Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa

Saya sengaja tidak menulis dalam 2 hari lepas semata-mata mahu membiarkan post sebelum ini dibaca berulang-ulang kali oleh pembaca iaitu mengenai Fai yang menyertai pertandingan The Next Internet Millionaire. Bersamalah kita berdoa agar Fai berjaya dalam pertandingan ini sekurang-kurangnya berjaya masuk ke peringkat ke-2.

Fai ada menyatakan di blognya bahawa, ada orang yang menyuruh beliau menarik diri daripada pertandingan tersebut. Actually, saya begitu pantang dengan manusia sebegitu yang begitu negatif. Kononnya kata mereka, penyertaan Fai itu akan memalukan nama Malaysia sahaja…

Ohh, apa ke jenis manusialah macam tu. Kalau saya jadi Fai saya akan tanya balik mereka, “Ok, kalau saya memalukan negara, mengapa anda tak masuk je pertandingan ni??”. Betullah kata Azizi Ali, manusia ni kebanyakan suka komen dan menjadi hakim bagi hidup orang lain, tapi diri sendiri… hampas.

Siapa yang memalukan Malaysia ni??

Bagi saya, mereka yang negatif (suka kondem usaha orang lain) itulah yang memalukan negara Malaysia sebab mereka tak ada pemikiran yang positif, tak ada keyakinan, penakut, cakap je banyak… Sepatutnya mereka malu kepada diri mereka sendiri kerana hanya tahu komen itu dan ini kepada orang lain.

Penyertaan Fai ke dalam pertandingan tersebut jika dilihat dari aspek positif begitu banyak sekali manfaatnya. Itu pun kalau kita nak fikir begitulah… Antaranya?

1. Ia membuktikan bahawa orang Malaysia juga ada kemahuan dan kesedaran untuk berjaya dalam bidang perniagaan Internet.

2. Penyertaan Fai membuktikan masih ada orang Malaysia yang berfikiran positif, berani dan berdaya saing walaupun ada yang hanya tahu komen dan kondem usaha orang lain.

3. Menyedarkan pihak luar bahawa mereka ada peluang besar untuk masuk ke pasaran Malaysia seperti membawa teknologi dan pengetahuan mereka ke negara ini seperti berkongsi dan bekerjasama dengan usahawan Internet tempatan.

4. Penyertaan Fai memberikan kesedaran dan motivasi kepada usahawan lain bahawa jangan sesekali takut untuk mencuba! Kita kena berani gagal dan kena berani menang!

5. Banyak lagi, kalau anda nak tambah, boleh taip di ruangan komen…. 😉

Kepada yang suka berkata negatif kepada orang lain tu, “cermin diri sendiri dahulu ok”.

Akhir kata, “Orang yang hanya suka kondem usaha orang lain adalah NOTHING!“.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

31 thoughts on “Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa

  1. Ahh…pedulikan pada mereka yang suka kondem dan merosakkan semangat orang lain. Mereka ini mempunyai PHD yang amat kuat. Tapi sayang PHD mereka tak laku, ‘NOTHING’ seperti kata SmartZul.

    Oppss…JimieRay dah kembali 🙂 sebelum ni cuti2 cari makan sikit.

  2. Sebagai rakyat yang cintakan negara sepatutnya kita sokong usaha Fai yang berani untuk bertanding di arena global sekaligus membuka mata orang luar, Malaysia juga mempunyai IM yang berkaliber. Sama ada usaha Fai berjaya atau tidak, itu semua tolak tepi. Yang penting penyertaan berani dari Fai.

    Kepada anda yang asyik berfikiran negatif dan suka kondem orang, lihat diri sendiri, apa penyertaan anda yang boleh di banggakan!? Betul kata Zul NOTHING!! Sebab apa? Sebab orang seperti anda tak kan ke mana!! Bak kata orang Penang “Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak!!”.

  3. orang yang asyik kondem orang tu, saya sifatkan sebagai ‘jeles’ atas pencapaian orang lain 😀 mungkin sebab dia tak se-gah itu, maka sakit mata dan jantung bila lihat orang lain membina anak tangga kejayaan kot 🙂

    apa-apa pun, setiap langkah kita ke depan, memang akan ada tangan menarik kita ke belakang. pilihan kita : ikut undur ke belakang atau tepis tangan tu dan maju ke depan 🙂

    salam ikhlas,
    dik mal 🙂

  4. Aku ada 2 pendapat bab2 pasal komen tu..

    tapi sblm tu..aku nk ucap lagi kt Fai sebab berjaya kt dlm position skrg..ingat sonang ke nak top 50 tuh..

    Biasanya bila ada orang komen..dia akan cabang dua. satu betul2 dia komen. satu lagi cam korang cakap, dia jeles la…apala..nothing la..

    so, aku amik tengah2..bersangka baik dan stiap komen tuh. perhatikan je dan klu ada leh diamik jadi teladan dan pedoman..amikla..xnak xpe..

    komen yg membina takpe..tapi klu komen menyumpah ranah..itu tandanya hati dia tak tenang..

    Yap. Fai berani. Tapi kurang persediaan. Itu aje komen dari aku..Kalau dia lebih bersedia..aku berani cakap, bukan saja member dr malaysia saja vote dia..seantero dunia dr planet nameck pun akan vote dia..bukan 1, tapi 10 vote!!

  5. Sikit je…”Tak buat-Nothing”,buat-sekali cukup ke?Untuk kepuasan & kejayaan mesti nak berkali-kali.”Jangan salah anggap pulak.”

  6. aku setuju dengan Titan tu.. Fai kurang persediaan. itu memang betul. tapi apa pun aku dah vote 10 untuk dia atas dasar sesama malaysia..malaysia boleh!

  7. 😎 Yah persetan mereka yang melekeh lekeh kan kita. Saya sebenarnya dah terlalu bosan dengan kata kata mereka yang suka melemahkan semangat ni tapi tak de usaha untuk membantu walaupun dgn secebis kata semangat.

  8. Ciss!Masih ada orang yang tak mahu melihat org lain berjaya…jika bukan tubuh badan sendiri.Sepatutnya kita berbangga!

    Aku bangga melihat Fai menjadi salah seorang peserta…

  9. Titan, ermm, soal bersedia atau tidak, bagi saya itu no. 2, tapi yg lebih penting adalah Fai telah mencuba berkali-kali dan berkali-kali untuk menghasilkan video. Nak harap orang lain sertai pertandingan ni? Alamatnya sorry lah, xder kelibat pun. 🙂 At least, we have one.

    Jadi apa yg saya lihat bukan pada aspek video tu best atau tak, ready atau tak, sebaliknya saya lihat pada keberanian Fai dan sifat tak putus asanya. Kita sepatutnya bangga. Don’t just look at outside only, must look inside also… Kita juga kena tahu, penilaian pertandingan bukan hanya pada video, tapi pada matlamat peserta.

    Mengenai komen -ve tu, saya tak akan ambil jalan tengah, sebab komen tu 100% melemahkan semangat orang. Lainlah komen yg membina yg boleh improve something. Lain orang, lain pertimbangannya. Kata Azizi Ali, “saya pelik, mengapa manusia suka tengah-tengah, mengapa tak ‘ekstrem’ atau lebih-lebih…”. Kadang2, sebab sikap tengah2 kita tu lah yg akan makan diri kita sendiri kelak.

    Pendek kata, pandai2lah dalam buat pertimbangan. Mungkin pada kita boleh tengah2, tp pada orang lain, tolak terus komen -ve. Depends… Untuk pengetahuan, Fai tetap ambil secara +ve komen2 negatif tu, bukan tolak terus. Boleh baca kat blog dia apa dia cakap. 🙂

    Apapun, setiap orang ada pegangan dan cara masing2. Saya hormati pandangan semua.

    Wallahu ‘alam.

  10. Nak komen membina tak apa …. but kenapa mereka nak suruh Fai tarik diri pula? Lagipun, people learn from their mistakes…

    Akan lebih menarik, menakjubkan dan seronok kalau a regular guy macam Fai masuk dan menang …

    …. berbanding dgn kalau peserta masuk tu seseorang warga US yang dah 15 tahun buat internet marketing, English memang dah pun bahasa ibundanya dan terer lak programming, designing, marketing, dah ada established business dan ada studio for video filming & editing sendiri….
    Kalau peserta macam tu menang pun, orang pun kata, dah agak dah…

    Biarlah ada wakil dari Mesia dan ada variety sikit.

    Kalo yang masuk tu semua mat-minah salleh yang memang English kaw-kaw dan mmg experienced marketer, lagi bosan. Kalo macam tu, baik letak Mike Filsaime, John Delavera, Armand Morin, Derek Gehl, semua jadi peserta je.

    What the reality show wants is to take someone yang kurang berpengalaman and make them into an overnight success story.

    Yes, quality video kureng, but that shows he is still new to it. Some of the other videos dari peserta lain memang nampak canggih and kalau kita selidik, most of them memang dah ada company sendiri, duit pun banyak…

    Anyway, saya suka when the underdogs get a chance.

    Just my 2 rants.

  11. Penyertaan Fai dalam program realiti Tv tersebut dilihat akan memberi nafas baru kepada perniagaan internet dlam negara ni. Walaupun dilihat dari beberapa segi, Fai kurang mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan kurang keyakinan di hadapan kamera, tapi kesungguhan yang ditunjukkan beliau adalah suatu yang LUAR BIASA dan perlu DISOKONG sepenuhnya oleh masyarakat.

    Beliau menjadi ikon baru dalam industri perniagaan internet negara ini dan wajar diberikan pujian. Saya tidak bersetuju jika ada segelintir pihak cuba menjatuhkan semangat dan keinginan beliau. Sikap begini melambang pemikiran kita yang jauh terperosok ke belakang. Lagi pula, saya juga ingin bertanya kenapa mesti condem orang lain???. Kalau ada di kalangan mereka yang berbakat kenapa tidak mahu mencuba nasib???.

    Persoalan ini perlu dijawab sendiri oleh mereka???

    Tahniah Fai di atas kesungguhan anda!! Kami akan sentiasa menyokong usaha anda!!!

  12. betullah yg ko cakap tu zul..no.2 ke..no 4 ke..no 100..ke semua usaha tu penting. cam aku cakap. Fai kurang persediaan. Aku rasa fakta tu confirm tepat. RAsanya ramai yg sependapat dgn aku wlupun fakta tu pahit.

    Kalau orang lain aku tak tau.sebab aku baru baca blog nih semalam dan tahu benda nih pun lambat. Kalau tau awal, mungkin terniat juga nak jadi wakil malaysia..

    cam kak galadriel cakap..malaysia memang underdogs..bukan fai aje..mana2 competition mmg malaysia akan diletakkan sbg underdogs..dan aku bangga dgn fai..wlupun kurang persediaan..bukti kurang persediaan. kenapa mata asik pandang bawah aje..

    Last word. Hope Fai lepas saringan pertama..:)

    Illaliqa’..nk gi kedai. beli asam boi. nk wat aiskim..

  13. kalau dia berjaya daripada sokongan orang lain 100%, dia adalah seorang yang berjaya, dalam istilah lain dia berjaya secara MANJA-MANJA.(manjanya!).

    tapi kalau dia berjaya daripada sokongan dan kritikan pedas orang lain, wow!!!!!!ni kira hebat betul si mamat ni, orang kritik dia pedas-pedas pun masih boleh berjaya, langsung tak melemahkan semangat dia, wa respect lu la! mat!
    orang macam ni la aku respect.
    ni baru boleh kira berjaya tahap EKTREM.
    kalau tadok kritikan pedas tadok la akademi fantasia.
    Jangan marah yer..(marah kena lelong)

  14. betul cakap ko tu salihin..contoh cam mila af5 la..Dia wat dek je apa orang ckp pasal kemenangan dia aritu..

    Sebab mostly kebanyakkan yg vote Fai tu..dari Malaysia. Percaya atak tak terpulang. Tp klu xde orang dr Malaysia yg vote Fai, susah gak kan?

    So. harap Fai tak patah semangat sebab nama fai dgn aku sama je..klu yg komen -ve tu. terpulang camna fai menerimanya..

    aiseh, lmbat dah gi beli asam boi nih..

  15. Recon, saper lagi kalau tak orang kita. 🙂

    Kak G, saya setuju dgn ‘hujah’ kak G tu…

    Titan, mmg sy pun setuju dgn video tu tak bagus sangat, tapi mcm saya katakan, itu bukan perkara penting, harap x keliru. Semua orang tahu akan hal tersebut. Soal yg saya bincangkan kat sini adalah komen -ve, bukan pasal video. 🙂

    “Sebab mostly kebanyakkan yg vote Fai tu..dari Malaysia. Percaya atak tak terpulang. Tp klu xde orang dr Malaysia yg vote Fai, susah gak kan?”.

    Statement tu saya kurang jelas. Kalau bukan kita yg nak vote orang Malaysia sendiri, siapa lagi? 🙂 Apapun, kita tunggu je lah esok atau lusa keputusan pertandingan ni. Menang atau kalah, bagi saya Fai dah buat sesuatu yg baik untuk diri dan negaranya.

    Wassalam.

    PS. Jangan serius sangat, pertandingan ni adalah entertainment jer. 😉

  16. Maaf mencelah, saya setuju dengan Titan, pada saya komen “Kurang persediaan” “pandang kebawah” dan “tergaru-garu” adalah komen yang membina dan JUJUR. Saya lihat sini ramai rakan-rakan Fai yang memberi komen tetapi tidak JUJUR dan membina. Contohnya mengucapkan syabas, teruskan usaha dan sebagainya. Saya kategorikan komen ini adalah komen daripada orang-orang yang tahu video Fai ada kelemahan tetapi mengalas komen dengan syabas, kagum dan sebagainya. Bagi saya anda tidak jujur membantu Fai. Pada saya komen jer…walaupun pedas.

    Cuba anda amati ini-anda menonton video Fai kemudian memberi komen syabas, kemudian Fai membaca komen tersebut. Saya tanya anda semua kat mana Fai boleh perbaiki presentation beliau pada masa akan datang dengan perkataan syabas tersebut. 1)ANDA TIDAK SEDAR ANDA SDG MENJATUHKAN BELIAU ATAU 2) ANDA SEDAR ANDA SENGAJA MELAKUKAN DEMIKIAN. FIKIRKANLAH.

    Beliau akan mengulangi perkara yang sama akan datang dan kepada org kategori no 2 akan memberi syabas lagi dan bertepuk tangan.

    Sekian.

  17. Laluan sudah ditempah. Perahu sudah di air. Pendayung ada di tangan. Bila sudah dalam gelanggang, perjuangan harus diteruskan. Kalah sudah pasti, menang belum tentu. Maklamat sudah ditentu. Ayuh Fai buktikan Anak Malaysia mampu melakukan apa sahaja.

  18. Pingback: diari seorang usahawan internet
  19. Fantastic: Ini bukan masalah syabas main-main tetapi syabas kerana keberanianya 🙂 Entahlah nak bahaskan panjang lak jadinya namun semua ada pendapat masing 🙂

    Anyway syabas bro fai 🙂 Lapangkan dada terima pendapat orang dan jangan cepat marah atau berputus asa itulah sebetul-betulnya sifat seorang mukmin!

  20. Banyak lak yang mengomen pasal Fai kurang persediaan yer…Bagi yang dah bersedia tu…naper yer tak memberanikan diri masuk competition ni?
    Saya sokong 100% yang Kak G cakap,

    “Kalo yang masuk tu semua mat-minah salleh yang memang English kaw-kaw dan mmg experienced marketer, lagi bosan. Kalo macam tu, baik letak Mike Filsaime, John Delavera, Armand Morin, Derek Gehl, semua jadi peserta je.”

    senang cerita kan…berbanggalah kerana ada wakil dari Malaysia yang sudi memberanikan diri…jangan jadi warga yng berasa malu dengan percubaan dan keberanian orang lain.

  21. malaysian internet marketer yg lain takder join ker pertandingan The Next Internet Millionaire tu…? meriah sikit malaysia…

  22. hahahha… tergelak sbb bg saya, biasala kalo ada org yang komen2… But, gelakan saya td tu utk org yang komen tp niat utk kondem! Wei, lain tau komen membina dgn komen mengondem! Huhuhu ada ke pulak perkataan mengondem?

    Anyway, bg sy memang TAHNIAH adalah ucapan utama utk kita berikan kpd fai! Sbb? Dia telah berusaha! Persoalan yang sering kita nampak adalaha hasil uasaha tu kan? Why not kita pun dh maklum yang apa2 pun kalo tnpa usaha, payah kita nk berjaya! Tp fai dh berusaha! Bukti? Yup, fai rakam dan edit guna hp je! Fai usaha utk speaking! Fai juga buat skrip! Hello pengkomen yang mengkondem! Kalo dh fai tu buat skrip, itu kan persediaan!

    Dh la… saya rasa abis masa je kalo kita dok layan org2 yang sama waktu dgn pengkomen yang mengondem tu. huhuhu… Just kita terima je apa yang dia kata je… Tak terima lak kang kata kita ni pilih kasih la apa ke kan. Ok kita terima dan paling penting, kita tau apa yang kita buat utk berjaya di dunia dan di akhirat!

  23. Saya setuju dgn komen2 yg mengatakan Fai ada byk kekurangan. Memang tidak nafikan.

    Akan tetapi (ada tetapi lagi), saya sangat mengagumi keberanian beliau dan terus terang saya katakan, saya belum ada lagi keberanian sedemikian.

  24. Pingback: Pengajaran Berharga | Kerja Gila 2 di Dunia Fai (Mohd Faisal)
  25. projek says

    macam kat sekolah dulu.. cikgu kata awak kurang persediaan, takkan nak marah kot. itu perkara biasa jer, lainlah orang komen yang melampau,..komen yg melampau tu bleh bui(kasi) penapar sigho..
    takde pun orang yg kondem lelebih pun, cuma kita jer rase org kondem kita, org tak kend3m pun sebenarnya…org nak membantu dengan cara denagn cara komen, kalau takde komen, tak meriah jugak blog ni. ni first aku masuk blog ni, salihin kasi tau.

  26. asmkm Zul dan kengkawan semua.. apa khabar?

    shueqry here..

    Dalam ramai-ramai newbie IM Malaysia, Fai hanya sorang saja yang tonjokan diri sertai pertandingan ini.

    Go on Fai, cakap-cakap negtaif buang jauh-jauh, Just do it! Saya percaya Fai ada bakat tersendiri, cuma perlu cari attitude, skill dan knowledge utk terus maju ke hadapan.. nape kisah Fai tak masuk news aa?

    saya mahu satu Malaysia sokong dia 🙂 Saya sungguh kagum dengan usaha Fai 🙂

    – shueqry –
    all for one

  27. Pertama sekali terima kasih kepada Zul kerana menulis berkenaan dengan ini.. Terima kasih juga kepada yang memberi sokongan dan pendapat..

    Zul, izinkan saya menulis panjang dan pedas sikit ni yer.. 🙂

    Hmm.. rata-ratanya komen kurang persediaan, BI kantoi, tak reti shoot gambar, tak reti bergambar, manja dan tak boleh terima kritikan.. Ok, saya akan jelaskan satu2 dengan gaya pedas kali ni..

    Ok, berkenaan dengan kurang persediaan.. Ya, saya mengakuinya.. Saya ada post mengapa ia terjadi di blog saya tetapi ramai yang mempertikaikannya di sini.. Ntahlah.. Kadangkala kalau kita tak tau mengapa ia terjadi, kita sepatutnya kaji sebelum memberi komen.. Tapi ia memang kritikan membina pun..

    Berkenaan dengan BI kantoi pun saya dah terangkan sejelas2nya mengapa BI saya kelihatan kantoi di blog saya juga.. Semua kerana saya tak amalkan speaking BI.. Kenapa tak amalkan? Kerana saya bukan kerja di office atau belajar di kolej2..Tapi anda tetap rasa itu silap besar kan.. Hmm.. agaknya bg anda, saya kena perfect english baru boleh sertai.. terpulanglah..

    Tak reti shoot gambar? Tak reti bergambar dalam video.. Haha.. saya dah explain kat blog saya jugak tapi ada yang “kompang” kat sini jugak.. payah2.. Hmm.. Yelah.. Saya first time shoot video sendiri guna hp sendiri dan kena rakam sendiri tanpa bantuan org lain.. Saya tak kaya nak beli video cam atau webcam.. Dan saya tak boleh buat 1st try saya sebegitu perfect mcm org2 yang ckp tu.. Tapi tu tetap bukanlah satu alasan untuk saya tak hantar video.. Sekurang2nya saya hantar video 1st try saya tanpa alasan terlambat tau lah, takder video cam lah, takde webcam la.. Yang paling penting itulah penyertaan pertama saya dalam medan antarabangsa yang dapat pujian berani beberapa IM luar negara walaupun tak perfect sperti yang anda mahu..

    Saya manja dan tak boleh terima kritikan anda? Hmm.. lagi satu lawak yang ntahlah memang tak masuk akal.. Semua saya dah tulis di blog saya.. Ada saya marah org lain cakap video tak bagus, tak cukup persediaan dan sebagainya? Semestinya saya takkan pernah marah kerana kritikan tu membina.. Kerana saya menjadi IM tak semudah 1,2,3.. Saya hdup sebagai IM tempatan dan bertahan selama 1 tahun lebih hasil dari kritikan membina Zul, SHuth, Bitol, RajaAds dan ramai lagi.. Tak percaya? Tanyalah mereka betapa pedasnya kritikan mereka tapi saya berubah dan improve kerana kritikan mereka itu..

    Saya rasa awal-awal dulu pun ramai yang kritik team flareBiz hanya sekadar team yg tak lama.. Tapi sekarang FlareBiz akan ke arena antarabgsa juga.. Adakah saya marah mereka? Tidak langsung!.. Kerana mereka pembakar semangat saya untuk terus maju..

    So, apa yang buat saya tulis kat blog tentang hinaan org yang suruh saya tarik diri tu? Untuk menunjukkan saya manja kerana tak dapat menerima kritikan atau nak kondem balik org yang tegur mengenai video saya atau nak bagi tau yang hanya saya saja yang rasa hinaan tu sebenarnya kritikan.. Saya rasa nampaknya ada yang tak membaca keseluruhan artikel blog ni.. Ada banyak bezanya hinaan dan kritikan.. Saya ingin bertanya kepada anda jika ada orang cakap
    “Kau dengan Binatang tak ada bezanya”
    adakah anda akan marah? Semestinya..

    Berbanding kalau org cakap “Apesal kau shoot video macam orang takde tangan”
    rasanya bagi saya ini lebih membina dari kata-kata tadi.. marah pun cuma sekejap..

    Jadi bezakanlah hinaan dengan kritikan yang ingin diketengahkan dalam artikel zul kali ni dan artikel saya di blog dan jangan nak asyik kompang bahawa saya tak boleh trima kritikan dan manja.. Itu FITNAH.. Anda yang mendapat dosa..

    Jadi, sebelum komen baca artikel kat blog banyak kali dulu dan fahamkan.. Jangan main letak je manja la, tak boleh terima kritikan la.. susahla kalau kita asyik memburuk-burukkan orang lain..

    Tapi walau apapun, terima kasih kerana menyokong saya walaupun saya ni “Newbie” yang tak dapat shoot video yang perfect buat kali pertama ni..

    Terima kasih yang tak terhingga kepada Zul, Labanon, Rizal dan semua yang dah mengundi saya.. 🙂

    Terima kasih..

    -Fai-

    PS: Ok, kalau ada yang terasa tu saya minta maaf banyak-banyak sebab kadangkala kita tak dapat puaskan hati orang lain dengan kenyataan kita.. Susah juga nak memberitahu kepada orang yang tak memahami sepenuhnya..

    PPS: Setiap org ada kelemahannya dan setiap kelemahan boleh diatasi dengan usaha.. Saya dah berusaha sebaik mungkin dan akhirnya saya berjaya menguasai Video Marketing.. Alhamdulillah..

    PPPS: Sudahlah sahabat-sahabat sekalian.. Lupakan sajalah hal ni dan tumpukanlah kembali kepada kerja2 anda.. Terima kasih

  28. OKlah semua, udah2 lah yer. 🙂

    Kalau kita nak komen, no problem, saya tak ada kata pulak tak boleh nak komen, sebab ia adalah normal dalam hidup ni. Kalau saya tak suka terima komen, dah lama dah tak mahu orang bagi komen kat blog ni.

    Kepada yg kata orang lain tak JUJUR dalam bagi komen, huih, nampaknya mcm boleh baca lak hati orang yer. Hebat betul. Kononnya diri anda je lah yg jujur yer. Saya pun kata yg video Fai tu tak cukup persediaan, tapi SALAHKAH kita bagi ucapan syabas sebab dia mencuba? Come on lah kawan2, kita nak komen biarlah dengan ayat yg positif, bukan ayat negatif. You can learn dengan kak Linn di LinnComel.com pasal benda2 mcm ni. When we comment with negative words, its not good for us… Islam pun ajar guna perkataan2 dan ayat2 yg baik dan +ve. Hope semua mengertilah.

    Apapun, Fai dah “kalah”. Keputusan Top 50 dah keluar pun:

    http://www.nextinternetmillionaire.com/top50.php

    Kalahnya Fai, tapi “menang” bagi saya. Kepada yg HANYA tahu komen, cermin diri anda sendiri juga, adakah anda boleh buat apa yg anda komen tu? Jangan hanya jadi hakim kepada orang lain, tapi jadi juga hakim kepada diri sendiri. Kalau nak tengok orang lain bagus, baguskan juga diri sendiri. Jangan bersifat meletak beban pada orang lain sahaja.

    Tamatnya pusingan pertama dan “kalahnya” Fai, maka saya tutup ruangan komen ni sebab ada mereka yg komen tapi tak cuba memahami orang lain.

    Komen saya kepada luahan Fai kat atas tu, hmm, tu lah manusia Fai, apabila ingin mengatakan sesuatu, kebanyakan mereka hanya mahu berkata, tapi tak mahu memahami, menyelidik dan mencari fakta. Mudah dikata, hanya kata kosong.

    Kepada Fai, teruskan usahamu wahai anak muda. You know what you want. Pedulikan kata2 orang yg hanya tahu cakap sahaja.

    Wassalam.

Comments are closed.