Motivasi Usahawan: Muda-Muda Pun Dah Putus Asa?

Hanya sekadar artikel ringkas berkaitan motivasi. Artikel ini khas untuk orang-orang muda. Tapi sesuai juga untuk sesiapa sahaja..

Bagi usahawan yang masih muda (ehem, saya pun muda juga), bekerjalah besungguh-sungguh. Tiada sebab untuk kita berputus-asa dengan mudah atau bermalas-malasan untuk bekerja.

Satu gerai di bazar Ramadhan yang saya kunjungi, peniaga di gerai tersebut adalah sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya. Saya ni tidak boleh lihat orang berusia, saya cepat “mengasihani”. Lantas saya pun ke gerai tersebut untuk membeli sedikit lauk.

Saya perhatikan wajah makcik yang sedang asyik menyediakan lauk tersebut kepada saya, ternampak kesungguhan pada wajahnya. Walaupun saya yakin umurnya sudah amat berusia, namun saya kagum dia tetap bersungguh untuk terus mencari rezeki walaupun sedar umurnya sudah ‘di penghujung’ (masa untuk berehat..).

Walaupun saya lihat dia seperti memaksa dirinya bergerak dan berdiri, nampak sedikit letih, namun dia tetap gagahkan diri. Persoalannya mengapa? Padahal dia boleh sahaja duduk di rumah atau upah sahaja orang lain berniaga untuknya. Atau tunggu saja anak-anak berikan wang belanja. Tetapi mengapa pasangan berusia ini masih menggagahkan diri?

Jawapannya mungkin mereka meletakkan tanggungjawab hidup pada diri mereka sendiri. Walaupun ada anak, tapi selagi mereka mempunyai kudrat, selagi itu mereka boleh mencari rezeki sendiri tanpa berharap kepada orang lain. Alangkah bagusnya kalau anak-anak muda seperti kita mempunyai semangat dan prinsip sebegini.

Persoalannya, bagaimana dengan kita yang masih muda ini? Masih kuat, banyak tenaga, banyak masa.. Tetapi mengapa kita mudah beralasan, malas dan mudah berputus asa? Pada masa muda inilah untuk kita bekerja kuat kerana kita masih ada tenaga dan masa yang banyak.

Semoga kita bekerja bersungguh-sungguh seperti pasangan berusia yang saya ceritakan di atas. Tiada masa untuk kita bermalas-malasan dan berputus-asa. Ketepikan segala alasan yang kita ciptakan sendiri. Letakkanlah diri kita lebih hebat daripada segala masalah dan ujian. InsyaAllah kita akan maju terus ke hadapan.

“orang yang hebat tidak lari daripada masalah kerana mereka meletak diri mereka lebih tinggi daripada masalah.”

Semoga berjaya!

ps. Teringat nenek saya masa dia bekerja di kantin sekolah. Pukul 4.30 pagi dah mula kerja. Seorang diri. Menyediakan masakan untuk ratusan murid sekolah. Berterusan hampir 20 tahun lebih lamanya. Namun sedikit pun tidak nampak putus asa pada dirinya. Pernah hampir terputus jari, namun masih terus bekerja. Kerja, kerja dan kerja tanpa mengira penat lelah walaupun pening dan demam. Nenek saya adalah inspirasi utama saya. Sehingga kini masih belum terungkai rahsia di sebalik kesungguhannya itu..

pps. Saya lebih mengkagumi orang yang ‘menjalankan’ perniagaan berbanding mereka yang ‘memiliki’ perniagaan. Mengapa? Anda tahu jawapannya. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Motivasi Usahawan: Muda-Muda Pun Dah Putus Asa?

  1. Salam..saya sokong!..
    Muda-muda ni la peluang kita untuk mencari rezeki,saya teringat satu nasihat daripada seorang ahli perniagaan : “umur 20an masa kita mengerah segala keringat mencari rezeki,umur 30an pndapatan dah stabil,dan umur 40an keatas masa untuk berehat bersama keluarga”..

    Sama-sama kita renungkan..:-)

  2. Kak Rahimah. Sebab tu saya letak tanda quote. Hehe.. Dua-dua cara bagus. Cuma yang tak syoknya, ada dua mazhab yang saling mengata yang ni bagus, yang tu tak bagus. Padahal dua-dua bagus. 🙂

  3. semua orang termasuk saya sendiri kenalah
    muhasabah diri…

    kalau kita lihatkan kepada OKU pula, mereka lebih
    bekerja keras berbanding kita yg sempurna sifat…
    di situ timbul rasa malu pada diri sendiri atas kelebihan
    dan kenikmatan yg diberikanNya, kita sia-siakan
    begitu saja…

  4. good insight. Orang dulu2 berniaga sebab itu hidup mereka. Tak de istilah bersara. Mungkin juga anak2 mereka ada bagi duit tapi mereka tak tahu duduk saja2. Bagi saya 'memiliki' perniagaan adalah hadiah usaha keras selepas anda 'menjalankan' perniagaan. Tak salah. Yang salah ialah sikap nak cepat kaya dengan matlamat 'memiliki' perniagaan dengan cara mudah.

  5. Memiliki tak semestinya menjalankan sebab kadang-kadang mereka tak ambil tau sangat apa yang terjadi dan bagaimana menjalankannya.Memiliki dan menjalankannya bersungguh-sungguh lebih baik seiring.

  6. saya juga berniaga dipasar ramadan, bersebelahan gerai saya terdapat gerai lauk pauk milik seorang makcik yg sudah berumur.. saya juga kagum dgn semangat dan kegigihan beliau. cuba bayangkan pukul 3 pagi dah kena bangun utk cuci periuk dan persiapan utk memasak.. pukul 3 ptg dah bersiap nak ke gerai dgn memandu kereta sendiri… lepas tu nak buka meja, payung dan lain-lain… setiap hari saya perhatikan kegigihan makcik ni… ia amat memberi motivasi kepada saya dan rakan-rakan yg lain.. walaupun nampak letih & tak bermaya tetapi senyuman sentiasa dilemparkan kepada pelanggan. Satu lagi ialah sikap makcik ni yang amat peramah pada sesiapa sahaja..biasanya dia akan menyapa terlebih dahulu. Tak hairan lah dah 3 minggu saya berniaga.. gerai makcik ni sentiasa habis awal.. rekod memang dia pegang. biasanya pukul 6 ptg dah tutup meja… ada pelanggan yg merungut kerana tak sempat beli… hebat sungguh aura makcik nii.. saya juga terfikir kenapa makcik ni sanggup bersusah payah berniaga walaupun kudrat dah tak seberapa… jawapan sama seperti apa yg zul katakan…iaitu tanggunjawab hidup.. Ok komen saya dah agak panjang.. nanti ada orang marah pulak… sekadar berkongsi cerita..

    salam ramadan & Salam Aidil Fitri
    “Maaf, Zahir & Batin”

  7. “Saya lebih mengkagumi orang yang ‘menjalankan’ perniagaan berbanding mereka yang ‘memiliki’ perniagaan. Mengapa? Anda tahu jawapannya.”

    rase mcm x tahu lg la jawapannya. bleh bgtau x? hehe..

  8. Orang muda tidak merasai kesusahan sebagaimana orang tua kita. Itulah yang menjadikan mereka lemah. Apabila kesusahan dilihat hanya pada orang lain tidak pada diri sendiri sudah tentu pengalaman merasainya tiada. Orang tua kita pernah hidup di zaman susah sekalipun negara sudah merdeka. Itu semua menjadikan semangat mereka lebih gigih. Insaflah orang muda.

  9. Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri buat Zul & pembaca blog.

    Mungkin budaya subsidi masih menebal lagi dalam diri mereka menyebabkan mereka agak cepat putus asa & malas berusaha. Tapi kalau dengar kata ada bantuan cepat jer pergi….

  10. Cara orang-orang dulu dan orang-orang sekarang memang berlainan. Kita ambillah yang positif. Yang penting usaha yang tak berbelah bagi. Memetik kata-kata Billie Lim "People don't fail, people quit".

  11. Samalah Zul dengan saya..saya memang tak boleh lihat orang tua(laki/perempuan) bekerja dengan penat.

    Area rumah saya, kalau saya makan malam, saya selalu ternampak seorang makcik ni yang malam2 menjual kerepek dari meja ke meja mencari pelanggan. Saya pernah niat dalam hati, kalau boleh, tak nak lihat makcik tu ada semasa saya makan. Sebabnya, saya tak boleh tengok kesusahan dia.

    Then, satu malam tu, saya tengah makan, saya tengok makcik tu duduk kat kedai makan tu, dia order makanan, saya perhatikan dari jauh. Saya buat keputusan untuk bayarkan makanan makcik tu tanpa makcik tu tahu. Saya terus beritahu pada orang kedai tu, kirakan sekali makanan makcik tu. Alhamdulilah…saya rasa lega..hilang satu bebanan saya rasa..itu sahaja yang mampu saya tolong…

    p/s: Saya sendiri tak benarkan mak saya kerja sebab anak-anak ada untuk tanggung mak saya 🙂

  12. makcik tu buat keje tu kerana

    1. dia xnampak peluang lain
    2. itu saja peluang yang dia rasa mudah
    3. dia fokus pada satu bidang
    4. rajin dan usaha bersungguh tidak kira apa kerja, pasti ada hasil

    1. Betul tu. Cuma motivasi di sini adalah kesungguhan makcik tu terus bekerja walaupun sudah ada yang bekerjaya yang boleh menampung hidup mereka.

      Anak-anak makcik tu pun berjaya. Hari lain saya pergi anaknya datang membantu. Dan terlihat sebuah kereta yang boleh tahan juga. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *