Motivasi Usahawan – Apa Pendapat Anda?

Sebelum saya keluar sekejap untuk cari makan dan pergi membayar bil Air dan Elektrik, saya mahu menulis dahulu. Tak selesa rasanya meninggalkan blog ini tanpa diisi dengan tulisan untuk pembaca sekalian. 🙂

Pra-kata

Saya bukan tiada idea untuk menulis blog, malah begitu banyak draf dan tajuk artikel yang ada dalam simpanan saya, hampir seratus. Namun, disebabkan kekangan masa, saya tidak dapat begitu banyak meluangkan masa sejam hingga beberapa jam untuk mengemaskini blog. Inilah dilema seorang blogger mana-mana pun. Ya saya tahu, kita boleh guna penulis jemputan, boleh upah orang atau menggunakan penulis bersama, tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, di blog ini saya mahu 95% artikel / tulisan adalah terus dari hati saya. 🙂

Sebenarnya, dalam menulis sebuah artikel di blog, ia bukanlah sesuatu yang sukar, cuma syaratnya kita ada idea atau topik untuk dibincangkan. Jika kita tahu teknik penulisan yang terancang dan tersusun, maka saya rasa tidak akan ada masalah dan keluhan. Cuma bagi diri saya, saya lebih suka melihat kepada kualiti tulisan yang mana ia jika boleh bermanfaat untuk semua orang sepertimana kata Shuth di blognya. Sebenarnya juga, menulis itu mudah jika kita ada tujuan, objektif dan matlamat bagi sesuatu tulisan dan bagi saya, kita tidak boleh target semua orang dengan satu artikel.

Sebagai contoh, tulisan saya mengenai RSS semalam adalah untuk mereka yang tak tahu mengenainya. Tujuan saya, mahu mendidik pembaca blog saya menggunakan RSS dan subscribe RSS Feed blog SmartUsaha ini. 🙂

Target: Pembaca blog yang tiada emel Gmail dan tak tahu pasal RSS

Tujuan: Educate mereka cara guna RSS Reader

Tulisan di blog banyak jenis. Jika anda mahu cepat, tulislah dalam 2,3 perenggan, itu sudah memadai daripada tidak menulis langsung. Contoh terbaik di sini adalah teknik yang digunakan oleh Dr. Irfan Khairi. Tulisannya ringkas dan padat tetapi begitu bermanfaat. Sebaliknya, jika anda ada banyak masa, tulislah sepanjang mana pun, ia bukan suatu masalah sebab anda ada masa. Tetapi jangan membosankan pembaca blog anda dengan tulisan yang panjang berjela, mungkin tulisan itu boleh dijadikan secara bersiri seperti artikel mengenai Bahasa Inggeris daripada Cikgu Azleen baru-baru ini.

Jika nak bercakap mengenai blogging, memang tak habis sebab ia begitu banyak. Banyak sangat… InsyaAllah, saya sekarang dalam proses kemaskini blog BloggingSteps di http://bloggingsteps.com/tips dan ia akan terisi paling kurang pun satu kali seminggu dengan tip dan panduan blogging. Ada orang tanya saya, mengapa guna perkataan Inggeris iaitu BloggingSteps dan tak guna dalam bahasa Malaysia sebab tulisan dalamnya menggunakan BM? Jawapan saya mudah, perkataan apa pun kita guna, janji kita pandai dan tahu menjenamakannya, maka soal bahasa bukan lagi satu isu.

Motivasi Usahawan

Motivasi yang tinggi perlu dimiliki oleh seorang usahawan. Tanpa motivasi, biasanya semangat dan momentum kerja amat rendah dan perlahan. Ada orang tidak suka ‘motivasi kosong’, namun bagi saya, daripada tiada langsung motivasi, ia sudah mencukupi agar jiwa dan diri sentiasa terisi dengan fikiran-fikiran dan perlakuan yang positif.

Saya yakin, jika anda adalah seorang usahawan, tidak perlulah dikeutarakan apa-apa teknik atau formula menjana ribuan ringgit, atau menjana trafik atau mendapatkan idea, anda sudah mengetahuinya bahkan amat pakar. Tetapi saya juga yakin, kadang-kadang dalam satu masa dan ketika, anda lemah semangat, kecewa, rasa mahu berputus-asa atau terus berputus-asa, dengki, sakit hati, sedih, marah dan lain-lain perasaan dalaman.

Semangat kita dalam perniagaan akan ada turun naiknya. Kita adalah manusia biasa, maka tidaklah perlu anda runsing atau risau dengan perasaan sebegitu, ia adalah normal. Walaupun sehebat mana pun kita, kita tetap manusia biasa, cuma yang penting di sini adalah, kita perlu mengawal fikiran dan perasaan kita dengan sebaiknya. Masalah dan ujian, sama sekali tidak boleh dihalang akan kedatangannya, tetapi apa yang perlu kita lakukan adalah persediaan dari aspek ilmu, strategi dan kekuatan mental.

Saya tidak mahu menulis banyak mengenai motivasi ini sebab saya sudah banyak juga menulis mengenainya dan jika boleh, anda berilah juga pandangan anda dan jika ada tips yang boleh digunakan oleh orang lain, berikan melalui ruangan komen di bawah. Mungkin yang anda boleh kongsikan adalah, “apakah yang anda lakukan untuk terus memastikan diri anda bermotivasi dalam kehidupan ini agar terus memiliki momentum dalam usaha seharian terutama dalam perniagaan”.

Mungkin anda ada pegangan atau rahsia atau pengalaman bagaimana anda boleh bermotivasi setiap hari yang mana saya atau orang lain tidak tahu. Kongsilah jika ia dirasakan bermanfaat untuk orang lain. 🙂

Mengapa motivasi amat penting? Kerana ujian, musuh, lawan, masalah dan cabaran akan tetap ada sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir. Mereka itu tetap ada, cuma kekuatan diri kita, minda kita, pemikiran kita dan pegangan kitalah yang boleh menghalang mereka daripada melemahkan semangat kita. Mereka itu ‘tidak salah’, tetapi yang penting di sini adalah bagaimana kita mengisi jiwa dan mental kita agar kita menjadi seorang yang berdaya saing, ‘hebat’, tidak takut masalah dan bijak menjinakkan lawan. Usahalah dan hadapilah sesuatu yang negatif dengan jalan yang positif.

Sebelum saya melalut panjang, saya mahu berhenti di sini sahaja untuk kali ini. Hari pun dah nak hujan, kan tak sempat pulak ke Pejabat Pos. 😉 Jumpa lagi yer..

Artikel Motivasi Lain – Wajib Baca (Klik Pada Setiap Tajuk):

Tak Salah Untuk Berubah

Kita Perlu Bangga Menjadi Usahawan

Usahawan dan Jutawan Senyap

4 Orang Usahawan Internet yang Gagal

Jauhkan Diri Dari Anasir Negatif

Usahawan Perlu Ada Usaha Kuat

Kejayaan: Milik Individu

Usahawan Sepenuh Masa : Mesti Bangga!

PS. Jangan lupa kongsikan petua atau tips anda yang membuatkan anda memiliki motivasi dalam usaha perniagaan atau terus ‘bermomentum’ untuk meneruskan hidup ini. Tip itu tidak kisah ia berbentuk ‘What’ atau ‘How’. Janji ia bermanfaat.

Thanks all.

Catatan: Masa diambil untuk menyiapkan tulisan ini = 1 jam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Motivasi Usahawan – Apa Pendapat Anda?

  1. Hm.. walaupun saya bukanlah usahawan internet tapi saya suka baca motivasi yang zul utarakan…mana tau satu hari nanti terdetik nak jadi usahawan..
    namun motivasi nie saya jadikan panduan untuk digunakan dalam memperkemaskan blog bolasepak saya…
    … He he .. dah jadi pengunjung tetap dah si zool nie…

  2. Betul tu Zul….Dalam apa saja bidang, tak semestinya usahawan, seseorang tu mesti ada motivasi untuk meneruskan kelangsungan perjuangannya.

    Bagi saya bagi membina kekuatan sbg motivasi, saya sentiasa membawa buku (buku motivasi dan skrg ni lebih kepada buku internet marketing) di dalam beg saya kadang2 sampai 2 atau 3 buah. W’pun buku tu telah saya baca, ada masa saya cuba ulang kaji semula.

  3. kuar makan angin daaa… online pun dah tentu kena guna utk urusan bayar bil. tak order online ke zul? hihi…

    byar dengan telefon laaa…

    haha… motivasi tong kosong orang kata. adesh, nama lagi motivasi. motivasi nih lebih kurang makanan rutin kita laa. ada yang kata lebih kepada motif tanpa beraksi. macam pernah dengar…

    saya pula selalu dengar kaset berulangkali. tapi tak guna earphone laa. dengar setiap hari. seronok dengar motivasi nih. iyer laa kadang-kadang tu terlupa juga apa yang di dengar. so kena dengar kaset motivasi setiap hari ini sampai 40 hari.

    boleh jugak buat cabaran mdengar kaset motivasi. hehe…

    buku motivasi pulak simpan aje laa. bukan apa… sekali-sekala ada masa lapang boleh baca setiap kali semangat down. baca lah banyak kali pun nak baca asalkan gumbira rasa di hati…

    meh sini kita dengar motivasi dan baca motivasi…

    sekian terima kasih…

  4. Benar kata tuan dalam entri kali ini. Setiap blog ada identiti tersendiri dan identiti itu mencipta pengikut. Pada masa sama dengan penggunaan bahasa melayu standard memudahkan pembaca Indonesia, Singapura dan Brunei memahami apa yang kita sampaikan.

  5. Bagak, saya tak guna Online sebab rumah ni saya sewa dan untuk memudahkan urusan-urusan yg mendatang dgn tuan rumah dan pihak berkaitan, so saya guna Pejabat Pos sahaja.

    Tapi untuk diri sendiri, saya guna online untuk pembayaran tertentu.

  6. Maaf agak terlewat masuk ‘dlm ini gambar’. 😀 Tp abang seronok baca post Zul yg ini. ‘Segar n bertenaga’.
    Nak kongsi ckit. Dunia yg abg tempuh(penyiaran) amat mencabar. Sepak terajangnya dasat! Tak kuat mau ajer undur.

    1 tips yg sering diguna pakai oleh otai broadcasting,.. “U ader prob kat luar, bawak sampai kat pintu konti jer. Pas tu sangkat kat situ. Masuk konti U fresh. Nanti bila nak balik, amik balik prob U tu” Itulah antara rahsianya kita orang ni masih boleh ketawa, usik-usik pendengar masa ‘on air’, mood kekal ceria walau hakikatnya baru jer kena marah boss, kena maki pendengar yg tak tahu adat, anak sakit dan segala bagai masalah kat dunia ni. Hakikatnya kami adalah manusia biasa tp pendengar tak nak tahu semua tu. Mereka nak dengar Dj Em R yang ceria bukan Mohd Marzuki Ismail yg tgh tension sebab esok pagi anak nk kena operate( yg ni abang dah alami masa mlm Anugerah Seri Angkasa ’05).. Opps!! sori terpanjang laks.. 😳

  7. Saya pun nak kongsi cerita motivasi sikit ni: Sebenarnya kita nak sesuatu benda tu banyak, tapi tak tau apa yang kita nak. Apa yang kita nak secara jelas, bukannya samar-samar.

    Walaupun kita tau apa yang kita nak tu apa benda, tapi kita juga tak tau yang mana satu kita nak. Yang mana satu kita nak.
    Satu lagi perkara, kalaupun kita tau apa yang kita nak dan yang mana satu

    kita nak tapi ada satu perkara lagi yang kita tk tau. Apa dia tu? jawapannya Bagaimana cara kita nak dapatkan kehendak kita tu.
    Jadi tetapkan dengan jelas kehendak kita:

    1. Apakah yang sebenarnya kita mahu?
    2.Yang mana satukah benda/perkara yang kita nak?
    3. Tahu cara bgaimana untuk capai apa yang kita nak.

    ok, bye 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *