Muhasabah di Hari Jumaat: Berbaik Sangkalah!

Ramai orang mudah mengatakan seseorang itu ego dan sombong. Katanya,

1. “Sombongnya dia tu. Tak tegur pun aku!”

2. “Aku hantar emel tak jawab. Sombong!”

3. “Tak kata nak tolong aku promote produk aku. Ego nak mam***!”

4. “Nak wat camne, aku ni newbie. Dia otai. Siapalah aku dia nak bantu..”.

Sebelum berkata demikian, sepatutnya pernyataan begini dahulu yang didahulukan:

1. “Betul ke dia sombong? Aku tak sombong ke? Aku pun tak tegur dia, dia pun tak tegur aku. Siapa yang sombong sekarang?”.

Pelajaran: Kalau orang tak tegur kita, mengapa kita tak tegur mereka dulu? Kadang-kadang, anggapan negatif kita terlalu laju ke depan berbanding pra sangka dan tindakan yang positif. Bersangka baiklah dan jadilah orang pertama (lebih dahulu) yang berbuat kebaikan. Jangan tunggu orang buat dulu baru kita nak buat.

2. “Kenapa dia tak balas emel aku ya? Betul ke cara aku hantar emel tu?”

Pelajaran: Komunikasi yang pertama janganlah terus meminta-minta. Berkenal-kenalanlah dahulu, mulakan dengan salam dan bertanya khabar. Janganlah terlalu mementingkan kehendak diri sendiri. Maka kalau mereka tidak balas emel kita, jangan disalahkan mereka. Salahkanlah diri sendiri kerana kita menghubungi mereka semata-mata demi kepentingan tersendiri, bukan kerana mahu membina satu hubungan yang ikhlas.

3. “Kenapa dia tak bantu promote produk aku? Mesti ada sebab..”.

Sebelum kita menerima sesuatu daripada seseorang seperti bantuan dan sokongan, mengapa tidak kita berikan dahulu sesuatu kepada mereka? Orang kata, sebelum menerima, kita kenalah memberi dahulu.

4. “Kenapa newbie lain dia tolong, dan kenapa tidak aku? Mesti ada something wrong..”

Tidak kisah newbie atau otai, kalau bahasa tak jaga, tak ada sesiapa yang suka. Pertama, jaga bahasa kita sama ada perbualan atau penulisan. Kedua, tunjukkan kesungguhan. Ketiga, usaha sendiri dan jangan mahu disuap. Sesiapa sahaja akan bantu kita jika ada kesungguhan dan betul caranya.

Kita Sama, Tapi BERBEZA..

Kita semua manusia, sama… Tapi kenapa kita hidup berkelompok? Sebabnya adalah kita berbeza…

Dalam hidup ini, satu perkara ni kita perlu tahu. Lain orang, lain cara hidupnya dan lain cara fikirnya. Kita tak dapat puaskan hati semua orang dan tidak dapat berhubungan dengan semua orang. Kita tak terdaya dan tidak mampu.

Dalam perniagaan, ada kelompok yang banyak. Mereka dengan kumpulan mereka, dia dengan kumpulan dia. Saya pun tidak tahu kenapa wujudnya perkara sebegini. Jika difikirkan sekali, ia tidak wajar sama-sekali. Tapi sebenarnya, ini semua adalah kekurangan manusia itu sendiri iaitu ketidakmampuan untuk berhubungan dengan semua manusia kerana prinsip / keperluan / tujuan hidup yang berbeza.

Jadi, janganlah berburuk sangka kepada orang lain yang tidak menyertai kita kerana cara mereka adalah berbeza dengan kita. Cara mereka berfikir, cara hidup, cara berusaha dan sebagainya, amat berbeza. Kita tak mampu menarik mereka ke kelompok kita, tapi kita boleh berinteraksi dan berbaik dengan mereka. Itu sahaja.

Mana mungkin burung helang akan sama-sama terbang dengan burung pipit. Begitulah juga manusia. Mereka akan hidup di dalam satu kelompok yang mereka selesa dan sesuai dengan diri mereka. Maka janganlah dikatakan mereka sombong atau ego. Mereka ada rentak hidup mereka dan kita juga ada rentak hidup kita sendiri.

Kini jelas.. Kalau ada orang tak sertai kita, tak borak dengan kita, ketahuilah.. Mereka bukan sombong, bongkak atau ego. Mereka adalah manusia biasa yang ada had kemampuannya. Tak semua perkara boleh dilakukan. Masing-masing ada jalan sendiri.

Kita sering melihat hal ini dalam pergerakan dakwah Islam. Masing-masing mahu menarik orang lain masuk ke kelompok mereka. Ini mustahil boleh berlaku. Setiap orang ada jalan tersendiri dalam usaha dakwah. Yang penting, tujuan dan hasilnya sama walau jalan berbeza. Yang penting, tetap di atas satu akidah yang sama dan tetap di atas jalan sunnah Rasulullah.

Selagi hidup cara berkelompok ini tidak memberikan mudarat, maka biarkanlah ia begitu. Kita tidak mampu untuk mengelaknya. Jika kita helang, maka kita bukan pipit. Walau sama-sama mampu terbang, tapi ia tetap berbeza. Masing-masing ada jalan sendiri.

Berbaik sangkalah. InsyaAllah, hati akan tenang.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Muhasabah di Hari Jumaat: Berbaik Sangkalah!

  1. Salam,

    Betul tu.Kita tak boleh berburuk sangka kerana dengan adanya sikap seperti itu akan menyebabkan hati kita menjadi makin hitam dan susah untuk menerima kebaikan. Jangan kita nilai seseorang itu dari luaran dia sahaja atau dari perlakuan dia sahaja. Kita juga perlu kenal dan memahami siapakah dia dan barulah kita tahu sama ada dia seperti kita ataupun dia mempunyai sikap yang berbeza dari kita.
    Semoga kita sentiasa berbaik sangka dan sesungguhnya,tidak ada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah sahaja Yang Maha Sempurna.

    Wassalam.

  2. entri yg cantik. thanks.

    bro zul, sy nk jemput bro zul ke kenduri kahwin saya pada 7 Jun 09. Bro zul bleh klik link web kat gravatar utk plan dsb..dtg ye bro zul, tq.

  3. β€œKenapa dia tak bantu promote produk aku? Mesti ada sebab..”

    Saya setuju yang ini, saya sanggup design secara percuma minisites yang lengkap yang berharga RM100++ kepada senior2 IM untuk saya jalinkan kerjasama bermasa mereka pada masa akan datang(bocor rahsia) πŸ˜€

    Jadi, kita kena memberi dahulu barulah meminta.

  4. Benar Zul. Berbaik sangka adalah antara sifat-sifat mahmudah. Sebaliknya, mazmumah. Maka, amatlah kita sebagai orang Islam, digalakkan untuk meriahkan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan seharian. Dalam setiap apa yang kita lakukan, sebolehnya.

    Benar juga. Hidup sesiapapun tidak akan dapat sehaluan. Perbezaan dalam segenap apa pun, hakikatnya adalah rahmah daripada Allah. Dan itu adalah antara misal-misal tanda kebesaran Nya.

    Hidup ni kalau nak diikutkan satu kepala, akan tiadalah keindahannya. Saling memahami dan menghormati antara satu sama lain adalah sebaiknya. πŸ™‚

    ps. Kekadang, ada juga bertengkar dengan rakan. Bermasam muka sebentar… Lepas tu, reda balik. Ha… kan seronok tu… πŸ˜€

    – Usahawan, Zainun Mat Deris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *