Tip Cepat Berjaya: Jangan Letak Banyak Syarat!

Salah satu punca seseorang itu terlalu lambat untuk meraih kejayaan atau mencapai matlamat adalah kerana terlalu banyak meletakkan syarat.

Contohnya ialah seperti perlu bergaya, perlu sertai seminar di hotel 5 bintang (tak layan program di hotel kelas rendah), modal bisnes perlu besar, wajib ada kereta sendiri, mahal dan baru, perlu ada komputer baru dan macam-macam lagi.

Pendek kata, segenap perkara perlu lengkap, tak ada sedikit kekurangan, baru dan berjenama.

Kalau perniagaan offline, penyakit letak banyak syarat ni ialah seperti perlu ada ruang pejabat yang besar, selesa, perabot yang baru, set komputer yang baru, staf yang ramai dan serba serbi perlu baru dan dibeli.

Ini ada dinyatakan oleh Chef Li dalam buku kelimanya (kalau tak silap), di mana beliau respon kepada seorang peserta seminarnya semasa menaiki lif. Sindir peserta itu, “Kenapa buat seminar kat hotel murah macam ni?”. Lantas jawab Chef Li, “Jangan letak banyak syarat sangat untuk capai kejayaan”. Terus senyap peserta tersebut.

Pendek kata, kalau anda mahu cepat raih kejayaan, atau paling kurang pun berjalan di atas jalan kejayaan, bermulalah dengan apa yang ada.

Jika anda ada komputer buruk tapi masih boleh digunakan untuk menaip dan mengakses Internet, maka gunalah. Saya pernah menyatakan yang saya selama ini hanya menggunakan sebuah komputer yang hampir 8 tahun usianya. Komputer itu banyak berjasa kepada saya di dalam perniagaan yang saya bina.

Kini, saya sudah boleh sedikit berpuas hati kerana bukan satu, malah dua buah komputer yang saya miliki. Satu untuk kerja di SoHo dan satu lagi sebuah laptop. Yang seronoknya, kesemua barangan kelengkapan yang saya beli adalah secara tunai dengan hasil berdikit-dikit selama ini.

Kesemua hasil yang saya terima sekarang adalah bermula dengan apa yang saya mampu ketika itu iaitu sebuah komputer usang dan tanpa talian Internet sendiri.

Bagi perniagaan Offline pula, bermulalah dari rumah. Anda dapat jimatkan banyak kos daripada membeli ruang premis anda sendiri. Bila dah maju dan cukup modal, beralihlah ke premis perniagaan sendiri.

Saya ada seorang kenalan yang mana katanya beliau melakukan bisnes frozen food hanya dari rumah. Keluarganya melakukannya dari rumah sejak beliau kecil lagi sehinggalah sekarang. Sekarang bisnes sudah maju dan mereka akan beralih ke premis sendiri nanti.

Anda pula bagaimana? Idea sudah ada, modal sudah ada, alat sudah ada dan ilmu pun sudah ada. Mula sahaja belum. Adakah anda meletakkan terlalu banyak syarat untuk bermula?

Lupakan semua syarat-syarat itu yang mana ia adalah penghalang anda untuk melangkah dengan senang ke arah kejayaan. Syarat-syarat itu bukanlah satu kewajipan malah sampai satu tahap, ia adalah PENGHALANG.

Ingat pesan orang dulu-dulu, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” dan “bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Atau kata orang putih, “start small, finish big”. Percayalah, formula sebegini akan tetap menjadi sampai bila-bila sejak dulu kala lagi.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Tip Cepat Berjaya: Jangan Letak Banyak Syarat!

  1. Salam zul dan selamat pagi…

    Ya, saya setuju dengan pandangan zul tu. 100% saya setuju. Saya pun ramai kawan yang ingin segalanya sempurna untuk memulakan sesuatu.

    Mereka takut untuk bemula kalau tak lengkap. Jenuh juga saya cakap pada dia, mulakan dengan apa yang ada. Dalam dunia sekarang ni, takde benda yang sempurna.

