Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Sekali melangkah, jangan toleh ke belakang lagi..

22 07 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Kalau anda mengaku keturunan Melayu yang gah pada masa dulu, dengan Mat Kilau, Hang Tuah, Tok Janggut, anda tidak wajar berputus asa.. hehe… Relaks relaks, intro jer ni..

Apa yang saya nak tulis ni, ada la juga kaitan dengan pendekar-pendekar kita tu. Bak kata saifulsham, usahawan internet juga perlu ada sifat seperti pendekar melayu. ;) Sila rujuk tulisan dia di blog saifulsham.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah, kekadang kita berasa lemah dan hendak menghentikan apa yang kita sedang lakukan. Ini perkara lumrah dan bukan suatu yang pelik. Umpama bateri yang sudah kehabisan tenaga, kita kena caj balik. Persoalannya, bagaimana untuk mengembalikan motivasi dan semangat kita? Saya akan senaraikan apa yang boleh kita lakukan dan anda para pembaca berikan cadangan sesuatu yang boleh diamalkan.

1. Kena yakin pada diri sendiri

Jika anda tidak yakin dengan diri anda, orang lain juga tidak akan yakin dengan anda. Kekadang, kita tidak tahu di manakah tahap keupayaan dan kebolehan kita sehingga kita mencuba sesuatu perkara itu. Maka, anda perlu yakin dan percaya pada diri sendiri di dalam melakukan sesuatu dan barulah anda tahu bahawa anda memang berbakat dan berkebolehan.

2. Berkawan dengan mereka yang bermotivasi tinggi

Tidak ada cara lain melainkan anda sentiasa berdampingan dengan orang yang sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan diri. Kawan-kawan sebegini bukan hanya dapat memberi kita nasihat, semangat, malah usaha dan matlamat kita lebih mudah dilakukan kerana jika mereka mengkritik pun, mereka mengkritik dengan ‘positif’. Bukan kritikan membunuh.

3. Membaca buku-buku motivasi atau mendengar ceramah / rakaman audio

Cara ini memang berkesan. Dengan penyampaian motivator yang bersemangat, kita juga mula bersemangat di samping dapat mendengar tips dan petua motivasi untuk kehidupan seharian.

4. Yang ke-3 ini sepatutnya DIUTAMAKAN. :)

Dekatkan diri anda dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini yang biasanya dilupai.. Walaupun telah dilakukan cara lain dan hati masih tidak tenang dan tidak bersemangat, mungkin anda terlupa melakukan cara ke-3 ini. ;) Kerana, segala-galanya datang dariNya. Semangat anda, motivasi, rezeki, keceriaan, gembira, mudah, senang, semuanya ditentukan olehNya. Maka, dekatkanlah diri denganNya melalui amal-amal sunat seperti solat malam, membaca al-Qur’an, berzikir, sentiasa dalam keadaan berwudhu’ dan lain-lain lagi. Amalan fardhu sudah semestinya. ;) Inilah kegiatan ritual kita yang begitu berkesan sekali jika kena caranya.

Anda pula bagaimana? Ada tips untuk dikongsi bersama? Catatkan di ruangan komen. ;)

‘Iklan’ kali ini:

Bersama kita mencari rezeki yang berkat di internet. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Senarai Artikel: Hakikat Sebenar Perniagaan Internet?
  • Saya Bercuti..
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!
  • Mesej Terpendek : Just Do It & Focus
  • Cabaran Usahawan Internet Sepenuh Masa
  • Kejap Itu Kejap Ini?
  • Perniagaan Internet: Wajib Miliki Produk Sendiri
  • Saya Bercuti 1 hingga 2 Minggu
  • Saya Dulu Pun Macam Dia, Tapi Anda Tak Perlu Sama Macam Kami..
  • Perniagaan Internet | Usahawan Internet | SOHO

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    8 Comments »

    Comment by azwan
    2006-07-23 01:29:17

    rasa cam dah penah bincang pasal motivasi kat wangcyber. hehe. xper tu kat wangcyber ni kat blog smartusaha lak.

    cam komen saya kat sana.. jika nak motivasi, cuba kasi motivasi kat org. insyaAllah motivasi akan meningkat :) sbb tu motivator sentiasa motivated…

    give n you get

     
    Comment by smartzul
    2006-07-23 04:39:26

    Azwan, mcm mana kita nak bagi motivasi kat orang lain kalau kita dalam keadaan tidak bermotivasi? :p

     
    Comment by Labanon
    2006-07-23 17:03:23

    Satu lagi bro smartzul… BELAJAR DARI KESILAPAN :P

     
    Comment by ro.botys.com
    2006-07-24 11:39:33

    Betul cakap bor azwan:

    jika nak motivasi, cuba kasi motivasi kat org.

    Saya dah try, memang menjadi :)

    and Labanon, setelah belajar dari kesilapan> JGN ulang kesilapan itu! Sia-sia jer belajar dari kesilapan kalau camtuh :)

     
    Comment by Noorizam Shah
    2006-07-24 12:51:00

    2. Berkawan dengan mereka yang bermotivasi tinggi

     
    Comment by matzfaindotcom
    2006-07-24 16:13:55

    Mcm seperti 1 lagu yg bunyi liriknya mcm ni

    “Skali Ku melangkah, Biarlah Kuteruskan Perjalanan Ini Walaupun Sendirian.. ”

    “Walaupun Terluka Aku Tetapkan Melangkah Ke hadapan”

    Sbbnya Jln Mesti Ke depan n bknnya ke blakang..

    PS : Jiwangnya.. He he

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-04 09:21:42

    Yeaa… jangan toleh ke belakang lagi selagi hayat masih ada. teruskan berusaha sehingga jaya. bertekuk lutut melantun kembali…

    ceramah motivasi dah tentu kena dengar selalu untuk membrikan kita semangat dalam menruskan kehidupan ini. dengar kaset motivasik okeh juga tiap2 pagi sehingga larut malam bagi menggerakkan mind kita agar terus teremosi dengan motivasi…

     
    Comment by Han
    2007-10-04 09:29:31

    pernah tengok iklan petronas…
    jalan mesti ke depan…
    ayat tu power tu…
    sangat bermakna…

    cuba hayati betul2 ayat tu…
    boleh buat kita bermotivasi…

    mcm DR irfan, dia selalu baca buku motivasi…
    kalau kita jadi mcm dia kan bagus tu…
    kalau boleh pergilah ceramah motivasi, boleh tingkatkan lagi motivasi kita…

    han

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: