Motivasi: Redah Sajalah

Dalam bahasa pasar ia berbunyi, “Redah jer lah!”

Umpama semasa hari hujan dan semakin terus hujan, maka tiada jalan lain untuk pulang ke rumah melainkan dengan hanya meredah hujan tersebut. Payung tiada, baju hujan juga tiada…

Begitu jugalah dalam bisnes dan hidup ini, ada suatu saat kita perlu redah sahaja walaupun hati kita sudah hancur tercincang, kecewa, sedih dan apa sahaja perasaan seumpamanya.

Hidup di dunia ini perlu berani walaupun pada saat kita seorang pesalah, agar kita dapat kembali memiliki kebenaran.

Pada saat kita menang, kita perlu berwaspada. Pada saat kita di tengah-tengah, kita perlu sentiasa bersedia. Dan di saat kita terjatuh atau tersisih, kita tidak harus cepat gentar dan ketakutan. Kita harus berani ke hadapan walaupun sebelah kaki sudah ‘tempang’ kesakitan.

Lawan emosi negatif, lawan ketakutan dan lawan segala perasaan yang tidak menguntungkan.

Kita hanya ada dua pilihan: Lawan atau kecundang.

Teruslah berjuang walau apa jua keadaan, sampai ke nafas terakhir.

Saksikan video ini dengan penuh penghayatan……

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Motivasi: Redah Sajalah

  1. terimakasih kerana berkongsi artikel redah ni.

    akak memang down sikit awal tahun ni. down pasal tiada freedom dgn masa. bekerja mkn gaji 5 hari seminggu, dari seawal 6am-8pm, bukan masa akak tapi masa untuk majikan akak. apa je yg tinggal utk akak.

    akak berminat nak keje sendiri @ melibatkan diri utk generate online income melalui ebook dll.

    tolong bantu akak ya. terimakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *