Jangan Perlahankan Langkah Anda
Salah satu faktor seseorang usahawan itu berputus-asa atau rasa berputus-asa adalah kerana pihak ketiga sama ada melalui kritikan negatif atau perbuatan jahat.
Seperti yang saya nyatakan di artikel-artikel sebelum ini, kritikan yang baik adalah kritikan yang dibuat secara berhemah dan ikhlas. Sebaliknya kritikan yang negatif adalah kritikan yang boleh membunuh motivasi dan daya gerak orang yang dikritik.
Namun, apa jua bentuk kritikan pun, anda sebagai usahawan jangan terlalu meluangkan masa yang banyak untuk melayan kritikan-kritikan tersebut dengan perasaan yang negatif. Apatah lagi turut sama ‘berperang’ dengan pengkritik-pengkritik tersebut.
Jika menghabiskan masa yang banyak untuk melayan mereka, sudah pasti ia akan memperlahankan pergerakan usaha yang sedang anda lakukan. Ini kerana apabila mereka memulakannya dan anda pula menambah, maka bermulalah babak-babak yang entah bila penamatnya (macam siri tenovela Indonesia beratus-ratus episod).
Lain jika anda tidak melayan langsung, ia pasti akan berakhir di situ sahaja atau yang berdrama hanya si tukang kritik dan kuncu-kuncunya sahaja. Tidak melayan kritikan bukan bermaksud kita tidak profesional, tetapi sebab kita profesionallah kita tidak melayan perkara yang membuang masa kita yang amat bernilai.
Yang Kurang Tidak Semestinya Tak Bagus
Di dalam buku The AirAsia Story, Tony Fernandes berulang kali menyatakan:
“Kebanyakan orang Malaysia suka melihat perkara negatif. Mereka sering mempersoalkan kenapa kekurangan itu terjadi? Sebaliknya mereka tidak terlalu lihat apa yang baik seolah-olah bagi mereka yang gagal atau kurang itu adalah salah atau tidak boleh sama sekali.”
Begitu juga seperti yang dikatakan oleh Billi Lim dalam bukunya Berani Gagal. Kebanyakan manusia melihat bahawa gagal itu adalah salah besar malah seperti satu dosa. Dan selama ini, pelajaran yang sering dilaungkan termasuk di sekolah dan pusat pengajian adalah lebih kepada mencapai kejayaan. Seolah-olah kalau boleh jangan gagal langsung.
*Petikan kata-kata mereka di atas saya tulis balik secara bebas.
Akibat daripada kesalahfahaman pemikiran ini, maka ramai usahawan tidak kekal lama dalam bidang perniagaan. Mereka tiada jati diri dan kekuatan untuk bangkit kembali. Yang mereka ada cuma semangat untuk berjaya tetapi tiada semangat dan keberanian untuk menghadapi kegagalan.
Mudah ceritanya, kebanyakan orang selama ini dididik agar TAKUT kepada gagal. Kesannya apabila gagal, maka mereka 100% membuat kesimpulan mereka telah GAGAL sepenuhnya dan mereka bersalah besar.
Pelajaran: Kesilapan atau kegagalan dalam setiap usaha bukan kegagalan yang muktamad. Itu adalah pelajaran agar kita tidak melakukan lagi sesuatu yang tidak mendatangkan hasil.
Nasihat Kepada Pengkritik
Kritikan yang baik adalah kritikan yang seimbang dan adil. Kritikan yang baik adalah dengan menyatakan pro dan kontra serta tidak bias kepada mana-mana pihak atau ada kepentingan diri atau semata-mata untuk menampakkan kehebatan diri.
Tapi apa yang sering kita lihat, ramai yang asyik mengkritik kekurangan atau kegagalan orang lain. Ini satu sikap yang kurang ajar wajar sebab ia boleh membunuh motivasi orang yang dikritik tersebut. Kebanyakan pengkritik sering salah faham yang mana mereka ingat mereka boleh perbetulkan sesuatu dengan kritikan, tapi hakikatnya tidak selalu begitu.
Hati-hati dalam penulisan dan kata-kata. Bertanggungjawablah sebaik mungkin. Jangan hanya tahu mengkritik dan biarkan orang yang dikritik demam tak kebah akibat motivasi mereka jatuh mendadak kerana kritikan yang amat berbisa. Ini biasanya berlaku melalui kritikan berbentuk ‘personal attack’.
Di dalam Islam pun amat menggalakkan kita diam daripada berbicara kerana tidak semestinya bicara kita itu menjernihkan keadaan melainkan ia perlu dan betul-betul boleh membantu.
Islam amat menekankan soal menjaga lisan (kata-kata, penulisan..) malah banyak ulama’ menulis satu kitab khas mengenai menjaga lisan. Semoga kita dijauhi daripada cakap-cakap yang tidak bermanfaat dan menyusahkan hidup orang lain.
Jangan sebab kita pandai menulis atau blogger yang dikenali, hebat atau sebagainya, kita boleh tulis apa sahaja yang kita mahu. Kita tetap disempadani oleh adab, adat, nilai kehidupan, peraturan hidup dan etika. Mudah katanya, jangan sesekali perbuatan kita seperti kita tidak berAgama.
Sebab itu kita perlu fikir dahulu sebelum menulis atau berkata-kata. Fikir dulu apakah akibat daripada perbuatan tersebut. Kalau ia boleh menyusahkan kehidupan orang, jangan ringan tangan melakukannya melainkan ia amat perlu.
Walaupun menulis atau berkata itu mudah dan ringan, tetapi untuk bertanggungjawab terhadapnya tidak seringan yang disangka. Jadi, fikirkan baik-baik dan jadi seorang yang bertanggungjawab serta adil di dalam mengkritik.
Apa pun, kritikan itu jika kena pada tempat dan caranya, ia tidak salah, malah boleh memberikan momentum. Tapi bagi saya, saya tak ada banyak masa untuk mengkritik orang lebih-lebih lagi orang yang lebih berjaya daripada saya.
Sebaliknya, kita perlu banyak belajar daripada orang yang berjaya dan BUKAN mengkritik mereka walaupun kita boleh mengkritik.
Bak kata Karam Singh Walia sambil mengangkat-ngangkat tangannya, “Lembu orang dikejar-kejar, lembu sendiri yang kelaparan. Yang dikejar tak dapat, yang lapar mati kebuluran”.
(Nama dan pepatah di atas hanya rekaan sahaja bagi menyedapkan artikel ini).
Sekian, wassalam.
Incoming search terms:
- usahawan respons kepada kritikan















Salam Zul, wah! saya rasa artikel ini adalah antara artikel paling best Zul pernah tulis. Saya bookmarked dan baca berulang-ulang kali.
‘Hidup ini samalah seperti meniti tali, anda pasti jatuh apabila ditiup angin, tapi semakin lama berlatih, semakin lamalah anda dapat menjaga imbangan’
selama saya ceburi perniagaan online ini selama 6 bulan saya tidak pernah ada fikiran yang negatif sebab;
1) motivasi adalah yang paling penting ,pemikiran yang kurang mantap akan menjejaskan kejayaan kita .
2) Ada sifoo yang sering memberi bimbingan kepada saya membuat saya menpunyai satu pelita dalam perjalanan dunia online saya ,sifoo adalah penting
3) setiap masa menambah ilmu sebab tak ada ilmu =tak ada duit
Saya sendiri pun sering dikritik. Kalau melatah, rasanya tak professional lah.. Pada saya, minda orang kita masih lagi kuat mengkritik. Sebagai orang yang dikritik, rasanya apa yang boleh kita lakukan adalah sabar. Irfan Khairi pun selalu juga dikritik tapi bila dilihat, dia adalah jauh lebih berjaya dari orang yang mengkritiknya..
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..
Sy setuju dengan saudara Ammar dan saudara Zul..sy pun pernah dikritik secara personal attack..nampaknya yg mengkritik tu mcm berasa bangga setelah mengkritik sy sbb konon2nya telah ‘berani’ sound depan2..tp sy hanya mengangguk dan diam..kerana kata nabi, diam itu lebih selamat..walau yg dikatakan itu mungkin betul, tp nada suara, gaya percakapan dan lirik mata sipengkritik tersebut memberitahu sy yg ianya mungkin tidak ikhlas dari hati..Bagaimana menghadapi org yg sebgini? bersabar dan mengelak dari berjumpa dengan mereka adalah cara terbaik.
Orang yang bersabar dan tidak membalas hujah, dijamin rumah untuknya di syurga. Abaikan saja orang itu sebab beliau tidak mampu mendatangkan apa-apa mudarat. Hanya mampu bercakap sahaja. NOTHING. Umpama anjing yang menyalak bukit. Bukit itu tetap di situ juga. Kerapkan berjumpa dan bergaul dengan mereka yang sentiasa positif.
Kegagalan – kalimat yg amat ditakuti oleh semua orang. malah mereka yg gagal akan terus dihukum. sedangkan kegagalan adalah Guru terbaik utk terus berjaya. kepada smartzul, artikel anda memang menyengat!
Ya, betul kata zul. Jangan kita layan sgt pengkritik. Kalau kita kita lawan, lagi hebat dia kritik kita. Buang masa dan tenaga jer layan dia org ni. Apa pun usaha mesti diteruskan untuk berjaya.
Orang yang selalu melihat dari sudut yang negatif akan selalu mendapat perkara-perkara yang negatif. Itulah Law of Attraction.
Saya memang tiada masa untuk melayan karenah yang membuang masa saya. Jika saya rasa satu benda itu betul untuk dilakukan, saya akan lakukan.
Agaknya yang suka mengkritik cara negatif ini cuba
1.mempamirkan kebolehan sendiri
2.saja suka-suka mengganggu emosi individu
3.rasa ingin tahu apakah tndakbalas selanjutnya
4.sejarah hidup zaman kanak-kanak mungkin tidak ceria
wallahu’alam…
Nak kritik biar Berkhemah…kalau boleh
sertakan solusi(Solution) ttg isu yg dikritik itu…
Berkhemah? Kat mana?
Motivasi +ilmu+usaha+Masa+Peluang =kejayaan
macam dalam iklan Petronas tu…Jalan ke hadapan, bukan ke belakang.
Keep moving forward guys!
yup. kritik itu perlu. takde orang yg berjaya tanpa kritikan.
Raymond: mesti berhemah…wrong typo….hehe
Yes Kritikan mestilah ikhlas…
Yang penting bagi usahawan itu..jgn jadi emosi pengkritik menganggu minda anda…caranya ambil yg positif saja……
sy ada terbaca dlm satu article tak lama dulu (maaf xingat siapa penulisnya)..bunyinya lebih kurang begini ” if u are ready to critic some of yr friends or people around u, u might have to get ready to lose some or all of them..and those who still remain with u, might be those who could afford to IGNORE yr critism..” …jika kita jenis yg cepat atau suka mengkritik org ..di saat2 kita tidak sabar2 lg untuk mengkritik,cepat2lah berkata pd diri kita, “SABAR..SABAR..mungkin dia jauh lebih baik dr aku dlm banyak perkara..”