Motivasi Sejuta Ringgit

Seorang usahawan ditanya, bagaimana cara untuk terus ligat berusaha tanpa henti dan berputus asa?

Beliau berkata, “Saya tetapkan target aset bernilai satu juta ringgit. Selagi saya tidak mencapainya, selagi itu saya tidak akan berhenti.”

Jawapannya itu menimbulkan satu persoalan, “Bagaimana pula setelah impian itu dicapai?”

Dengan tenang beliau menjawab, “Saya mempunyai lebih daripada 100 impian dan perkara yang perlu dilakukan. Sasaran yang dinyatakan tadi adalah salah satu daripadanya.”

Si penanya belum berpuas hati lantas bertanya, “Saya juga ada sasaran dan impian, tetapi itu tidak menggerakkan saya ke hadapan. Bagaimana pula tuan boleh berkata sasaran itu adalah sebab tuan tidak berhenti berusaha?”

Usahawan itu melebarkan senyuman dan kemudian menjawab, “Kita perlu ada sebab apabila melakukan sesuatu perkara. Atau kita sering menyebut ia sebagai niat. Saudara ada sebab sendiri apabila saudara melakukan sesuatu. Begitu juga saya yang mempunyai sebab tersendiri.”

Beliau meneruskan penerangan, “Andaikata saya tidak lakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri, saya pasti akan meraih simpati kepada orang lain. Hal ini amat memalukan dan menjatuhkan maruah diri, walhal Islam menyuruh kita menjaga maruah kita dan keluarga kita sebaik-baiknya.”

Sumber: MotivasiUsahawan.com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *