Motivasi Usahawan: Teruskan perjuangan!

Terpanggil pula untuk menulis entri sebegini… Semasa saya sedang menyiapkan kerja, tiba-tiba terkeluar satu paparan yang menyatakan hard disk laptop saya rosak dan semua file akan hilang. Ia betul-betul membuatkan dada saya sesak. Ini benar-benar akan menguji tahap motivasi keusahawanan dalam diri saya.

Dalam fikiran saya terus mula terbayang, habislah semua hasil kerja selama ini. Habislah file-file ebook (format Word) saya. Habislah segalanya. Ini kerana, kebanyakan kerja saya menggunakan laptop.

Fikiran saya mula pergi lebih jauh bahawa saya perlu bermula sekali lagi, betul-betul dari awal. Oh, tidak….

Namun kerana saya ada sedikit asas komputer dan pengalaman troubleshoot komputer, maka saya tidak mahu membuat kesimpulan yang terlalu awal. Lagi-lagi paparan tadi ada sedikit keraguan, nampak seperti ‘palsu’ (fake). Hasil pemeriksaan, rupa-rupanya ia bukan paparan oleh Windows yang saya gunakan, sebaliknya ia adalah “spyware”!

Spyware adalah adik-beradik virus, tetapi tidaklah sehebat virus. Tugasnya hanya mahu mengintip apakah website yang kita layari dan lain-lain maklumat, kemudian barulah mereka mulakan operasi seperti yang saya alami.

Walaupun tidak sehebat virus, namun ia telah menyebabkan sistem Windows di dalam laptop saya ini sedikit terganggu. Beberapa file sistem hilang, beberapa setting telah di’reset’ dan yang paling menyakitkan hati adalah semua bookmark di Google Chrome saya hilang. Bookmark yang saya simpan itu adalah untuk rujukan penulisan saya.

Namun, semuanya ada hikmah. Malah, saya tetap memegang prinsip-prinsip kejayaan seperti tidak memikirkan masalah, teruskan perjuangan dan terus berusaha (bekerja). Memikirkan masalah dan mengeluh sama sekali tidak membantu.

Sedikit tip yang ingin saya kongsikan di sini mengenai hal di atas:

  • Elakkan memasuki website yang tidak perlu dan mencurigakan. Ia amat berisiko kerana biasanya website sebegitu adalah sumber virus, spyware, adware dan sebagainya.
  • Jangan install perisian yang tidak perlu dan yang hanya memberatkan operasi komputer/laptop. Utamakan ‘kesihatan’ laptop seperti mana kita menjaga kesihatan badan kita.
  • Buat ‘backup’ file-file penting yang ada di dalam laptop.
  • Pasang perisian antivirus seperti AVG, Avast dan Kapersky. Pasang satu sahaja.
  • Pasang perisian Anti Spyware seperti Spybot. Ia dapat mengesan spyware yang ada dalam komputer dan membuangnya.
  • Jika teruji dengan situasi yang mencemaskan, atau sesuatu kejadian yang menguji kesabaran kita, usahakan untuk tidak marah-marah, cemas, mengeluh dan sebagainya, walau apa pun yang terjadi. Teruskan perjuangan!

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Motivasi Usahawan: Teruskan perjuangan!

  1. 2+perkara+saya+dapat+dari+entri+ini;
    1.+Komputer+adalah+\’nyawa\’+bagi+usahawan+Internet.+Jadia+ia+perlu+dijaga+dengan+sebaik-baik+cara.+Komputer+hilang+boleh+diganti,+Bila+isinya+hilang?+
    2.+Kejadian+yang+menimpa+boleh+mendatangkan+idea+untuk+menulis.+Inilah+perkara+yang+saya+perlu+belajar+untuk+mahir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *