Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

MotivasiUsahawan.com: “Promo Video”

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Salam ceria kepada semua pembaca blog SmartUsaha.com.

Pada hari ini saya tidak ada apa-apa yang mahu ditulis. Tetapi pada hari ini, saya ingin menjemput anda menonton video ‘teaser’ untuk projek saya yang akan datang iaitu MotivasiUsahawan.com!

Saksikan video sepanjang 49 saat berikut. Klik pada ‘button’ Play:

Lawati www.MotivasiUsahawan.com

Untuk makluman, projek ini masih di dalam proses dan ia akan dilancarkan mungkin pada awal tahun hadapan. Jadi, tunggu…!

Matlamat MotivasiUsahawan.com?

Mudah sahaja. Saya mahu menjadikannya sebagai satu ‘medium’ atau tempat untuk semua usahawan (tidak kisah bidang apa pun) untuk mendapatkan sumber motivasi dan saling berhubungan di antara satu sama lain.

Tidak kisah usahawan internet, usahawan makanan, usahawan pasar malam dan sebagainya, kita tetap seorang USAHAWAN dan keperluan asas kita lebih kurang sama sahaja (mindset, semangat, sahabat, kecekalan…). Dan salah satu ‘bahan api’ untuk kita memecut dan bergerak ke hadapan ialah MOTIVASI.

Semoga projek ini memberikan impak yang positif kepada usahawan terutama di Malaysia khususnya dan kepada sesiapa sahaja yang memahami bahasa Malaysia! :D

ps. Video di atas saya hasilkan sendiri sahaja. Jadi, kalau tak bagus jangan dikomenlah. Ada modal besar nanti, bolehlah upah orang yang buatkan. ;)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

41 Responses to “MotivasiUsahawan.com: “Promo Video””

  1. JimieRay says:

    Tahniah! Zul…Wah, belum lagi masuk tahun baru rupa2nya bakal ada projek besar yang menanti. Cayalah! :razz: Ni yang tak sabar nak tunggu ni. Memang betul…setiap usahawan dan bakal usahawan memang memerlukan motivasi sebagai ‘bahan pembakar’ untuk meneruskan perjuangan. Semuga dapat di manfaatkan oleh semua usahawan.

  2. Dik Mal says:

    Salam Zul,

    Wah bagus nya :) Tahniah.. saya pun tengah buat vid promo tuk blog Motivasi saya juga… caiyok2 Zul :)

  3. Dik Mal says:

    satu soalan je Zul, mana nak cari background music semacam itu… sendiri create ke Zul..

    • pyan says:

      . Wah ini kira lanjutan semangat semalam ni. Muzik ni macam saya pernah dengar dalam keyboard (alat muzik keyboard) saya, demo muzik. :grin: Semangat.

      • Dik Mal says:

        hmm kalau guna keyboard mmg leh buat.. cuma di rumah takde keyboard… mungkin Zul dan kawan2 ada saranan lain? pakai instrumental plak mungkin kurang berkesan.. yer la nanti org sibuk menyanyi (mcm karoke) dan hilang fokus pada presentation kite.. eh tol ke?

    • smartzul says:

      Dikmal, ada empat cara:

      1) Dikmal boleh beli musik ni di internet. Nama dia, “free royalty music”. Search je kat internet, nanti banyaklah yg keluar.

      2) Juga free royalty music, tapi kita boleh guna secara percuma. TAPI, walaupun ia free, ada syarat2nya (had penggunaan). Kalau nak lebih guna, kena bayar by license.

      3) Upah mana-mana komposer musik yg buatkan. Tapi ni ada ongkos lah kan? Lainlah kalau ada member rapat. ;)

      4) Guna musik sedia ada. Tapi, kita kena bagitahu kepada penghasil musik tersebut dan dia akan tentukan berapa bayaran yg akan dikenakan. Contoh mudah mcm sebuah filem. Musik2 yg dia guna tu dia dah minta kebenaran dgn pemilik musik tu dulu sebelum filem tu disiarkan.

      Slmt mencuba.

      • Raymond says:

        Peringatan:

        Hati-hati dengan “Free Royalty Music” sebab free royalty music tak sama dengan “copyright free music”. Cuma tak payah bayar royalty je.

        Ada banyak Royalty Free Music yang mempunyai hakcipta.

        Sekadar nasihat kepada pembaca-pembaca blog ini. Takut nanti kena saman pula. :smile:

        • smartzul says:

          Yup, betul. Saya nak buat video kat atas pun buat ‘kajian’ dulu imej, audio atau bahan yg berkaitan agar tak bertentangan dgn hakcipta dan sebagainya.

  4. Encik Dlie says:

    Saya baru jer bercadang nak buat video promo untul blog saya… ini dah kira cantik… bolehlah tambahkan ilmu dan naikkan semangat untuk terus di dalam perniagaan internet dan bidang lain… :-)

    p/s : ini kesinambungan semalam ker zul?

    • smartzul says:

      Actually, nama domain MotivasiUsahawan.com dibeli pada Mei 2007 lagi. Nak kata kesinambungan semalam tak juga, sebab yg semalam tu ‘on the spot’ punya tulisan. :) Apapun, video ni ada kaitanlah juga kan dgn yg semalam.

      Takperlah berkait atau tak, yg penting, MOTIVASI. :D

  5. KA'AB says:

    Tahniah & syabas Zul, di atas projek terbaru ini. Semoga usaha ini banyak memberi manfaat kepada orang ramai…

  6. starline says:

    Lepas ni saya tak punyai masalah lagi nak cari “bahan api” untuk terus bekarya.Dah ada tempat nak cari semangat.Bila dah siap motivasi Usahawan tu bolehla tukar pendapat,pandangan bernas untuk bantu sesama-sendiri.

    Bagus Zul.Satu platform untuk komuniti usahawan.

  7. smartzul says:

    Actually video di atas dibuat dalam 1 malam jer. :D

  8. Norfazli says:

    Ni buat saya bersemangat ni…dengar muzik pun dah buat semangat berkobar-kobar.

    Tak sabar nak tengok video abg zul. :smile:

    Lepas ni abg zul buat kaset dan vcd motivasi perniagaan internet pulak…buat dalam bahasa malaysia dan english.

    ::Norfazli::

  9. sham says:

    Nampaknya Zul akan fokus pada niche “motivasi” pada tahun depan.. saya pulak akan fokus kepada “pengiklanan” pada tahun depan..sebab tu dok test je ni..:)

  10. Raymond says:

    Projek Zul ni mengingatkan saya tentang Patric Chan yang baru-baru ini juga masuk ke dalam niche motivasi selain internet marketing. :razz:

  11. shueqry says:

    Salam Zul,

    bagi saya ini satu perkembangan yang sangat bagus!

    Bersemangat saya baca post kali ni. Well, kini dah ada Motivasi Kejayaan dari DikMal, Motivasi Belajar dari Osman Affan dan terbaru Motivasi Usahawan dari Zul.

    Arena baru industri motivasi Malaysia dah semakin nampak.

    Syabas :)

    -Shueqry-

  12. kuasadua says:

    Wahhh..ni yang best ada tempat nak menaikkan semangat. .Saya sokong kewujudan web ni. InsyaAllah jadi tempat pembakar semangat kepada semua usahawan…

  13. Han says:

    slmt mlm zul,
    dua hari tak masuk blog zul ni…
    hari ni tgk dah ada projek baru zul…
    bagus tu…boleh juga kita bermotivasi bersama2…

    han

  14. Hamid says:

    Zul,

    beli domain baru ke? mcm mana ngan smartusaha ni? adakah masih diteruskan.

    Zul, boleh bagi tahu kat mana nak beli domain dan hosting yang murah tapi berkualiti :mrgreen:

    • smartzul says:

      Skrg domain paling murah di NetKL.com = RM29.95

      Tapi kalau beli mana2 pakej hosting dia dan bayar tahunan, domain akan free setiap tahun. Perlu renew hosting shj.

      NetKL.com adalah salah satu company yg bagus servicenya.

      Lain2, sempoihosting.com dan ecommercermastery.com. Rasanya semua orang dah tahu kredibiliti company2 ni.

      • randavi says:

        Domain tu dah cukup murah. bab hosting nih, sebenarnya saya memerlukan hosting yang besar. nak tanya sikit bro zul, klu nak simpan data 1 juta orang, berapa kapasiti hosting yang diperlukan?

        • Raymond says:

          Bergantunglah kepada saiz data bagi satu orang.

          Selain data bagi satu juta orang. Saya rasa anda juga perlukan ruang hosting bagi website, audio, video, gambar … dll. (Bergantung kepada model bisnes anda)

          Kena ambil kira itu juga. :smile:

        • smartzul says:

          Kalau setakat data (mcm nak ambil nama, emel, no tel), tak banyak pun ruang yg diperlukan. Tapi dari sudut yg lain mcm Raymond cakap, kalau web kita tu ada banyak grafik dan video dan dilawati 1 juta orang, pastikan cukup bandwitdhnya.

          Saya tak pastilah randivi nak buat projek mcm mana tu. Kalau setakat kita sendiri yg masukkan data, bandwitdh tak menjadi persoalan. Hanya perlukan ruang yg cukup je.

          Beli sahaja dulu apa yg kita rasa cukup. Tapi once kita rasa perlu tambah ruang, just upgrade pakej hosting tu. No problem. :)

  15. smartzul says:

    SmartUsaha.com tetap wujud. Projek baru adalah projek baru..

  16. Hamid says:

    Maka kasih :mrgreen:

    Zul cuba chek servis kat sini ok tak ehost2u.info

  17. Setria says:

    Memang tepat pada masanya Zul tubuhkan laman web tersebut kerana musuh seorang usahawan adalah motivasi, terutama kepada bidang Internet Marketing kerana kerjanya di hadapan komputer dan jarang berjumpa dengan orang -orang yang boleh charge kita punya motivasi.

    hanya dengan mengunjungi halaman web motivasi seperti ini dapat recharge kita punya motivasi. Dan sebenarnya motivasi ini jugalah musuh saya:)

    • smartzul says:

      Yup, motivasi ni memang penting. Kalau kita yg tak motivasikan diri sendiri, orang lain boleh tolong motivasikan. :) Inilah salah satu tujuan komuniti motivasiusahawan.com, saling memotivasikan antara satu sama lain.

  18. haris says:

    Agak2 nya bentuk macmana yer projek Zul kali ni?
    Semoga dirahmatiNYA…

  19. kuasadua says:

    Nak tanya sket pd smartzul, motivasi usahawan tu dlm bentuk blog jugak ke atau web biasa?

    • smartzul says:

      Blog sudah semestinya. :) Apa yg dirancang, forum juga akan disediakan. Tapi step by step lah. Tak buat sekaligus. Kena ada strategi. :D

      Apa yg pasti, projek ni pasti akan memberikan satu sinar dan ruang baru kepada usahawan2 semua. ;)

  20. Banyak gak ye program Zul …
    Tak sibuk ke??
    Walau pepun tahniah coz berjaya hasilkan 1 lagi laman web yang saya yakin mampu memberikan impak yang besar kepada usahawan macam saya dan rakan2 IM yang lain…

    • smartzul says:

      Saya nak buang perkataan SIBUK dalam kamus hidup saya. Hehe..

      Apa yg ada ialah, banyak kerja sahaja, bukan sibuk. :D

      Banyak juga projek dalam senarai ni Syed. Mana yg boleh dipromokan dulu, just promo dulu lah (teaser). Dah siap, kita launch.

      Skrg ni pun tgh siapkan 2,3 projek lain + projek JV. Banyak kerja, tapi tak sibuk. :D

      *Mcm manalah tu yer banyak kerja tapi tak sibuk? :razz:

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)