    Kawan saya di kampung ramai yang berniaga hanya dengan apa yang dia ada. Saya pernah ikut dia berniaga, kami hanya berlapikkan tikar yang buruk je untuk berniaga. Tapi sekarang, alhamduliah, dia dah berjaya.

    Dah ada kereta sendiri, lori dan 2-3 orang pekerja. Kalau bisnes online pun sama. Saya start mulakan freelance, hanya menggunakan komputer lama. Pentium 3!! RAM hanya 34!! Hohohoo..bayangkan macam mana buat kerja. Tapi, itu saja yang saya ada. Terpaksa jugalah gunakan.

    Dari hasil freelance tersebut, dapatlah saya beli komputer baru setahun lepas. Bayangkan kalau saya atau kawan saya tu tak bermula? Kami takkan mampu seperti sekarang.

  2. Kadang-kadang sesetengah syarat itu mereka letakkan mungkin hanya sebagai reason untuk ‘menangguh’

    Kadang-kadang bila dah dapat syarat2 tu, masih tak start jugak…fikir fikirkan…

  3. sedpa sunguh baca artikel ini…satu jer i perasaan dengan sikap orang kita termasuk saya…”kalau nak buat bisness,kena ada modal”..padahal tiada modal pun boleh buat bisness…betul tak zul?

  4. Ya betul! Saya sangat setuju dengan pendapat Zul. Tak perlu segalanya ‘serba baru’ untuk memulakan langkah pertama dalam bisnes online mahupun offline. Saya hanya gunakan desktop saya yang ‘buruk’ je untuk bisnes saya, dan sekarang dalam perancangan untuk beli laptop.

    Produk pertama yang saya beli adalah ebook ‘Panduan Mudah FTP’ Zul yang banyak mengajar saya tentang asas internet dan memulakan bisnes online saya. Selepas itu saya kumpul duit bagi mendapatkan produk lain yang boleh membantu saya dalam bisnes.

    Jangan suka bertangguh melakukan sesuatu perkara dan meletakkan banyak syarat. Gunakan dahulu apa yang ada, yang lain tu dapatkan satu per satu mengikut keperluan.

  5. “Start small, finish big” satu quote yang memang sesuai sgt untuk kita aplikasikan untuk berjaya dalam apa-apa bidang pun. Kalau belajar dulu pun, mula dengan ABC dulu, even mula-mula kita nak jalan pun kena merangkak dulu. Saya bersetuju dengan pandangan Shuk, dimana ramai yang gunakan alasan banyak syarat untuk memulakan sesuatu usaha. Semoga kita tidak dimasukan dalam golongan ini. InsyAllah.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  6. Setuju betul dengan pendapat ini. Saya pun melakukan aktiviti perniagaan internet dengan komputer cyber cafe jer…

    Komputer saya tak de talian internet. Buat dulu kerja-kerja dengan komputer saya dirumah pastu save ke pendrive pasang kat komputer cyber dan uploadkan dan siap.

    Tapi leceh lah sikit.

  7. asmid…

    Saya pun sama macam awak dulu. Masa saya buat servis iklan, saya guna CC dan kalau malam terdesak, saya pergi ke ofis kawan dan pinjam ‘seat’ dia jap untuk aktifkn iklan customer πŸ™‚

    Memang susah mula2, tapi percayalah macam smartzul cakap, “bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”, kena pegang pepatah ni.

    Benda yang susah ni, kenangan paling manis buat kita apabila kita dah berjaya nanti. Amin πŸ™‚

  8. Saya setuju dengan anda. Biar kita bermula tidak sempurna untuk mencapai kesempurnaan. Tiada apa yang sempurna dalam hidup ini selainNya. Kesempurnaan hanya melambatkan proses kejayaan kita. Mengikut konsep Pareto 20% yang kita lakukan menyumbang kepada 80% hasil. πŸ™‚

  9. Org yg meletakkan syarat nie…dipanggil perfectionist…
    BerTINDAK…skrg…kalau x anda ketinggalan.. πŸ˜‰
    Jual dulu produk/servis yg ada…sambil dah mahir…dan ada income skit2..leh improve mana yg patut..

    p/s: Berpesan2 sesama kekawan dan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *