Mutiara Motivasi Untuk Blogger & Usahawan Internet

1. Tiada hanya satu definisi kejayaan. Ada orang kata, blog yang paling banyak mendapat komen, itulah blog terbaik. Dan ada yang kata, kandungan yang baik dan dibaca ramai, walau tidak mendapat banyak komen, itu juga terbaik. Jadi, mana satu yang terbaik? Saranan saya, ciptalah definisi sendiri dan berpegang kuat padanya.

2. Kejayaan itu tidak semestinya dipamerkan atau dibuktikan dengan hidup yang mewah. Ada yang pilih jalan sederhana dan ada yang pilih jalan mewah. Pilih yang mana satu. Kita, perlu menghormati pilihan orang lain seperti mana orang lain menghormati pilihan kita.

3. Kita perlu ada prinsip yang kuat. Maka, tidak perlu risaukan ‘undang-undang’ ciptaan manusia yang tidak bertanggungjawab seperti menghendaki kita melakukan itu dan ini yang tidak perlu kita ikut dan buat.

4. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi kita juga perlu tahu, kita tidak selalu dapat memuaskan hati kita sendiri. Kata kunci di sini adalah toleransi, bertolak ansur dan menghormati cara dan prinsip orang lain. Namun hakikatnya, menjaga hati diri sendiri dahulu adalah lebih penting. Mengapa? Kerana siapa lagi yang boleh memahami dan menjaga hati kita melainkan diri kita sendiri.

5. Rezeki itu turun naik. Ada masa banyak, ada masa menurun. Ini adalah ketentuanNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu redha, namun perlu tetap berusaha kuat, tidak boleh selesa dengan hasil dan keadaan semasa.

6. Komen-komen dan kritikan negatif daripada manusia yang tidak mendedahkan diri mereka sebenar dan juga disampaikan dalam bahasa yang tidak beradab, adalah komen yang tiada nilai sama ada di sisi ALLAH atau di sisi mana-mana makhluk. Ia terlalu hina untuk manusia yang berakal waras. Jadi tidak perlu sakit hati atau kecewa dengan perkara yang tiada nilai.

7. Kita sebagai blogger atau usahawan internet perlu mempunyai prinsip, cara, model perniagaan, strategi dan perancangan sendiri. Maka kita perlu berpegang teguh padanya dan dalam masa yang sama menghormati cara dan pilihan orang lain.

8. Bersahabatlah dengan mereka yang sama usaha dengan kita agar kita sentiasa bersemangat dan bermotivasi. Tidak cukup bersahabat melalui Online seperti Facebook, tetapi keluarlah berjumpa untuk saling memberi semangat di antara satu sama lain.

9. Manusia yang dengki dengan kejayaan kita sentiasa ada. Kita tidak dapat lakukan apa-apa terhadap mereka. Cuma, kita masih ada senjata yang kuat, iaitu DOA. Kita perlu terus berusaha kerana hidup kita adalah tanggungjawab kita.

10. Kritikan adalah baik. Namun jika kritikan itu terlalu menyeksa jiwa dan hati, abaikan sahaja kritikan itu. Kita boleh memilih sama ada untuk menerimanya atau tidak, memikirkannya atau tidak. Tiada salah atau betul di sini, malah tiada hukum atau undang-undang yang mewajibkan kita menerima mana-mana kritikan. Melainkan kita jelas salah di sisi Agama. Abaikan manusia yang mahu mencipta peraturan hidup untuk kita.

11. Jangan takut melakukan sesuatu. Kita tidak akan tahu hasilnya selagi kita tidak melakukannya. Jika berjaya, teruskan lagi usaha. Jika gagal, kita juga belajar sesuatu yang baik iaitu perkara yang perlu dielakkan.

12. Jangan membazir masa dan tenaga kepada perkara-perkara yang tidak produktif. Termasuklah meluangkan masa untuk berdebat dengan pengkritik-pengkritik yang hanya mahu melihat kita jatuh. Fokuskan tenaga kita kepada usaha yang sedang dilakukan. Ucapkan terima kasih kepada mereka dan kemudian abaikan mereka (tidak perlu berdebat/berdiskusi apa-apa).

13. Bercuti. Hidup perlu seimbang. Blogger dan usahawan internet biasanya melakukan kerja di hadapan komputer. Ia nampak mudah, tetapi memenatkan juga sebenarnya, terutama mata. Jadi, luangkan juga masa untuk bercuti. Paling kurang, bersiar-siar ke tempat yang menenangkan jiwa dan mata.

14. Tidak perlu pakar semua perkara. Dalam Internet Marketing atau Blogging, ada banyak teknik dan kaedah. Jadi kalau ada orang kata kita tidak pakar dalam satu-satu perkara, hakikatnya kita pandai dalam bab yang lain. Mereka juga sama. Mereka tidak tahu semua. Jadi tidak perlu gundah gulana atau kalut memikirkan kita perlu tahu semua perkara. Tip di sini: Belajar dengan mereka yang tahu dan berkongsi apa yang kita tahu.

Kesimpulan

Hidup bersandarkan definisi orang lain hanya menyeksa diri melainkan ia sesuai untuk kita. Ciptalah definisi kejayaan dan hidup kita sendiri. Yang penting, ia berlandaskan Agama dan budi pekerti seorang manusia.

Hidup, tiada hanya satu jalan. Pilihlah jalan kita, dan laluilah ia dengan penuh ketenangan. Tiada apa-apa yang perlu dikejar, ditandingi atau yang perlu dilawan. Biarlah mereka yang lain berlawanan satu sama lain. Kita tidak perlu, kerana kita tahu, apa yang kita mahu. Dan kita tahu, ke mana hala tuju dan destinasi kita.

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Mutiara Motivasi Untuk Blogger & Usahawan Internet

  1. Salam,

    Setuju dengan mutiara motivasi yang indah..kita pasti tidak dapat memuaskan hati orang lain, jadi terimalah diri seadanya. Dan lakukanlah apa yang kita suka asalkan ianya tidak mencabul undang-undang ciptaan ALLAH.

  2. saya sangat terkesan dengan point pertama. Kadang-kadang kita dah rasa kita dah buat artikel yang baik dan bermanfaat untuk semua. Tapi pembacanya masih kurang. Di sinilah kelebihan mencipta definisi sendiri..

  3. Salam en Zul,

    Lama juga sy tertunggu-tunggu artikel
    terbaru dari SmartZul, dah harini dapat
    juga membaca artikel yang sarat dengan
    motivasi dan panduan. Banyak point yg
    disentuh kali ni, tapi sy paling suka
    kenyataan bahawa kita perlu dahulukan
    hati sendiri. Bukan bermakna pentingkan
    diri, tapi pentingkan prinsip dalam usaha
    menggapai kejayaan..

    1. Maaf sebab sudah lama tidak update. Bukan tiada tajuk (banyak sebenarnya), cuma saya sengaja membiarkan post sebelum ini dilamakan sedikit untuk mendapat respon.

      Betul, tiada sesiapa yang dapat jaga hati kita melainkan kita sendiri. Hanya kita yang mampu sebab kita sahaja yang mengerti. Hati orang lain, biar mereka sendirilah yang jaga. :D

  4. Thx kerana berkongsi 14 tips ni.

    Aku suka kesemua tips2 diatas.

    Terima kasih. Pasal no.13 tu mmg setuju. Akibat terlalu mengadap laptop, keje pun ngadap laptop, main games pun ngadap laptop, rehatkan minda pun tgk laptop(layan movie), kena rehatkan mata juga.

    tp nak wat mcm mana, 1 jam tanpa laptop, x bleh hidup, mmg addict dah.

    Kesemua tips di atas akan ku jadikan sebagai pedoman dalam melayari kehidupan sosial di internet.

  5. Poin nombor 1, boleh juga saya katakan, kita perlu bersaing dengan diri kita sendiri sebenarnya. Tak perlu nak ikut-ikut cakap org atau otai lain sebenarnya. Kita set kan target kita sendiri, then cuba utk mencapainya.

    Terima buat Zul dgn kata-kata motivasi di atas. Dpt juga sy kekalkan momentum dlm usaha sy ni.

  6. Saya amat bersetuju dengan kata-kata motivasi dari saudara Zul, yang penting berpijak di bumi yang nyata dan ukur baju di badan sendiri.Itu yang saya pegang dalam menjalani kehidupan seharian.

    Mengapa perlu menunjuk-nunjuk walaupun kita mampu.Apa salahnya memberikan bantuan kepada yang memerlukan, kerana kelak bantuan yang kita beri akan kembali kepada kita di SANA.

  7. wah…bagi saya ini post yang sentimental…sejuk je baca byk2 kali boleh
    bagi motivasi yang kukuh.

    btw, boleh tahu berapa lama masa smartzul ambil utk tulis artikel macam ini?

    1. Terima kasih. Saya tulis dalam sekitar 30 minit – 1 jam.

      Menulis dalam bentuk senarai lebih mudah dan cepat sebab point-pointnya tidak bersambungan dengan yang lain.

  8. Islam adalah agama yang tidak menggalakkan tingkah laku bersaing dengan cara mengalahkan orang lain.

    Islam menggalakkan kita “berlumba-lumba” bukan “bersaing”.

    Kita menang dengan cara menolong orang-orang lain. Kita kaya dengan cara menolong orang lain menjadi kaya.

    Allah berkata, “Apabila kamu menolong saudara kamu, maka Allah akan menolong kamu.”

    Mari kita tolong orang-orang lain buat duit (sebagaimana yang dilakukan oleh Tuan SmartZul), nanti Allah akan hantar lebih banyak duit kepada kita…..

  9. Salam penuh ceria, saya mula meminati blog baru beberapa hari yang lepas. Sebelum ini saya buat network dalam Facebook.Dalam bab motivasi ini saya memang minat kerana saya sentiasa bermotivasi baik dalam kehidupan offline dan online.Melihat kepada keadaan ini saya cuba untuk berkongsi perasaan dan pemikiran bagaimana motivasi itu banyak mencorakkan hidup seseorang.Apappun saya cumalah seorang yang betul-betul baru dalam bidang yang mencabar ini…

  10. asalamuaalaikum…saya baru nak belajar internet ni….saya selalu membaca blog smartzul ni…kalau ada yg saya tak faham boleh tak cik zul tlg ajarkan…sorong papan tarik papan .buah keraji dlm perahu.suruh makan saya makan . suruh megaji saya mau…cik zul tlg ajarkan saya budak baru belajar buat duit ..d-doa.u-usaha.I-istiqamah.T- tawakal…terima kasih

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.