Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Pendapatan Sedikit? Mungkin Ini Menenangkan Anda…

30 07 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Di sebelah pagi hari ni, saya tak ada apa-apa tips, motivasi, berita atau apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan Internet. Cuma mungkin di kala kesibukan kita mencari rezeki, kita terlalai seketika daripada jalan yang lurus. Walaupun harta itu penting, tapi jangan dilupa akan soal keberkatan…

Jangan di kala hati yang memburu kekayaan dan membina empayar perniagaan, soal yang wajib-wajib kita tinggalkan.

Semua orang mahukan pendapatan berpuluh-puluh ribu, apatah lagi melihat orang lain yang mempunyai pendapatan sebegitu.

Betulkah gaji RM3000 tidak cukup di zaman sekarang?

Betulkah pendapatan RM5,000 bagi seorang usahawan adalah sedikit?

Sebenarnya saya tak ambil kisah persoalan tersebut, sebab saya ada jalan dan tujuan hidup tersendiri (prinsip).

Bagi saya, persoalan di atas ada betul dan ada salah, bukan hanya satu. Ia bergantung kepada keadaan dan seseorang. Tiada hanya satu rumusan atau ketetapan. Kalau pendapatan anda RM2000 sebulan, kenapa perlu ambil kisah pendapatan orang lain yang lebih dari itu? Jadilah diri sendiri jika ia sudah memadai bagi anda.

Apa yang diperolehi sekarang, redha dan syukurlah. Kalau dapat lebih, itu rezeki yang melimpah namanya.

Baiklah, untuk memendekkan cerita, apa kata kita baca tulisan berikut yang mungkin bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Klik pada link di bawah. Semoga hati kita tenang setenang-tenangnya… InsyaAllah.

Harta Berkat Vs Harta Laknat

PS. InsyaAllah, saya berharap saya dapat melancarkan Kit Blogger versi terbaru esok (selasa). Halangan demi halangan mendatang yang membuatkan ia tertangguh berminggu-minggu. :) InsyaAllah…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Pelaburan SCK Internet HARAM! - Fatwa Rasmi
  • Buat Duit: Antara Kepentingan Diri dan Etika Kemanusiaan
  • Pelaburan ‘HARAM’..
  • Kenapa Orang Kita Susah Nak Maju?
  • Pelaburan Internet Sudah Sampai Ke Hujung Tanduk?
  • Cerita Kayu Api dan Ebook
  • Ke Batu Pahat + Kubur..
  • Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?
  • Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
  • Tentukan Bidang Anda dan Fokus 100%

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    15 Comments »

    Comment by Helmi Hakim
    2007-07-30 10:36:31

    Memang betul tu… Dalam apa jua urusan, keberkatan amatlah penting!

    Keberkatan hasil dari mendapat rezeki dari sumber yang halal, hasil dari amal jariah yang kita sering usahakan, dan juga sebagai IM, hasil dari pengongsian ikhlas maklumat yang berguna di Internet.

    Lebih lebih lagi, maklumat tersebut dapat dimanfaatkan dan digunakan untuk kebaikkan orang ramai.

    Keberkatan yang diterima oleh pengasalnya berlimpah ruah, tak putus putus rezeki mencurah kepadanya dan beliau akan merasakan ketenangan hati yang amat sangat. :P

    Amin…

     
    Comment by Raymond
    2007-07-30 10:56:49

    Kalau membujang RM 3000 tu memang cukup dengan syarat berbelanja secara sederhana.

    Tapi kalau ada keluarga. RM3000 ni, kenalah ikat perut sikit. Sebab tu lah, kerja part-time dah jadi tradisi masyarakat zaman kini.

    Betul juga, sambil kita mengejar kemewahan, jangan pulak lupakan diri serta peranan kita dalam masyarakat. Terima kasih atas peringatan ini. :grin:

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 15:09:55

    mengejar kemewahan biarlah berpada-pada, lebih mewah lagi sekiranya dibelanjakan ke arah kebaikan dan kebajikan untuk mereka yang memerlukan bantuan secukup rasa…

     
     
    Comment by hanrz
    2007-07-30 12:34:40

    slmt pagi zul,
    kalau RM3000 memang mewah bagi orang terengganu seperti saya yang bujang ni…tp bukan mudah nak dapatkan RM3000 tu…apatah lagi RM5000…

    yang perlu kita ingat, apabila kita kejarkan kemewahan, jangan sampai lupa dunia pula…sampai pergi rompak bank… :grin:

    han

     
    Comment by profidz
    2007-07-30 12:36:39

    sememangnya ada kebenaran ttg apa yg diperkatakan, bersyukur dgn limpah kurniaanNya…

    apa yg penting, tepuk dada dan tanya iman kemana arah tuju kehidupan kita… dunia? akhirat? atau kedua-duanya? pilih sahaja… dah jgn aiman sebab dia tak kisah :)

     
    Comment by jebon
    2007-07-30 18:12:24

    what u give…u get back….
    cam tu ngan duit..kalu dari punca yang kotor..maka yang kita makan tu kotorlah..

     
    Comment by mata-it
    2007-07-30 18:30:42

    Orang yang sentiasa bersyukur seadanya akan sentiasa rasa hartanya cukup.

    …dan ditambah lagi dengan keberkatan yang datang dari cara yang halal.

     
    Comment by titan
    2007-07-30 22:09:22

    Ehm.. :mrgreen:

    Kalau bujang. Seribu pun cukup. Duduk je rumah mak abah. Rasanya takde hal la..

    Tapi klu dah kawin ada anak bini. RM3 ribu. Lum tentu cukup. Tengok style hidupla. RM3 ribu sebenarnya besar. Tapi klu style idup mengalahkan Pak Menteri. bukan RM3 ribu je tak cukup. Silap ari bulan 3 juta pun tak memadai..

     
    Comment by shueqry
    2007-07-30 23:45:11

    bagi saya, terlebih dahulu walau sebesar mana income kita,kena bersyukur dan berterima kasih atas rezeki yang dikurniakan pada kita.

    Selepas tu, bergantung pada matlamat kewangan masing-masing, sama ada mahu tambah lagi atau maintain dengan yang sedia ada.

    - Shueqry -

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 11:37:04

    dengan untung yang kecik itu , kita boleh mulakan pelaburan dan menambahbaikan mana yang patut untuk kemajuan masa depan. sentiasalah bersyukur walau berapa banyak yang anda dapat. lagi banyak anda dapat lagi banyak anda perlu bersyukur… biar di mana jua anda berada… bersyukurlah…

     
     
    Comment by Abu Jarir & Ummu Aisyah
    2007-08-01 22:11:40

    Khas untuk semua IMs di Malaysia, saya sedang kumpul maklumat dan panduan berkenaan dengan zakat perniagaan bagi bagi perniagaan yang di jalankan di internet. Insyaallah panduan itu akan saya edarkan dalam bentuk pdf untuk dikongsi bersama.
    Kami baru berjinak-jinak dalam dunia ebiz. Panduan zakat perniagaan tersebut adalah sebagai persediaan sebelum memulakan langkah dalam dunia e biz.

     
    Comment by smartzul
    2007-08-02 05:35:35

    Abu Jarir, satu usaha yang baik. :)

    Jangan lupa kongsikan dengan kami nanti.

    Terima kasih.

     
    Comment by 2ndcybernet
    2007-08-10 01:17:51

    biar sedikit dahulu lama jadi bukit…..itulah berkat kesabaran……

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 11:35:04

    bermula dengan untung sedikit, barulah bleh rasa untung yang banyak..

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-03 06:55:25

    sekiranya gaji rm3,000 sebulan? berapa banyak boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara? apatah lagi dapat gaji hanya untuk membayar hutang.

    gaji sedikit atau gaji banyak bergantung kepda kebijakan kita menguruskannya. kalo sedikit buat cara sedikit… banyak buat cara banyak. namun ia tidak lari dari konsep terleka dan terlalai dengan sengaja lantaran mengejar duit yang banyak semata-mata…

    kalo banyak duit tiada ketenangan apa sudahnya hidup kita ini. duit banyak tidak bleh membayar untuk sebuah ketenangan yang sebenar…

    hanya dengan keberkatan yang hakiki…

    sekian terima kasih… :grin:

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: