Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Kalau Tak Usaha dan Belajar, Memanglah Susah…

3 09 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Mesti ada yang tertanya-tanya, “Eh, Zul tak menulis ke hari ni?”.

Sabtu dan Ahad, saya bercuti. Bercuti untuk perniagaan saya. Setelah dua tahun SmartUsaha.com diwujudkan, saya perlu menyemak kembali apakah yang telah dilakukan dan apakah hasilnya.

Kemudian, saya akan short list-kan apa yang tidak perlu lagi dilakukan dan apa yang wajib saya lakukan selepas ini. Pendek kata, saya perlu merancang dan menganalisis untuk terus mengembangkan perniagaan yang dilakukan…

Oklah, untuk mengubati anda yang mahu membaca tulisan saya, ini dia satu artikel yang pendek yang baru sahaja saya tulis… Semoga bermanfaat.

Tajuk: Kalau Tak Usaha dan Belajar, Memanglah Susah

Apabila dikatakan binalah perniagaan Internet, ia lumayan!

Maka ada yang mengatakan, ia tak semudah disangka…

Apabila dikatakan, buatlah duit dengan blog, sudah ramai yang berjaya.

Maka ada yang akan kata, ingat mudah ke…

Itulah suara-suara negatif yang berakhir setakat itu sahaja. Ia bermula dengan perkataan susah dan berakhir dengan perkataan susah juga.

Itulah mentaliti yang kurang faham dengan penerangan dan ajakan kita kepada perkara yang boleh memberikan pendapatan di Internet. Memanglah sesuatu itu susah, tidak mudah dan banyak perkara yang perlu dibuat.

Mereka yang bermentaliti beginilah yang bermasalah di dalam usaha mereka. Itu susah, ini payah, itu tak pandai, ini tak tahu, itu mustahil… Sebaliknya, mereka tidak berkata atau bertanya kepada diri sendiri,

“Kalau benda ni susah, apa yang perlu aku buat untuk tidak jadi susah?”.

“Ya, aku tahu buat duit dengan blog ni susah, ambil masa, tapi aku kenalah usaha dan faham ia akan mengambil masa…”.

“Ia memang susah, tapi aku suka melihat sesuatu yang lebih positif. Dari perkataan, ayat, mentaliti dan usaha. Aku tidak mahu menjadikan susah sebagai alasan”.

Tidak ramai yang berfikiran begitu bukan? Malah, ramai yang salah anggap apabila kita menulis mengenai wang, duit dan bisnes, maka mereka anggap kita membelakangkan soal bagaimana melakukannya dan tidak faham soal realitinya.

“Diaorang ni cakap income ribu-ribu, padahal tak semudah itu…”.

Realitinya, kita menyatakan sebuah kisah yang benar untuk dijadikan motivasi dan teladan. Kemudian, kita berusahalah untuk mencapai sesuatu hasil bagi diri kita sendiri.

Apakah cara untuk mengatasi kesusahan atau ketidaktahuan?

Tak lain dan tak bukan, kenalah belajar dan kuat usaha. ‘Formula’ ini digunapakai oleh orang dahulu kala lagi dan tak akan lapuk sampai bila-bila. Siapa rajin, dia dapat hasil yang bagus. Siapa tak kuat usaha, sikitlah hasilnya. Inilah ‘hukum alam’ sampai bila-bila.

Tamat cerita dan masalah.

Fikir-fikirkan…

ps. Ya, selain daripada belajar dan kuat usaha, ada lagi faktor-faktor lain.

pps. Jika Dr. Irfan nak lancar sesuatu esok, saya juga akan umumkan sesuatu untuk anda.. Tunggu esok!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Google KidSanse!
  • Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa
  • Sekali melangkah, jangan toleh ke belakang lagi..
  • Saya Mahu Jadi Usahawan Jutawan!
  • KARUT: Kuasa Minda Adalah KARUT
  • Merdekakan Diri Anda…
  • MotivasiUsahawan.com: “Promo Video”
  • Motivasi Usahawan - Apa Pendapat Anda?
  • Usahawan Internet : Klik-Klik, Tekan-Tekan..
  • Menjadi Jutawan Senyap | Berjumpa Dengan Jutawan!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    16 Comments »

    Comment by aj
    2007-09-03 21:25:27

    Memang betul tu Zul, kalau nak ilmu kenalah belajar. Kalau nak ilmu dengan lebih mendalam lagi, kenalah berusaha lebih. Orang kata sakit-sakit dulu, senang-senang kemudian. lebih kuat usaha kita maka lebih banyak lah ilmu kita perolehi.

     
    Comment by azizmansor
    2007-09-03 22:21:56

    Teringat saya pada kata2 Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Beliau pesan supaya kita ubah kata2 ini, “bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah” kepada “senang nak senang, dan susah nak susah”.
    Betul jugak tu rasanya, boleh ubah persepsi minda kita dan ubah “mind set” supaya ia masuk ke dalam minda bawah sedar kita…

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-09-03 23:30:31

    memang betul tu zul,
    kalau tak belajar manalah boleh jadi pandai…
    kita mesti try & error…kalau tidak tak ade apa yang ita dapat…
    sebelum berjaya, mesti ada banyak halangan…
    yang pasti malaysia boleh!!

    han

     
    Comment by emzek Subscribed to comments via email
    2007-09-04 01:05:56

    assalamualikum,

    saya sokong zul. semua perkara atas dunia ni kita kena berusaha untuk mendapatkannya. dan sekiranya kita tak mengetahui tentang sesuatu perkara tu kita kena belajar samada secara formal ataupun tidak. bukan semua kejayaan datang secara bergolek. ia datang dengan usaha dan kemahuan.

     
    Comment by Afzai Afandi
    2007-09-04 01:35:34

    2 perkara yang membezakan kita pada masa akan datang “the people u meet and the books u read”

    kalau manusia yg senantiasa berfikiran negatif, tinggalkan dan buktikan bahawa negatif boleh menjadi positif denagn berusaha :)

     
    Comment by zool Subscribed to comments via email
    2007-09-04 10:15:32

    Betul tu Zul..
    usaha penting dan motivasi cuma pemangkin untuk kita menuju ke arah kejayaan..
    Walaupun perjalanan masih jauh namun usaha mesti diteruskan tanpa berhenti..

     
    Comment by naem
    2007-09-04 10:15:35

    saya cuma nak menambah skit abg zul..kalo setakat usaha dan belajarnya baru sebulan, mana mungkin sama dengan usaha dan belajar 2 tahun kan?

    tambah satu lagi iaitu sabar dan tekun..

    tak gitu? :mrgreen:

     
    Comment by Helmi Hakim Subscribed to comments via email
    2007-09-04 10:52:37

    hahaha…Memang ternanti nanti post dari Zul… :)

    Memang lumrah manusia, kalau mereka suka mengunkapkan perkataan negatif sahaja pada diri mereka.

    Kita boleh menukar perspektif kita dengan menggunakan konsep “reframing”.

    “Aku tak boleh” boleh bertukar menjadi “Aku BELUM boleh”

    “Aku gemuk” boleh bertukar menjadi “Muscle aku belum keluar”

    “Aku lambat” boleh bertukar menjadi “Aku memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara ini”

    “Susah!” boleh bertukar menjadi “Challenging!”

    Setelah memperolehi minda yang betul, barulah senang untuk belajar dan kuat usaha. :)

     
    Comment by hanapi Subscribed to comments via email
    2007-09-04 10:53:57

    Yup.. sokong anda. Kebanyankkan mereka ni ingat nek senang je… ingat nak cepat je.. sebab tu skim pelaburan internet tuh ramai yang sertai walaupun tak tahu asal-usul laman web tu. last2 lingkup.
    Mereka ni tak pikir ke, kalau nak buka perniagaan sebenar pun perlu banyak kerja, setup kedai, apply lesen, cari pekerja, renovate kedai, beli perabut dan bermacam2 lagi kerja kena buat. Ini bukan saja memerlukan masa yang lama malah duit berkepuk2 keluar. Tapi kalu nak bukak bisness internet kan ke lebih mudah. Tak perlu buat semua tu, cuma sediakan produk, buat laman web dan lakukan pemasaran. :smile:

     
    Comment by tazamfn Subscribed to comments via email
    2007-09-04 13:31:40

    Yup kengkadang ramai yang suka kata susah tanpa mencuba. cuba dan perbaiki insyallah boleh jangan cepat give up atau mengaku kalah sebelum berjuang…ho ho besok ada produl baru dari Zul yek

     
    Comment by PioneerTeamDotNet Subscribed to comments via email
    2007-09-04 14:42:24

    betul-betul

    berjuang juga perlu guna senjata dan perisai…susah kalau main tangan kosong…

     
    Comment by BestCompProtection Subscribed to comments via email
    2007-09-05 23:43:09

    Yup2… sokong2…. nak berjaya ni kene byk usaha n xputus asa.. kite kene amik contoh org cina, dlm diri diorg nak berjaya kene keje kuat, xde jln pintas… dulu cikgu cina sy selalu pesan, “kalu org lain hnya perlu 1jam stdy untuk paham, tp diri kite 10jam, then kite kene gak buat 10 jam!” janji jgn give up n keje kuat, baru ble dpt result bagus

     
    Comment by Amer
    2007-10-02 13:04:02

    Sokong juga. Kita hendak merasa makan gaji pun memerlukan sekurang-kurangnya 16 tahun belajar dan berusaha bermula dari Tadika, Sek Rendah, Sek Men sehinggalah ke Universiti. Bukan lahir-lahir terus dapat merasa makan gaji ;-P

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-04 10:07:05

    hehe…
    betul tu amer…
    bukan lahir terus dapat makan gaji…
    kena belajar dulu…
    kalau dulu tak masuk tadika, mungkin tak tahu baca A B C pun..hehe..

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-04 09:47:59

    anda akan susah smpai bila-bila kalo tak belajar apatah lagi kalo tak usaha untuk berjaya. kalo nak mulakan ebiz dah tentunya kena belajar selok belok perniagaan tersebut dengan mereka yang pakar.

    kalo tanya cikgu kat sekolah pasal ebiz … ada yang tahu dn ada yang tak tahu… kalo tanya citer panduan rajaadsense kpa orang kampung lagi banyak tergeleng laa apa kebenda laa raja adsense tuuu…?

    belajar dan terus berusaha belajar untuk maju.. jika ia tidak semudah yng disangka, kalo dah belajar akan terkeluarlah perkataan… oh mudahnya…

    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-04 10:10:04

    hah…
    belajar! terus belajar!
    tak belajar mana boleh pandai…

    nak buat ebiz pun kena belajar dari bawah…
    saya dulu belajr dr 0…
    email pun tak tahu…
    apatah lagi ebiz…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: