dan tak ada daya usaha, anda susah nak berjaya. Saya hanya berikan dia panduan dan nasihat, yang buat kerja adalah dia, bukan saya.

Sahabat kita yang buat 3K tu ambil masa lebih kurang dua bulan untuk siapkan semua perkara sebelum launch produk dia. Tu pun sebab dia kerja (makan gaji) tak tentu masa (shift). Kat tempat kerja, sibuk dengan projek, balik rumah, buat Ebiz. Nasib la masih single, hehe.. Tu yang saya kata, anda perlu ada daya usaha, sabar dan tekun. Saya rasa, dia boleh dijadikan contoh untuk semua… Nanti sampai masa saya perkenalkan.

Fasa sekarang adalah untuk edit Ebook tersebut, buat Ecover dan juga laman web jualan. Siap, then launch… Saya target paling cepat Ebook ini dilancarkan dalam bulan Ogos ini juga. InsyaAllah. Lepas ni nak banyak tulis Ebook berbayar pulak. Saya tengok tak ramai yang BANYAK buat Ebook berbayar lagi. Tahta Ebook percuma pun saya dah pegang, blog Ebiz pun saya pegang juga. So kali ni nak pegang tahta Ebook berbayar pulak. hehe.. πŸ˜€

Anda jangan kata saya ‘gila duit’ sebab saya kan buat bisnes. Kedua, jangan terkejut jika saya katakan, di luar sana ada yang bertanya, “kenapa Zul bagi free jer, bila nak buat Ebook berbayar? Kami boleh bayar laa..”. Tengok, kita bagi free, dia nak bayar. So terbukti, free atau berbayar, itu bukan persoalan.

InsyaAllah, saya akan berpegang kepada prinsip ‘hands on’ (praktikal) dan based on kepada ‘results’ bagi menghasilkan apa-apa Ebook panduan. Macam Kit Blogger, saya berblog dekat setahun dahulu baru saya buat Ebook tersebut. Dan sekarang, dah terbukti panduan yang saya katakan tu terbukti, maka baru saya akan lancarkan.

Saya tak boleh cerita banyak-banyak, sebab ada beberapa perkara lagi yang perlu saya lakukan. Namun seperti yang saya katakan, panduan tersebut terbukti berkesan dan hal itu tidak ramai yang tahu atau diambil tahu. Apa yang dapat saya rumuskan adalah di dalam panduan itu akan merangkumi:

Teknik + Trik + Strategi + Promotion = $$$$ (insyaAllah 4 angka) πŸ˜‰

– Ala, dapat RM1000 pun mesti dah melompat kan?? –

Awas, panduan ini tidak menjanjikan duit cepat dalam masa beberapa minit atau sejam. Saya tak suka buat hype lebih-lebih walaupun hype tu saya akan guna juga (ala kadar jer). Hype ni kalau anda nak tahu, tak semuanya tak betul, ia perlu dalam bisnes agar orang tertarik dan mahu ambil tahu. Hype tu kalau kita sebut benda yang betul, maka ia tidak mengapa…

Baiklah kawan-kawan semua, apabila berkongsikan idea memang seronok, tapi seronok lagi apabila idea sudah mendapat hasilnya. Jika anda belum start Ebiz, satu sahaja caranya. “Buat jer”. Hal ini saya dengar dari IM lain juga seperti Sham, Bitol, SaifulSham dan juga Irwan Dahnil.

Selagi tak cuba, anda tak tahu. Selagi tak cuba, selagi itulah anda akan terus tertinggal jauh… Rasanya bab motivasi macam ni semua dah tahu dah, cuma tak praktikkan jer.

Oklah, saya nak bersiap untuk ke KL esok. πŸ™‚

Salam bahagia dan kejayaan. Take care!

– SmartZul

PS. Jika mahu blog dot com sendiri, Kit Blogger boleh membantu. Klik di sini.

[PERCUMA] Jika anda mahu menerima tips, panduan dan sebagainya terus ke emel anda, sertai Newsletter SmartUsaha.com. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “My Next Project!

  1. selalunya kita lebih menghargai produk yang berbayar dari yang percuma, buktinya hari tu encik zul bagi free produk gelombang pertama, 1 pun saya belum jamah lagi

  2. πŸ˜€

    waaa! best nyer zul, macam menarik jer ebook ‘terbaru” zul tu nanti.. πŸ˜€

    satu soalan yang selalu saya fikir tapi masih belum mendapat jawapan yang tepat..bagaimana ya nak jual ebook selain ebook cara buat duit? πŸ™„

  3. Salam Siaran Zul!

    Wah! Bestnya dapat borak2 sambil ‘ngeteh’. Jumpa pelanggan ebook plak tu. Patutlah sampai kul 3 pg…he..he..

    Abang rasalah sekarang ni dah ramai yg sedar akan nilai. Maksudnya kita xkisah klu membayar produk yg betul2 ada nilai. Iyelah kalau nk compare yg free ngan yg berbayar memanglah jauh beza.

    Baguslah kalau kita dah sedar. Ia menguntungkan kedua2 pihak sebenarnya. Baik pembeli atau penjual.. so xkisahlah membayar untuk sesuatu yang amat berguna dan membantu.. Wassalam.

  4. :mrgreen: biasanya kalo ada idea baru ni susah nak tidur..saya pun begitu..tak dapat nak tidur lansung terfikirkan idea-idea baru..

    cuma buat masa ni saya nak tumpukan dulu pada projek pertama saya iaitu komen berbayar..setakat ni, alhamdulillah sambutan tak la hangat sangat seperti blog abg..cuma sebagai blog yang baru, kehadiran blog saya tu mula mendapat tempatnya sendiri..insyaAllah usaha berterusan akan terus saya lakukan

  5. Memang betoi….Zul ni org yg sempoi jer tapi smart. Sbb tu nama dia SmartZul πŸ˜€ So, kalau saper2 ada adik ke atau anak ke rekemen la bagi, single lagi tu… Huu..huu… πŸ˜› (Sori Zul, tolong promote sikit)
    Saya dah 2 kali jumpa dgn Zul…memang byk idea sbb tu bole sembang sampai 2-3 pagi.

    Zul, rasa2 saya kenal kawan Zul tu. Tak sabar lagi nak mkn ikan bakar dia nak belanja πŸ™‚ πŸ™‚

    Apa2 pun saya menanti projek terbaru Zul tu, bole saya gunakan untuk projek saya yg akan datang.

  6. huhuhu, ebook baru. Tapi sebelum tu smartzul, nak tanye sikit. Ebook nih sesuai untuk saleletter webpage ker, ataupun untuk blog. Ataupon camaner….

  7. Asmkm Zul dan kengkawan semua. Shueqry here.

    Dalam apa jua yang kita lakukan be optimis, berani gagal dan letak tepi dulu kata-kata orang lain tu, kalau dilayan konpom tak bergerak punya.

    eBook dalam bahasa Melayu agak kurang, rasanya selepas ini lebih ramai IM akan publish ebook yang padat dengan tips dan panduan asas dalam Bahasa Melayu, eh, silap! Bahasa Malaysia.

    Moga lebih meriah suasana pasaran Internet Malaysia di masa akan datang.

    – shueqry –

  8. Rjuna, ia bergantung sebenarnya. Ada orang yg suka barang percuma dan dalam masa yg sama juga membeli. πŸ™‚

    dikmal, saya lalu je KLCC tu, tak singgah jer. Tahu kat situ ada PC Fair. Tapi kat JB nanti pun ada juga 10 Ogos ni.

    Johari, konsep mengeluarkan produk adalah melihat apa yg orang perlukan. πŸ™‚ Then, x kurang penting adalah cara kita melakukan promosi.

    Han, lambat lagi kot. Tak dapat nak janji.

    Abg EmR, saya setuju tu. Kalau beli yg bermanfaat, maka itu bukan satu pembaziran. Sebenarnya saya ni jenis kurang suka ngeteh lewat2 + ‘mengobrol’ lama2. Berborak dgn kawan dan customer tu pun sebab dah lama x jumpa dan tak disengajakan berjumpa. πŸ™‚

    Raymond, saya bukan di Kulai, saya di Skudai. Jalan Kulai tu mesti asyik sibuk (traffic jam) je kan terutama lewat petang? πŸ˜€

    Jimiey, rasanya ‘borang’ untuk tuu dah penuh. πŸ˜‰ hehe…

    Ramzy, ia untuk apa-apa sahaja jualan produk dan tak ada kaitan dgn blog.

    Betul Shueqry, banyak lagi topik Ebook yg belum diambil peluang oleh IM ni.

    Thanks all. Baru dapat balas komen2 anda semua.

  9. Sungguh teruja bila mendengar citer Zul tentang rakan anda yang dapat menjual ebook dengan banyak walaupun kerja makan gaji..
    Ini yang membuatkan darah melegak untuk melaksanakan ebook sendiri..
    AMIN…

  10. huhuhu,
    aku dh hampir setahun berblog tp satu projek pun belum ada lg… kalu info tu dah terlalu banyak… sampai fenin dan sakit kepala la dibuatnya…

    anyway tahniah buat mereka yg dh berjaya… hey raymond sy selalu gi setia indah… ada projek kat ctu πŸ™„

  11. Ada ada… πŸ™‚

    Saya ‘menyepikan’ diri sekejap. Nak bagi pembaca semua ternanti-nanti dan rindu merindui. Hehe..

    Raymond, Taman Setia Indah yer. Hmm, saya kat Taman Pulai, but before this kat Tmn U.

    Zool, itulah yg orang kata, nak seribu daya. Darilah fasa dia create Ebook tu sampailah dapat hasil, saya sentiasa mengikuti prestasi dia. Apa yg dapat saya katakan, kalau tak ada disiplin, mmg susah nak berjaya. πŸ™‚ Actually, saya sendiri pun tak sangka begitu hebat hasil yg dia dapat walhal itu adalah ebook pertamanya.

    profidz, kalau nak ikutkan idea, mmg saper2 pun ada banyak idea nak buat itu dan ini. Tu tak sentuh lagi dgn cerita2 manis pelbagai model ebiz yg lain. Kejap ebook, kejap affiliate, kejap adsense, kejap ebay… Mcm saya kata kat atas, kalau takder disiplin diri susah… Kita kena stick kepada satu satu model untuk satu satu masa. Buat sampai berjaya, baru buat yg lain.

    Saya kalau ikut hati, memang nak buat adsense, ebay and so on, lagi2 bila dengar kejayaan orang dlm model tersebut. Tapi bila difikir balik, “ah, jadi diri sendiri lah!”. πŸ˜‰

  12. Disiplin ini memang penting. Sampai sekarang, saya masih belajar untuk berdisiplin sepenuhnya lagi.

    Buat masa ini saya hanya menulis satu blog post sehari dan buat marketing melalui komen dan social networking je. Kalau ada masa tulis sedikit artikel untuk submit kat ezinearticle dan jaga beberapa adwords campaign.

    Banyak masa saya terbuang untuk mengikut perkembangan terkini forum dan lain-lain lagi.

    Zul tinggal kat Pulai mana?
    -Pulai Utama
    -Pulai Perdana
    -Pulai Indah
    -Pulai Spring Resort ?

    Hehe, macam nak buat market research untuk long-tail keyword pulak.

  13. Raymond, Pulai Pinang. hehe…

    Tak lah, Pulai Utama. Sajer je tak bagitahu nama Pulai yg penuh, nak test pengetahuan Raymond. Yer lah, kat JB ni banyak nama Pulai. πŸ˜‰ Mcm2. Skang ni tengah banyak pembangunan kawasan perumahan yg baru…

    Yup, bukan hanya Raymond, saya sendiri pun. Nak disiplinkan diri ni bukan satu kerja yg mudah sbnrnya…

  14. Makin bersemangatlah rasanya nak menghasilkan Ebook berdasarkan pengetahuan dan pengalaman … INsyaallah saya akan minta pendapat Zul kalau dah berjalan..

  15. fuhhh semakin hari semakin suka baca artikal zul tulis..memang kita ni satu kepala ler :)….2 kepala ler :)….saya dah hampir 2 tahun ceburi bidang bisness internet ni tapi tak serius sangat coz maybe tak der support member…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *