Antara Diam dan Bercakap: Mana Satu Yang Terbaik?

Jika ada sesuatu topik, biasanya ada dua pendapat yang saling bertentangan. Satu kelompok kata A, dan satu lagi kumpulan akan kata B. Sampai satu tahap, jika kumpulan B tidak setuju dengan pendapat kumpulan A, maka akan timbullah perkelahian dan tidak puas hati.

Apa yang ingin saya perkatakan pada hari ini bukanlah mengenai perbalahan secara berkumpulan, tetapi kita (individu). Pada pendapat anda, yang mana satukah tindakan terbaik? Berkata sesuatu (pendapat) atau berdiam diri tanpa berkata apa-apa?

Kadang-kadang, timbul satu perasaan serba-salah. Kalau bagi pendapat, ada pihak yang berduka-cita dan terasa. Kalau tak bagi pendapat, maka mungkin lagi parah jika tidak turut memberi pendapat kerana kadang-kadang pendapat kita itulah jawapan yang boleh membantu.

Itu satu hal. Kadang-kadang, apa yang kita tulis sama ada di blog atau forum akan dianggap lain maksudnya oleh orang lain. Padahal kita maksudkan lain. Jadi adakah tanpa perlu tulis apa-apa adalah jalan terbaik agar tiada orang yang terguris hati?

Ya, memang tak semua orang kita boleh jaga hati mereka. Kita tidak mampu kerana semua orang mahu puaskan hati sendiri. Tapi persoalan di sini, yang mana satukah tindakan terbaik untuk dilakukan di dalam satu-satu keadaan? Bercakap atau berdiam diri? Kalau nak bercakap atau menulis juga, apakah cara yang terbaik?

Ada satu tip yang mungkin anda sudah tahu iaitu cara kita menulis, bercakap atau menyampaikan sesuatu pendapat. Si A dan B cakap benda sama, tapi si A cakap dengan nada yang marah-marah dan emosional. Si B pula cakap dengan relaks, profesional dan mengawal setiap patah perkataannya.

Pada anda, siapakah yang lebih mudah diterima? Biasanya orang jenis Si B tadi kerana beliau tidak emosional. Jadi itu satu cara untuk menulis atau mengatakan sesuatu iaitu cara kita menyampaikan.

NAMUN…

Tak semua perkara kita perlu sertai sekali. Orang kata, jangan nak menyibuk dengan perkara yang tidak perlu. Sebab ia adalah salah satu jerat yang memakan banyak masa anda, walaupun ia perkara yang baik.

Pendek kata, berfikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Perlu atau tidak? Jika perlu, maka susunlah ayat-ayat yang ingin dikatakan dengan sebaik mungkin.

Namun perlu ingat. Sebaik mana pun ayat-ayat anda, masih tetap ada mereka yang tak akan puas hati. Maka di sinilah pentingnya anda mengawal emosi agar tidak tergelincir dengan ayat-ayat yang boleh mencalarkan nama dan kredibiliti anda.

Selain itu, dengan bersifat toleransi atau bertolak-ansur, insyaAllah tidak akan berlakunya pertikaman lidah. Walaupun pendapat orang lain tidak tepat, tetapi dengan bertolak ansur dan tidak memanjang-manjangkan perbincangan, maka pergaduhan boleh dielakkan.

Di dunia ini, anda tidak akan mampu mengawal semua hati manusia. Sebaliknya anda hanya mampu dan perlu berusaha sebaik yang mungkin sahaja. Orang suka atau tidak, itu bukan masalah anda, tapi ia adalah ‘masalah’ mereka…

Apa pendapat anda dengan topik kali ini? 🙂

p.s. Saya masih di kampung sekarang. Namun dengan talian Streamyx yang baru dipasang, kaki sedikit liat nak berangkat pulang ke Johor. Nenek saya pun nampaknya semakin sihat. Alhamdulillah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Antara Diam dan Bercakap: Mana Satu Yang Terbaik?

  1. hmmm kekadang tu memang org akan salah faham walaupun niat kita baik utk bagi pendapat. Tapi rasanya kalau cara penulisan dan cara percakapan itu betul tiada masalah rasanya.

    Tapi apa-apa pun kenalah berhati hati sebab silap percakapan membawa maut.

    p/s : macam bunyi eksiden kereta la pulak

  2. Kebiasannya kalau kita nak tanya pun ada kadang2 forumer cakap “NAK APA?”Macam tu sudah menunjukkan kadang kala kita akan tersalah faham walaupun sebenarnya kita menjawap dengan baik tetapi lain orang lain tahap penerimaannya…

    Kadang2 kita nie rambut je sama hitam hati lain-lain…Oleh itu,Kalau ada sesuatu perbincangan lebih baik berdiam diri..Kalau nak jawap jugak perlulah berdasarkan fakta dan bukti..

    FAKTA + BUKTI = KEBENARAN…

    Itu cuma pandangan saya sahaja…Apa yang penting..Orang nak kata apa biarkanlah…Kita yang nak buat…asalkan apa yang kita lakukan tidak melanggar undang-undang dunia dan akhirat…

    P:S Sekadar pandangan…Post kali nie banyak kaitan ngan WC nampaknya ..hehe

  3. blh jer join perbincangan…tak salah rasanya….tulis dengan “nada” humble dan buat-buat lawak. tapi kalau perbincangan yang serius rasanya apa yang dauz cakap tu betul.

  4. Pendapat saya mengatakan, adalah lebih baik tidak melibatkan diri melainkan terpaksa.

    Banyak perbincangan2 yang hangat-hangat yang saya perhatikan, dan persoalan yg sering bermain adalah, patut atau tidak disertai?

    Saya lebih suka memerhati dan bersikap neutral apabila wujud perbincangan yang panas kerana saya rasakan, adakah ianya membawa faedah kepada saya jika saya terlibat sama dan akhirnya menimbulkan ketidak puas hatian dan bukan penyelesaian dikalangan rakan2 yang terlibat didalam perbincangan?

    Org akan berkata, “ohh si A ini tak bagus, si B ni betul” dan sebaliknya.

    Biasanya berbincangan seperti ini (terutamanya di foum) hanya akan tamat apabila:
    a) perbincangan tidak mencapai kata sepakat.
    b) topic closed/locked

    Saya lebih suka menjaga hubungan baik dengan rakan2 daripada menjadi musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *